Anda di halaman 1dari 26

Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

1
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

PENGENALAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang

dan ruang untuk saya berkarya dengan penulisan ini. Buku ‘Memulakan

Bisnes Surat pajak’ ini adalah ilham setelah saya menceburi bidang ini

tak lama dahulu.

Saya perkenalkan diri, saya FAUZIATI BINTI AB WAHAB.

Saya dilahirkan dari golongan keluarga yang miskin membuatkan saya

sentiasa panjang akal untuk mencari duit tambahan. Teringat waktu

zaman sekolah, meniaga asam lah, ikut mak sedara meniaga kain lah,

macam-macam. Sehinggalah waktu universiti masih lagi aktif buat kerja

lebih masa.

Apabila bekerja, jadual harian semakin padat membuatkan

banyak kerja ‘part-time’ terpaksa dilupakan, sehinggalah saya terjumpa

bisnes membeli surat pajak gadai. Hanya luangkan masa melayan

pelanggan dalam sejam dua tapi mampu membuat keuntungan rm50-

500 secara purata untuk setiap pelanggan.

Dalam tulisan ini, saya kongsikan pengalaman saya dalam

memulakan bisnes surat pajak ini supaya anda dapat ide bagaimana

untuk memulakannya juga. Di musim kegawatan ekonomi ini, ramai yang

terkesan terutama peniaga-peniaga kecil-kecilan dan sebagai alternative

mereka akan memajakkan barangan kemas ke Pajak gadai, apabila

sampai tempoh penebusan, ramai yang tak mampu nak tebus, dan inilah

peluang kepada pembeli-pembeli surat pajak.

2
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Alhamdulillah, ilmu membeli surat pajak ini saya belajar dari

seorang mentor saya yang telah menceburkan diri selama 20 tahun lebih

dalam bisnes ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari sepanjang

perjalanan ini. Doakan saya yea…

Chekgu Fauziati

http://ChekguFauziati.wasap.my

3
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

PENDAHULUAN

Bisnes membeli surat pajak secara ringkasnya adalah membeli

barangan kemas gadaian si pemajak pada harga tertentu berdasarkan

pasaran emas semasa.

Jom kita kenal dulu akan sistem pajakan di Malaysia.

Pajak gadai yang membawa maksud kita

memajak/menggadaikan harta yakni barang kemas untuk mendapatkan

pinjaman daripada pihak pemajak. Terdapat dua (2) jenis pajak gadai di

Malaysia iaitu Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Pajak gadai

Konversional atau lebih mudah dikenali sebagai pajak gadai cina.

Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) menawarkan pinjaman dari

65% hingga 85% daripada nilai marhum (nilai semasa barangan

gadaian) tersebut. Seperti contoh Ar-Rahnu Agrobank menawarkan

pinjaman 70% dari nilai marhum, sekiranya barangan kemas dinilaikan

rm1000 pada waktu tersebut makanya pinjaman yang akan diperolehi

adalah rm700. Setelah pinjaman dibuat pemajak akan dikenakan upah

simpan (perkiraan berbeza-beza mengikut Ar-Rahnu). Tempoh pinjaman

yang ditawarkan adalah dari 3-6 bulan. Namun begitu, pemajak boleh

menyambung pajakan selepas tempoh tamat.

Manakala pajak gadai konversional pula menawarkan

pinjaman mengikut perkiraan setiap kedai pajak tersebut, namun

pemajak boleh tawar-menawar untuk memperolehi harga gadaian yang

4
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

lebih tinggi. Setelah pinjaman diberikan, pemajak akan dikenakan bunga

pajakan dari 1.5% - 2%.

Namun begitu terdapat juga di sesetengah negeri terutama

Sabah dan Sarawak yang mengenakan bunga sehingga 3%. Mengikut

undang-undang kedai pajak, bunga yang dikenakan seharusnya tidak

melebihi 12% dalam tempoh 6 bulan tempoh gadaian.

Begitulah sedikit perkongsian tentang jenis-jenis pajakan yang

ada di Malaysia. Sebagai seorang pembeli surat pajak, adalah diwajibkan

memahami selok belok sistem pajakan di Malaysia terutama nilai

pinjaman dan upah simpan/bunga yang dikenakan.

5
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Jadi, bagaimana nak memulakan bisnes surat pajak ini?

Di sini, saya gariskan beberapa point penting yang seharusnya ada bagi

seorang usahawan Surat pajak.

1 – Mentor

2 - Ilmu Surat Pajak

3 – Platform

4 – Ilmu Marketing Surat Pajak

6
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

MENTOR

Setiap pembelajaran seharusnya mempunyai guru untuk

membantu dan membimbing setiap masalah dan keputusan. Saya

bertuah kerana menjadi salah seorang dealer Orodesign yang mana

saya diajar tentang selok belok ilmu surat pajak ini.

Bermula dari saya sendiri yang ingin menjual surat pajak, saya

menyertai kumpulan ‘Buat Duit Dengan Surat pajak’ yang dikendalikan

oleh seorang senior dealer Orodesign. Dalam kumpulan ini, saya diajar

tentang perkiraan surat pajak, mendapatkan modal surat pajak,

mendapatkan untung surat pajak serta macam-macam lagilah.

Permulaannya, saya diajar mengira surat pajak saya, dan

berapa keuntungan saya sekiranya saya menjual surat pajak saya pada

harga semasa. Saya berjaya menjual surat pajak saya dengan harga

yang tinggi dan memperoleh keuntungan yang tinggi. Hasil dari

keuntungan tersebut, saya berjaya menebus beberapa barang kemas

gadaian saya.

Kemudian, mentor saya mengarahkan untuk saya terus

membuat iklan ringkas di Facebook. Menggunakan media social

marketplace Facebook, saya mengiklankan untuk membeli surat pajak.

7
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Rajah 1 : Contoh banner iklan saya

8
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

1830 views dalam masa seminggu


selepas dinaikkan iklan.

Zero cost marketing.

Closed sales : RM20k+

Rajah 2 : Contoh hasil iklan saya di marketplace

Alhamdulillah pada minggu pertama, saya berjaya

mendapatkan pelanggan dari Ar-Rahnu Bank Rakyat dengan belian

pelanggan RM16K +. Pelanggan akan mengambil gambar surat pajak

beliau dan menghantarnya kepada saya untuk dibuat pengiraan. Setelah

pengiraan dibuat, pelanggan akan diberitahu tentang nilai bayaran

pajakan serta keuntungan bersih yang akan diperolehi oleh pelanggan.

9
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Mentor saya menyemak setiap perkiraan saya dikhuatiri

terdapat kesilapan dalam pengiraan dan penentuan nilaian barangan.

Antara faktor penilaian barangan adalah purity barangan yang ditulis di

dalam surat pajak, berat barang gadaian dan jumlah upah simpan yang

dikenakan.

Alhamdulillah, pelanggan bersetuju untuk menjual surat pajak

beliau pada harga tertentu. Mentor saya memberikan surat perjanjian

menjual surat yang akan ditandatangani oleh saya dan pelanggan

supaya tiada isu yang akan timbul dikemudian hari.

Pertemuan diatur dengan pelanggan di Bank Rakyat dan

urusan dibuat dengan teratur di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Alhamdullillah,

beban pelanggan yang terpaksa membayar upah simpan yang tinggi kini

tiada lagi. Walaupun sayang akan barang kemas tersebut, namun

pelanggan lebih memilih untuk menyelesaikan hutang dengan baik.

Barang kemas gadaian yang berada di tangan saya

kemudiannya dihantar ke kilang untuk dijual dan mendapat balik modal

dan keuntungan. Keuntungan yang diperolehi pada hari tersebut adalah

12% daripada modal yang dikeluarkan.

Perjalanan bisnes surat pajak saya semakin rancak, dan saya

mendapat pelbagai jenis surat pajak yang berlainan perkiraannya. Sekali

lagi saya beruntung kerana mentor saya sentiasa memberikan ilmu surat

pajak kepada kami dan sentiasa memeriksa perkiraan surat pajak saya

sekiranya saya ragu-ragu.

10
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Penting untuk mempunyai seorang mentor yang boleh

mendidik anda tak kira masa supaya anda tidak membuat salah dalam

membeli surat pajak. Mentor saya selalu berpesan, dalam membeli surat

pajak elakkan berlaku zalim kepada pelanggan, juga elakkan berlaku

zalim pada diri-sendiri.

Di Orodesign, kami sentiasa bertukar-tukar pendapat, buah

fikiran dan berkongsi masalah supaya masing-masing akan mendapat

ilmu semaksima mungkin dalam memaksimakan keuntungan dan

meminimakan kerugian.

Disamping itu, kami juga berkongsi-kongsi ‘Job’ yang

diperolehi sekiranya pelanggan berada jauh dari tempat dealer

beroperasi.

11
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Rajah 3 : Kumpulan Telegram Pembelajaran Surat Pajak (Hanya


Dealer Orodesign sahaja)

12
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

ILMU SURAT PAJAK

Saya membahagikan kepada dua bahagian dalam topik ‘ilmu surat pajak

ini’ iaitu

I – Ilmu perkiraan Surat pajak.

Setiap surat pajak mempunyai perkiraan yang berbeza-beza,

namun sekiranya biasa mengira surat pajak, anda akan dapat meneka

berapakan keuntungan yang anda akan dapat ataupun adalah anda

akan mengalami kerugian.

Dalam perkiraan surat pajak, info penting yang seharusnya

anda tahu adalah Nilai Pinjaman, Bunga/upah simpan, tempoh gadaian,

berat barang gadaian, jenis purity barang gadaian dan harga buyback

semasa barang gadaian.

Harga buyback semasa ditentukan oleh kilang-kilang atau

syarikat-syarikat tertentu. Di Kelantan, kebanyakan pembeli surat pajak

akan terus menjual barang gadaian kepada ‘Tokey Kilang Emas’ dengan

harga yang lebih tinggi. Terdapat juga sesetangah kilang mengambil kira

berat barang, semakin berat barang yang dijual, semakin tinggi harga

yang ditawarkan.

13
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Berikut merupakan contoh perkiraan surat pajak.

14
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

ii- Rahsia Surat pajak

Dalam membeli surat pajak Ar-Rahnu, sangat mudah untuk menentukan

nilai ketulenan (purity) surat pajak kerana telah ditulis dengan sangat

baik.

Namun begitu berbeza dengan surat pajak konversional yang

mana tidak dinyatakan jenis purity surat pajak dengan tepat.

Pajak gadai konversional akan mengambil semua jenis emas

untuk digadai tanpa mengira nilai purity emas tersebut. Di sini, anda

harus bijak mengira nilai marhum emas tersebut dari nilai pinjaman yang

diberikan serta mentafsir dari nilai marhum tersebut dengan jenis purity

emas.

Sekiranya barang gadaian merupakan sebentuk cincin

bertatah batu, anda haruslah mengambil kira untuk menolak berat batu

tersebut dari 0.2g – 1g, bergantung kepada saiz batu tersebut.

15
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Saya sendiri pernah ditipu oleh pelanggan, yang mana barang

gadaian pelanggan merupakan emas 585 namun saya mengira surat

pajak beliau dengan harga 916 disebabkan pelanggan memberitahu

bahawasanya emas yang beliau pajak adalah emas 916. Nasib baik

modal yang dikeluarkan hanyalah rm200+ dan nilai kerugian adalah

sekitar rm50+ sahaja.

Ini berlaku disebabkan saya terlalu ghairah mendapat

pelanggan surat pajak. Hasil dari pengalaman ini, saya lebih berhati-hati

dalam mentafsir dan membuat pengiraan surat pajak. Sekali lagi, mentor

sangat penting untuk dijadikan tempat rujukan.

16
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

PLATFORM

Bila nak memulakan bisnes surat pajak ini, anda seharusnya

mendapatkan platform yang betul, tepat dan telus untuk mengetahui

harga buyback semasa emas dan untuk menjual balik barang gadaian.

Terdapat juga beberapa dealer yang menjual balik barang

gadaian yang masih elok dengan harga ‘Used’, namun begitu langkah ini

melambatkan pusingan modal walaupun keuntungannya adalah lebih

tinggi berbanding menjualnya kepada kilang dengan harga ‘Scrap’

Penting untuk anda mengetahui harga buyback semasa

kerana disitulah anda boleh mengira keuntungan yang bakal anda

perolehi, dan juga keyakinan pelanggan untuk menjual surat pajak

kepada anda. Lagi tinggi buyback yang anda dapat, lagi tinggi harga

belian surat pajak yang boleh anda tawarkan kepada pelanggan.

Seperti contoh,

Buyback Buyback
Buyback Syarikat
Syarikat Orodesign Syarikat B
C (916/gram)
(916/gram) (916/gram)

Harga Buyback
RM180/gram RM175/gram RM172/gram
Kilang

Belian Pelanggan RM170/gram RM170/gram RM170/gram

Keuntungan
RM10/gram RM5/Gram RM2/gram
Dealer

17
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Sekiranya anda ingin menetapkan setiap keuntungan anda

adalah rm10/gram, anda mungkin akan tewas kepada pembeli surat

pajak yang lain, disebabkan itu anda seharusnya mencari dan

mendapatkan harga buyback tertinggi dalam pasaran.

Walaubagaimanapun, ia merupakan salah satu faktor sahaja

untuk anda meyakinkan pelanggan, bagi saya, terdapat beberapa faktor

lain yang menjadi asbab pelanggan memilih anda. Saya

menggelarkannya sistem ‘T.R.U.S.T’

T – Trust (Percaya) – Profile anda yang meyakinkan akan

membuatkan pelanggan lebih yakin untuk berurusan dengan

anda. Disebabkan itu, anda seharusnya menggunakan gambar

anda yang sebenar dalam setiap media sosial bagi meningkatkan

keyakinan pelanggan kepada anda.

R – Real (Orang Sebenar) – Pelanggan akan menghubungi anda

sekiranya beliau yakin akan personality anda. Sekiranya anda

menggunakan media Facebook sebagai alat komunikasi,

pelanggan anda membuat carian enjin dengan nama anda dahulu

untuk mengetahui anda adalah Real atau Scammer.

U – User Friendly – Saya sentiasa cuba meletakkan diri saya di

kedudukan pelanggan. Segment pelanggan surat pajak biasanya

adalah terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. Jadi

saya akan sedaya upaya untuk membantu pelanggan dan

bersikap user friendly supaya tiada jarak yang jauh antara saya

dan pelanggan.

18
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

S – Speed (Kepantasan anda menjawab setiap persoalan

pelanggan dan membuat janji temu dengan pelanggan adalah

amat penting. Kebanyakan pelanggan berada dalam keadaan

terdesak untuk menjual surat pajak lebih-lebih lagi surat pajak

yang telah tamat tempoh.

T – Treat other people as you want to be treated. Maksudnya,

anda hendaklah melayan pelanggan sepertimana anda ingin

dilayan setiap kali berurusan secara online ataupun offline.

Sekiranya pelanggan datang ke setiap temujanji di kedai pajak

dalam keadaan yang naif, tak salah sekiranya kita memberi lebih

keuntungan kepada pelanggan.

Menjual Balik Barang Gadaian

Apabila selesai urusan di kedai pajak bersama dengan pelanggan, saya

akan memperolehi barang gadaian tersebut dan pelanggan akan

memperolehi keuntungan cash dari penjualan.

Saya memerlukan platform jual balik barang gadaian tersebut

dan semestinya saya memerlukan cash yang segera untuk saya membeli

surat pajak yang lain pula. Di sini, paling maksimum duit yang saya perlu

dapat mestilah dalam tempoh 3 – 7 hari, supaya pelanggan yang

seterusnya tidak mempunyai masalah untuk menunggu beberapa hari.

Oleh kerana saya baru berjinak dalam bisnes ini, modal saya

tidaklah sebesar modal-modal Jerung surat pajak, jadi saya memerlukan

19
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

platform yang telus dan cepat untuk saya memperolehi modal dan

keuntungan saya semula.

Saya memulakan bisnes surat pajak ini dengan modal sendiri

adalah RM3K, kemudian dari seminggu ke seminggu modal ini beranak

sehingga dalam tempoh tiga bulan modal saya sudah menjadi RM5K.

Sehingga kini, modal saya banyak ditukar terlebih dahulu dalam bentuk

emas sehingga saya memperolehi pelanggan yang seterusnya.

Alhamdulillah, sebagai dealer Orodesign, saya juga dilatih

untuk sentiasa peka dengan harga semasa dan ini membolehkan saya

membeli emas pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

Spread emas di Orodesign juga adalah terendah berbanding

kebanyakan syarikat emas yang lain, yang membawa maksud

keuntungan yang lebih tinggi walaupun barang kemas rosak patah dan

putus.

Apa itu spread? – Nilai perbezaan harga jual dan harga belian balik
emas pada hari yang sama bagi sesebuah syarikat.

Seperti contoh di Orodesign:

Spread (mengambil kira harga 1 gram 999)


𝟐𝟐𝟔. 𝟓𝟎 − 𝟏𝟗𝟕. 𝟎𝟎
= 𝟐𝟗. 𝟓%
𝟏𝟎𝟎%
*berikut adalah harga dropship, harga dealer jauh berbeza dengan harga dropship. Lebih untung
menjadi dealer berbanding dropship

20
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

MARKETING SURAT PAJAK

Pemasaran surat pajak tidak banyak bezanya dengan pemasaran bisnes

yang lain. Perkara paling utama dalam pemasaran bisnes yang

melibatkan emas adalah kepercayaan pelanggan.

Saya meletakkan kepercayaan pelanggan terhadap saya dan

Orodesign paling utama dalam setiap kempen iklan saya. Salah satu

cara yang paling mudah untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan

adalah dengan menunjukkan ‘siapa saya’ yang sebenarnya. Oleh itu,

medium live Facebook menjadi pilihan saya disebabkan ia mudah dan

selesa bagi saya.

Live Facebook secara teratur dan jelaskan tentang

perniagaan surat pajak ini dengan terperinci supaya pelanggan dapat

memahami apakah yang saya sedang tawarkan kepada pelanggan.

Terdapat sebilangan besar pelanggan surat pajak tidak

mengetahui bahawasanya mereka masih boleh mendapatkan sedikit

keuntungan dari penjualan surat pajak mereka. Kebanyakan mereka

akan membiarkan kedai pajak gadai melelong barang kemas mereka

pada harga yang lebih rendah.

Paling menyedihkan bagi kedai pajak konversional, barang

gadaian yang tamat tempoh terus ‘lelap’ tanpa sebarang lebihan kepada

pelanggan.

21
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Pelanggan hanya membuat pinjaman 60% - 85% dari nilai

marhum barang kemas tersebut, semestinya masih terdapat 40%-25%

dari nilaian barang kemas tersebut.

Disebabkan faktor ini, saya berkongsi ilmu dengan rakan-

rakan Facebook saya bahawasanya, mereka boleh menjual surat pajak

mereka dan mendapatkan keuntungan bersih berbanding dilelong atau

terus lelap di kedai pajak. Pendidikan secara berterusan ini, sepenuhnya

saya menggunakan media sosial Facebook.

Terdapat 101 kaedah pemasaran samada secara online

ataupun offline. Saya bukanlah orang yang layak untuk berkongsi

tentang pemasaran, saya sendiripun mengikuti banyak kelas pemasaran

bagi memantapkan ilmu pemasaran saya. Tiada yang terbaik setakat ini

kepada semua orang, Cuma ia mungkin boleh jadi yang terbaik buat saya

tapi tidak sesuai dengan anda.

Pesanan saya, leburkan sedikit duit dan masa untuk

mempelajari ilmu pemasaran dan aplikasi dalam bisnes surat pajak.

Tetapkanlah kaedah yang paling membawa keuntungan dan mudah buat

anda, dan ulang 10 kali ganda dengan lebih baik.

22
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

PENUTUP

Buku ini mungkin terlalu ringkas buat anda untuk terus terjun ke dalam

bisnes surat pajak dan membuat duit dengannya. Namun, ia mungkin

menjadi titik tolak kepada ide untuk membuat duit dengan bisnes surat

pajak.

Sekiranya anda ingin mengetahui potensi kawasan anda

dalam bisnes ini, lihatlah sekitar bandar yang anda tinggal, ada tak kedai

surat pajak yang dibuka, ada tak bank – bank yang menawarkan

pinjaman Ar-Rahnu. Sekiranya ada, maka potensi yang sangat besar

untuk anda memulakan bisnes surat pajak.

Di Orodesign, kami membantu anda mendapatkan

pendapatan tambahan dengan bisnes emas. Samada anda berminat

untuk menjual barang kemas yang baru, membeli barang kemas

lama,rosak dan patah, menjalankan bisnes surat pajak atau membantu

kawan-kawan membeli emas pada harga kilang.

Sistem Orodesign adalah sangat mudah dan yang paling

utama adalah sistem Pendidikan emas yang ditawarkan. Selain ‘Group

WhatsApp’, Master Dealer Orodesign juga sering kali mengadakan

kelas offline secara berjadual di bandar-bandar utama di Malaysia bagi

memberi pendedahan dan pendidikan kepada semua dealer Orodesign

mahupun mereka yang berminat untuk menyertai kami.

23
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Rajah 4 : Iklan Kelas atau Bengkel Usahawan Emas Orodesign

24
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

Akhirukalam, saya harap, tulisan saya ini menjadi penggerak

kepada pertambahan pendapatan bagi anda dan keluarga anda.

Sokonglah penulisan saya agar di masa hadapan, ia akan menjadi

semangat untuk saya terus menulis dan berkongsi ilmu dengan semua.

Tulisan ini hanyalah pengalaman dan ilmu saya yang cetek

dibumi Allah SWT ini, Sekiranya ada tersalah fakta atau penerangan,

anda boleh terus menguhubungi saya.

Semoga kita berjumpa di suatu masa akan datang. InsyaAllah

ADA EMAS ADA DUIT, ADA DUIT TIDAK SEMESTINYA ADA


EMAS

DUIT – SIFATNYA DIBELANJAKAN

EMAS – SIFATNYA DISIMPAN

LEBIH KEKAL SIMPANAN EMAS BERBANDING SIMPANAN

DUIT.

25
Memulakan Bisnes Surat Pajak ChekguFauziati©

BIODATA PENULIS

Fauziati Binti Ab Wahab, juga lebih dikenali dengan

‘Chekgu Fauziati’ merupakan seorang pendidik di

salah sebuah sekolah menengah di Johor.

Berlatar belakang jurusan Pendidikan dari Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan Sains Fizik (Kepujian) di UiTM dan seterusnya

menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan

ICT di Universiti Malaya.

Bergiat aktif dalam bisnes emas sejak tahun 2013, setelah diperkenalkan

dengan kempen 1 bulan 1 Gram oleh salah seorang senior di zaman

sekolah menengah.

Sehingga hari ini, tabiat menyimpan emas masih diteruskan dan semakin

aktif menjalankan beberapa perniagaan berasaskan emas terutamanya

bisnes surat pajak.

Anda boleh menghubungi beliau melalui saluran berikut :

Facebook : https://www.facebook.com/atie.virgo

Sekiranya Anda berminat untuk terus mempelajari tentang selok belok

bisnes surat pajak, anda dijemput untuk menyertai group Facebook ini :

https://www.facebook.com/groups/387593751915199/

Jumpa di sana!!!

26

Anda mungkin juga menyukai