Anda di halaman 1dari 3

RAFFLES INSTITUTION

UJIAN KELAYAKAN 2001


BAHASA MELAYU LANJUTAN
MENENGAH SATU

Masa : 2 jam Markah : 100

BAHAGIAN A (50 markah)

Arahan : Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan mengenai salah satu tajuk karangan di bawah ini.

1 Baik buruk Internet.

2 Selesaikan cerita berikut :

"Seperti seorang pencuri, aku menolak daun pintu itu dengan perlahan-
lahan. Sebaik sahaja pintu itu terbuka ………"

BAHAGIAN B (50 markah)

SOALAN 1 (15 markah)

Arahan : Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini dan jawab soalan-soalan
yang mengikutinya. Seberapa boleh, gunakan ayat kamu sendiri.

Seekor semut hitam melata di atas sebuah busut berhampiran dengan pohon yang
rendang itu. Kepalanya tertunduk ke tanah, berat berfikir. Di tempat yang tertinggi sekali
di atas busut itu dia berhenti, pandangannya dilempar ke arah timur. Hatinya sebak
melihat tempat kediamannya yang telah ditinggalkan itu habis musnah dilanda air. Lama
dia memicingkan matanya. Perlahan-lahan dia menggeleng-gelengkan kepalanya
kemudian dia tunduk tidak berkata apa-apa.
“Sudah tentu kami tidak dapat pulang ke sana lagi. Lubang-lubang kami habis
dimasuki air. Tentu makanan yang kami kumpul selama ini juga habis musnah,” dia
berbisik sendiri.
Dia tunduk sedih kemudian menyapu matanya dengan kedua belah kaki
depannya. Sekali lagi dia memicingkan matanya.
“Mengapa malang sungguh nasib rakyatku, selalu saja ditimpa bencana, tidak
putus-putus. Dulu katak-katak berperang, tempat kediaman kami dijadikan medan
perang. Habis lubang-lubang kami pecah dan ramai pula rakyatku yang tak berdosa mati

1
kena lanyak. Alam pun tidak kasihkan kami yang kerdil ini, dihantarnya air membanjiri
tempat kediaman kami. Entahlah!” dia mengeluh, nafasnya dihela panjang-panjang.
Fikirannya menjadi lebih kusut memikirkan tentang nasib bangsanya yang hidup
menumpang di kota semut-semut putih. Dia kesal mengenangkan hidup mereka yang
sentiasa tersepit dan tersisih dari masyarakat semut putih. Apa akan jadi pada mereka
bila dia sudah tiada nanti? Dalam hatinya dia berharap agar nanti muncul di kalangan
bangsanya seekor semut hitam yang berperibadi mulia yang akan memimpin bangsanya
untuk hidup aman-damai dengan semut-semut putih. Dia juga berharap agar nasib
bangsanya nanti akan lebih terjamin dan tidak dipandang rendah lagi.

1 Mengapakah semut hitam itu memandang ke arah timur?

2 Apakah yang sedang difikirkan oleh semut hitam itu?

3 Mengapakah semut putih menyisihkan semut hitam?

4 Mengikut semut hitam itu, apakah faktor utama yang boleh mengubah nasib
bangsanya?

5 Kalaulah kamu diberi peluang menjadi pemimpin semut-semut hitam, apakah


yang akan kamu lakukan untuk memperbaiki kehidupan semut-semut hitam ini?

SOALAN 2 (10 markah)

Arahan : Berdasarkan petikan di halaman 1 & 2, berikan kata seerti atau terangkan
maksud perkataan-perkataan berikut menurut konteks petikan :

1 melata
2 dilempar
3 sebak
4 memicingkan
5 bencana
6 lanyak
7 kerdil
8 kusut
9 tersisih
10 berperibadi

2
SOALAN 3 (15 markah)
Arahan : Bina DUA potong ayat bagi setiap perkataan berikut untuk menunjukkan
maksud yang berbeza tanpa mengubah bentuk asal perkataan itu.

1 cerah

2 haus

3 makan

SOALAN 4 (10 markah)

Arahan : Isikan setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan sepatah perkataan
yang sesuai mengikut jalan cerita.

Sepak raga telah menjadi permainan rakyat sejak abad ke-15 lagi. Dalam buku
Sejarah Melayu ada diceritakan kisah pemuda-pemuda Melaka pada zaman itu bermain
sepak raga. Cara bermain sepak raga pada waktu itu berlainan daripada cara sekarang.
Pada waktu itu (1)______________ bola rotan disepak bergilir-gilir oleh
(2)____________ pemain yang membentuk satu bulatan.
(3)______________ dua buah pasukan berlawan di atas (4)_____________ yang
dipisahkan oleh jaring. Satu pasukan (5)________________ daripada tiga orang. Pasukan
yang (6)________________ mematikan bola ke kawasan pihak (7)______________
mendapat mata. Pasukan yang (8)________________ banyak mengutip mata memenangi
(9)______________. Pemain-pemain bebas menggunakan mana-mana
(10)______________ badan kecuali tangan. Permainan ini memerlukan kecekapan,
kelincahan dan kepandaian. Ketangkasan dan gaya pemain-pemain sepak raga
menghasilkan satu seni yang tersendiri pula.

SELESAI

Anda mungkin juga menyukai