Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023
SJKC CHUNG HWA 2B, MUAR

TARIKH:
17 SEPTEMBER 2023(AHAD)

ANJURAN:
UNIT HEM &
UNIT KEBERSIHAN,KESIHATAN & KESELAMATAN
SJKC CHUNG HWA 2B
JBC 5015
KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
Puan Lim Lay Guat
Guru Besar
SJKC CHUNG HWA 2B

TAJUK KERTAS CADANGAN: PROGRAM GOTONG-


ROYONG MADANI

2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM


Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan
memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan
mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti,
agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) dalam
membangunkan kemenjadian murid. Peranan ini
direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan
Wk Peringkat Sekolah. Program Gotong-royong membawa
maksud suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-
sama, tolong-menolong dan bersifat sukarela. Program 3K
pula bermaksud aktiviti berkaitan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan dalam sesebuah organisasi. Manakala
penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta(PIBKS)
merupakan kumpulan penggerak yang menyokong
pendidikan di institusi pendidikan di bawah KPM.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Program ini bertujuan untuk mencapai objektif
berikut:-
i) Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang
padu antara warga pendidikan dengan ibu bapa dan PIBKS.
ii) Memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan warga
pendidik dalam membantu mewujudkan iklim yang
kondusif serta identity yang bersih, indah, selamat dan
ceria.
iii) Memberi sumbangan tenaga dan idea yang bersepadu dalam
merealisasikan keberkesanan aktiviti.

4. KUMPULAN SASAR
19 warga pendidik
30 ibu bapa
92 orang murid(murid tahap II)

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30pg Pendaftaran
8.00pg Taklimat
a) Agihan Kerja Menghasilkan Mural Tapak
Tangan
- Penerangan proses menghasilkan mural
- Pengagihan kerja mengikut kelas
b) Kebersihan Bilik Darjah

8.30pg Jamuan ringan


9.00pg Gotong-royong bermula
11.20pg Mengemas dan menyimpan peralatan/ sesi bergambar
11.50pg Majlis bersurai

6. JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : PN. LIM LAY GUAT
Pen. Penasihat : PN. LEONG SANG SANG
Pengerusi JK : EN. HOON CHIA HAU
Setiausaha : CIK HUNG YAN SHAN
Bendahari : EN. YEO TIAN XIN
Ahli Jawatankuasa : SEMUA GURU

7. IMPRIKASI KEWANGAN
PERKARA ANGGARAN
PERBELANJAAN
Makan dan Minum. RM 240
(RM5 x 48)
Pembelian Alat Mengecat & cAT RM 960
JUMLAH BESAR RM 1200
Sumber kewangan: Peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia

8. ULASAN JPN/PPD

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------
9. PENUTUP
Pihak kami amat berharap program gotong-royong Madani
ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung. Hal ini kerana ianya dapat memupuk
semmangat gotong-royong dan kerjasama serta
mengeratkan hubungan dalam kalangan warga pendidik dan
warga PIBKS.

Disediakan Oleh ; Disemak Oleh : -

……………………………… …………………………………………
( EN. HOON CHIA HAU ) ( PN. LEONG SANG SANG )
Jawatan : Guru Penyelaras 3K Jawatan : GPK HEM
Nama sekolah :SJKC CHUNG HWA 2B Nama sekolah : SJKC CHUNG HWA 2B
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN
PROGRAM:
GOTONG-ROYONG MADANI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2023
SJKC CHUNG HWA 2B, MUAR
________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Gotong Royong


Madani

atau

Tidak meluluskan kertas Cadangan Program Gotong Royong


Madani

Ulasan :

……………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………….

…………………….……
( PN. LIM LAY GUAT )
GURU BESAR
SJKC CHUNG HWA 2B
TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai