Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

JOHOR BAHRU

DIPLOMA KOMPETENSI KIMPALAN


(ITW)

LO3 T3-ASSIGNMENT 2

TAJUK PROJEK

PINTU PAGAR AUTO STAINLESS STEEL

MMW 40373
WELDING ACTIVITIES PLANNING 1

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMAD RIDZUAN BIN CHE RUSLAN


030221-14-1139

SEMESTER:

4A – ITW

SESI:

JULY – DIS 2023

PENSYARAH:

MUHAMAD ASYRAF BIN ROSLEE


1
2
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Isi kandungan 2
2 Penghargaan 3
3 Abstrak 4
4 Abstract 5
5 Pengenalan projek 6
6 Objektif projek 7
7 Analisa kehendak pasaran
8 Analisa kos operasi
9 Kos bahan mentah
10 Kos penggunaan mesin
11 Kos upah pekerja
12 Peralatan kerja
13 Pengiraan penjimatan kos
14 Pengiraan keuntungan produk
15 Perbincangan
16 Mengenalpasti teknik kimpalan
17 Pemilihan bahan
18 Kemahiran pekerja
19 Peningkatan produktiviti
20 Pengurangan kos
21 Tujuan menurunkan = ouput
22 Masalah -masalah yang dihadapi
23 Cadangan penyelesaian
24 Cadangan pembaikan
25 Cadangan
26 Kesimpulan
27 Rujukan
28 Lampiran

3
1.0 PERHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan laporan dan projek ini dengan sempurna
dalam masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah iaitu Encik Muhamad Asyraf Bin Roslee kerana telah banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat bagi menyelesaikan laporan dan projek ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institusi
Kemahiran Mara, Johor Bahru atas kemudahan yang telah disediakan seperti bengkel,
alatan dan mesin-mesin. Hal ini dapat memudahkan pelajar-pelajar untuk
menggunakannya bagi menyiapkan projek atau tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Akhir sekali, tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli
keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah memberi tunjuk ajar, dorongan
dan kewangan kepada saya sepanjang menyiapkan laporan dan projek ini. Tanpa mereka,
saya tidak dapat mengetahui pelbagai perkara penting yang perlu dilakukan. Pelbagai
ilmu baru telah saya perolehi sepanjang menyempurnakan laporan ini.

4
2.0 ABSTRAK

Dalam menghasilkan sebuah projek Pintu Pagar Stainless Steel terdapat beberapa
faktor-faktor tentang kegunaan bahan seperti besi atau bahan lain serta tenaga pekerja-
pekerja baik dari segi kemahiran mahupun kefahaman tentang projek haruslah digadbung
untuk mendapat hasil yang terbaik dan kemas manakala ianya haruslah dipastikan ia
berkualiti dan kukuh untuk diguna pakai oleh pengguna atau pembelinya.Projek ini
dihasilkan bagi memudahkan semua golongan pengguna yang menggunakannya tanpa
memerlukan kemahiran atau tenaga yang banyak.

Penggunaan projek pintu pagar ini juga memerlukan struktur asas binaan yang
kukuh,mesra alam dan berkualiti bagi setiap penggunaanya.Oleh itu,penggunaan bahan
juga dilihat bagi menggunakan bahan yang sesuai dan kaedah rekaan yang betul untuk
memastikan kestabilan dan kualiti sesuatu projek.Kualiti bahan dan projek amat
memainkan peranan yang penting untuk menyakinkan pembeli atau pengguna bagi dapat
menjaminkan keselamatan dan ketahanan projek.Dengan ini,semoga pembinaan projek
ini kukuh dan terjamin objektifnya bagi memastikan projek pintu pagar ini dapat
bertahan dalam jangka masa yang lama dan mengelakkan projek daripada berlakunya
kerosakan dan kegagalan pada struktur projek.

5
3.0 ABSTRACT

In producing a Stainless Gate project there are several factors about the use of
materials such as iron or other materials as well as workers both in terms of skills and
understanding of the project must be combined to get the best and neat results while it
must be ensured that it is of good quality and strong to be used by users or buyers. This
project was produced to facilitate all groups of users who use it without requiring a lot of
skill or energy.

The use of this gate project also requires a strong, environmentally friendly and
quality construction structure for every use. Therefore, the use of materials is also seen to
use suitable materials and the correct design method to ensure the stability and quality of
a project. The quality of materials and projects play an important role in convincing the
buyer or user to guarantee the safety and durability of the project. With this, may the
construction of this project be strong and secure in its objective to ensure that this gate
project can last for a long time and prevent the project from damage and failure on the
project structure

6
4.0 PENGENALAN PROJEK

Tujuan projek ini dibuat adalah bertujuan untuk menaiktraf projek yang telah
dihasilkan atau sedia ada di pasaran.Projek ini juga dihasilkan dengan besi jenis stainless
steel yang sesuai bagi menjamin ketahanan dan kualiti suatu projek.Selain itu,projek ini
juga ditambah sistem keselamatan bagi menjamin keselamatan
pengguna.Contohnya,remote alarm dan sensor bunyi sekiranya berlaku getaran atau
goyangan pada pagar dan alarm tersebut boleh dihentikan menggunakan remote yang
diberi semasa pemasangan.Projek pintu pagar ini juga terdapat alat automatik 24v yang
memudahkan pengguna yang memakainya kerana ia tidak akan membebankan pengguna
dari segi membuka atau menutup pintu pagar.Berbanding penghasilan projek sebelum ini
ia menggunakan besi jenis carbon steel yang mudah karat dan ia juga perlu ditambah
baik dalam jangka masa akan datang.Contohnya pengguna perlu mengecat kembali
bahagian besi yang sudah karat dan perlu menggantikan bahagian besi yang sudah patah
ataupun reput dengan yang baru

7
5.0 OBJEKTIF PROJEK

 Menyediakan satu reka bentuk yang sesuai, lengkap dan selamat


 Menambah baikkan dari segi keselamatan.
 Mengurangkan tenaga beban terhadap pengguna
 Memastikan bahan yang dipilih dapat menahan dari segi ketahanan atau kekuatan
untuk menghasilkan projek
 Menjadikan projek pintu pagar kepada yang lebih moden

8
6.0 ANALISA KEHENDAK PASARAN

Projek pintu pagar stainless steel ini dihasilkan bagi tujuan memudahkan pengguna untuk
melindungi kediaman mereka daripada sebarang jenayah pecah rumah atau berlakunya
perkara yang tidak diingini berlaku.Pintu pagar stainless steel ini juga dihasilkan mengikut
kehendak pasaran yang mana ia telah diubahsuai kepada automatik dan ia telah ditambah alat
penggera di dalam pagar tersebut bagi menambah lagi keselamatan di rumah pengguna.

Harga atau kos pintu pagar stainless steel ini agak tinggi sedikit kerana ia menggunakan
bahan besi jenis stainless steel yang tidak mudah karat bagi mengurangkan kos pembaikkan
pada masa akan datang.Harganya agak tinggi sedikit kerana ia memerlukan bahan-bahan
kimpalan yang baik dan pekerja yang menghasilkan projek ini juga memerlukan kemahiran
yang mahir bagi penghasilan yang terbaik.Meskipun begitu,pintu pagar ini boleh digunakan
dalam jangka masa yang panjang dan dapat menjimatkan pengguna dari segi kos
pembaikkan.

9
7.0 ANALISA KOS OPERASI

Dalam setiap proses penghasilan projek,ianya haruslah melibatkan kos-kos yang tertentu dan
kos ini juga akan mempengaruhi harga bagi tujuan pemasaran.Projek pintu pagar stainless
steel ini juga melibatkan pelbagai kos iaitu kos bahan mentah, kos bahan guna habis, kos
upah pekerja, kos elektrik dan kos pengujian.Antara jumlah keseluruhan bagi penghasilan
projek ini adalah seperti di bawah.

Jadual 1.0 Pengiraan Kos Operasi

BIL JUMLAH KOS JUMLAH

1 Kos Bahan Mentah RM 2055.00

2 Kos Penggunaan Mesin RM22.53

3 Kos Upah Pekerja RM 280.00

JUMLAH RM 2357.53

10
8.0 KOS BAHAN MENTAH

Kos bahan mentah merupakan kos yang paling penting bagi menghasilkan sesuatu projek.Ini
kerana harga bagi sesuatu bahan itu bergantung pada harga pasaran semasa berdasarkan saiz
serta kuantiti yang hendak digunakan.Jadual di bawah menunjukkan maklumat lengkap
mengenai bahan yang kami gunakan untuk menghasilkan projek serta harga ini juga adalah
mengikut harga pasaran semasa dari semasa.

Jadual 2.0 Pengiraan Kos Bahan Mentah

Bil Bahan Harga/Unit Jumlah Kuantiti Jumlah (RM)


panjang@luas

1 MS Rectangular Hollow RM 60.00 1800cm 1 batang RM 60.00


25mm x 50.8mm x 1.0mm
2 MS Square Hollow RM 68.00 1600cm 1 batang RM 68.00
32mm x 32mm x 1.0mm
3 Aluminium Flat Bar RM 15.00 3744cm 52 keping RM 780.00
20mm x 1mm
4 Butterfly Hinges RM 14.00 8pcs 8pcs RM 112.00
38mm x 3mm x 60mm
5 Sliding Gate Roller RM 10.00 8pcs 8pcs RM 80.00
50mm x 30mm x 55mm
6 Alarm Penggera RM 100.00 4pcs 4pcs RM 400.00

7 Stainless Steel Autogate RM 200.00 2pcs 2pcs RM 400.00


970mm
8 Aluminium Gate Screw RM 60.00 1 kotak 1 kotak (100pcs) RM 60.00
40mm
9 Metal Wall Plug RM 7.00 10pcs 10pcs RM 70.00
12.7mm x 127mm
10 Angle Bar Mild Steel RM 25.00 200cm 1 batang RM 25.00
25mm x 25mm x 3mm
JUMLAH KOS BAHAN MENTAH RM 2055.00

11
9.0 KOS PENGGUNAAN MESIN

Kos penggunaan mesin merupakan kos yang diambil kira dari waktu sewa sesebuah mesin
yang digunakan bagi melaksanakan projek ini. Antara kos yang diambil kira adalah seperti
penggunaan mesin pencanai dan mesin kimpal.Jadual di bawah adalah menunjukkan tentang
kos penggunaan mesin yang digunakan semasa penghasilan projek.

Jadual 3.0

BIL MESIN WATT ANGGARAN JUMLAH


MASA KEGUNAAN (KWH)
(JAM)
Mesin Kimpal 100 x 415 = 41500W 62.25
1 (P=IV) (41.5kWh) 1.5jam
2 Mesin Pencanai 100 x 850W (0.85kWh) 1jam 0.85

3 Mesin Cut-off 100 x 2200W (2.2kWh) 1jam 2.2

JUMLAH PENGGUNAAN 65.3kWh

Kos elektrik untuk 200kWh pertama bagi kegunaan indutri ( 0.345 sen / kWh ) 65.3 x 0.345
=RM 22.53

JUMLAH KESELURUHAN KOS PENGGUNAAN MESIN RM22.53

12
10.0 KOS UPAH PEKERJA
Kos upah pekerja adalah kos yang diambil kira ke atas pekerja yang menghasilkan projek
pintu pagar stainless steel ini. Oleh itu,kami mengambil kira kos upah pekerja untuk
tujuan kami melihat sendiri upah sewaktu proses ini dijalankan. Dalam menghasilkan
projek ini, tiga orang pekerja telah diupah bagi menghasilkan projek ini supaya berjalan

lancar.

Jadual 4.0
BIL PEKERJAAN KOS UPAH (RM)
( UPAH X PEKERJA X
HARI)
1 JURU KIMPAL RM 70 x 1 x 1 RM 70.00

2 PEMBANTU AM RM 65 x 1 x 1 RM 65.00

3 PELUKIS PELAN RM 85 ( Sekali Bayar ) RM 85.00

4 TUKANG MEMOTONG RM 60 x 1 x 1 RM 60.00

JUMLAH UPAH RM 280.00

13
11.0 PERALATAN KERJA

Jadual 5.0

BIL PERALATAN / MESIN UNIT

1 Pita Pengukur 1

2 Gogal ( Goggle) 1

3 Headshield 1

4 Penggarit ( Scriber) 1

5 Pembaris Keluli 1

6 Sarung Tangan Kulit ( Leather Glove ) 1

7 Grip Wrenches 1

8 Sesiku L 1

9 Gas Tungsten Arc Welding Machine (GTAW) 1

10 Metal Cut – Off Machine 1

11 Mesin Pencanai Mudah Alih 1


( Portable Hand Grinder )
12 Wall Drill 1

14
12.0 PENGIRAAN PENJIMATAN KOS

I. Harga pasaran dijual oleh pengeluar : RM 3536.29


II. Kos penghasilan : RM 2357.53
III. Harga pasaran ( RM3536.29) – Kos penghasilan ( RM 2357.53 )
IV. Penjimatan kos : RM 1178.76

RM 1178.76
x 100
RM 3536.29

Kos dapat dijimatkan sebanyak = 33.33%

13.0 PENGIRAAN KEUNTUNGAN PRODUK

I. Harga jualan di pasaran : RM 3536.29


II. Kos penghasilan : RM 2357.00
III. Keuntungan bersih : RM 1178.76

14.0 PERBINCANGAN
Setelah sesuatu projek siap mengambil ukuran,perbincangan yang berkaitan dengan
projek perlu dikenalpasti bagi tujuan penambah baikkan dari segi keselamatan dan lain-
lain lagi dibuat. Antara perbincangan yang dibuat adalah :-

15
15.0 MENGENALPASTI TEKNIK KIMPALAN
Teknik kimpalan haruslah ditikberatkan pada setiap struktur sambungan untuk
menghasilkan projek pintu pagar auto stainless steel ini untuk mendapat sambungan yang
baik. Teknik ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecacatan
berlaku pada setiap sambungan yang dihasilkan. Sekiranya, sambungan ini dilakukan
dengan cara yang salah ia akan menyebabkan kerugian pada pihak pembuatan dan harus
membeli bahan mentah yang baru kerana disebabkan kerosakan atau kecacatan yang
berlaku.Oleh itu, setiap jurukimpal haruslah mampu menghasilkan projek ini dan
mempunyai kelayakan untuk menghasilkan projek pintu pagar auto stainless steel ini
dengan baik.

16.0 PEMILIHAN BAHAN

Masalah utama untuk menghasilkan sesuatu projek atau binaan adalah pemilihan bahan
yang salah dan tidak dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.Selain itu, penelitian
tentang pemilihan haruslah ditikberatkan supaya ia dapat digunakan dalam jangka masa yang
lama kerana pengguna lebih mementingkan penggunaan dalam jangka masa yang lama akibat
masalah ekonomi negara.Oleh itu, pihak penghasilan haruslah mengambil kira tentang jenis-
jenis bahan yang dipilih dan pihak penghasilan juga haruslah memastikan jenis-jenis bahan
yang dipilih adalah mengikut piawaian yang betul.Perbincangan dengan pihak pengguna juga
perlu diambil kira bagi memastikan tiada berlaku kesilapan pada jenis bahan yang
dgunakan.Dengan itu, kajian awal tentang pemilihan bahan haruslah dilakukan sebelum
menjalankan proses pembuatan sesuatu projek agar memenuhi kepuasan pelanggan yang
membelinya.

16
17.0 KEMAHIRAN PEKERJA
Setiap projek yang ingin dihasilkan haruslah mempunyai kualiti yang tinggi dan ia
dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang bagi mendapat kepercayaan daripada
masyarakat tentang projek yang dihasilkan.Pihak pengguna ingin memastikan produk
yang dibeli atau diterima mempunyai hasil kualiti dan kerja yang bermutu.Oleh
itu,pekerja yang separa mahir amat diperlukan untuk menghasilkan projek ini dengan
berkualiti bermula dari awal hingga ke akhir proses projek.Setiap pekerja yang
menghasilkan projek ini haruslah mempunyai kelayakan yang diiktiraf dan mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing bagi menghasilkan projek ini
dengan jayanya. Dengan ini, ia akan menjadikan sesuatu produk yang dihasilkan akan
mendapat tempat dihati pengguna atau pelanggan dan ia akan mendapat kepercayaan
yang tinggi daripada projek yang dihasilkan.

18.0 PENINGKATAN PRODUKTIVITI


Melalui penghasilan projek ini, pekerja dapat meningkatkan lagi produktiviti hasil
kerja daripada kemahiran yang dimiliki dalam bidang masing-masing.Proses penghasilan
projek ini juga dapat menambah lagi kemahiran mereka dan ia amat berguna kepada
mereka kerana ia akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat dan pengguna
terhadap hasil kerja yang mereka lakukan.Ini akan membantu meningkatkan produktiviti
dari hasil kerja mereka.Menurut Jabatan Perusahaan Malaysia terdapat lima kaedah
untuk meningkatkan produktiviti.Antaranya adalah pengurangan kos,mengurus
pertumbuhan,kerja secara bijak,tujuan menurunkan dan kerja secara efektif.Di dalam
projek ini, dua kaedah telah diguna pakai bagi meningkatkan produktiviti iaitu
pengurangan kos dan tujuan menurukan = ouput.

17
19.0 PENGURANGAN KOS
Kaedah ini mampu dilaksanakan sekiranya sesebuah syarikat penghasilan mampu
mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan jumlah bahan mentah tetapi dapat
mengekalkan jumlah bahan mentah tersebut bagi penghasilan sesuatu projek.Sebagai
contoh, pihak penghasilan sebelum ini mampu menghasilkan sebanyak 100 buah pintu
pagar auto stainless steel dengan kos RM 235,753.00.Namun dengan menggunakan
kaedah pengurangan kos ini,pihak penghasilan mampu menghasilkan 100 buah pintu
pagar auto stainless steel dan dapat mengurangkan kos sebanyak 66%.

20.0 TUJUAN MENURUNKAN = OUTPUT


Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat penghasilan akan mengurangkan sedikit
pembelian bahan mentah dan dikurangkan sedikit keluaran projek.Sebagai
contoh,syarikat mngurangkan bahan mentah sebanyak RM35 363.00 daripada jumlah
asal iaitu RM353.629.00 dan ia telah dijadikan dalam input yang baru dengan berharga
RM318 266.00.Ini disebabkan oleh,pihak penghasilan yang melakukan penurunan ouput
pintu pagar auto stainless steel yang dikurangkan kepada 90 buah daripada penghasilan
asal iaitu 100 buah.Sekiranya tujuan penurunan ini dilaksanakan ,maka jumlah yang
dihasilkan adalah sebanyak 90 buah sahaja.Maka dengan menggunakan kaedah ini, pihak
penghasilan hanya akan kehilangan 10 buah sahaja daripada jumlah asal walaupun input
berjaya dikurangkan dengan menggunakan kaedah ini.

18
21.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek pintu pagar
auto stainless steel ini kerana kami telah mengambil sedikit masa tambahan untuk
menyiapkan projek ini kerana penghasilan projek ini memerlukan pemerhatian yang teliti
dan keselamatan sebelum projek ini dilakukan ujian bagi mengenalpasti adakah projek
ini berfungsi sepenuhnya dalam keadaan baik.Selain itu,projek ini juga memerlukan
pekerja dan jurukimpal yang mahir serta berpengalaman bagi menghasilkan projek ini
bagi menjalani proses membina struktur projek kerana setiap komponen projek
memerlukan sambungan yang kuat bagi mengelakkan berlakunya patah atau rosak pada
bahan komponen yang disambungkan.Oleh itu,penyambungan yang kurang baik akan
menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pengguna ketika menggunakan di masa
akan datang.Jurukimpal atau pekerja haruslah mengenalpasti bahagian mana yang harus
disambung dahulu mengikut urutan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan semasa atau
selepas proses permasangan berlaku.

19
22.0 CADANGAN PENYELESAIAN
Antara cadangan penyelesaian untuk masalah menghasilkan pintu pagar auto stainless
steel adalah jurukimpal yang ditugaskan haruslah mempunyai kemahiran dan
pengalaman dalam bidang kimpalan untuk menghasilkan projek yang baik.Langkah ini
diambil adalah bertujuan untuk mengekalkan mutu produk hasil keluaran kami.Ini adalah
disebabkan projek pintu pagar auto stainless steel ini memerlukan penyambungan yang
sempurna dan baik bagi mengekalkan kekuatan sesuatu projek untuk mengekalkan
ketahanan dalam jangka masa yang lama.Selain itu,ukuran setiap struktur yang diambil
haruslah mempunyai ketepatan yang betul bagi mengelakkan pembaziran masa dan juga
bahan mentah.Disebabkan itu,jurukimpal yang mahir dan berpengalaman amat
ditekankan untuk membina struktur projek pintu pagar auto stainless steel ini.

Projek pintu pagar auto stainless steel ini haruslah menggunakan bahan yang
bersesuaian mengikut projek yang ingin dihasilkan.Besi jenis stainless steel ini adalah
sejenis besi yang tidak mudah karat dan boleh digunakan untuk jangka masa yang
lama.Ianya mudah dipotong dan juga mudah disambung untuk menghasilkan sesuatu
projek dan ia amat sesuai untuk dijadikan kerangka utama untuk melakukan pembinaan
pintu pagar auto stainless steel ini.Selain itu,kerangka dalam pula ia amat sesuai
menggunakan plat jenis aluminium dan besi jenis mild steel kerana ianya tidak mudah
patah dan mempunyai ketahanan yang tinggi .Oleh itu, pemilihan bahan untuk
menghasilkan sesuatu projek adalah amat penting sekiranya ingin menghasilkan sesuatu
produk yang berkualiti,bermutu dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

20
23.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Untuk menghasilkan sesuatu projek yang cemerlang dan berjaya,projek ini haruslah
menepati ciri-ciri kelebihan yang perlu ada pada setiap projek dan ia haruslah
dititikberatkan bagi menjamin keselesaan pengguna.Cadangan ini amat penting bagi
meyakinkan pngguna sekaligus menjamin keselamatan pengguna.

i. Boleh dikendalikan oleh pengguna dengan mudah dan selamat.


ii. Membuat pemilihan bahan-bahan yang digunakan adalah sesuai dan kuat serta
menepati proses penghasilan projek.

24.0 CADANGAN
I. Cadangan yang pertama ialah memastikan jurukimpal yang menghasilkan pintu
pagar auto stainless steel mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam
bidang TIG dan stainless steel.Merekod setiap proses dan melakukan SOP untuk
tujuan tidak berlaku pembaziran dan tujuan kualiti.
II. Cadangan yang kedua adalah mengambil ukuran setiap struktur pintu pagar auto
stainless steel dengan tepat supaya tiada berlakunya kesalahan bagi menghasilkan
kerangka projek daripada tidak seimbang semasa ia dipasang dan ketika
diguanakan oleh pengguna.
III. Pemilihan bahan haruslah bersesuaian dengan projek yang ingin dihasilkan.Besi
jenis stainless steel adalah besi yang dapat digunakan dalam jangka masa yang
panjang dan ia boleh digunakan dalam pelbagai kegunaan.Selain itu, ia juga
mudah untuk dipotong dan mudah untuk disambung menggunakan jenis kimpal
TIG.Ia juga sesuai dijadikan kerangka utama kerana ia mempunyai pelbagai jenis
saiz dan ketebalan.
IV. Mempunyai ketahanan dan kualiti yang tinggi serta bermutu supaya diyakini oleh
pengguna.

21
25.0 KESIMPULAN

Untuk menghasilkan projek yang kreatif dan berkualiti serta selamat haruslah membuat
perancangan dengan teliti dan kerja yang sistematik haruslah disediakan.Selain itu,kerja-kerja
pemilihan bahan juga adalah penting untuk memastikan bahan yang digunakan sesuai dan
berkualiti untuk digunakan mengikut kehendak kerja penghasilan mengikut langkah pertama
sehingga projek ini siap dihasilkan.Ketika melakukan penghasilan projek banyak proses
kerja-kerja yang dilalui untuk menyiapkan projek pintu pagar stainless steel ini dengan
jayanya.. Kadar anggaran kos untuk menghasilkan projek ini juga dibuat untuk memastikan
kos projek ini tidak tersasar dan tidak menjadi kerugian pada kami.

Kawalan mutu (Quality Control) yang berkala juga dilakukan supaya tidak berlakunya
kecacatan pada projek kerana kami amat mementingkan tahap kualiti dan keselamatan
terhadap pengguna.Selain itu,tempoh masa untuk menghasilkan projek ini juga diambil
perhatian supaya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Akhir Sekali,segala perancangan dan langkah-langkah kerja untuk menghasilkan projek ini
dibuat dengan terperinci supaya dapat direkod untuk dijadikan rujukan sebelum,semasa dan
selepas menghasilkan projek.Dalam penghasilan projek ini tidak mempunyai langkah yang
banyak untuk menghasilkan projek dan ianya haruslah dibuat mengikut urutan yang tepat
supaya projek dapat dihasilkan dengan lancar agar tidak berlaku pembaziran terhadap
penggunaan bahan.Dengan ini projek yang dihasilkan dapat memberi kemudahan kepada
pengguna serta memberi manfaat juga kepada pengguna.Projek pintu pagar stainless steel
auto ini dapat dihasilkan dengan jayanya.

22
26.0 RUJUKAN

 https://ozogrouphq.blogspot.com/2018/11/tips-kaedah-pemilihan-
besi-smartgate.html
 https://en.wikipedia.org/wiki/Stainless_steel
 https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/construction-safety-v/skill-
knowledge-and-experience
 https://zsglobal.com.my/?
gclid=CjwKCAjws9ipBhB1EiwAccEi1L37Miu5dmta8E971JAs3PsJ
wt4J-6gOFVs_YdC3mJFBctu_zpyJnhoCq24QAvD_BwE

23
27.0 LAMPIRAN

24
25

Anda mungkin juga menyukai