Anda di halaman 1dari 13

1.

Guru Sepanjang Waktu


Penulis: Solikhin Abu Izzuddin
Halaman : 320

Begitulah kekuatan guru, menginspirasi tanpa menggurui. Mereka adalah


lampu zaman yang menerangi hati dari kegelapan, menyinari jiwa dengan
keindahan, dan mewarnai kepribadian dengan kemuliaan. Hanya memberi
tak harap kembali; bagai sang surya menyinari dunia.

Guru sepanjang waktu harus terus kita hadirkan. Dan buku ini mencoba
menjadi salah satu inspirasinya. Dengannya, guru bisa menjadi sosok yang
kehadirannya dinantikan, nasihatnya didengarkan, kepergiannya ditangisi,
gagasannya dilanjutkan, diamnya menginspirasi, kata-katanya memotivasi,
dan keteladanannya menggerakkan aksi.

2. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Editor: Mohd Isha Awang &


Nurulwahida Hj Azid @ Aziz, 2020 ISBN 978-967-2363-36-1, 156 hlm., RM30.00
Buku Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ini mengandungi enam topik
menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Kandungan buku ini mendedahkan pembaca daripada aspek pembelajaran
abad ke-21 yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran sehinggalah
kepada pentaksiran pembelajaran. Di samping itu juga, perbincangan aspek
komunikasi dan teknologi maklumat, kebimbangan dan strategi bermain turut
dikupas dengan menarik. Kandungan dan susunan yang digarap dengan
bahasa yang mudah oleh penulis yang terdiri daripada tenaga akademik
berpengalaman di Universiti Utara Malaysia sesuai menjadi rujukan kepada
para pendidik dan bakal pendidik serta para pelajar di institusi pengajian
tinggi mahupun institut pendidikan guru.

3. Pengajaran dan Pembelajaran dengan Teknologi Komputer Ahmad


Jelani Shaari, 2011 ISBN 978-967-5311-73-4, 158 hlm., RM 35.00 Buku
ini disasarkan kepada pelajar bidang pendidikan, guru pelatih atau guru
novis yang ingin mengenali teknologi komputer dan fungsi dalam
bidang pendidikan. Buku ini turut memperkenalkan konsep-konsep
asas penggunaan komputer dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). Aplikasi-aplikasi dalam pengajaran berbantukan
komputer dihuraikan dengan terperinci agar pelajar dan guru mendapat
kefahaman yang jelas. Teori-teori berkaitan integrasi komputer dalam
P&P juga dibincangkan. Internet serta aplikasi berkaitannya juga
diperjelaskan agar pelajar dan guru mendapat gambaran yang
menyeluruh di samping manfaat dan implikasi kepada P&P. Isu-isu
utama berkaitan komputer dan pendidikan dihuraikan secara ringkas
untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan guru.

4. Kepemimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad Ke-21 Editor: Farah


Mohamad Zain, Yahya Don & Yaakob Daud ISBN 978-967-2363-21-7,
178 hlm., RM35.00 Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan
kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti sekolah. Sebagai
pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang
ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program
khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemimpin sekolah perlu
memiliki pelbagai kemahiran dan gaya kepemimpinan bagi mengurus
staf, guru dan pelajar yang kebanyakan mereka adalah generasi Y dan
generasi Z. Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat keputusan,
menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat
sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang
berketerampilan bagi mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh
harapan yang tinggi kepada sekolah untuk melahirkan insan cerdik
pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda meneruskan
pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga
kerja bagi membangunkan negara.

5. novasi dan Kreativiti Berteraskan Teknologi Editor: Ruzinoor Che


Mat, 2020 ISBN 978-967-2210-93-1, 161 hlm., RM34.00 Buku ini
menekankan prinsip kreativiti yang merupakan salah satu daripada
prinsip PCI-CTI. Dewasa ini, dengan berkembangnya perubahan
teknologi yang mendadak, prinsip kreativiti dilihat amat penting dalam
membantu produk-produk yang dihasilkan supaya lebih berdaya saing
dan boleh diterima pasaran. Sekiranya dalam produk yang dihasilkan
tidak menekankan prinsip kreativiti, maka sudah semestinya produk itu
tidak akan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna.
Keseluruhan kandungan buku ini membincangkan inovasi terbaru yang
melangkaui pelbagai horizon kreativiti termasuklah koswer
pembelajaran, komunikasi visual, teknologi pembujukan, permainan
mudah alih, dan kedekatan budaya. Dengan terbitnya buku ini,
diharapkan dapat dijadikan panduan dan bahan rujukan yang berguna
pada setiap pembaca yang ingin memahami dengan lebih mendalam
tentang kreativiti dalam produk inovasi.

6. Psikologi Pengurusan Sekolah Penulis Yahya Don, Yaakob Daud, Siti


Hajar Mohamad Yusoff & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff | 2016 ISBN
978-967-0876-68-9 | 180 m/s | RM42.00 Buku ini mendasari konsep
psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi psikologi
dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik
utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter
kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan
faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan
budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap
panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif,
kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas,
serta pengurusan diri guru-guru. Hasil penyelidikan berkaitan
pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan
psikologi pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi
panduan kepada pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini
penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan masalah.

7. Cabaran Pengurusan Disiplin Sekolah Masa Kini Rahida Aini Mohd Ismail &
Mohd Ismail Othman, 2020 ISBN 978-967-2363-16-3, 173 hlm., RM35.00
Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan
pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah
khususnya guru dan kakitangan sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan
teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat dan kewujudan dunia tanpa
sempadan seterusnya meningkatkan lagi cabaran dalam alam pendidikan.
Dalam menempuh cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini, pengetua,
para guru, kakitangan sekolah, pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu
bapa Guru (PIBG), ibu bapa, masyarakat, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan
kerajaan (NGO) termasuklah para pelajar sendiri perlu memainkan peranan
masing-masing dalam usaha membentuk pelajar berdisiplin.

8. Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian Editor: Siti


Hadijah Che Mat, 2015 ISBN 978-967-0474-97-7, 150 hlm., RM 40.00
Buku ini adalah hasil daripada penyelidikan atau kajian sebenar yang
telah dilakukan oleh para penulis dalam buku ini. Koleksi karya ini
membincangkan tentang isu dan masalah kemiskinan di Malaysia yang
masih berlarutan sehingga kini. Pelbagai program telah diwujudkan
oleh kerajaan bagi menangani masalah kemiskinan seperti Dasar
Ekonomi Baru sehinggalah ke Model Baru Ekonomi yang dilancarkan
pada 2010. Tujuan semua dasar dan program yang dilaksanakan adalah
untuk membantu rakyat negara ini untuk memperoleh pendapatan
tinggi dan terus berkekalan tinggi.

9. Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok Mohd


Norahim Mohamed Sani & Muhammad Ajib Abd Razak, 2019 ISBN 978-967-
2210-41-2, 156 hlm., RM35.00 Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori
dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan
memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam
keadaan yang efektif, stabil dan seimbang. Kaunseling kelompok juga
merupakan salah satu bentuk perkhidmatan menolong dan tolong bantu
setiap individu yang ingin mendapatkan pertolongan dalam situasi secara
bersama dan berkelompok. Kaunseling kelompok dapat menjimatkan masa
dan memberikan kelegaan kepada setiap ahli untuk mendapatkan perubahan
dan penyelesaian isu yang lebih awal secara bersama-sama. Melalui buku ini,
para pembaca dapat mempraktiskan pendekatan psikoanalitik dan Adlerian
dengan lebih mudah semasa mengendalikan kelompok. Perasaan takut, sukar
dan kekeliruan dalam menggunakan pendekatan tersebut sebelum ini dapat
ditangkis sekiranya para pembaca dapat memahami setiap konsep dan teknik
yang dikupas secara komprehensif apabila memahami setiap proses
kelompok yang telah dibincangkan berdasarkan contoh-contoh kajian kes
untuk rujukan pembaca.

10. Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat


Noor Azniza Ishak, 2018 ISBN 978-967-2210-14-6, 216 hlm., RM30.00
Seruan Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan
Masyarakat adalah panggilan khusus kepada semua yang berkeluarga
dan berada dalam masyarakat untuk tampil berkongsi isu dan masalah
yang melanda diri mereka serta keluarga mereka. Pengkongsian yang
bijak dan bermanfaat ini akan dapat membuka minda kita agar boleh
melakarkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.
Apabila manusia dilanda masalah, mereka seringkali buntu dan gagal
berfikir secara rasional dalam mencari jalan keluar bagi isu yang
mereka hadapi. Kegagalan ini boleh membawa kepada perpecahan,
perpisahan, pergaduhan, perceraian serta sakit hati yang
berpanjangan. Hasil daripada komunikasi yang bijaksana dan terkawal
dapat membuka minda setiap orang dari kita serta mencari
penyelesaian yang terbaik serta harmoni untuk semua pihak. Buku ini
menghidangkan berbagai cadangan resolusi tentang isu suami isteri,
kekeluargaan dan masyarakat. Walaupun resolusi ini bukanlah satu
cara yang mutlak tetapi saranan kaunselor ini dapat difikirkan dan
ditimbangkan kewajarannya dalam meneroka penyelesaian yang lebih
bijaksana.

11. Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga Siti


Rozaina Kamsani, Noor Azniza Ishak, Nabisah Ibrahim, 2019 ISBN 978-
967-2210-15-3, 199 hlm., RM35.00 Aplikasi Teori Kes Kaunseling
Perkahwinan dan Keluarga merupakan sebuah buku yang
membincangkan tentang kes-kes yang berlaku dalam institusi
kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori
kaunseling perkahwinan dan keluarga diaplikasikan dalam setiap kes
yang dikongsi bersama kaunselor. Perkongsian kes yang bijaksana ini
boleh dijadikan sebagai panduan kepada kaunselor, lay counselor,
penolong kaunselor, dan individu yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam membantu isu keluarga dan perkahwinan.

12. Komunikasi dan Seni Pemujukan Azlina Kamaruddin, 2015 ISBN


978-967-0876-12-2, 98 hlm., RM 26.00 Buku ini dipersembahkan secara
teori, praktis dan contoh-contoh penjelasan. Bermula dengan
penjelasan konsep, diikuti dengan ilmu-ilmu berhubung pemujukan, dan
seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berhubung kaedah
perlaksanaannya. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat
satu kupasan maklumat am dan menyeluruh tentang bidang
komunikasi pemujukan, memahami konsep dan pendekatan
komunikasi pemujukan, di samping menguasai strategi ke arah
memastikan keberkesanan proses pemujukan. Buku ini mengemukakan
fakta-fakta ilmiah seperti teori dan model, ia berupaya memberi
keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak
disampaikan.

13. Guru Berkesan: Petua dan Panduan Abdull Sukor Shaari, 2008 ISBN 978-
983-3827-69-5, 110 hlm., RM 33.00 Bidang pendidikan amat memerlukan guru-
guru yang berkualiti. Penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin
keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan: Petua dan Panduan” ini
telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan
pendidikan khususnya untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik
serta pengamal pendidikan.

14. Kokurikulum dan Penjajaran Konstruktif di Sekolah Yahya Don, Siti


Noor Ismail, Siti Hajar Mohamad Yusoff, & Zuraidah Juliana Mohamad
Yusoff, 2016 ISBN 978-967-0876-98-6, 62 hlm., RM 16.00 Buku ini
menyentuh aspek kokurikulum dalam pendidikan. Konsep kokurikulum,
kepentingan, dan dasar pelaksanaanya turut dibincangkan di samping
memberi perhatian kepada dasar-dasar sokongan dalam
pelaksanaanya di sekolah. Seterusnya, untuk melihat secara lebih
dekat berkaitan aspek kokurikulum yang dikaitkan dengan aktiviti
pembelajaran di sekolah, penulis mengetengahkan teori pembelajaran
konstruktif dan model pembelajaran berasaskan pengalaman yang
diaplikasikan menerusi aktiviti kokurikulum di sekolah.

15. Pangkalan Data Untuk Perakaunan: Microsoft Access Noor Azizi


Ismail, 1999 ISBN983-2479-07-X, 159 hlm., RM 15.00 Buku pangkalaan
data untuk perakaunan ini membincangkan mengenai aspek teori dan
praktis sistem pangkalan data. Pengetahuan ini akan membantu
pembaca dan pelajar perakaunan memahami dengan lebih mendalam
proses pembangunan sesebuah sistem maklumat perakauanan
berkomputer khususnya.

16. Pedagogi: Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi Abdull Sukor


Shaari, 2011 ISBN978-967-5311-72-7, 219 hlm., RM 53.00 Bidang
pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses
penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan
pengajaran. Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi
ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang
berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan
bakal pendidik. Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam
pedagogi.

17. Penilaian Prestasi. Konsep & Pelaksanaan Ab. Aziz Yusof, 2001
ISBN 983-9559-58-3, 154 hlm, RM20.00 Setiap organisasi perlu
mengetahui bahawa penilaian prestasi terhadap pekerja bukanlah satu
tugas yang menyenangkan bagi setiap pengurus. Pengurus terpaksa
menghadapi dilema, ketidakpastian, dan risiko kesan daripada setiap
keputusan yang diambil semasa proses penilaian prestasi. Terdapat
tendensi pekerja akan menganggap bahawa penilaian prestasi bukan
sebagai isu utama jika dinilai secara lembut.

18. Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia Yahya Don,


Azizah Sarkowi & Yaakob Daud, 2014 ISBN 978-967-0474-62-5, 103
hlm., RM 17.00 Agenda Transformasi Pendidikan Negara memerlukan
kepada pembentukan dan peningkatan kualiti guru di Malaysia
menjelang tahun 2020. Guru praperkhidmatan adalah medan utama
yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan dalam
melahirkan modal insan berkualiti tinggi selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Ini kerana guru praperkhidmatan
adalah bakal golongan pendidik yang boleh dibentuk melalui aspek
kepimpinan dan kredibiliti profesion keguruan ke arah meningkatkan
kualiti guru-guru di Malaysia.

19. Tajuk: BIJAK MERANCANG WANG ISBN: 978-967-481-411-3


Penerbit: PTS PUBLISHING HOUSE Penulis: AFYAN MAT RAWI Tahun
Terbitan: 2020 Muka Surat: 326 Halaman: Berwarna Format: Softcover
Berat (kg): 0.43KG Dimensi (cm):22.8CM X 15.2CM X 1.6CM Membaca
buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta, maka
membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan.
Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu merancang sebagai anologi
mudah, apabila kita mahu ke suatu tempat yang belum pernah dituju
dan tidak mengetahuinya, kita akan menggunakan aplikasi Waze
ataupun Google Maps sebagai panduan. Pelaburan bagi mendapatkan
buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi.
Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru
tentang perancangan kewangan.

20. Applying Qualitative Design in Research: Learning by Doing Editors:


Azilah Kasim & Hisham Dzakiria, 2006 ISBN 983-3282-53-9, 126 pages,
RM 32.00 Qualitative research has never been a popular research
design within Malaysian academics and research environment.
Understanding the convention and fundamentals of conducting a
qualitative research is important as it offers a different approach and
generates a range of information of different quality from the
quantitative approach. The compilation of the five articles included in
this book has been carefully selected so that this book of reading
represents different issues and problems that may arise when
conducting a qualitative research. This book provides a good
description of the research processes and issues that may also be
encountered by other researchers especially those that are novice in
qualitative research. The readings of the different research compiled in
this book will hopefully contribute to the growing field of qualitative
research as a research design among educators, researchers and
professionals in Malaysia.

21. Understanding Sukuk Wan Abdul Rahim Kamil Wan Mohamed Ali,
2014 ISBN: 978-967-0149-56-1, 161 pages, RM78.00 Publisher: Islamic
Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) This book is designed to
focus on the area of Sukuk with the aim to equip the readers with solid
knowledge in Islamic capital market industry. It is also hoped that the
book could enhance the development of necessary skill and expertise
to deal with issues and problems prevailing the Sukuk market
practices.

22. Personal Income Tax Payment System in Malaysia Schedular Tax


Deduction Scheme Mahamad Tayib, Rohana @ Norliza Yusof &
Muzainah Mansor, 2009 ISBN 978-983-3827-83-1, 203 hlm., RM 47.00
Personal Income Tax Payment System in Malaysia–Schedular Tax
Deduction Scheme Second Edition is an improved version that includes
current changes in the scheme structure of 2009. A topic on Self
Assessment System (SAS) is added so as to help employers and
individual taxpayers in comprehending their responsibilities as well as
helping the employers in managing tax payments for their employees.

23. Issues in International Affairs Radziah Abd. Rahim, 2001 ISBN 983-
9559-92-3, 125 pages, RM11.50 The book is a spin-off from an academic
seminar held by the School of Social Development, Universiti Utara
Malaysia from September 17-19, 1998. It is concerted effort, in
particular, by those who are involved in the teaching of the
International Affairs Management programme to enrich reading
materials on global affairs.

24. Perakaunan Perniagaan: Pendekatan Mudah Noor Afza Amran,


Masanita Mat Noh, Natrah Saad & Norhani Aripin, 2013 ISBN 978-967-
0474-55-7, 169 hlm., RM 32.00 Buku ini disediakan bagi memberi
manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui asas
perakaunan dan catatan perakaunan dengan cara yang mudah dan
senang difahami. Buku ini menerangkan secara umum tentang definisi
perakaunan, cabang perakaunan, kitaran dan dokumen perakaunan. Ini
disusuli dengan kupasan konsep asas perakaunan yang memfokuskan
persamaan perakaunan, catatan bergu dan analisis urus niaga. Proses
catatan perakaunan yang meliputi penyediaan jurnal, lejar, imbangan
duga dan penyata kewangan turut dibincangkan.

25. The Politics of Bangsa Malaysia: Nation-Building in a Multiethnic


Society Mohamed Mustafa Ishak, 2014 ISBN 978-967-0474-34-2, 355
pages, RM 45.00 Penerima Anugerah Buku Negara 2016 Anugerah
Perdana Tokoh Pengarang Negara Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa
Ishak The politics of nation-building has always been a central issue in
Malaysia. Whilst the country has been able to sustain a relatively
stable politics since the 1969 tragedy, and hence generate a rapid
economic development (at least until the 1997 Asian economic crisis
and later in the post 2008 General Election), the project of nation-
building remains a basic national agenda yet to be fully resolved. The
book explores the delicate process of nation-building in Malaysia in the
post 1970s, especially in the context of the vision constructing the
Bangsa Malaysia or ‘a united Malaysian nation’ enshrined in Mahathir’s
Vision 2020 project which was introduced in 1991. It discusses the
underlying socio-political parameters that shape and influence the
politics of nation-building in the country and the construction of
Bangsa Malaysia.

26. Konsep Pentadbiran Awam Saadon Awang, 2012 ISBN 978-967-


5311-90-1, 401 hlm., RM 58.00 Pentadbiran awam merupakan satu
bidang yang umum (generic) dan merangkumi segala aspek kehidupan
manusia. Pentadbiran awam menaungi pelbagai cabang bidang kajian
dan juga menjadi teras pengetahuan (body of knowledge) kepada
beberapa bidang penting yang lain. Dari segi asal usulnya, pentadbiran
awam merupakan cabang kepada bidang sains sosial yang luas itu.
Oleh itu, bersama-sama bidang ini terdapat beberapa lagi bidang lain
yang berkongsi teras pengetahuan yang sama. Keadaan ini
menggambarkan bahawa bidang pentadbiran awam merupakan satu
bidang yang mengandungi pelbagai disiplin (multidisciplinary).

27. Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian


Psikologi Noor Azniza Ishak , 2009 ISBN 978-967-5311-09-3, 169 hlm.,
RM 31.00 Penyesuaian boleh mencetuskan masalah kepada manusia
kerana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu, manusia
perlu berubah. Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi
kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu
sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. Kategori
masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam
kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini
termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan
kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari
menghormati diri sendiri.

28. Pengantar Komunikasi Mohd. Baharudin Othman & Mohd. Khairie Ahmad,
2003 ISBN 983-2479-55-X, 183 hlm., RM 24.00 Buku ini membincangkan
prinsip-prinsip asas bidang komunikasi, meliputi sejarah perkembangan ilmu
komunikasi, model, komponen, bentuk mesej, jenis-jenis komunikasi,
komunikasi pembangunan, komunikasi massa, komunikasi organisasi dan
bidang-bidang profesional komunikasi seperti perhubungan awam,
kewartawanan dan pengiklanan.

29. Buku Panduan Diplomatik R.G. Feltham Penterjemah: Radziah Abdul


Rahim, 2007 ISBN 978-983-068-254-9, 290 hlm., RM 46.00 Penerima
Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), 2008 Buku
Terbaik Kategori Terjemahan Buku ini ialah panduan yang
komprehensif lagi ringkas bagi mereka yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan hubungan antarabangsa. Maklumat dan nasihat yang diberi
adalah praktikal dan tepat. Ia amat berharga kepada anggota diplomat,
penuntut diplomasi dan hubungan antarabangsa, serta delegasi ke
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

30. Komunikasi dalam Kerja Sosial Fuziah Shaffie, 2013 ISBN 978-967-
0474-60-1, 131 hlm., RM 35.00 Kehidupan seharian memerlukan
komunikasi untuk menyampaikan mesej, nasihat atau pesanan kepada
individu yang lain. Komunikasi juga menjadi faktor utama menentukan
pelbagai jenis perhubungan yang akan dilakukan dengan orang lain.
Kerja sosial ialah satu bidang yang memerlukan interaksi dan
komunikasi yang berkesan dalam menyelesaikan sesuatu kes atau
tugasan.

31. Panduan Penyelidikan Ilmiah: Kaedah dan Penulisan Nik Hazimah


Nik Mat, Hayatul Safrah Salleh, Yusnita Yusof, Wan Norhayati
Mohamed & Nor Azila Mohd Noor, 2021 ISBN 978-967-2486-39-8, 150
hlm., RM32.00 Buku Panduan Penyelidikan Ilmiah: Kaedah dan
Penulisan ini khusus untuk pelajar yang menjalankan penyelidikan
pada peringkat prasiswazah dan mereka yang ingin menyambung
pengajian pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, tetapi tidak
mempunyai pengalaman dalam menjalankan penyelidikan ilmiah.
Secara keseluruhannya, buku ini mendasari perkara-perkara yang perlu
ada dalam kertas cadangan penyelidikan dan dalam laporan
penyelidikan.

32. Psikologi Pendidikan (Edisi Kelapan) Anita E. Woolfolk, 2012


Penterjemah: Norma Saad, Sarimah Shaik Abdullah, Sharifah Fazliyaton
Shaik Ismail & Wan Zalina Wan Din ISBN 978-983-068-566-3, 1,242 hlm.,
RM 198.60 Buku ini memberikan panduan kepada mereka yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pendidikan.
Bagi pelajar jurusan pendidikan tahun pertama, buku ini merupakan
pengenalan kepada teori dan idea utama yang membentuk psikologi
pendidikan. Di samping latar psikologi yang dihuraikan secara panjang
lebar, buku ini turut mengutarakan panduan menerapkan prinsip
psikologi pendidikan di dalam kelas.

33. Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia Yahya Don,


Azizah Sarkowi & Yaakob Daud, 2014 ISBN 978-967-0474-62-5, 103
hlm., RM 17.00 Agenda Transformasi Pendidikan Negara memerlukan
kepada pembentukan dan peningkatan kualiti guru di Malaysia
menjelang tahun 2020. Guru praperkhidmatan adalah medan utama
yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan dalam
melahirkan modal insan berkualiti tinggi selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Ini kerana guru praperkhidmatan
adalah bakal golongan pendidik yang boleh dibentuk melalui aspek
kepimpinan dan kredibiliti profesion keguruan ke arah meningkatkan
kualiti guru-guru di Malaysia.

34. Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik Ab. Aziz Yusof,


2010 ISBN 978-967-5311-30-7, 479 hlm., RM 81.00 Buku ini disediakan
khusus kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan untuk
memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan pengurusan
organisasi yang terbaik. Di samping itu, buku ini juga disediakan
khusus untuk pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari
kaedah terbaik dalam pengurusan organisasi. Organisasi pada hari ini
kaya dengan kepelbagaian, terdedah kepada persaingan dan
berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat.
35. Academic Writing Essentials: A Guide for Postgraduate Students
Azlina Murad Sani, 2016 ISBN 978-967-0876-45-0, 156 hlm., RM 45.00
Academic Writing Essentials is a writing reference for masters and
doctoral students whose first language is not English. This book will
assist you in adjusting to the expectations of writing in English for a
higher degree. It offers guidance on strategies and conventions that
apply in most forms of postgraduate-level writing.

36. Judul buku: 100 Aktiviti PdPc PAK21 ISBN: 978-967-17993-0-7


Penerbit: Winflow Ventures Sdn. Bhd. Penulis: Edwin Milog Tahun
diterbitkan: 2020 Bahasa tulisan: Bahasa Melayu Bilangan muka surat:
327 muka surat Jenis binding: Paperback Saiz buku: A5 Perpustakaan
Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Edwin Milog,
1982- 100 Aktiviti PdPc PAK21 / EDWIN MILOG. ISBN 978-967-17993-0-7
1. Teaching. 2. Teaching--Methodology. 3. Effective teaching. Buku ini
mengandungi 102 aktiviti (2 aktiviti bonus) yang menekankan konsep
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) iaitu pembelajaran aktif
berpusatkan pelajar. Aktiviti dalam buku ini mengambilkira konsep 4K
yang terdapat dalam PAK21 iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran
Kritis dan Kreativiti. Cadangan kesesuaian penggunaan ada diberikan
bagi setiap aktiviti seperti digunakan sebagai aktiviti set induksi,
masteri, pengukuhan, pemulihan, pengayaan atau penilaian.

37. Siri Pendidikan Autisme: Pengajaran


Berstruktur
2013. ISBN 978-967-412-119-8 160 halaman (kulit lembut) Hasnah
Toran, Salmiah Bujang & Fadliana Chiri Dengan meningkatnya kejadian
autisme dalam kalangan kanak-kanak pada masa ini, ibu bapa dan para
guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk mendidik
kanakkanak ini. Namun, di Malaysia kesedaran mengenai autisme
masih berada di tahap yang sangat rendah. Tidak banyak maklumat
dan bahan mengenai autisme dalam Bahasa Melayu yang oleh didapati
untuk dijadikan sebagai rujukan, sehingga menyebabkan ibu bapa dan
para guru mengalami masalah dalam menentukan kaedah
pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian untuk kanak-kanak yang
mengalami autisme.
38. Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis Fuad Mohamed
Berawi, 2017 ISBN 978-967-2064-33-6, 351 hlm., RM 65.00 Buku ini
secara keseluruhan memperincikan dan menghuraikan kaedah untuk
menjalankan penyelidikan yang dapat dijadikan panduan, rujukan, dan
senarai semak kepada pelajar yang hendak menyiapkan tesis dan
penyelidik yang baru menjinakkan diri dengan dunia penulisan.
Kandungan yang terdapat dalam buku ini mencakupi panduan
menyeluruh untuk menulis serta menyiapkan tesis dan penyelidikan
secara terperinci, tersusun, dan teratur selain sesuai kepada tenaga
pengajar yang mengkhusus dalam pengajaran kaedah penyelidikan.

39.

Anda mungkin juga menyukai