Anda di halaman 1dari 4

B E R I M A N K E P A D A KI T A B

D E F I N I S I B E R I M A N KE P A D A K I TA B
Beriman kepada kitab adalah Rukun Iman ketiga, iaitu beriktikad bahawa Allah SWT telah menurunkan
kitab-kitab dan menganugerahkannya kepada para Nabi dan Rasul.

KI T AB - KI T AB I N I AD AL AH
(1) bukti yang jelas kepada kebenaran dakwah para Nabi dan Rasul,

(2) rahmat kepada alam semesra,

(3) pedoman hidup dan petunjuk kepada jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta

(4) penyelesai kepada semua perkara yang menjadi perselisihan dalam kalangan manusia.

IS
S I KA N D U N G A N K I TA B A D A L A H K A L A M A L L A H S W T
Semua kitab-kitab itu adalah kalam dan ucapan Allah SWT yang hakiki. “Al-Kalam” atau berkata-kata
adalah salah satu sifat Allah SWT, dengan cara yang selayak dengan kebesaran dan keagungan-Nya.
Dengan kata lain, ia bukanlah makhluk atau ciptaan Allah, sesiapa yang mengingkarinya atau sebahagian
daripadanya akan menjadi kafir.

Friman Allah SWT:

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk

memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat

mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah

dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana

mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” [At Tawbah, 6]
S E T I AP N AB I M E M P U N Y A I KI T AB
Kita hendaklah beriman secara umum, bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab kepada setiap Nabi dan
Rasul. Namun tidak dinyatakan nama-namanya dalam al-Quran secara spesifik, melainkan 6 sahaja, iaitu
Taurat, Zabur, Injil, al-Quran, Suhuf Ibrahim AS dan Suhuf Musa AS. Tiada yang mengetahui bilangan
kitab yang sebenarnya, melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT: َۖ

-rasul Kami dengan membawa bukti-“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul

bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka

Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat

menjalankan keadilan.” [Al Hadid, 25]

“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus

para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah

menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara

manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. [Al- Baqarah213]

KE P E R L U A N M A N U S I A KE P A D A K I TA B
1. Supaya kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul menjadi rujukan bagi umatnya, mereka
merujuk kepadanya untuk mengetahui agama mereka.

2. Supaya kitab-kitab menjadi sumber hukum yang adil kepada manusia dalam semua perkara yang
menjadi perselisihan.

3. Supaya kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul berfungsi menjaga agama selepas kewafatan
rasul tersebut, walaupun panjang jarak masa dan tempat, sebagaimana keadaan dakwah Nabi SAW.

4. Supaya kitab-kitab ini menjadi hujah Allah SWT ke atas hamba-Nya, bahawa

risalah dan peringatan telah disampaikan, dan tiada alasan bagi manusia untuk

mengingkari dakwah para rasul.


C A R A B E R I M A N D E N G A N K I TA B
Umum

Beriman bahawa Allah Taala telah menurunkan kitab-kitab kepada rasulrasul-Nya.

Terperinci

Beriman dengan semua kitab yang Allah sebutkan namanya di dalam AlQuran, al-Quran, Taurat, Zabur,
Injil, Suhuf Ibrahim AS dan Suhuf Musa AS.

Beriman juga bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab lain selain daripada kitab-kitab yang
tersebut kepada nabi-nabi-Nya, tidak mengetahui namanya serta bilangannya kecuali Allah SWT.

I S I KA N D U N G A N K I TA B - KI T A B
Persamaan

1. Meneguhkan tauhid terhadap Allah dengan mengesakannya dengan ibadat dan amal soleh.

2. Menegah daripada melakukan perbuatan syirik dan kerosakan di atas muka bumi ini.

3. Menyeru manusia kepada akhlak dan pekerti mulia.

Perbezaan Syariat dan hukum-hakam.

KE I S TI M E W A A N A L - Q U R A N
Keistimewaan al-Quran berbanding kitab-kitab terdahulu, boleh dirumuskan kepada beberapa berikut;

1. Al-Quran adalah mukjizat pada lafaz dan maknanya. Isi kandungannya juga menyentuh hakikat
kejadian alam semesta dan sains.

2. Al-Quran kitab terakhir yang diturunkan dari langit, menjadi penutup kepada semua kitab-kitab
terdahulu.

3. Allah SWT telah menjamin untuk menjaganya daripada sebarang penyelewengan atau pengubahan,
berbeza dengan kitab-kitab yang lain, telah ditukar dan diubah isi kandungannya.
4. Al-Quran membenarkan semua kitab yang terdahulu daripadanya serta memelihara dan
mengawasi kitab-kitab tersebut.

5. Al-Quran telah memansuhkan isi kandungan kitab-kitab terdahulu.

PE
E N D I R I A N M U S L I M TE R H A D A P H U KU M D A N KI S A H D A L A M K I TA B T E R D A H U L U
Khabar dan Kisah

1. Meyakini bahawa semua cerita yang terkandung dalam kitab-kitab terdahulu yang telah
diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya adalah benar.

2. Ini tidak bermakna kita menerima semua isi kandungan kitab-kitab yang masih ada di tangan Ahli
Kitab (Yahudi dan Nasrani), kerana ianya telah diselewengkan. Tidak ada lagi naskhah sebenar
sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para rasul.

Syariat dan Hukum

1. Semua hukum yang terkandung di dalam Al-Quran wajib ke atas kita untuk mengikutinya.

2. Jika syariatnya bercanggah dengan syariat kita, maka tidak boleh beramal dengannya, bukan
kerana ia suatu hukum yang batil, tetapi ia adalah suatu yang hak pada zaman diturunkannya
tetapi ia dimansuhkan setelah penurunan al-Quran.

3. Jika syariatnya bertepatan dengan syariat kita, maka ianya benar, syariat kita telah
membuktikan kebenarannya.

NA
A M A- N AM A KI T AB D AL A M AL - Q UR A N
KITAB

Al-Quran (Nabi Muhammad SAW)

Taurat (Nabi Musa AS)

Zabur (Nabi Dawud AS)

Injil (Nabi Isa AS)

SUHUF

Suhuf Ibrahim AS

Suhuf Musa

Anda mungkin juga menyukai