Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

MATA PELAJARAN ELE IKT GRAFIK KOMUKASI TEKNIKAL


TINGKATAN ELE 4 CEMERLANG
JUMLAH PELAJAR 25 ORANG
MINGGU 2
TARIKH/HARI 16 JANUARI 2023/ISNIN
MASA 11.00 PAGI – 11.45 PAGI (45 MINIT)
TAJUK 1.2 MEDIA DAN PERALATAN
1.3 MENYEDIAKAN KERTAS LUKISAN TEKNIK

STANDARD KANDUNGAN 1.2 MEDIA DAN PERALATAN GKT


1.3 MENYEDIAKAN KERTAS LUKISAN TEKNIKAL

OBJEKTIF I. Menamakan peralatan teknikal dalam GKT


PEMBELAJARAN II. Menerangkan fungsi peralatan lukisan dalam GKT
III. Mengenalpasti saiz kertas (A4,A3,A2,A1,A0)
IV. Melaraskan kertas di atas papan lukisan

STANDARD 1.2.1: Menamakan peralatan teknikal dalam subjek Grafik Komunikasi Teknikal
PEMBELAJARAN 1.2.2: Menerangkan fungsi peralatan lukisan yang digunakan dalam subjek Grafik Komunikasi
Teknikal
I. Meja lukisan
II. Papan lukisan
III. Sesiku T
IV. Sesiku set
V. Jangka lukis
VI. Lengkung Perancis dan Lengkung fleksibel
VII. Pensil kayu dan mekanikal
VIII. Pemadam pensil dan dakwat
IX. Plat pencontoh
1.3.1: Mengenalpasti saiz kertas
I. Kertas A4
II. Kertas A3
III. Kertas A2
IV. Kertas A1
V. Kertas A0
1.3.2: Melaraskan kertas di atas papan lukisan

KRITERIA KEJAYAAN Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pelajar-pelajar dapat:
1. Menyatakan nama bagi 4 jenis peralatan teknikal yang digunakan di dalam subjek GKT.
2. Menyenaraikan fungsi bagi 4 jenis peralatan teknikal dalam subjek GKT dengan betul.
3. Melukis 5 ukuran kertas bagi kertas bersaiz A0, A1,A2,A3 dan A4.
4. Memasang 1 helai kertas lukisan teknikal dengan menggunakan kaedah yang betul di atas
papan lukisan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN A. Set Induksi (10 minit) (11:00am-11:10am)

1. Guru menunjukkan kereta mainan kepada pelajar. Rujuk lampiran 1.


2. Sebuah video dari Youtube berkaitan gear planet ditayangkan kepada pelajar. Rujuk
lampiran 2.
3. Guru menunjukkan contoh gambar lukisan teknikal lakaran gear kepada pelajar di
hadapan kelas. Rujuk lampiran 3.
4. Guru dan pelajar melakukan aktiviti soal jawab berkaitan kereta mainan, video dari
Youtube dan gambar lukisan teknikal lakaran gear bersama.
5. Guru memberikan kertas soalan tinjauan berkaitan dalam tajuk yang ingin diajar
kepada pelajar. Rujuk lampiran 4.
6. Setelah selesai menjawab soalan tinjauan, pelajar menyerahkan kembali kertas soalan
tersebut kepada guru sebelum P&P berlansung.

B. Perkembangan Aktiviti (11:10am-11.30am)

Pembelajaran berpusatkan guru (20 minit)

1. Guru menayangkan slaid pembentangan mengenai tajuk yang ingin diajar kepada pelajar
menggunakan Smartboard di hadapan kelas. Rujuk lampiran 5.
2. Pelajar diminta merujuk buku teks (m/s 8 dan seterusnya) masing-masing sambil guru
memberi penerangan. Rujuk lampiran 6.
3. Guru memberi penerangan mengenai objektif pembelajaran yang perlu dijalankan,
serta kriteria kejayaan yang perlu dicapai oleh pelajar pada akhir waktu kelas.
4. Pelajar diberi penerangan oleh guru mengenai 8 jenis peralatan teknikal yang diperlukan
untuk menghasilkan lukisan teknikal yang bermutu dan tepat.
5. Guru menerangkan fungsi setiap jenis peralatan teknikal yang digunakan dalam
menghasilkan lukisan teknikal di dalam subjek GKT kepada pelajar.
6. Pelajar diberi penerangan oleh guru mengenai penyediaan kertas lukisan teknikal dengan
betul.
7. Guru menerangkan mengenai cara untuk mengenalpasti saiz kertas bagi jenis A kepada
pelajar di hadapan kelas menggunakan papan putih di hadapan kelas. Rujuk lampiran 7.
8. Sebuah video dari Youtube ditayangkan kepada pelajar mengenai jenis kertas yang
berbeza agar mereka lebih faham. Rujuk lampiran 8.
9. Guru menyatakan dan menunjukkan cara untuk memasang kertas lukisan dengan
betul di atas papan lukisan selaras dengan pembelajaran murid berdasarkan buku
teks GKT.
10. Sebuah video dari Youtube ditayangkan kepada pelajar mengenai cara pemasangan
kertas lukisan di atas papan lukisan dengan betul agar pelajar lebih faham. Rujuk
lampiran 9.
11. Pelajar diminta memasang kertas lukisan mereka di atas papan lukis dengan betul.
12. Guru membimbing pelajar dari semasa ke semasa.

C. Penutup (15 minit) (11.30am- 11.45am)

Pembelajaran berpusatkan pelajar (15 minit)

1. Aktiviti Round Table dijalankan oleh guru kepada pelajar sebagai salah satu aktiviti
PAK-21. Rujuk lampiran 10.
2. Pelajar dibahagikan kepada 4 bentuk kumpulan oleh guru.
3. Pelajar diminta untuk melukis mengikut kreativiti masing-masing di atas kertas
mahjong dalam kumpulan mengenai beberapa jenis peralatan teknikal yang
digunakan untuk menghasilkan lukisan teknikal yang baik berserta nama dan fungsi
peralatan tersebut.
4. Setelah kumpulan 1 selesai, kertas mahjong tersebut diagihkan kepada kumpulan 2,
3 dan 4 sehingga tugasan selesai.
5. Setelah selesai, pelajar diminta membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
bersama kumpulan mereka.
6. Guru menyatakan kesimpulan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran hari itu
kepada pelajar.
7. Sebelum mengakhiri kelas, guru meminta pelajar menyiapkan latihan 1. 3 (m/s 10)
dan 1.4 (m/s 12) yang disediakan dalam buku teks sebagai kerja rumah.
8. Guru meminta pelajar untuk mengemas dan memastikan kelas dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.
9. Guru mengakhiri kelas 3 minit awal untuk persediaan pelajar ke kelas seterusnya.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Teknik (I-THINK)

Strategi PdP KBAT Teknik PAK21


Berpusatkan pelajar - Mengingati Round Table
Berpusatkan guru - Memahami
- Mengaplikasi BBM
- Menilai Kereta mainan
Contoh gambar lakaran
EMK lukisan teknikal
Sains & Teknologi I-THINK Kertas Mahjong
Kretiviti & Innovasi - Slaid pembentangan
Smartboard
Papan putih
Papan lukisan
Peralatan melukis
dalam subjek GKT
Pentaksiran: Formatif, Standard Prestasi & Refleksi

Guru menilai pelajar-pelajar melalui:


1. Feedback yang diberikan pelajar semasa guru membimbing pelajar
Pentaksiran secara formatif
dalam kelas.
2. Hasil jawapan yang diberikan oleh para pelajar dari
pembentangan mereka dalam aktiviti Round Table.
3. Hasil jawapan yang diberikan oleh para pelajar dari latihan buku
teks.

1. Menyenaraikan nama peralatan GKT dengan betul.


Standard Prestasi
2. Menjelaskan fungsi setiap peralatan GKT dengan betul.
3. Menggunakan peralatan GKT dengan betul.
4. Memeriksa peralatan GKT untuk menentukan ketepatannya.
5. Membuat justifikasi tentang peralatan GKT.
6. Menghasilkan lukisan dengan menggabungkan peralatan.

Kehadiran pelajar: __/25 orang.

Tindakan susulan (contoh penambahbaikkan):

....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
Refleksi ....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
....................................................................................................................
Disediakan oleh:
Siti Nurhamdina
.........................................................
(SITI NURHAMDINA BINTI JAMALUDDIN)

Disemak oleh:

...............................................................
(NAMA PENUH)
GURU PEMBIMBING
KETUA PROGRAM GKT
LAMPIRAN 1

Kereta mainan

LAMPIRAN 2

Video dari Youtube : https://www.youtube.com/shorts/cDNT0DQAT40


LAMPIRAN 3

Contoh gambar lukisan teknikal


LAMPIRAN 4

Soalan Diagnostik (soalan tinjauan) mengenai tajuk yang ingin diajar.


LAMPIRAN 5

Slaid pembentangan pengajaran

LAMPIRAN 6

Buku Teks subjek GKT Tingkatan 4

LAMPIRAN 7

A2
A1
A4

A3
A A
5 5

A0

Lukisan di atas papan putih


LAMPIRAN 8

Video dari Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=dlU9iG19wkg

LAMPIRAN 9

Video dari Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=X6QZvdEbrEc

LAMPIRAN 10

Aktiviti Round Table dilukis di atas kertas Mahjong

Anda mungkin juga menyukai