Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM PERMATA KASIH


UNIT DISIPLIN
SMK KUALA KRAU, TEMERLOH SESI 2018

1. PENGENALAN/MUKADIMAH

Pelajar pada hari ini dihadapkan dengan pelbagai cabaran dari segenap penjuru
kehidupan kesan daripada kemajuan teknologi dunia tanpa sempadan. Para guru
khsususnya berperanan besar membantu dan membimbing para pelajar terutama pelajar-
pelajar yang bermasalah (high risk) di sekolah supaya mereka tidak terpesong jauh dari
landasan yang betul.

Justeru, program ini dirancang khusus untuk memberi pendedahan tentang nilai-
nilai baik dan panduan kehidupan kepada pelajar-pelajar yang terbabit.

2. RASIONAL DIADAKAN BENGKEL

2.1 Menambahkan ilmu dan memberi pendedahan kepada murid tentang kesan atau risiko
jika melakukan kesalahan melanggar disiplin atau melakukan jenayah sama ada yang
ringan, sederhana atau berat.

2.2 Mendedahkan kepada murid cara-cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan
kesalahan atau terlibat dengan jenayah dan jenis-jenis hukuman sekiranya melanggar
peraturan dan Undang-Undang dalam Negara.

2.3 Memberi pengetahuan tentang kebaikan mematuhi disiplin, berakhlak mulia dan
seterusnya sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang baik dan berkualiti tinggi.

3. NAMA PROGRAM

”Permata Kasih : Kalian harapan kami”

4. TEMPAT (cadangan)

Kompleks Penjara Bentong, Felda Mempaga 2, 28600 Bentong, Pahang


5. TARIKH & MASA (cadangan)

Tarikh : 27 Jun 2018


Masa : 1 hari

6. PENGANJUR

Unit Disiplin, SMK Kuala Krau

7. PENGANJUR BERSAMA

Unit Kaunseling & PIBG, SMK Kuala Krau

8. SASARAN PESERTA & BILANGAN

Pelajar-pelajar Berisiko: ’High Risk’, SMK Kuala Krau seramai 40 orang lelaki &
perempuan

9. PENCERAMAH JEMPUTAN

1. Pegawai Penjara Bentong

2.

3.

10. ATURCARA PROGRAM

Lampiran ’A

11. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Lampiran ’B

12. ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran ’C
13. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar program ini dapat memberi impak yang
maksima khususnya kepada pelajar-pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi dunia
kehidupan sebenar.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

------------------------------------ -------------------------------
(SUHANA BINTI HASAN) (ANWAR BIN RAMLI)
Setiausaha Penyelaras
Unit Disiplin Unit Disiplin

Disahkan oleh;

------------------------------------
(MOHD BASRI BIN SAAD)
Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
SMK Kuala Krau, Temerloh
KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM PERMATA KASIH:

’Kalian Harapan Kami’

Tarikh:

27 JUN 2018 (RABU)

Anjuran:

Unit Disiplin, HEM


SMK Kuala Krau

Dengan kerjasama:

Unit Bimbingan & Kaunseling,


SMK Kuala Krau

Tempat:

Kompleks Penjara Bentong, Felda Mempaga 2,


28600 Bentong, Pahang

Anda mungkin juga menyukai