Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH RENDAH GONGSHANG

LATIHAN KEFAHAMAN

Nama: ______________________ Darjah: 4 /____ Tarikh: __________

ARAHAN: Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang


mengikutinya.

Pada suatu pagi, sewaktu Sulaiman berjalan ke sekolah, dia


ternampak seorang lelaki buta sedang meminta sedekah. Lelaki tua itu
berpakaian kotor. Dia kasihan melihat orang tua itu. Lelaki tua berjalan
ke arah seorang lelaki yang berpakaian kemas dan segak. Dia
menghulurkan tangannya ke arah lelaki itu. Lelaki yang berpakaian
segak itu tidak berkata apa-apa. Kemudian, Sulaiman ternampak lelaki
itu menutupkan hidungnya.

Sulaiman rasa kecewa dengan kelakuan lelaki itu. Dia tidak


mempunyai wang untuk memberikan kepada orang tua itu. Dia menyeluk
ke dalam beg sekolahnya lalu mengambil bungkusan dari dalam begnya
dan berjalan ke arah lelaki buta itu.

“Pakcik, saya tidak ada duit untuk beri kepada pakcik. Ambillah
roti ini.”

Lelaki buta itu rasa sungguh terharu dengan sikap Sulaiman yang
mulia itu. Dia tersenyum gembira kerana ada yang masih mahu
membantunya.

“Terima kasih, nak. Kau sungguh baik hati,” katanya.

Sulaiman memimpin tangan orang tua itu dan mengarahkan dia


ke tempat duduk perhentian bas. Beberapa orang yang ada di
perhentian bas itu tersenyum melihatkan kelakuan Sulaiman yang baik
itu.

1
1. Siapakah yang Sulaiman nampak dan bagaimanakah orang itu
berpakaian?

_______________________________________________________

2. Bagaimanakah cara lelaki yang segak itu melayani orang buta itu?

_______________________________________________________

3. Mengapakah Sulaiman memberikan makanannya kepada orang tua


buta itu?

_______________________________________________________

4. Apakah sebabnya orang-orang di perhentian bas itu tersenyum?

_______________________________________________________

5. Pada pendapat kamu, adakah perbuatan Sulaiman itu baik?


Berikan sebab kamu.

_______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai