Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

1) C
2) B
3) A
4) D
5) A
6) C
7) B
8) C
9) C
10) D

BAHAGIAN B

1. a) Dua kepentingan perancangan :


 Panduan untuk membuat keputusan
 Menyelaras dan memperuntukkan sumber

b) Dua langkah yang terlibat dalam proses perancangan :


 Menentukan matlamat dan objektif. Matlamat yang ditetapkan boleh
merangkumi matlamat dan objektif jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.
 Menganalisis persekitaran perniagaan. Pengurus perlu melakukan analisis secara
terperinci terhadap persekitaran dalaman dan persekitran luaran perniagaan.

c) Dua perbezaan antara perancangan strategik dan perancangan taktikal :


 Dari segi jangka masa, perancangan strategik biasanya meliputi tempoh lima
hingga sepuluh tahun. Manakala perancangan taktikal biasanya menjangkau
tempoh antara satu hingga lima tahun.
 Dari segi peringkat pula, perancangan strategik, liputan yang digunakan adalah
secara keseluruhan di dalam sesebuah organisasi. Manakala perancangan
taktikal pula liputan perancangan yang digunakan menyasarkan khusus untuk
jabatan.

2. a) Dua fungsi struktur organisasi dalam sesebuah organisasi :


 Kejelasan tanggungjawab
 Kejelasan kedudukan

b) Dua ciri organisasi :


 Pembahagian tugas. Pembahagian tugas dilaksanakan mengikut kesesuaian dan
kemampuan anggota untuk mencapai tujuan organisasi.
 Kerjasama. Setiap organisasi mesti memiliki ciri kerjasama kerana sebuah
kumpulan yang memiliki tujuan yang sama perlu bekerjasama untuk mencapai
tujuan tersebut.
PENGURUS BESAR
c)
- Encik Rahman

PENGURUS JABATAN PENGURUS JABATAN PENGURUS JABATAN


PENTADBIRAN KEWANGAN PENGELUARAN

3. a) Dua kesan jika pengawalan tidak dilaksanakan dalam organisasi :


 Pengawalan yang tidak berkesan membolehkan segala aktiviti yang dirancang
tidak berjalan dengan baik.
 Pengawalan yang tidak berkesan juga menyebabkan berlakunya kos
pengeluaran yang berlebihan yang meminimumkan keuntungan syarikat.

b) Dua kaedah kawalan yang diamalkan dalam organisasi :


 Kaedah kawalan awalan. Kaedah ini dilaksanakan sebelum sebarang alat
dimulakan dan lazimnya digunakan untuk mengawal aktiviti yang melibatkan
penggunaan mesin atau peralatan.
 Kaedah kawalan semasa. Kaedah ini dilaksanakan ketika sesuatu proses atau
aktiviti sedang berjalan dan melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan
pengubahsuaian selepas kerosakan atau penyimpangan berlaku.

c) Dua alat kawalan yang boleh digunakan dalam sesebuah organisasi :


 Analisis pulang modal. Alat kawalan ini menetapkan untung sasaran melalui
peningkatan kuantiti keluaran dan peletakan harga minimum terhadap setiap
unit keluaran.
 Bajet. Alat kawalan ini pula memastikan setiap peruntukan perbelanjaan
digunakan secara efisien bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

4. a) Nyatakan proses X dan Y dalam rajah di atas :


 X = Enkod
 Y = Dekod

b) Dua perbezaan antara komunikasi menegak dengan komunikasi mendatar :


 Komunikasi menegak merupakan komunikasi yang melibatkan pertukaran
maklumat antara dua atau lebih pekerja pada peringkat atau kedudukan yang
berlainan dalam hierarki organisasi. Manakala komunikasi mendatar ialah
komunikasi yang melibatkan pertukaran maklumat antara dua atau lebih pekerja
pada peringkat atau kedudukan yang sama dalam hierarki organisasi.
 Dalam komunikasi menegak, pengurus besar memberi taklimat kepada ketua
pegawai eksekutif tentang perkembangan aktiviti jabatan-jabatan dalam
organisasi. Manakala dalam komunikasi mendatar, pengurus pemasaran
memberi maklumat permintaan pasaran kepada pengurus pengeluaran dan
pengurus kewangan memberi maklumat belanjawan latihan kepada pengurus
pengeluaran.
c) Dua kelebihan e-dagang dalam komunikasi pada masa ini :
 Kos rendah. Melalui e-dagang, ia dapat menghapuskan atau mengurangkan kos
sewaan gudang atau premis perniagaan, insurans, sewaan perkhidmatan
kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam
transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan.
 Hubungan terus dengan pengguna. Peniaga dapat berhubung terus dengan
pengguna, bukan sekadar mendapat maklum balas secara terus tanpa
melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat dan secara talian terus (online).

BAHAGIAN C

SOALAN 1
a) Tiga langkah proses penstafan yang dilaksanakan dalam organisasi :
 Pengrekrutan. Proses mengenalpasti dan menarik minat calon yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan daripada sumber dalaman dan
luaran organisasi.
 Pemilihan. Proses mengambil dan memilih pekerja yang terbaik daripada
sejumlah calon yang memohon sesuatu jawatan.
 Induksi dan suai kenal / orientasi. Proses memperkenal, menyesuai dan
membudayakan pekerja baharu dengan suasana pekerjaan organisasi.

b) Empat tindakan yang perlu dibuat oleh pegawai sumber manusia untuk
meningkatkan prestasi kakitangan organisasi :
 Program pembangunan staf. Program latihan dan pembangunan merupakan
usaha-usaha yang berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan pekerja.
 Pengurusan penilaian prestasi. Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang
sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja.
 Program perantisan. Satu program yang perlu dilalui oleh calon yang mana
pekerja tersebut dikehendaki bekerja untuk satu tempoh masa yang telah
ditetapkan.
 Mentor. Menasihati menteei dan kakitangan baharu yang akan dibimbing oleh
kakitangan yang lebih kanan.

SOALAN 2

a) Tiga cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam organisasi :
 Gaya kepimpinan autokratik. Melibatkan aktiviti pembuatan keputusan
dilakukan oleh seorang ketua sahaja serta pengikut atau pekerja tidak diberi
peluang untuk memberikan pandangan, pendapat atau idea mereka.
 Gaya kepimpinan demokratik. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan
memberi kebebasan kepada pekerja untuk manjana idea dan ketua membuat
keputusan.
 Gaya kepimpinan kontigensi. Gaya ini membuat penyesuaian berdasarkan ciri-
ciri pemimpin dengan faktor situasi dalam mewujudkan satu gaya kepimpinan
yang berkesan di dalam sesebuah organisasi.
b) Dua perbezaan antara pemimpin dengan pengurus :
 Pemimpin merupakan pihak yang terlibat dalam proses kepimpinan. Manakala
pengurus pula merupakan pihak yang terlibat dalam fungsi pengurusan.
 Dari segi fungsi, pemimpin berperanan untuk menetapkan hala tuju iaitu visi dan
misi organisasi. Manakala pengurus pula berperanan untuk merancang iaitu
melaksanakan fungsi perancangan.

Anda mungkin juga menyukai