Anda di halaman 1dari 3

TIPS UNTUK ORANG MAKAN GAJI

Baiklah, tips ini adalah khas untuk mereka yang bekerja makan gaji, dan dalam

masa yang sama, ada buat bisnes secara part time. Ini bermakna, sekiranya gaji

tetap anda tidak mampu untuk menampung loan yang sedang diminta, backup nya

ialah dengan mempunyai bisnes sendiri dan cara rekod dan bank statement

mestilah teratur dan cantik.

Ok, untuk pertamanya, saya akan beritahu cara untuk mengira kemampuan loan

yang kita boleh minta.

Contoh: Sekiranya gaji kita RM2,000 sebulan, maka RM2,000 ini akan didarabkan

dengan 65% (bergantung kepada jumlah gaji dan bank) bersamaan dengan

RM1,300.

Jika sekiranya kita dah ada komitmen kereta sebulan sebanyak RM700, jadi:-

RM1,300 – RM700 = RM600 sahaja sebulan.

Jadi, berdasarkan kiraan ini, loan rumah yang lepas untuk anda ialah lebih kurang

berharga RM140,000 sahaja.

Anda boleh buat pengiraan melalui link ini:-

http://www.akpk.org.my/my/aplikasi/kalkulator?calc=content_1

Namun, bagaimanakah sekiranya kita mahu membuat loan bagi rumah

yang lebih dari itu?


Jawapan: Kena adanya bisnes tambahan untuk kita. Dengan Syarat, anda perlu

mendaftarkan bisnes anda dengan SSM dan mempunyai akaun semasa bagi

perniagaan anda. Apabila anda mempunyai bisnes tambahan, cara pengiraan

adalah seperti di Tips Power #1 dan ditambahkan lagi dengan cara pengiraan

seperti di atas. Jadi, komitmen bayaran bulanan anda akan bertambah dan anda

boleh buat loan dengan jumlah yang lebih banyak.

KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN:-

Kebiasaannya, ramai antara kita yang mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai

bisnes online sendiri. Namun, income dari bisnes tersebut hanya dimasukkan ke

dalam akaun personal sahaja. Jadi, ini tidak akan dikira sebagai INCOME oleh pihak

bank. Jadi, sangat rugilah untuk kita.. Oleh itu, sekiranya ada income yang masuk

ke dalam akaun personal, maka anda perlulah transfer balik ke akaun company..

Itu sahaja. Mudah bukan?

Diharapkan anda mendapat manfaat dari info ini.

Semoga anda berjaya lulus loan dengan jayanya..

Insya-Allah.

Ikhlas,

Hafizi Zain

Anda mungkin juga menyukai