Anda di halaman 1dari 9

Saringan Kesihatan PEKA B40

Apa itu Program Saringan Kesihatan Peka B40


1.1 Ini adalah inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan
berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
1.2 Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.
1.3 Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan

4 Manfaat Skim Peka B40


1. Saringan Kesihatan PERCUMA
2. Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3)

*Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat
Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan
(Manfaat 4).
Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma (Free Medical Check up)
• pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
• saringan kesihatan mental
• pemeriksaan fizikal
• pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima
lelaki yang berisiko
• ujian darah dan ujian air kencing

*Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan
gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.


Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian
makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri
bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.
Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat
Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)
Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak
diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM. Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih
dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat
perubatan Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam
kategori berikut:
• Stent untuk jantung
• Alat sendi tiruan
• Alat bantuan pendengaran
• Perentak jantung
• Prostesis dan implan untuk tulang belakang
• Prostesis dan ortosis tulang anggota
• Kanta mata intraokular
• Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
• Bantuan sokongan nutrisi
• Kerusi roda
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)
Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal
rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah
dirancang oleh pakar kanser KKM.
RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh
menikmati manfaat ini. Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:
• RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
• RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun
didaftarkan.
Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)
Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan
rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser)
sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
• RM500 untuk Semenanjung Malaysia
• RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima
dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau
pegawai perubatan yang merawat.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Program Saringan Kesihatan Peka B40

Dengan sukacitanya kami dari Cergas Malaysia Healthcare Sdn Bhd yang menjadi salah satu panel Protect Health
Malaysia dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan Saringan Kesihatan untuk
golongan B40. Kami mempunyai satu eco-sistem doktor-doktor untuk menjayakan Program Saringan Kesihatan
untuk golongan B40 ini. Seramai 5.9 juta adalah layak menjalani saringan kesihatan ini.
Di antara manfaat manfaat program saringan B40 adalah seperti berikut:
1. Konsep ‘Turun Ke Padang’
• Saringan Kesihatan Peka akan dilaksanakan dengan kelulusan pihak pengurusan tertinggi dan
pejabat daerah, di mana program ini akan dilaksanakan di setiap pejabat daerah/kawasan
perkampungan
• Ahli-ahli yang layak dan tergolong dalam B40 akan didaftarkan secara automatik untuk
menjalani Saringan Kesihatan PEka B40 ini
2. Jadual Berkala
• Saringan kesihatan ini akan diadakan secara berkala
3. Makanan ringan
• Makanan ringan akan disediakan oleh pihak Cergas Malaysia Healthcare Sdn Bhd
4. Pasukan Medikal
• Satu pasukan doktor (pegawai perubatan) dan juga seorang Pakar Perubatan Am akan manjalankan
saringan kesihatan ini
5. Program Kesedaran
• Kesemua ahli ahli yang layak untuk saringan kesihatan ini akan dimasukkan dalam satu kumpulan
Whatsapp (mengikut zon) di mana maklumat kesihatan akan di kongsi untuk memupuk
kesedaran kesihatan sebelum dan selepas menjalani saringan kesihatan ini
Carta Alir proses saringan kesihatan
Kelulusan
Pengurusan Perbincangan Surat Rujukan
untuk keputusan ke klinik
menjalankan saringan kesihatan jika
saringan kesihatan memerlukan
kesihatan Peka dengan ahli rawatan
B40 selanjutnya

Penyediaan Saringan Kesedaran


Pejabat Kesihatan Kesihatan
Daerah/ dilaksanakan melalui
kawasan untuk Whatsapp
saringan diteruskan

Penyemakan Ahli yang


Senarai Ahli layak
yang layak dimasukkan
untuk saringan dalam
Whatsapp

Anda mungkin juga menyukai