Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN LAWATAN KEBAJIKAN PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSBILITY (CSR)

AHLI AKRAB BRIGED UTARA PGA DAN BATALION 1 PGA

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. SENARAI NAMA RAKAN AKRAB 2

3. OBJEKTIF PROGRAM CSR 3

4. LAPORAN LAWATAN 4

5. GAMBAR AKTIVITI 5
1. PENGENALAN

Aktiviti : PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)
PSYCARE RAKAN AKRAB.
Tarikh : 07/03/2023 (Selasa )
Masa : 1500 Hrs Hingga 1630 Hrs
Nama Pesara : Kpl Bersara Mohd Izdham Bin Mohd Fazil
Penyakit : Stroke
Alamat : No 4, Jalan Tanjung Bakti 5, Taman Tanjung
Bakti 31250 Tanjung Rambutan, Perak.

2. RAKAN AKRAB YANG MENYERTAI PROGRAM CSR PSYCARE

BIL PKT NO NAMA CAWANGAN


01 SM 123004 MOHD MURAD BIN NIZAM BATALION 1 PGA
02 SJN 107188 MELATI BT. MOHAMAD NOH BATALION 1 PGA
03 SJN 136697 MOHD SHUKRI B MD ISA BATALION 1 PGA
04 KPL 154571 MOHD AL HAFIS BIN KHAMSANI BATALION 1 PGA
05 PF 25817 NURSHAHIDA BT BAKRI BATALION 1 PGA
06 PF 28314 NUR WAHIDA BINTI SHAFIEH BRIGED UTARA PGA
07 PF 21436 MOHD SHUKRI BIN MOHD SALLEH BAKA BN 1 PGA
(PEMBACA DOA)
3. OBJEKTIF PROGRAM

- Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini diadakan adalah


bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan
Rakan AKRAB disamping dapat mendekatkan dengan masyarakat yang
kurang bernasib baik dan pada masa yang sama dapat menimbulkan
rasa kesyukuran.

- Menyemai sikap belas ihsan , kasih sayang dan empati serta memupuk
sikap ambil peduli dikalangan Rakan AKRAB terhadap masyarakat yang
kurang bernasib baik.

- Memberi pendedahan kepada Rakan AKRAB dalam aplikasi kemahiran


berkomunikasi untuk mendekatkan diri dengan rakan –rakan yang
kurang bernasib baik.

- Memberi sumbangan atau bantuan kepada masyarakat yang kurang


bernasib baik untuk meringankan beban dari segala aspek.
4. LAPORAN LAWATAN DAN SUMBANGAN

Program Corporate Social Responsibility (CSR) seramai 7 orang


daripada rakan AKRAB Briged Utara PGA dan Batalion 1 PGA telah membuat
lawatan kebajikan ke rumah pesara polis iaitu koperal (B) Mohd Idzham bin
Mohd Fazil di alamat no.4 Jalan Tanjung Bakti 5, Taman Tanjung Bakti 31250
Tanjung Rambutan Perak pada 07/03/2023 bermula jam 1500HRS . Puan
Azlizawati Binti Azhan iaitu isteri kepada Koperal (B) Mohd Idzham telah
menyambut baik kehadiran Rakan AKRAB. Program tersebut dimulai dengan
bacaan doa selamat yang dipimpin oleh ustaz Mohd Shukri bin Mohd Salleh dari
Unit BAKA Bn1 PGA.
Koperal (B) Mohd Izham bin Mohd fadzil telah mengalami Minor
Strok sejak 3 tahun lalu dan telah bersara awal atas sebab kesihatan pada
27/04/2022. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
pada 02/05/2020 dan telah menjalani pembedahan pada hari yang sama kerana
terdapat darah beku dikepala. Selepas keluar dari hospital beliau memerlukan
peralatan perubatan , katil serta susu khas untuk terus bergantung hidup.kos
untuk menampung pembelian susu adalah sangat tinggi. Isteri pesara ini
seorang suri rumah dan mempunyai 6 orang anak.
Objektif utama didalam program tersebut adalah untuk
menyantuni dan prihatin ke atas pesara polis dan keluarga selain dapat
merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama insan. Di dalam program tersebut
Rakan AKRAB juga telah menyerahkan cenderahati dan sumbangan wang tunai
hasil kutipan derma dari rakan AKRAB Briged Utara dan Batalion 1 PGA dan
menyerahkan kepada Puan azilawati binti Azhan. Sumbangan tersebut sedikit
sebanyak dapat meringankan perbelanjaan sekeluarga.
Mengakhiri program tersebut rakan AKRAB mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Azilawati kerana menerima lawatan program AKRAB
dengan baik dan lancer .Semua Rakan AKRAB mendoakan semoga Koperal (B)
Mohd Idzham sekeluarga diberi kesejahteraan dan kesembuhan serta
dipermudahkan segala urusan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan
dari masa ke semasa. Program tersebut berakhir pada jam 1630hrs.
5. LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai