Anda di halaman 1dari 6

Jenis-jenis Ikan Hiasan

1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di
Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn
terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu,
iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi
terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia
tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan
Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing
antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan
keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2.Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis
ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal
iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby
Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan
warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun,
dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan
menempelkan telur pada tanaman air.
3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta
ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan
air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di
negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama
dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk
tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan
dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang
tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang
atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras
dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan
yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal
dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan
gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam
kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum
dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya
iaitu: PH. : 5,5 – 7, suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan
mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar
dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing
sutera.
5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air
tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai
ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus
sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain
dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk
badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-
merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus
dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang
diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu
sekitar 28 – 30 ° C.

6. Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan
penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan
pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya
amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka
bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas
seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain
itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya
bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.
7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau


keluarga ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya
berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama
julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa,
Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari
tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan
tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand.
Habitatnya adalah sungai – sungai besar dengan arus yang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat
khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya
yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini
juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens,
termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher)
SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan


jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,
mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar,
dan ikan Arowana.

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.
Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput,
daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan
Cichlid.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju
ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju
sepertipembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain
aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi
memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan
akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing
dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu
hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan
dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu
membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca
ataukolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman.
Memeliharaikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam
akuatik semula jadi.

MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut :

• Warna sisik badan dan sirip yang menarik.

• Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat.

• Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.

• Manja dan dapat mengenali tuannya.

• Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana
ikanhiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam
akuariumakan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara
di dalamakuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan
hiasanjuga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang
kediaman ataukawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam
akuarium adalah seperti berikut :

a) Jenis yang telah jinak dan dibiasakan di dalam akuarium.

Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan.

b) Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.

c) Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.

d) Tahan terhadap perubahan mutu air.

e) Tahan terhadap serangan penyakit.

Anda mungkin juga menyukai