Anda di halaman 1dari 2

INSTITUSI RAFFLES

UJIAN ULANGKAJI
BAHASA MELAYU LANJUTAN
MENENGAH SATU

************************************************************************
SOALAN (10 markah)

Arahan : Isikan setiap tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai mengikut
jalan cerita.

Esoknya pagi-pagi lagi aku dan Pak Long menaiki bas ekspres. Perjalanan jauh
itu amat ____(1)____. Kami berdua tidak putus-putus ____(2)____ apa sahaja yang
terlintas di fikiran kami.
Kadang-kala aku ketawa terkekeh-kekeh apabila sesuatu yang ____(3)____
diceritakan oleh Pak Long, sehingga ada beberapa pasang mata di dalam bas itu
____(4)____ ke arah kami.
Hampir senja bas yang kami naiki sampai di destinasinya. Aku disambut
____(5)____ oleh isteri Pak Long dan dua orang anaknya. Malamnya aku ____(6)____
dengan masakan kampung. Gulai ikan haruan dan ulam ____(7)____ pegaga begitu
____(8)_____ seleraku.
Keesokan harinya pula aku dibawa ke kebun buah-buahan Pak Long. Di situ aku
dijamu pula dengan aneka buah tempatan seperti manggis, rambutan dan langsat. Sampai
____(9)____ perut aku memakannya.
Pada suatu malam Pak Long membawa aku ke ____(10)____ silat. Baru aku tahu,
rupa-rupanya bapa saudaraku menjadi guru silat sejak bersara daripada perkhidmatan
polis.
SOALAN 2 (10 markah)

Arahan : Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Gantikan frasa yang bergaris dengan
peribahasa yang sesuai mengikut jalan cerita.

Sejak kebelakangan ini, Pak Samad kelihatan tidak sihat dan (a)wajahnya pucat
pula. Demikianlah keadaannya setelah diserang sakit jantung beberapa kali. Oleh kerana
itu Pak Samad telah membuat persiapan untuk memastikan anaknya, Johan
(b)menggantikan dirinya dan mengendalikan perusahaannya yang kini semakin maju.
Pada saat-saat begini, wajarlah setiap ahli keluarga (c)saling membantu dan bekerjasama
di antara satu dengan lain. Dua orang adik Johan yang masih menuntut akan
membantunya ketika cuti penggal mereka supaya pengurusan syarikat yang diwarisi
Johan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Tambahan pula, adik-adik Johan memang
(d)sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu pengajaran. Malahan, Johan
memberi tunjuk ajar tentang selok-belok perniagaan kepada adik-adiknya supaya mereka
menjadi ahli perniagaan yang serius dan berjaya, bukan setakat (e)melakukan sesuatu
pekerjaan secara tidak bersungguh-sungguh.

1
SOALAN 3 (10 markah)

Arahan : Isikan setiap tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai. Tulis huruf
jawapan yang betul di dalam tanda kurungan yang disediakan.

1 Dinding rumah kongsi gelap itu _______ kena peluru.

A koyak B pecah
C tembuk D tembus ( )

2 Puan Kumari ________ bawang itu nipis-nipis untuk ditumis dengan cili nanti.

A memotong B menghiris
C membelah D meracik ( )

3 Ibu ayam itu ________ ayam-ayam lain yang mendekati anak-anaknya.

A menggigit B membaham
C mematuk D menghalau ( )

4 Kami terpegun melihat ______ alam di kawasan yang berbukit-bukau itu.

A kecantikan B ketampanan
C keayuan D keindahan ( )

5 Dia _______ limau nipis itu ke dalam secawan teh.

A memicit B menipiskan
C memecahkan D memerah ( )

Anda mungkin juga menyukai