Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Video korporat merupakan klip video yang bertujuan untuk


mengiklankan atau mempromosikan perkhidmatan atau organisasi sesebuah
syarikat. ILP Kuala Langat merupakan sebuah institut yang menawarkan
kemahiran dalam kursus Multimedia Interaktif, Komputer Rangkaian, CADD
Seni Bina,dan Aplikasi Web. Maklumat Admin yang terletak di Banting,
Selangor. ILP Kuala Langat melahirkan tenaga kerja yang mahir. ILP Kuala
Langat mengadakan sesi temuduga kemasukan pelajar dengan membuat
promosi melalui taklimat di sekolah, media sosial seperti facebook, website,
blog, Instagram, dan tiktok dari pelajar sedia ada atau bekas-bekas pelajar
dan pengajar. Oleh demikian, atas permintaan pihak institut ILP Kuala Langat
di dalam projek video korporat ini kelainan akan dipertotonkan seperti kesan
khas yang lebih menarik dengan menggunakan perisian yang terkini dan
teknik yang dipelajari. Selain itu, jalan cerita yang berlainan dari video
korporat institut yang terdapat di Youtube diubah kepada temu ramah
korporat. Selepas video berjaya diahasilkan, ianya dimuatnaikan ke Youtube
agar dapat dipertontonkan kepada orang ramai dan mendapatkan medium
promosi yang paling terkini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Antara masalah yang dikaji :-

Adanya keperluan dan wujudnya masalah,mendorong sesorang itu


merekacipta sesuatu perkara untuk menyelesaikan masalah.Pelbagai idea
akan tercetus sebagai alternative kepada penyelesaian
masaalah.Diantaranya ialah:
i. Video korporat ILP Kuala Langat berkonsepkan sinematik dan gerak
perlahan belum dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang lepas.
ii. Penghasilan video korporat yang sedia ada kurang kreativiti dan lebih
formal dalam video korporat tersebut.
iii. Masyrakat tidak mengetahui lokasi dan kursus yang ditawarkan di
Institut ini.
iv. Masyarakat tidak mengenali Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
secara menyeluruh.
v. Masyarakat tidak mengetahui kemudahan dan keistimewaan yang
tersedia di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

1.3 OBJEKTIF PROJEK

Berikut merupakan objektif projek:-

i. Menghasilkan video korporat ILP Kuala Langat dengan berkonsepkan


sinematik.
ii. Menghasilkan visual yang lebih menarik dengan menggunakan
kemajuan teknologi institut yang terkini boleh mencapai produksi video
yang lebih berkualiti tinggi.
iii. Memuat naik video korporat dalam platform digital dan sosial media
untuk menyebarkan video korporat ILP Kuala Langat secara
menyeluruh.
iv. Memberikan pengetahuan kemahiran dalam bidang kursus yang dipilih
dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah dan
penganggur.

1.4 SKOP PROJEK

Skop yang ditetapkan dalam projek ini seperti berikut;


i. Mencari sumber rujukan di media sosial mengenai kekurangan dalam video-
video korporat di institut-institut Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
ii. Lokasi penggambaran meliputi ILP Kuala Langat,Banting dan kawasan
bandar.
iii. Video ini akan memperkenalkan berkenaan kursus-kursus di ILP Kuala
Langat.
iv. Video yang dihasilkan dalam format mp4 dengan resolusi yang berkualiti
tinggi.

1.5 SASARAN PROJEK

I. Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran latihan kemahiran.


II. Pelajar lepasan SKM yang ingin menyambung diploma Latihan kemahiran.
III. Pengangur yang ingin mendapatkan pekerjaan dalam bidang kemahiran.
IV. Orang ramai yang ingin mendapatkan latihan kemahiran.
V. Golongan belia yang ingin mendapatkan latihan kemahiran yang diiktiraf.

Anda mungkin juga menyukai