Anda di halaman 1dari 11

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

1. SKOP KERJA

1.1 Skop kerja bagi Kontrak ini meliputi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan
dan pencucian yang sempurna, cekap dan bermutu tinggi bagi memastikan
sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, kemas dan selesa.
Perkhidmatan di atas merangkumi kerja-kerja membersih dan mencuci bilik
mandi/air (permukaan lantai, dinding, tiang panel kaca, pintu, tangga, siling,
tandas, peralatan elektrik dan kaki lima). Kontraktor hendaklah memastikan
perkara-perkara berikut :

1.1.1 Memberi perkhidmatan pembersihan dan pencucian yang cekap dan


professional.

1.1.2 Menyediakan tenaga buruh yang mahir, cekap dan berpengalaman


dengan bilangan yang cukup bagi menjamin mutu perkhidmatan
yang licin dan sempurna. Petender hendaklah menyediakan pekerja
yang terdiri daripada Warganegara Malaysia selaras dengan polisi
semasa kerajaan.

1.1.3 Menyediakan peralatan pembersihan yang baik dan mencukupi.

1.1.4 Menyediakan bahan-bahan kimia yang bermutu tinggi dan mencukupi.

1.1.5 Menyediakan mesin-mesin pencucian yang moden dan mencukupi.

2. KEPERLUAN PEKERJA

2.1 Pekerja-pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja yang mahir di dalam


bidang berkenaan.

2.2 Jumlah pekerja yang dicadangkan oleh Kerajaan bagi perkhidmatan ini
adalah:-

Bilangan Penyelia : 3 Orang

Bilangan Pekerja : 18 Orang

2.3 Kontraktor hendaklah menyediakan keperluan pekerja termasuk penyelia


yang mencukupi untuk melaksanakan sepenuhnya kerja dengan
memuaskan.

1
3. KEKERAPAN DAN MASA BEKERJA

3.1 Kerja-kerja hendaklah dilaksanakan di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00
petang pada setiap hari bekerja.

3.2 Kerja-kerja juga hendaklah dilaksanakan pada hari cuti umum dan hujung
minggu sekiranya ada permintaan.

4. MUTU KEBERSIHAN

4.1 Mutu kebersihan yang dikehendaki adalah pada tahap bermutu tinggi dan
memuaskan Pegawai Penyelia atau wakilnya.

5. MUTU PERKHIDMATAN

5.1 Kontraktor dikehendaki menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan


memuaskan Pegawai Penyelia atau wakilnya. Sekiranya terdapat mutu kerja
yang tidak memuaskan pada pandangan Pegawai Penyelia atau wakilnya,
maka pihak Kem berhak mengarahkan Kontraktor melakukan semula kerja
pembersihan tanpa sebarangan bayaran tambahan diluluskan oleh Pegawai
Penyelia.

6. KEPERLUAN AM PEMBERSIHAN

6.1 Peralatan mesin dan bahan kimia yang digunakan hendaklah yang bermutu
tinggi, sesuai dengan permukaan yang hendak dibersihkan atau dicuci dan
terjamin penggunaanya.

6.2 Produk pembersihan tidak boleh mengandungi:

 Pencuci kebersihan berasaskan klorin dan pembersih tandas dan bilik


mandi yang mengandungi asid bukan organik;
 Penyegar udara kimia (haruman semula jadi / organik, contohnya pandan,
serai, bunga melati dan lain-lain hendaklah digunakan sebagai ganti);
 Pembersih longkang kimia;
 Tisu pakai buang;
 Semburan mengandungi propelan; dan
 Racun rumpai dan racun kulat.

6.3 Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas kerosakan pada satu-satu


permukaan yang dibersihkan dan dicuci seperti permukaan lantai, dinding,
perabot dan sebagainya akibat dari mesin, bahan kimia atau kecuaian
Kontraktor.

6.4 Segala kos yang terlibat untuk memperbaiki kerosakan di atas hendaklah
ditanggung oleh Kontraktor sepenuhnya. Kontraktor dikehendaki membekal
peralatan, mesin dan bahan kimia yang cukup pada setiap masa.

2
6.5 Peralatan pembersihan dan pencucian hendaklah diletakkan di dalam stor
yang disediakan. Pihak Kem tidak bertanggunjawab di atas kehilangan
barang-barang hak milik Kontraktor.

6.6 Kontraktor hendaklah memastikan semua peralatan, mesin dan bahan kimia
yang digunakan hendaklah diluluskan oleh peraturan dan undang-undang
Kerajaan.

7. PERALATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN

7.1 Kontraktor adalah dikehendaki untuk mengunakan peralatan pembersihan


dan pencucian yang sesuai.

7.2 Peralatan pembersihan dan pencucian digunakan untuk mencuci tandas tidak
dibenarkan digunakan di ruang lain.

8. MESIN-MESIN

8.1 Mesin-mesin yang digunakan hendaklah mesin yang moden dan terjamin dari
segi keselamatan dan terbukti keberkesanan penggunaanya.

9. MENYAPU

9.1 Semua permukaan lantai hendaklah disapu bersih tanpa meninggalkan


sebarang sampah sarap kotoran dan habuk.

9.2 Sampah-sampah dan kotoran dalam longkang-longkang di keliling bangunan


hendaklah disapu, ditolak dan dibersihkan. Kontraktor hendaklah memastikan
supaya tidak membuang sampah-sarap dari longkang ke atas rumput di
bawah perkhidmatan kontrak lain.

10. MEMBUANG SAWANG

10.1 Sawang-sawang, sarang labah-labah, sarang burung pada siling, cucur atap,
bucu, celah-celah kekisi/grill dan perabot di dalam atau di luar bangunan
hendaklah dibersihkan tanpa memberi kesan kotoran.

11. MENGEMOP

11.1 Kerja mengemop hendaklah menggunakan mop kain bersih. Baldi dengan
wringer’ yang sesuai hendaklah digunakan dan pastikan air tidak menitik
pada lantai. Hasil yang diperolehi mestilah bersih dan tiada kesan habuk dan
kekotoran. Kontraktor hendaklah memastikan supaya notis yang secukupnya
diberi mengenai kesan licin.

11.2 Mop sehingga bersih dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang


bermutu dan bersesuaian untuk semua lantai.

3
11.3 Bahan kimia pembersihan yang diluluskan hendaklah digunakan mengikut
arahan pengilang.

12. MENGELAP

12.1 Kesemua cermin besar dan muka hendaklah dilap dengan menggunakan
kain lap yang sesuai.

12.2 Mengelap cermin hendaklah dibuat dengan sebersih mungkin dengan


menggunakan air dan campuran kimia yang diluluskan dan mengikut arahan
pengilang.

13. HIGH PRESSURE JET CLEANER

13.1 Mesin high pressure jet cleaner hendaklah digunakan untuk menyembur dan
menanggal segala lumpur, kesan minyak, lumut dan kekotoran lain pada
tempat-tempat yang dinyatakan.

13.2 Bahan kimia pembersihan dan bahan anti mould/moss yang diluluskan
hendaklah digunakan bila perlu mengikut arahan pengilang.

14. MEMBUANG SAMPAH

14.1 Sampah sarap hendaklah dikumpul ke dalam tong sampah dan dimasukkan
ke dalam karung plastik dan dihantar ke pusat tong sampah untuk dipungut.

14.2 Sampah-sarap hendaklah dibersihkan pada setiap hari dan tidak dibenarkan
menangguh pembuangannya pada hari berikutnya.

15. KERJA ‘SCRUBBING’

15.1 Kerja-kerja ‘scrubbing’ hendaklah dilakukan pada keadaan berikut:

15.1.1 Apabila permukaan lantai Simen Render telah kotor dan kotornya tidak
boleh dihilangkan dengan cara ‘mop’

15.2 ‘Scrubbing’ dibuat apabila diperlukan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

15.3 Penyelia Kontraktor dikehendaki memaklumkan kepada Pegawai Penyelia


sehari sebelum kerja-kerja ‘Scrubbing’ dijalankan.

15.4 Pastikan permukaan lantai tersebut disapu terlebih dahulu sebelum kerja-
kerja ‘Scrubbing’ dilakukan.

15.5 Bahan kimia yang digunakan hendaklah tidak meninggalkan kesan


sampingan kepada lantai atau pengguna.

4
15.6 Bagi permukaan yang tidak boleh di ‘scrub’ dengan mesin seperti skirting,
bucu-bucu dinding dan sebagainya hendaklah disental dengan tangan
dengan menggunakan pad.

15.7 Permukaan lantai yang telah di ‘scrub’ hendaklah dibilas (mop) dengan air
bersih berulang-ulang kali dan pastikan tidak ada tompok-tompok atau
kekotoran yang tertinggal.

16. TANDAS

16.1 Tandas hendaklah dicuci dengan bersih dengan menggunakan bahan cucian
dan bahan pewangi yang sesuai dan diluluskan oleh Pegawai Penyelia. Kerja
pembersihan hendaklah meliputi kerja membasuh dan menggosok daki-daki
kotoran dari mangkuk tandas, tempat buang air kecil, tempat membasuh
tangan, kepala paip, cermin muka dan lain-lain peralatan yang terdapat di
dalam tandas termasuk lantai dan dinding berjubin.

16.2 Lantai hendaklah dicuci dengan cara cucian kering iaitu cuci dengan bahan
kimia yang sesuai dan dimop kering dan tiada air dibiarkan bertakung.

16.3 Kontraktor dikehendaki membekal pewangi tandas yang mencukupi pada


setiap masa agar tandas sentiasa di dalam keadaan wangi dan selesa
digunakan.

16.4 Kontraktor dikehendaki menyediakan sabun cecair wangi pada setiap


sinki/tempat pembasuh tangan di tandas VIP.

16.5 Kontraktor dilarang membuang sampah di dalam ‘floor trap’ dan sinki. Tong-
tong sampah yang ada di dalam tandas hendaklah dikosongkan.

17. PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN KRITERIA KHUSUS BAGI PERKHIDMATAN


PEMBERSIHAN

17.1 Skop

Menyediakan perkhidmatan pembersihan umum termasuk pembersihan


bangunan, rumah, pembersihan tingkap untuk pejabat-pejabat kerajaan,
sekolah, hospital dan kemudahan awam. Ia termasuk prosedur kontrak
pembersihan (secara bulanan atau tahunan) dan perkhidmatan pencucian
berkala.

5
17.2 Bahan dan Peralatan yang digunakan

a. Produk pembersihan yang dihadkan

(1) Produk pembersihan tidak boleh mengandungi:

(a). Pencuci kebersihan berasaskan klorin dan pembersihan


tandas dan bilik mandi yang mengandungi asid bukan
organik (inorganic acids).

(b). Penyegar udara kimia (haruman semula jadi / organik,


contohnya pandan, serai, bunga melati dan lain-lain
hendaklah digunakan sebagai ganti).

(c). Pembersih longkang kimia.

(d). Tisu pakai buang.

(e). Semburan mengandungi propelan.

(f). Racun rumpai dan racun kulat.

b. Sekatan produk lain

(1) Pembekal perkhidmatan pembersihan hanya boleh menggunakan


kertas tisu, tisu tandas dan beg sampah dengan kandungan bahan
kitar semula.

(2) Pembekal perkhidmatan pembersihan hendaklah menggunakan


kepala mop yang boleh digunakan semula (reusable mop head).

17.3. Proses

a. Penyediaan perkhidmatan pembersihan hendaklah menggunakan dos yang


sesuai bagi ejen pembersih (cleaning agent). Dalam usaha untuk memastikan
dos yang betul, semua kakitangan perlu mempunyai akses kepada peranti
mengukur dos (dosage device) atau bikar di kawasan tempat pembersihan
dilakukan.

b. Pembekal perkhidmatan pembersihan hendaklah mengasingkan atau


menyisihkan sisa sewajarnya bagi meningkatkan pemulihan atau kitar semula
bahan buangan (kertas, plastik, kaca, tin aluminium) sebelum menyalurkan
kepada pengumpul sisa awam.

6
17.4 Tenaga Kerja

a. Pembekal perkhidmatan pembersihan hendaklah memberi arahan bertulis


yang mudah difahami tentang dos, pencairan, penggunaan dan pelupusan
untuk semua ejen pembersihan termasuk gambar rajah atau ilustrasi yang
diperlukan (contohnya peranti dos, mendispens unit (dispensing unit), cawan
pengukur dan lain-lain) untuk mengelakkan penggunaan ejen pembersih
secara berlebihan.

b. Pembekal perkhidmatan pembersihan juga hendaklah menyediakan arahan


kerja untuk pengenalanpastian dan pengendalian bahan/peralatan, prosedur
yang sesuai untuk menyimpan bahan-bahan/peralatan dan mengasingkan
sisa dan pelupusan.

c. Pembekal perkhidmatan pembersihan hendaklah menyediakan peralatan


perlindungan diri yang sesuai (personal protective equipment; PPE) kepada
pekerja-pekerja mereka untuk melindungi mereka daripada risiko yang
mungkin menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan semasa
bekerja.

d. Latihan kepada pekerja tentang prosedur pembersihan hendaklah disediakan


oleh pembekal perkhidmatan pembersihan untuk meningkatkan pengetahuan
tentang penggunaan air dan tenaga, kecekapan penggunaan agen
pembersihan, teknik pembersihan yang sesuai untuk pelbagai jenis
permukaan dan amalan pembersihan hijau (termasuk program kitar semula,
pengurusan sisa yang berkesan dan lain-lain)

..........................................................
Tandatangan Petender

Nama Penuh SYED AHMAD MAHMUD BIN SYED NOOR MOHAMMAD


: .......................................................................
830202-14-5033
No.Kad Pengenalan : ........................................... ............................
5/10/2023
Tarikh : .......................................................................

Cop Rasmi Syarikat : ........................................................................

7
SENARAI BANGUNAN

KONTRAK PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN BILIK AIR DAN TANDAS DI


PASUKAN-PASUKAN KEM PAYA JARAS SERTA RUMAH KELUARGA ANGKATAN
TENTERA (RKAT) MARKAS OPERASI SIBER DAN ELEKTROMAGNETIK
PERTAHANAN (MOSEP) KEM PAYA JARAS SUNGAI BULOH, SELANGOR

1. BANGUNAN PENTADBIRAN PASUKAN SEKTOR A

NOMBOR JUMLAH
BIL KEGUNAAN
BANGUNAN BANGUNAN
(a) (b) ( c) (d)
1. JKR (P) 2005 BALAI PENGAWAL BELAKANG 01
2. JKR (P) 2006 BALAI PENGAWAL 01
3. JKR (P) 2007 MARKAS REJIMEN 01
4. JKR (P) 2008 STOR TEK P4 SPPS 01
5. JKR (P) 2009 PEJABAT TADBIR LATIH/STOR GIRN 01
6. JKR (P) 2010 BILIK KULIAH SEL LATIH 01
7. JKR (P) 2011 TRUP KRIPTO 01
8. JKR (P) 2012 SKUADRON KOMSTRAT 01
9. JKR (P) 2013 SKUADRON SPPS 01
10. JKR (P) 2116 LAMAN HIJAU 01
11. JKR (P) 2015 DEWAN MAKAN 01
12. JKR (P) 2017 NCO LAB 01
13. JKR (P) 2018 PENGINAPAN BILIK BUJANG RPS DAN 97 RSPE 01
14. JKR (P) 2020 TRUP KUARTERMASTER/STOR SENJATA 01
15. JKR (P) 2021 STOR PELURU 01
16. JKR (P) 2022 STOR GAS 01
17. JKR (P) 2023 STOR G1098 01
18. JKR (P) 2026 WISMA BINTARA 01
19. JKR (P) 2027 PENGINAPAN WISMA BINTARA 01
20. JKR (P) 2028 PENGINAPAN WISMA PERWIRA 01
21. JKR (P) 2029 WISMA PERWIRA 01
22. JKR (P) 2080 DEWAN PANCAR SAKTI 01
23. JKR (P) 2081 TRUP TEKNIK 01
24. JKR (P) 2082 SURAU PASUKAN 01
25. JKR (P) 2083 SKUADRON PENGENDALI/RSAT/RUMAH BAKAT 01
26. JKR (P) 2084 KANTI PASUKAN/JRC 01
SKUADRON BANTUAN/PEJABAT GAJI/PEJABAT
27. JKR (P) 2085 01
AGAMA/SEL SENGGARAAN
28. JKR (P) 2087 PAM MINYAK PASUKAN 01
29. JKR (P) 2088 TRUP KENDERAAN 01
30. BPKP JP & P 1 PENGINAPAN BILIK BUJANG RPS 01
31. JKR (P) 2114 TADIKA PASUKAN 01
32. JKR (P) 2030 RUMAH PAM BANGUNAN PEJABAT 01
33. BLOK G2 01
8
34. BANGUNAN PLPE 01
35. BANGUNAN PKS 01
JUMLAH KESELURUHAN 35 BLOK

SENARAI NOMBOR BANGUNAN REJIMEN PERHUBUNGAN STRATEGIK


KEM PAYA JARAS SUNGAI BULOH SELANGOR

2. BANGUNAN RKAT SEKTOR B

NOMBOR JUMLAH
BIL BLOK
BANGUNAN PINTU
(a) (b) (c) (d)

1. BLOK C1 PEGAWAI KOL KE ATAS


a. JKR (P) 2069 BUNGALOW 01
JUMLAH 01

2. BLOK C2-C3 PEGAWAI LT KOL


a. JKR (P) 2070 SEMI D BANGLOW 02
b. JKR (P) 2071 SEMI D BANGLOW 02
JUMLAH 04
3. BLOK C4-C7 PEGAWAI MEJ KE BAWAH
a. JKR (P) 2064 C FLAT 06
b. JKR (P) 2065 C FLAT 06
c. JKR (P) 2066 C FLAT 06
d. JKR (P) 2067 C FLAT 06
JUMLAH 24
4. BLOK D/E1-DIE5 PEGAWAI WAREN l DAN PEGAWAI WAREN II
a. JKR (P) 2058 D/E FLAT 06
b. JKR (P) 2059 D/E FLAT 06
c. JKR (P) 2060 D/EFLAT 06
d. JKR (P) 2061 D/EFLAT 06
e. JKR (P) 2062 D/EFLAT 06
JUMLAH 26
5. BLOK F1-F4 STAF SARJAN DAN SARJAN
a. JKR (P) 2072 F FLAT 08
b. JKR (P) 2073 F FLAT 08
c. JKR (P) 2075 F FLAT 08
d. JKR (P) 2076 F FLAT 08
JUMLAH 32

9
6. BLOK F5 BILIK BUJANG PENUNTUT KURSUS

(a) (b) ( c) (d)


7. BLOK G1-G11 KPL, LKPL DAN PBT
a. JKRG1 (P) 2037 G FLAT 18
b. JKRG2 (P) 2039 G FLAT 18
c. JKRG3 (P) 2041 G FLAT 18
d. JKRG4 (P) 2043 G FLAT 18
e. JKRG5 (P) 2046 G FLAT 18
f. JKRG6 (P) 2047 G FLAT 18
g. JKRG7 (P) 2058 G FLAT 18
h. JKRG8 (P) 2054 G FLAT 18
i. JKRG9 (P) 2053 G FLAT 18
j. JKRG10 (P) 2050 G FLAT 18
k. JKRG11 (P) 2034 G FLAT 18
JUMLAH 297
a. JKR (P) 2077 F FLAT 08
JUMLAH 08

3. BANGUNAN RUMAH SAMPAH, GARAJ KERETA DAN RUMAH PAM

(a) (b) (c) (d)


1. RUMAH SAMPAH
a. JKR (P) 2068 BLOK C4-C7 01
b. JKR (P) 2063 BLOK E1-E5 01
c. JKR (P) 2074 BLOK F1-F5 01
d. JKR (P) BLOK G1-G3 01
e. JKR (P) 2042 BLOK G4-G5 01
f. JKR (P) 2056 BLOK G7-G8 01
JUMLAH 06
2. GARAJ KERETA
a. JKR (P) 2038 BLOKG1 01
b. JKR (P) 2040 BLOKG2 01
c. JKR (P) 2041 BLOKG3 01
d. JKR (P) 2055 BLOKG7-G8 01
JUMLAH 04

3. RUMAH PAM RKAT


a. JKR (P) 2079 RKAT BLOK C,D/E,F DAN G 01

10
JUMLAH 01
4. RUMAH PAM RKAT SEMI D
a. JKR (P) RKAT BLOK C2-C3 01
JUMLAH 01

JUMLAH KESELURUHAN 39 BLOK

11

Anda mungkin juga menyukai