Anda di halaman 1dari 31

Inquiry-Based Science Education (IBSE):

Rasional dan Matlamat


Lay Ah Nam, Koay Suan See, Nor’Aidah Nordin, Chin Chee Keong, Nor Azlina Ghazali,
A’ini Fariza Mohammad Yulan dan Mohammad Shahril-Liza Azahan

Pengenalan

Inkuiri secara saintifik

Istilah inkuiri merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk mencari penjelasan atau
maklumat dengan mengemukakan soalan.

 Dalam kata lain, inkuiri mengkehendaki seseorang itu menjalani proses penyelidikan,
penyiasatan atau 'mencari kebenaran'.

 Sama ada disedari atau tidak, pendekatan inkuiri sebenarnya sangat berkait rapat dengan
kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pendidikan.

 Dalam konteks pendidikan, inkuiri boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam mata pelajaran
sains malah beberapa mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, seni, matematik, teknologi
dan kejuruteraan.

Inkuiri berlaku apabila soalan dikemukakan, lalu bukti pun dikumpulkan, diikuti dengan
pertimbangan terhadap beberapa kemungkinan penjelasan.

Inkuiri secara saintifik menjurus kepada pembangunan pengetahuan dan kefahaman tentang alam
ini, hasil daripada interaksi secara langsung dengan alam, dan pemerolehan data (sebagai bukti)
bagi menyokong penjelasan terhadap suatu fenomena atau peristiwa (Harlen, 2012, 2013).

Inkuiri secara saintifik bermula daripada penerokaan terhadap suatu objek, peristiwa atau
fenomena yang menimbulkan soalan, dan mencetuskan spekulasi (hipotesis) yang boleh
menjelaskan soalan berdasarkan pengetahuan yang telah diketahui sebelum ini.

Spekulasi (hipotesis) akan membawa kepada ramalan dan penyiasatan, sama ada melibatkan
eksperimen atau tidak, semasa menguji hipotesis.
‘Pengujian’ barangkali melibatkan eksperimen tetapi pengumpulan data boleh juga dilakukan
melalui pemerhatian semata-mata.
Contohnya : apabila membuat pemerhatian terhadap pergerakan relatif bulan dan planet.

Walau bagaimanapun, perkara yang sering dilibatkan semasa pengujian ialah pengumpulan,
analisis dan interpretasi data.

Ketiga- tiga perkara ini penting dalam menyediakan bukti berkaitan soalan yang ditimbulkan dan
hipotesis yang diuji.

Setelah menguji pelbagai ramalan dan mengulangi pengumpulan data, kesimpulan dapat dibuat
demi menambah pemahaman mengenai peristiwa atau objek yang dikaji.

Sepanjang proses ini, para saintis akan membuat catatan dengan teliti, merujuki hasil kerja saintis
lain, membentangkan dan membincangkan idea dan prosedur mereka dengan saintis lain
dalam persidangan dan melalui penulisan jurnal), serta berkongsi dapatan mereka
(Harlen, 2012).
Inkuiri dalam pendidikan sains

Inkuiri ke arah meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran abad ke-21 dan motivasi

 Tujuan utama pendidikan sains adalah meningkatkan kefahaman murid, bukan sekadar
berkebolehan mengulang fakta dan menghafal pengetahuan.

 Melalui inkuiri, murid dapat membina kefahaman hasil daripada pengalaman bermakna,
berfikir dan menaakul sepanjang proses inkuiri berlangsung.

 Pendidikan sains berasaskan inkuiri mendorong pemahaman konsep dan pembangunan


kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

 Hal yang demikian kerana pendidikan sains berasaskan inkuiri melibatkan pemikiran kritis,
aktiviti kolaboratif, pertimbangan terhadap alternatif dan komunikasi berkesan.

 Melalui kaedah pembelajaran biasa, motivasi murid terhasil daripada kepuasan apabila
memahami sesuatu yang sebelumnya tidak difahami, dan bukan sekadar melalui pemerolehan
ganjaran (Harlen, 2012).
Definisi

Global Network of Science Academies (IAP), Science Education Programme (2010) telah
mendefinisi pendidikan sains berasaskan inkuiri (IBSE) seperti berikut:

IBSE means students progressively developing key scientific ideas through learning
how to investigate and build their knowledge and understanding of the world around.
They use skills employed by scientists such as raising questions, collecting data,
reasoning and reviewing evidence in the light of what is already known, drawing
conclusions and discussing results. This learning process is all supported by an
inquiry-based pedagogy, where pedagogy is taken to mean not only the act of
teaching but also its underpinning justifications. (IAP, 2010, p.18)

Penerangan lanjut tentang definisi ini adalah seperti di Lampiran S1-1.

Rasional dan matlamat

 Pembelajaran berasaskan inkuiri mendorong pemahaman dan pembangunan kemahiran


yang diperlukan oleh murid pada abad ke-21.
 Pendidikan sains harus membantu murid membangunkan konsep sains utama (big idea) yang
membolehkan mereka memahami peristiwa dan fenomena yang relevan dalam kehidupan
semasa dan masa depan mereka.
 Murid juga harus membangunkan pemahaman tentang bagaimana idea dan pengetahuan sains
dibentuk (iaitu nature of science) serta kemahiran dan sikap yang terlibat dalam mencari dan
menggunakan bukti (Harlen, 2013).

Peranan amalan sains

 Pembangunan pemahaman bergantung pada proses yang terlibat dalam membuat ramalan dan
mengumpul bukti untuk mengujinya dijalankan secara saintifik (Harlen, 2012).

 Melibatkan diri dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana pengetahuan
saintifik dibangunkan.

 Penglibatan langsung seperti itu membolehkan mereka menghayati pelbagai pendekatan yang
digunakan untuk menyiasat, memodelkan, dan menjelaskan alam.

 Pengalaman sebenar ini juga dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid, menarik minat
mereka, dan memotivasi mereka untuk terus belajar, serta membantu mereka menyedari
bahawa sains adalah hasil daripada usaha kreatif para saintis.
Any education that focuses predominantly on the detailed products of scientific labor
—the facts of science—without developing an understanding of how those facts were
established or that ignores the many important applications of science in the world
misrepresents science (National Research Council, 2012).

 Walaupun penting untuk murid belajar cara belajar dan membangunkan kemahiran inkuiri,
namun perlu ada keseimbangan antara pembelajaran konseptual dan belajar tentang cara
belajar. Mempelajari cara menjawab soalan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi, ia
juga perlu dijawab.
 Sebaliknya, mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi,
murid juga perlu mengetahui bagaimana ia dijawab. (Harlen, 2013).

Secara ringkas, pendidikan sains berasaskan inkuri (IBSE) seharusnya membangunkan:


 Pemahaman idea sains asas
 Pemahaman nature of science, inkuiri saintifik dan penaakulan
 Kompetensi mengumpul dan menggunakan bukti
 Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
 Kemahiran yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat
 Kebolehan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa dan pewakilan yang bersesuaian,
termasuklah dalam bentuk tulisan/ teks, lisan dan matematik
 Penghayatan sumbangan sains kepada masyarakat dan bagaimana sains digunakan dalam
teknologi dan kejuruteraan.

Pelbagai matlamat dalam pendidikan sains

Sepanjang tempoh persekolahan wajib, pendidikan sains di sekolah sepatutnya bertujuan


membangunkan dan mengekalkan rasa ingin tahu murid tentang alam, serta mendorong murid
menghayati aktiviti saintifik dan memahami fenomena alam semulajadi.

 Melalui pendidikan sains, murid harus membangunkan pemahaman big idea mengenai objek,
fenomena, bahan dan hubungan dalam alam semulajadi.
 Matlamat pendidikan sains bukanlah memperoleh pengetahuan mengenai fakta dan teori
semata-mata, tetapi mengembangkan idea utama untuk memahami peristiwa dan fenomena
yang berkaitan dengan kehidupan murid (Harlen,2010).
 Pendidikan sains juga berhasrat membangunkan big idea mengenai inkuiri saintifik,
penaakulan dan kaedah kerja, serta idea mengenai hubungan antara sains, teknologi,
masyarakat dan alam sekitar (Harlen, 2015).

A ‘big’ idea in science is one that applies to a range of related objects or phenomena,
whilst what we might call smaller ideas apply to particular observations or
experiences. For instance, that worms are well adapted to living in the soil is a small
idea; a corresponding big idea is that living things have evolved over very long
periods of time to function in certain conditions. (Harlen, 2010, p.8)
 Matlamat pendidikan sains untuk membangunkan big idea telah diterima secara meluas dalam
kalangan pendidik sains.
 Murid harus dibimbing untuk membangunkan big idea of science dan big idea about science
(sila rujuk Lampiran S2-2) untuk membolehkan mereka memahami aspek saintifik di alam
sekeliling dan membuat keputusan yang tepat mengenai aplikasi sains dalam kehidupan
(Harlen, 2010).

Big ideas of science (Harlen, 2015)

• Semua jirim di Alam Semesta terdiri daripada dari zarah-zarah yang sangat kecil
All matter in the Universe is made of very small particles
• Objek boleh mempengaruhi objek lain yang terletak pada suatu jarak
Objects can affect other objects at a distance
• Mengubah pergerakan objek memerlukan daya bersih untuk bertindak ke atasnya
Changing the movement of an object requires a net force to be acting on it
• Jumlah tenaga di Alam Semesta sentiasa tetap tetapi dapat dipindahkan daripada satu
bentuk kepada bentuk lain
The total amount of energy in the Universe is always the same but can be transferred from
one energy store to another during an event
• Komposisi Bumi dan atmosferanya, serta proses-proses yang berlaku di dalamnya
membentuk bentuk muka Bumi dan iklimnya
The composition of the Earth and its atmosphere and the processes occurring within them
shape the Earth’s surface and its climate
• Sistem suria kita adalah bahagian yang sangat kecil daripada berjuta-juta galaksi di Alam
Semesta
Our solar system is a very small part of one of billions of galaxies in the Universe
• Sel merupakan unit asas organisma, dan organisma mempunyai jangka hayat yang terhad
Organisms are organised on a cellular basis and have a finite life span
• Organisma memerlukan bekalan tenaga dan bahan yang diperoleh daripada organisma
lain, atau disaingi dengan organisma lain
Organisms require a supply of energy and materials for which they often depend on, or
compete with, other organisms
• Maklumat genetik diwarisi daripada satu generasi organisma kepada generasi yang lain
Genetic information is passed down from one generation of organisms to another
• Kepelbagaian organisma, sama ada hidup atau pupus, adalah hasil evolusi
The diversity of organisms, living and extinct, is the result of evolution

Pendidikan sains bukan sahaja menekankan pemahaman konsep atau idea yang menjelaskan
objek, peristiwa atau fenomena yang sedang berlaku, malah bertujuan lain seperti
membangunkan:
• Kefahaman tentang nature of science
• Keupayaan yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sains
• Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
• Penghayatan hubungan sains dengan mata pelajaran lain, terutamanya teknologi,
kejuruteraan dan matematik.
Big ideas about science: Nature of science (Harlen, 2015)

• Sains adalah mengenai mencari sebab atau penyebab fenomena di alam semula jadi
Science is about finding the cause or causes of phenomena in the natural world

• Penjelasan, teori dan model saintifik adalah berasaskan bukti yang ada pada waktu
tertentu
Scientific explanations, theories and models are those that best fit the evidence available
at a particular time

• Pengetahuan yang dihasilkan oleh sains digunakan dalam bidang kejuruteraan dan
teknologi untuk membina produk demi memenuhi keperluan manusia
The knowledge produced by science is used in engineering and technologies to create
products to serve human ends

• Aplikasi sains sering mempunyai implikasi etika, sosial, ekonomi dan politik
Applications of science often have ethical, social, economic and political implications
Amalan sains (dan amalan kejuruteraan)

 Mempelajari sains melalui inkuiri merupakan satu proses yang kompleks di mana
pengetahuan dan pemahaman serta kemahiran mengumpulkan dan menggunakan bukti
dijalinkan bersama secara interaktif.

 Kemahiran yang penting untuk membina pemahaman termasuklah kemahiran fizikal dan
mental yang berkaitan dengan penjanaan dan penggunaan bukti untuk menguji idea yang
dapat membantu menjelaskan suatu peristiwa atau fenomena yang sedang dikaji.

 Pada masa yang sama, penggunaan kemahiran melibatkan pengetahuan dan pemahaman.

 Menyedari saling bersandaran antara pengetahuan dan kemahiran, inkuiri dilihat sebagai satu
amalan (practice), satu set tindakan yang kompleks yang membawa kepada pengalaman dan
pemahaman sains sebagai 'pengetahuan yang berasaskan bukti'.

 Secara ringkasnya, “amalan” di sini menunjukkan penekanan diberikan bukan sahaja kepada
kemahiran, malah ia memerlukan pengetahuan.

 Pelibatan murid dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana sesuatu
pengetahuan saintifik itu dibangunkan.

 Amalan kejuruteraan pula bukan sahaja membolehkan murid memahami pekerjaan jurutera
malah ia membantu murid memahami hubungan antara kejuruteraan dengan sains.

 Apabila murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik serta pemikiran reka
bentuk kejuruteraan dalam penyelesaian masalah, maka murid sebenarnya menggunakan
amalan sains dan kejuruteraan.
Lapan amalan sains (dan kejuruteraan) yang penting untuk dipelajari adalah seperti berikut
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016; National Research Council, 2012):

• Mengemukakan soalan (untuk sains) dan mendefinisi masalah (untuk kejuruteraan)


Asking questions (for science) and defining problems (for engineering)
• Membangunkan dan menggunakan model
Developing and using models
• Merancang dan menjalankan penyiasatan
Planning and carrying out investigations
• Menganalisis dan menginterpretasi data
Analyzing and interpreting data
• Menggunakan matematik dan pemikiran komputasional
Using mathematics and computational thinking
• Membina penjelasan (untuk sains) dan mereka bentuk penyelesaian (untuk kejuruteraan)
Constructing explanations (for science) and designing solutions (for engineering)
• Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti
Engaging in argument from evidence
• Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat
Obtaining, evaluating, and communicating information

Amalan-amalan tersebut menggambarkan tingkah laku saintis ketika mereka menyiasat serta
membina model dan teori tentang alam semula jadi (dan amalan kejuruteraan yang digunakan
oleh jurutera semasa mereka mereka bentuk dan membina model dan sistem).

Walaupun reka bentuk kejuruteraan hampir sama dengan inkuiri saintifik, namun terdapat
perbezaan yang signifikan.

Sebagai contoh, inkuiri saintifik melibatkan pembentukan soalan yang dapat dijawab melalui
penyiasatan, sementara reka bentuk kejuruteraan melibatkan pembentukan masalah yang dapat
diselesaikan melalui reka bentuk.

Pengukuhan aspek kejuruteraan akan membolehkan murid memahami kerelevanan sains,


teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan kehidupan seharian.
Sikap saintifik dan sikap terhadap sains

Bagaimanakah sikap dan nilai positif yang dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan
Pentaksiran (DSKP) sains dapat dipupuk melalui pendekatan IBSE?

Pengalaman dari pembelajaran sains memupuk sikap dan nilai yang positif dalam kalangan
murid. Sikap dan nilai saintifik ini telah dinyatakan di dalam DSKP semua mata pelajaran bidang
sains, iaitu:

1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar


• Bertanya kepada guru, rakan atau orang lain
• Membuat bacaan sendiri
• Mengumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian
• Menjalankan kajian sendiri

2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data


• Memerihal dan merekod apa yang sebenarnya diperhatikan
• Maklumat yang direkod tidak dipengaruhi oleh perasaan atau khayalan
• Menjelaskan pemerhatian secara rasional
• Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan
3. Luwes dan berfikiran terbuka
• Menerima pendapat orang lain
• Boleh mengubah pendirian kerana bukti meyakinkan
• Tidak prejudis

4. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara


• Tidak berputus asa
• Sedia mengulangi penyiasatan
• Bersungguh menjalankan sesuatu perkara
• Bersedia menerima kritik dan cabaran
• Berusaha mengatasi masalah dan cabaran

5. Sistematik, yakin dan beretika


• Menjalankan aktiviti dengan teratur, tertib serta mengikut masa yang sesuai
• Menyusun alat dan bahan dengan teratur
• Yakin dengan kerja yang dilakukan
• Berani dan bersedia mencuba sesuatu
• Berani mempertahankan sesuatu perkara yang dilakukan

6. Bekerjasama
• Membantu rakan dan guru
• Bersama-sama menjalankan aktiviti dan penyiasatan
• Tidak mementingkan diri sendiri
• Adil dan saksama

Hubungan antara sains, teknologi, masyarakat dan persekitaran

• Saling bersandaran antara sains, kejuruteraan dan teknologi

Inkuiri saintifik, reka bentuk kejuruteraan, dan pembangunan teknologi adalah saling
bersandar (National Research Council, 2012).

Idea tentang saling bersandaran sains (dengan penemuan dan prinsip yang dihasilkannya)
dan kejuruteraan (dengan teknologi yang dihasilkannya):

i. Kemajuan dalam sains menyediakan keupayaan baharu, bahan baharu, atau pemahaman
baharu mengenai proses yang dapat diaplikasikan melalui kejuruteraan untuk
menghasilkan teknologi.
Advances in science offer new capabilities, new materials, or new understanding of
processes that can be applied through engineering to produce advances in technology.
ii. Kemajuan teknologi sebaliknya memberi saintis keupayaan baharu untuk menyiasat
alam semula jadi pada skala yang lebih besar atau lebih kecil; untuk merekod,
mengurus, dan menganalisis data; serta untuk memodelkan sistem yang lebih kompleks
dengan lebih tepat.
Advances in technology, in turn, provide scientists with new capabilities to probe the
natural world at larger or smaller scales; to record, manage, and analyze data; and to
model ever more complex systems with greater precision.

iii. Tambahan, usaha jurutera untuk membangunkan atau menambah baik teknologi sering
mencetuskan soalan baharu untuk disiasat oleh saintis.
In addition, engineers’ efforts to develop or improve technologies often raise new
questions for scientists’ investigations.
• Pengaruh kejuruteraan, teknologi, dan sains terhadap masyarakat dan alam semula jadi

Kemajuan saintifik dan teknologi dapat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat
dan alam sekitar (National Research Council, 2012):

i. kemajuan dalam sains, kejuruteraan, dan teknologi dapat dan telah memberi kesan
yang mendalam terhadap masyarakat manusia dalam bidang seperti pertanian,
pengangkutan, kesihatan, dan komunikasi, serta persekitaran semula jadi. Sistem akan
berubah dengan signifikan ketika teknologi baharu diperkenalkan, dengan kesan yang
dihasratkan dan hasil yang tidak diharapkan.
Together, advances in science, engineering, and technology can have—and indeed
have had—profound effects on human society, in such areas as agriculture,
transportation, health care, and communication, and on the natural environment. Each
system can change significantly when new technologies are introduced, with both
desired effects and unexpected outcomes.

ii. Jurutera menambah baik teknologi sedia ada atau membangunkan teknologi baharu
untuk meningkatkan manfaatnya, mengurangkan risiko yang diketahui, dan memenuhi
keperluan masyarakat.
Engineers improve existing technologies or develop new ones to increase their
benefits, decrease known risks, and meet societal demands.

iii. Aktiviti manusia menggunakan sumber semula jadi dan mempunyai akibat jangka
pendek dan jangka panjang, baik positif maupun negatif, terhadap kesihatan manusia
dan persekitaran semula jadi.
All human activity draws on natural resources and has both short and long-term
consequences, positive as well as negative, for the health of people and the natural
environment.

Pedagogi berasaskan inkuiri


Para penyelidik telah mengemukakan strategi yang berbeza untuk mengajar sains. Antaranya
termasuklah pembelajaran penemuan atau inkuiri penuh (full inquiry) (Bybee et al., 2006).
Pembelajaran inkuiri adalah berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan
constructionism. Teori konstruktivisme memfokuskan peranan murid sebagai pembina makna
dam idea manakala teori constructionism menyatakan bahawa pembinaan idea berlaku dengan
berkesan melalui pembinaan artifak. Menurut teori konstruktivisme, murid menginterpretasi
maklumat yang diterima mengikut pengetahuan sedia ada dan kemudian membina semula
pengetahuan dalam bentuk yang dapat diterima olehnya. Teori constructionism mencabar murid
untuk mereka bentuk artefak dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.
Terdapat model-model instruksi berasaskan inkuiri yang boleh digunakan oleh para guru, seperti
BSCS 5E Instructional Model (Lampiran S1-3), Needham's Five Phase Constructivist Model
(Lampiran S1-4), Eisenkraft's 7E Instructional Model (Lampiran S1-5), La main à la pâte
framework of science inquiry (Lampiran S1-6), dan sebagainya.
Ringkasan aktiviti

Dalam aktiviti ini, strategi K-W-L digunakan untuk mencetuskan pengetahuan sedia ada
peserta tentang IBSE, dan membantu mereka untuk memantau kemajuan sendiri ke arah
penguasaan pengetahuan yang mantap mengenai IBSE.

Sesi dimulakan dengan kerja individu.

Peserta cuba mengingat kembali apa yang telah diketahui oleh mereka (Know) mengenai IBSE.

Maklumat ini akan dicatatkan di lajur K dalam carta K-W-L.

Selepas itu, peserta menjana senarai soalan mengenai apa yang mereka ingin tahu (Want to
know) mengenai IBSE.

Soalan-soalan ini akan dicatat dalam lajur W di dalam carta.

Selepas kerja individu, perbincangan dalam kumpulan dan perbincangan yang melibatkan semua
peserta akan dijalankan.

Kemudiannya, peserta menjawab soalan-soalan mereka yang telah dicatat di lajur W, sama ada
semasa ataupun selepas sesi ini.

Maklumat baharu ini yang telah dipelajari (Learned) dicatat dalam lajur L dalam carta K-W-L.

Objektif

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk memahami IBSE dengan
sebaik-baiknya.
Berasaskan carta K-W-L, peserta mencatatkan pengetahuan pra bengkel mereka tentang IBSE,
mengenal pasti aspek-aspek lain IBSE yang ingin dipelajari serta menerima pengetahuan baharu
atau memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin wujud.

Alat dan bahan: Carta K-W-L, pen marker, kertas mahjong

Masa: 2 jam

Prosedur

1. Setiap peserta diminta menghasilkan satu carta K-W-L.

K(Know) W(What) L (Learn)


2. Secara individu, peserta mengisi lajur K dan lajur W dalam carta.
 Lajur K adalah mengenai apa yang peserta sedia faham tentang IBSE.

Pengisian boleh dalam bentuk perkataan, istilah atau frasa yang berkaitan dengan IBSE.

 Lajur W adalah mengenai apa lagi mengenai IBSE yang peserta ingin tahu.
3. Peserta berkongsi catatan di dalam carta dengan rakan sekumpulan.
Carta kumpulan dibina dan dicatat di atas kertas mahjong.

4. Fasilitator membina carta K-W-L di atas papan putih ataupun memancar melalui perojektor
carta yang teleh dibina menggunakan perisian MS Word.

Contoh carta K-W-L:


Carta K-W-L: Memahami IBSE
K (What we know) W (What we want to know) L (What we learned)
Apa yang telah kita tahu Apa yang kita ingin tahu Apa yang kita pelajari

Fasilitator mengumpul :
 butir-butir mengenai lajur K daripada semua kumpulan.
 Kesemua dapatan dicatat dalam lajur K carta K-W-L.
 Langkah ini dilakukan sehingga semua kumpulan sudah menyatakan semua idea
mereka.
 Idea-idea tambahan dari individu turut digalakkan.

Fasilitator mengumpul :
 butir-butir mengenai lajur W daripada semua kumpulan.
 Respon dalam bentuk pernyataan perlu ditukar kepada bentuk soalan.
 Kesemua soalan akan dicatat dan idea-idea tambahan turut digalakkan.

4. Secara individu, peserta membaca teks (dalam bahagian Pengenalan) dan mengisi lajur L
dalam carta tergabung.

5. Mereka seharusnya mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam lajur W dan mengisi lajur
L semasa atau selepas membaca.

6. Fasilitator memudahara perbincangan :


 berasaskan maklumat dalam lajur L.

Nota: Sekiranya jawapan bagi soalan peserta mengenai IBSE tidak dapat diperoleh daripada
Bahagian Pengenalan, peserta digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain untuk
memperoleh jawapan tersebut ataupun hanya mengisi lajur L di penghujung bengkel IBSE
ini.
Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti
1. Apakah yang anda faham tentang IBSE?
Cuba nyatakan perkataan, istilah atau frasa yang berkaitan dengan IBSE yang anda tahu.

2. Adakah anda telah mengamalkan IBSE dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Jika ada,
sila berikan contoh.

3. Apakah aspek lain yang ingin anda tahu mengenai IBSE?

Pasca aktiviti.

1. Jelaskan kefahaman anda tentang IBSE.


Lampiran
Lampiran S1-1: Definition of inquiry-based science education (IBSE)
Lampiran S1-2: Ideas of science and about science
Lampiran S1-3: BSCS 5E Instructional Model
Lampiran S1-4: Needham's Five Phase Constructivist Model
Lampiran S1-5: Eisenkraft's 7E Instructional Model
Lampiran S1-6: La main à la pâte framework of science inquiry

Panduan untuk fasilitator


Beri penekanan terhadap ‘minds-on’ di samping ‘hands-on’ yang mungkin berlaku.

Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan pelaksanaan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bybee, R. W., Taylor, J. A., Gardner, A., Van Scotter, P., Powell, J., Westbrook, A., & Landes,
N. (2006). The BSCS 5E instructional model: Origins and effectiveness. Colorado Springs,
CO: Biological Sciences Curriculum Studies.
Eisenkraft, A. (2003). Expanding the5E Model. The Science Teacher, 70(6), 56–59.
Harlen, W. (2010). Principles and big ideas of science education. Retrieved from
https://www.interacademies.org/sites/default/files/publication/principles-and-big-ideas-of-
science-education.pdf
Harlen, W. (2012). Inquiry in science education. Retrieved from https://www.fondation-
lamap.org/sites/default/files/upload/media/minisites/action_internationale/inquiry_in_scienc
e_education.pdf
Harlen, W. (2013). Assessment & inquiry-based science education: Issues in policy and practice.
Trieste: Global Network of Science Academies (IAP) Science Education Programme (SEP).
Harlen, W. (2015). Working with big ideas of science education. Retrieved from
http://www.interacademies.org/publications/26703.aspx
IAP Science Education Program. (2010). Taking Inquiry-Based Science Education into
Secondary Education. A global Conference. Retrieved from
https://www.interacademies.org/publication/taking-ibse-secondary-education-report-
conference-york-uk
National Research Council. (2012). A framework for K-12 science education: Practices,
crosscutting concepts, and core ideas. Washington, DC: The National Academies Press.
Needham, R., & Hill, P. (1987). Teaching strategies for developing understanding in science.
Leeds: University of Leeds.
Pollen. (2009). Designing and implementing inquiry-based science units for primary education.
Montrouge: La main à la pâte.
Lampiran S1-1

Definition of Inquiry-Based Science Education (IBSE)

IBSE means students progressively developing key scientific ideas through learning
how to investigate and build their knowledge and understanding of the world around.
They use skills employed by scientists such as raising questions, collecting data,
reasoning and reviewing evidence in the light of what is already known, drawing
conclusions and discussing results. This learning process is all supported by an
inquiry- based pedagogy, where pedagogy is taken to mean not only the act of
teaching but also its underpinning justifications.

Some words in this definition deserve emphasis and comment.

Progressively developing key ideas underlines the importance of identifying a few overarching
ideas that help us to make sense of the phenomena in the world around, and then ensuring that
through their science learning activities students make progress towards developing these
ideas.

Learning how to… build their knowledge and understanding implies the active role of the
students in their learning, which is part of formative assessment, and implies a view of learning
as being constructed by learners.

Using skills employed by scientists means in addition to those skills listed, being rigorous and
honest in collecting and using sufficient and relevant data to test hypotheses or answer the
questions raised. Scientists check and repeat data collection, where possible, they interpret and
attempt to explain their findings. Throughout their investigations they keep careful records, and
in drawing conclusions they consult related existing work and present their work to others, in
writing or at conferences, and share their ideas. It is obvious in the case of scientists, but worth
noting for application of inquiry in school science, that those engaged in inquiry do not know
the answer to the question or problem being studied, find it important to investigate and are
excited about trying to find an answer or solution.

Raising questions underlines the point that students are engaged in answering questions of real
interest to them that have stimulated their curiosity. Often these questions will be raised by the
teacher, other students or emerge from reading but, whatever the origin of the question, in
inquiry students take them as their own, engaging their curiosity and desire to understand.
Raising and answering questions is sometimes equated with problem-solving, where the focus
is on finding a solution that ‘works’. However, in science the single solution is not enough.
Developing theories and models in order to explain phenomena requires that ideas are
‘evaluated against alternative explanations and compared with evidence…. Thus knowing why
the wrong answer is wrong can help secure a deeper and stronger understanding of why the
right answer is right.’
Discussion of definitions makes clear that learning science through inquiry is a complex
process in which knowledge and understanding and skills of collecting and using evidence are
linked together interactively. The skills that are essential to the building of understanding are
both physical and mental skills, concerned with generating evidence and using evidence to test
ideas that may help to explain an event or phenomenon being studied.

At the same time, the use of skills involves knowledge and understanding, not only knowing
how to generate, collect and interpret data but also understanding why it is important to work
scientifically. Further, there is an affective element to the process, influencing willingness to
engage in the various actions involved in pursuing an inquiry and to take notice of results
which may require a change in pre-existing ideas. All this, too, is embedded in a cultural
context which can promote or inhibit the development of understanding
through inquiry.

Acknowledgement of this interdependence of knowledge and skills has led to the suggestion
that inquiry is best specified in terms of practices, complex sets of actions that lead to
experiencing and understanding science as ‘a body of knowledge rooted in evidence’.

Sumber: Harlen, 2013, p.12-13


Lampiran S1-2

Ideas of Science

1. All matter in the Universe is made of very small particles


Atoms are the building blocks of all matter, living and non-living. The behaviour and
arrangement of the atoms explains the properties of different materials. In chemical
reactions atoms are rearranged to form new substances. Each atom has a nucleus
containing neutrons and protons, surrounded by electrons. The opposite electric charges of
protons and electrons attract each other, keeping atoms together and accounting for the
formation of some compounds.

2. Objects can affect other objects at a distance


All objects have an effect on other objects without being in contact with them. In some
cases the effect travels out from the source to the receiver in the form of radiation (e.g.
visible light). In other cases action at a distance is explained in terms of the existence of a
field of influence between objects, such as a magnetic, electric or gravitational field.
Gravity is a universal force of attraction between all objects however large or small,
keeping the planets in orbit round the Sun and causing terrestrial objects to fall towards
the centre of the Earth.

3. Changing the movement of an object requires a net force to be acting on it


A force acting on an object is not seen directly but is detected by its effect on the object’s
motion or shape. If an object is not moving the forces acting on it are equal in size and
opposite in direction, balancing each other. Since gravity affects all objects on Earth there
is always another force opposing gravity when an object is at rest. Unbalanced forces
cause change in movement in the direction of the net force. When opposing forces acting
on an object are not in the same line they cause the object to turn or twist. This effect is
used in some simple machines.

4. The total amount of energy in the Universe is always the same but can be transferred
from one energy store to another during an event
Many processes or events involve changes and require an energy source to make them
happen. Energy can be transferred from one body or group of bodies to another in various
ways. In these processes some energy becomes less easy to use. Energy cannot be created
or destroyed. Once energy has been released by burning a fossil fuel with oxygen, some of
it is no longer available in a form that is as convenient to use.

5. The composition of the Earth and its atmosphere and the processes occurring within
them shape the Earth’s surface and its climate
Radiation from the Sun heats the Earth’s surface and causes convection currents in the air
and oceans, creating climates. Below the surface heat from the Earth’s interior causes
movement in the molten rock. This in turn leads to movement of the plates which form the
Earth’s crust, creating volcanoes and earthquakes. The solid surface is constantly changing
through the formation and weathering of rock.
6. Our solar system is a very small part of one of billions of galaxies in the Universe
Our Sun and eight planets and other smaller objects orbiting it comprise the solar system.
Day and night and the seasons are explained by the orientation and rotation of the Earth as
it moves round the Sun. The solar system is part of a galaxy of stars, gas and dust, one of
many billions in the Universe, enormous distances apart. Many stars appear to have
planets.

7. Organisms are organised on a cellular basis and have a finite life span
All organisms are constituted of one or more cells. Multi-cellular organisms have cells that
are differentiated according to their function. All the basic functions of life are the result
of what happens inside the cells which make up an organism. Growth is the result of
multiple cell divisions.

8. Organisms require a supply of energy and materials for which they often depend on,
or compete with, other organisms
Food provides materials and energy for organisms to carry out the basic functions of life
and to grow. Green plants and some bacteria are able to use energy from the Sun to
generate complex food molecules. Animals obtain energy by breaking down complex
food molecules and are ultimately dependent on green plants as their source of energy. In
any ecosystem there is competition among species for the energy resources and materials
they need to live and reproduce.

9. Genetic information is passed down from one generation of organisms to another


Genetic information in a cell is held in the chemical DNA. Genes determine the
development and structure of organisms. In asexual reproduction all the genes in the
offspring come from one parent. In sexual reproduction half of the genes come from each
parent.

10. The diversity of organisms, living and extinct, is the result of evolution
All life today is directly descended from a universal common ancestor that was a simple
one-celled organism. Over countless generations changes resulting from natural diversity
within a species lead to the selection of those individuals best suited to survive under
certain conditions. Species not able to respond sufficiently to changes in their environment
become extinct.

Ideas about Science

11. Science is about finding the cause or causes of phenomena in the natural world
Science is a search to explain and understand phenomena in the natural world. There is no
single scientific method for doing this; the diversity of natural phenomena requires a
diversity of methods and instruments to generate and test scientific explanations. Often an
explanation is in terms of the factors that have to be present for an event to take place as
shown by evidence from observations and experiments. In other cases supporting evidence
is based on correlations revealed by patterns in systematic observation.
12. Scientific explanations, theories and models are those that best fit the evidence
available at a particular time
A scientific theory or model representing relationships between variables of a natural
phenomenon must fit the observations available at the time and lead to predictions that can
be tested. Any theory or model is provisional and subject to revision in the light of new
data even though it may have led to predictions in accord with data in the past.

13. The knowledge produced by science is used in engineering and technologies to create
products to serve human ends
The use of scientific ideas in engineering and technologies has made considerable changes
in many aspects of human activity. Advances in technologies enable further scientific
activity; in turn this increases understanding of the natural world. In some areas of human
activity technology is ahead of scientific ideas, but in others scientific ideas precede
technology.

14. Applications of science often have ethical, social, economic and political implications
The use of scientific knowledge in technologies makes many innovations possible.
Whether or not particular applications of science are desirable is a matter that cannot be
addressed using scientific knowledge alone. Ethical and moral judgments may be
needed, based on such considerations as justice or equity, human safety, and impacts
on people and the environment.

Sumber: Harlen, 2015, p.15-17


Lampiran S1-3

Summary of the BSCS 5E Instructional Model

Phase Summary
Engagement The teacher or a curriculum task accesses the learners’ prior knowledge and
helps them become engaged in a new concept through the use of short
activities that promote curiosity and elicit prior knowledge. The activity
should make connections between past and present learning experiences,
expose prior conceptions, and organize students’ thinking toward the learning
outcomes of current activities.
Exploration Exploration experiences provide students with a common base of activities
within which current concepts (i.e., misconceptions), processes, and skills are
identified and conceptual change is facilitated. Learners may complete lab
activities that help them use prior knowledge to generate new ideas, explore
questions and possibilities, and design and conduct a preliminary
investigation.
Explanation The explanation phase focuses students’ attention on a particular aspect of
their engagement and exploration experiences and provides opportunities to
demonstrate their conceptual understanding, process skills, or behaviors. This
phase also provides opportunities for teachers to directly introduce a concept,
process, or skill. Learners explain their understanding of the concept. An
explanation from the teacher or the curriculum may guide them toward a
deeper understanding, which is a critical part of this phase.
Elaboration Teachers challenge and extend students’ conceptual understanding and skills.
Through new experiences, the students develop deeper and broader
understanding, more information, and adequate skills. Students apply their
understanding of the concept by conducting additional activities.
Evaluation The evaluation phase encourages students to assess their understanding and
abilities and provides opportunities for teachers to evaluate student progress
toward achieving the educational objectives.

Sumber: Bybee et al., 2006, p.2


Lampiran S1-4

Needham's Five Phase Constructivist Model

Phase Purpose Methods


I Orientation Arouse interest and set the scene. Practical activities, real
problems to solve, teacher
demonstrations, film clips,
videos, newspaper cuttings
II Elicitation of Ideas To enable pupils and teachers to Practical activities or small
become aware of prior ideas. group discussion followed
by reporting back.
III Restructuring of To create an awareness of an
Ideas alternative viewpoint – the
scientific one – to:
a) modify
b) extend, or
c) replace with a more scientific
view

i. Clarification and Recognise alternative ideas and Small group discussion and
exchange critically examine own. reporting back.

ii. Exposure to Test validity of existing ideas. Teacher demonstration,


conflict situations performing personal
experiments, worksheets.
iii. Construction of
new ideas Modify, extend or replace existing Discussion, reading, teacher
ideas. input.
iv. Evaluation
Test validity of newly constructed Practical work, project
ideas. work, experimentation,
teacher demonstration.
IV Application of Ideas Reinforcement of constructed Personal writing practical
ideas in familiar and novel activity, problem solving,
situations. project work.
V Review Awareness of change of ideas and Personal writing, group
familiarisation with learning discussion, personal diaries,
process to allow the pupils to reviewing work posters etc.
reflect upon the extent to which
their ideas have changed.

Sumber: Needham & Hill, 1987


Eisenkraft's 7E Instructional Model

Sumber: Eisenkraft, 2003


La main à la pâte framework of science inquiry

Discuss
Share

Debate
Reflect

Cooperate

Record

A unit or part of a unit may include several investigations before reaching the Draw Final Conclusions
stage.

One session or lesson in a unit rarely, if ever, includes all of the parts of the Design and Conduct Science
Investigations stage of this diagram. One session or lesson never includes all stages of the diagram.

Sumber: Pollen, 2009, p.10

Anda mungkin juga menyukai