Anda di halaman 1dari 2

73

4.0 Struktur pasaran, penentuan harga dan output


4.3.2 Pasaran Persaingan Sempurna

Keseimbangan firma • Merujuk kepada keadaan firma keluar masuk ke pasaran


jangka panjang sehingga menyebabkan semua firma memperoleh untung
normal sahaja.

Rajah

• Dalam jangka panjang, firma PPS akan mengeluarkan output


pada titik minimum keluk kos purata jangka panjang.
• Pada titik mínimum keluk kos purata jangka panjang, kos
purata jangka panjang adalah sama dengan kos purata jangka
pendek, kos sut jangka panjang, kos sut jangka pendek dan
hasil sut
• Titik mínimum keluk kos purata jangka panjang merupakan
titik pengeluaran optimum.
• Syarat: LAC min=SAC min=LMC=SMC=MR

Penyesuaian
keseimbangan dalam 1. Apabila firma menikmati keuntungan
jangka panjang • Untung lebih normal akan menarik firma baharu untuk
masuk ke pasaran dan menggalakkan firma sedia ada untuk
menambahkan pengeluaran. Kesannya, SS pasaran
bertambah dan keluk SS beralih ke kanan.
• Harga turun dan output bertambah.
• Pada tingkat harga yang rendah, semua firma PPS mendapat
untung normal, iaitu apabila keluk LMC bersilang dengan
keluk MR dan output dikeluarkan pada LAC minimum.
• Dalam jangka panjang, firma PPS akan mendapat untung
normal sahaja kerana kemasukan firma baharu ke dalam
pasaran telah menghapuskan untung lebih normal yang
dinikmati dalam jangka pendek.

Disediakan oleh Ketua Panitia Ekonomi 2023


74

2. Apabila firma mengalami kerugian


• Firma yang rugi akan keluar dari pasaran dan firma sedia ada
akan mengurangkan pengeluaran. Kesannya, SS pasaran
bertambah dan keluk SS beralih ke kiri.
• Harga output meningkat dan output berkurang
• Pada tingkat harga yang tinggi, keluk LMC bersilang dengan
keluk MR dan output dikeluarkan pada LAC minimum.
• Tindakan firma rugi keluar dari pasaran telah menghapuskan
kerugian yang dialami dalam jangka pendek, dan
membolehkan firma PPS mendapat untung normal dalam
jangka panjang.

Disediakan oleh Ketua Panitia Ekonomi 2023

Anda mungkin juga menyukai