Anda di halaman 1dari 1

Pembangunan Elektrik – Pendawaian Kenderaan (E-PK) Sebagai Alat Bantu Mengajar

(ABM) Bagi Penggunaan Kursus Amalan Teknologi Automotif (DJJ22022) Untuk


Meningkatkan Daya Kefahaman Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal
(Rekabentuk Automotif) Politeknik Muadzam Shah

Ahmad Razif Bin Abdul Hamid1, Khairul Amin Bin Barkawi2, Muhammad Faiz Bin
Jansar3
Politeknik Muadzam Shah1,2,3
E-mail : razif@pms.edu.my1, amin@pms.edu.my2, faiz.jansar@pms.edu.my3

ABSTRAK
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Automotif) – (DRA) merupakan salah satu
program yang ditawarkan oleh Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Di dalam struktur program
ini, terdapat satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar yang mengikuti program DRA.
Kursus tersebut adalah Amalan Teknologi Automotif (DJI22022) dan ianya melibatkan tiga
(3) bab penting bagi menjalankan kerja-kerja amali. Salah satu topik yang diajarkan di dalam
silibus kursus ini adalah topik elektrik yang mana topik ini menyentuh aspek Pendawaian
Kenderaan. Apa yang menimbulkan persoalan sehingga alat bantu mengajar ini dibangunkan
adalah disebabkan pemerhatian pensyarah pengajar yang sukar untuk menyampaikan isi
kandungan bagi topik ini sehingga keputusan amali pelajar agak tidak memuaskan. Pelajar agak
sukar memahami konsep pendawaian kenderaan dengan hanya mendengar penerangan
pensyarah pengajar dan hanya merujuk kepada video dimedia massa. Objektif pembangunan
Elektrik – Pendawaian Kenderaan (E-PK) ini adalah untuk memastikan pensyarah mengajar
dapat menerangkan dengan mudah bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik ini.
E-PK ini, dibangunkan oleh beberapa pensyarah dalam bidang mekanikal dengan
menggunakan bahan terpakai bagi merealisasikan agar terdapat peningkatan kefahaman
dikalangan pelajar yang mengambil kusrsus ini. Jenis pengumpulan data analisis dalam
pembangunan Alat Bantu Mengajar (ABM) ini adalah berteraskan rekabentuk kuantitatif
sebagai metodologinya. Pensyarah pengajar akan membuat perbandingan terhadap keputusan
atau markah amali bagi pelajar yang diajar sebelum dan selepas ABM ini dibangunkan. Apa
yang dapat dilihat dari keputusan kajian ini, akan mengambarkan bahawa ABM ini mempunyai
nilai pembangunan yang positif sebagai satu inovasi bagi mencapai objektifnya. Pelbagai
penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi menginovasikan idea pembangunan ABM seperti ini
dengan lebih baik, sebagai contoh ABM yang berbentuk sistem simulasi atau berbentuk digital.

Katakunci : Amalan Teknologi Automotif, Pendawaian Kenderaan, E-PK

Anda mungkin juga menyukai