Anda di halaman 1dari 5

Arahan : Jawab semua soalan.

Tuliskan jawapan di muka surat akhir bersama


dengan soalan Bahagian B. Ceraikan kertas jawapan untuk di hantar.

1. Remaja perempuan akan mencapai akil baligh apabila didatangi................


A. Mimpi Basah
B. Peluh
C. Demam
D. Haid

2. Apakah perubahan fizikal bagi remaja perempuan yang akil baligh?


A. Suara menjadi garau.
B. Rambut semakin panjang.
C. Gigi semakin besar.
D. Pembesaran payu dara.

3. Remaja lelaki akan mencapai akil baligh apabila mengalami.........................


A. Ihtilam
B. Demam
C. Haid
D. Gatal-gatal

4. Apakah perubahan fizikal bagi remaja lelaki yang akil baligh?


A. Suara menjadi merdu.
B. Rambut semakin panjang .
C. Suara menjadi garau.
D. Pertumbuhan bulu kening

5. Apakah maksud tekanan positif?


A. Tindak balas yang baik dari segi fizikal, emosi dan mental seseorang
terhadap situasi atau punca tekanan.
B. Tindak balas yang yang tidak baik dari segi fizikal, emosi dan mental
seseorang terhadap situasi atau punca tekanan
C. Tindak balas yang baik dari segi perbuatan seseorang terhadap
orang lain.
D. Tindak balas yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabakan
oleh sesuatu bebanan.

1
6. Bagaimanakah cara mengurus tekanan negatif?
A. Sentiasa berfikiran negatif
B. Berusaha untuk tidak berubah menjadi lebih baik.
C. Berdoa kepada Tuhan
D. Mendiamkan diri apabila ada masalah.

7. Nyatakan simptom HIV dan AIDS


i. Deman
ii. Sakit mata
iii. Cirit-birit
iv. Turun berat badan
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i dan iii
D. i dan iv

8. Apakah langkah pencegahan bagi mengawal penyakit bawaan air Hepatitis?


A. Jauhi seks bebas
B. Mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan agama dan kepercayaan
C. Pengambilan air bersih
D. Menjauhi makan makanan mentah

9. Apakah amalan yang boleh dilakukan oleh masyarakat setempat untuk


memastikan kehidupan komuniti sentiasa terpelihara?
A. Melepak bersama-sama sehingga larut malam
B. Bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman bersama
masyarakat setempat
C. Membuli anak jiran
D. Memastikan kawasan kediaman sentiasa kotor

10. Berikut adalah risiko tingkah laku seksual kepada seseorang remaja,
kecuali
A. Ketagihan melakukan aktiviti seksual
B. Hubungan seksual hamil sebelum nikah
C. Diterima oleh masyarakat.
D. Jangkitan penyakit seksual.

2
------------------KERTAS JAWAPAN & DICERAIKAN -------------

Nama murid : _________________________________

Kelas : _________________________________

Jawapan Bahagian A : ( 10 Markah )

1. 2.

3. 4.

5. 6.

7. 8.

9. 10.

Bahagian B ( 10 Markah )

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Senaraikan perubahan fizikal yang berlaku pada seorang remaja lelaki dan perempuan setelah
akhil baligh.

Perubahan Fizikal

Lelaki Perempuan

a. a.

b. b.

c. c.

d. d.

e. e.

3
4
5

Anda mungkin juga menyukai