Anda di halaman 1dari 6

Imbuhan awalan me-, men-, mem-

Imbuhan men dapat berubah menjadi me, mem, meng, menge, dan tetap sebagai
men bergantung kepada katakata yang digunakan seperti dalam keterangan yang
berikut:

(a) menjadi me apabila bertemu dengan katakata yang huruf awalnya ialah l,
m, n, ng, ny, r, w, dan y.
Contohnya:

l => larang => melarang


m => minta => meminta
n => naik => menaik
ng => nganga => menganga
ny => nyala => menyala
r => rawat => merawat
w => wangi = mewangi

(b) menjadi mem apabila bertemu dengan katakata yang huruf awalnya ialah
b, f, dan p.

Contohnya:

b => baca = membaca


f => fitnah = memfitnah
p => potong = memotong

(c) menjadi men apabila bertemu dengan katakata yang huruf awalnya ialah
c, d, j, z dan t.

Contohnya:
c => cuba => mencuba
d => daki => mendaki
j => jual => menjual
z => ziarah => menziarah
t => tarik => menarik

Awalan
meN-

Imbuhan awalan "meN-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti
berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak
transitif:

 melakukan perbuatan
Siapakah yang mengetuk pintu?

 membuat objek

Saya membakar roti.

 menjadi

Tengok, dia sudah meradang.

 mengeluarkan bunyi

Harimau mengaum sekuat-kuatnya.

 menghala ke arah

Kereta menuju ke arah sana.

Awalan "meN-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:

Fonem
Bentuk
pertama Gugurkan? Contoh Huraian
imbuhan
kata dasar

/b/ Tidak balut → membalut


mem-
Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
/p/ Ya panah → memanah
Cth: memproses

cari → mencari
/c/
dapat → mendapat
/d/
jadi → menjadi
/j/ Tidak
syampu →
/sy/
men- mensyampu
/z/
ziarah → menziarahi

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati


/t/ Ya tari → menari
Cth: mentadbir

(vokal) Tidak arah → mengarah

/g/ Tidak galas → menggalas


meng-
/h/ Tidak hapus → menghapus

Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati


/k/ Ya kerah → mengerah
Cth: mengkaji

meny- /s/ Ya sara → menyara Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan
kecil kata jati
Cth: menskru

lambung →
/l/
melambung
/m/
makan → memakan
/n/
nangis → menangis
/ng/
me- Tidak nganga → menganga
/ny/
nyanyi → menyanyi
/r/
rasa → merasa
/w/
wangi → mewangi
/y/
yakin → meyakinkan

menge- - Tidak cat → mengecat Untuk kata dasar satu suku kata sahaja.

di-

Imbuhan awalan "di-" merupakan pengganti imbuhan "me(n)-" dalam ayat pasif (subjek ayat menanggung
perbuatan). Bezanya, fonem pertama kata dasarnya tidak perlu diubah. Contoh:

 Kuda menarik pedati. → Pedati ditarik oleh kuda.


 Dia membawa dompet. → Dompet ini dibawanya.

beR-

Imbuhan awalan "ber-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti
berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak
transitif:

 memiliki

Tauke berkereta mewah.

 menghasilkan

Pokok sudah berbuah.

 menaiki

Kami berbasikal ke sana.

 mengikuti atau menghadiri

Mereka berbincang dengan guru.

 menganggap sebagai

Saya berkawan dengannya.


 dilakukan kepada diri

Kita harus bertahan.

 perbuatan saling berbalasan

Mereka tengah berborak.

teR-

Imbuhan awalan "ter-" membawa erti-erti berikut:

 tersedia ada

Lamanya dia tertunggu di situ.

 tidak sengaja

Kereta terlanggar kancil.

 menggambarkan keadaan

Dia terkenang ibunya sewaktu di perantauan.

peR- dan mempeR-

Imbuhan awalan "per-" dan "memper-" hanya digunakan dalam kata kerja transitif. Imbuhan "per-" selalunya
digunakan dalam ayat suruhan, sementara ayat biasa pula melengkapkannya menjadi "memper-".
Kegunaannya adalah seperti berikut:

 menjadikan lebih/bertambah

Mereka sedang memperluas padang.

 menjadikan makna perbuatan kata dasar sebagai kiasan

Rakyat dilarang memperhamba kanak-kanak sebagai buruh kasar.

 mendapat sesuatu

Saya memperoleh 100 markah dalam ujian.

dipeR-

Begitu juga dengan awalan "meN-", awalan "memper-" dalam ayat pasif ditukar menjadi "diper-".

 Ahmad memperbesar padang. → Padang diperbesar oleh Ahmad.


 Dia memperoleh 100 markah. → 100 markah diperolehnya.

Akhiran
Imbuhan akhiran "-kan" dan "-i" dengan sendirinya digunakan dalam ayat pasif yang objeknya diri pertama
atau kedua, atau ayat suruhan (imperatif).

-kan

 membuat untuk orang lain (benefaktif)

Buku ini saya bacakan untuk adik.

 suruhan (imperatif)

Tolong masukkan barang itu ke dalam kotak.

-i

 tempat (lokatif)

Jalan itu baru saya lalui.

 menjadikan

Pepatah itu harus kita hayati.

Apitan
Imbuhan apitan merupakan penggunaan awalan dan akhiran pada satu kata dasar untuk membentuk kata
kerja.

meN-…-kan

 menjadikan objek memperoleh sifat kata dasar

Ibu menyalakan lampu.

 membantu orang lain (benefaktif)

Dia memdermakan bekalan makanan kepada golongan miskin.

 mengenai

Saksi menceritakan kemalangan itu kepada akhbar.

meN-…-i

 menjadikan objek memperoleh sifat kata dasar

Nyalaan lampu menerangi bilik. (serupa dengan apitan "meN-…-kan")

 memberi kata dasar kepada objek


Cikgu menasihati murid-murid agar berhati-hati di jalan raya.

 ke tempat (lokatif)

Saya menaiki kapal ke seberang lautan.

ke-…-an

 mengalami sesuatu: Kereta baru kehabisan minyak.

memper-…-kan

Apitan "memper-…-kan" membawa makna kausatif yang hanya digunakan untuk kata kerja transitif, namun
dikaitkan dengan imbuhan "ber-".

 menyebabkan jadi

Ghani mempertemukan isterinya dengan ibu bapanya di kampung. (bandingkan "bertemu")

 menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam makna kata dasar

Stesen radio kegemaranku memperdengarkan suara juruhebah baru.

memper-…-i

Begitu juga dengan apitan "memper-…-kan", apitan "memper-…-i" membawa makna kausatif yang hanya
digunakan untuk kata kerja transitif.

 menjadikan objek beroleh sesuatu:

Kementerian pertahanan mempersenjatai tentera dengan kereta kebal baru.

 menjadikan objek memperoleh sifat kata dasar:

Ayah memperkebuni tanah di keliling rumah.

 menjadikan objek memperoleh sifat semula

Jurutera sedang memperbaiki jentera.

Anda mungkin juga menyukai