Anda di halaman 1dari 8

ADAM SHAH BIN MOHD SHAHNAZ (2219421)

SOALAN KUZ
BMCO 2999 KAEDAH PENYELIDIKAN SECTION 1
20 MAC 2024

Jawab soalan di kertas jawapan dengan format esei, fon Arial 11, single spacing. Pastikan anda
menulis nama penuh dan nombor matrik di kertas jawapan dan sebagai
nama fail ini sebelum memuat naik ke dalam folder di pautan yang berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1ERurxDMdPW71TdXtd-75tjuBzjJRUKE0?usp=sharing

1. Pilih SATU tajuk kajian bahasa Melayu berkaitan analisis dokumen dan tuliskan
sedikit pengenalan. Seterusnya, kemukakan SATU Kerangka Teoretikal dan
SATU Kerangka Konseptual kajian tersebut. Pastikan kajian ini ialah kajian
anda sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana sumber. Rujukan dalam teks
dan senarai rujukan (bibliorgrafi) juga perlu disertakan.

(10 Markah)
BAB 1
PENDAHULUAN

PENGENALAN

Bahasa adalah alat penting yang paling penting dalam komunikasi antara individu.
Manusia menggunakan bahasa dalam kehidupan sehari-hari bagi memudahkan pelbagai
aktiviti, menyampaikan maksud atau kehendak, berkongsi cerita, pemikiran dan idea. Dalam
konteks hubungan sosial, penggunaan kata yang baik dan tersirat adalah penting bagi
mengelakkan konflik yang mungkin timbul. Penggunaan kata tersirat ini biasanya digunakan
oleh masyarakat dan dapat memberikan kesan positif atau negatif bergantung kepada
penerimaannya. Penggunaan bahasa tersirat ini turut dikenali sebagai bahasa sindiran.
Menurut Keraf (2007) dalam Siti & Nor (2017) menyatakan bahawa, bahasa sindiran adalah
bentuk komunikasi yang memiliki tujuan tertentu dengan makna tersirat atau bertentangan
dengan apa yang sebenarnya diucapkan. Ia juga seringkali disampaikan secara tidak langsung,
berlapis-lapis, dan menggunakan kiasan terhadap seseorang. Bahasa sindiran dapat
dibahagikan kepada tiga unsur, iaitu ironi, sinisme, dan sarkasme. Ironi adalah bentuk bahasa
sindiran yang menyampaikan makna yang bertentangan dengan maksud sebenarnya atau
menyindir dengan halus. Sinisme pula, adalah sindiran yang lebih kasar dan langsung. Sebagai
contoh, menyindir dengan kata-kata yang kasar sehingga dapat menimbulkan kemarahan pada
penerima. Selain itu, sarkasme adalah bentuk sindiran yang lebih tajam dan keras. Ini
bermaksud, memarahi dengan kata-kata yang lebih kasar dan pahit. Pada hari ini, media sosial
dijadikan wadah komunikasi dalam menyampaikan maklumat dan turut digunakan oleh
masyarakat sebagai ruang untuk menyatakan pendapat dan meluahkan perasaan suka,
gembira, sedih, benci mahupun mengkritik. Kesemua aktiviti ini digunakan untuk menunjukkan
lakuan komunikatif. Pengaruh media massa khususnya media sosial dalam mempengaruhi
tingkah laku sosial masyarakat tidak dapat dinafikan kesannya. Pengaruh tingkah laku sosial
ialah dari aspek berbahasa adalah kecenderungan untuk menggunakan bahasa yang bersifat
kasar, keras, sinis, sindiran, dan herdik mula menjadi pilihan.
KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini.

Kajian Kes Penggunaan Bahasa Sindiran Di Media Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa
Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Muar, Johor.

Objektif 1: Objektif 2:

Membanding beza jenis bahasa sindiran di Menganalisis kesan-kesan penggunaan


media sosial yang digunakan dalam kalangan bahasa sindiran di media sosial yang
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, digunakan dalam kalangan Mahasiswa
Pagoh, Muar, Johor. Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Muar,
Johor.

“Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog” “Persepsi Golongan Remaja Terhadap
Penggunaan Bahasa Sarkastik”

Siti Norsyahida Mohd A Rashid & Nor Ezzah Afifah Nasrudin (2019)
Azuwan Yaakob (2019)

Kaedah Pengumpulan Data Kaedah Pengumpulan Data

- Pemerhatian komen mahasiswa - Temubual berstruktur


pengguna aplikasi media sosial - Rakaman spontan
Instagram di Universiti Islam - Catatan
Antarabangsa, Pagoh, Muar, Johor.
- Tangkap layar
- Catatan

Kaedah Analisis Data Kaedah Analisis Data


- Semua jenis bahasa sindiran - Semua dapatan temubual berstruktur
dikategorikan dan dimasukkan ke dikategorikan dan dimasukkan ke
dalam bentuk jadual. dalam bentuk jadual.
- Transkripsi rakaman audio kepada
teks.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual


KERANGKA TEORITIKAL

Rajah 1.2 menunjukkan kerangka teoritikal yang digunakan dalam kajian ini.

Kajian Kes Penggunaan Bahasa Sindiran Di Media Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa
Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Muar, Johor.

Objektif 1:

Membanding beza jenis bahasa sindiran di media sosial yang digunakan dalam kalangan
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Muar, Johor.

“Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog”

Siti Norsyahida Mohd A Rashid & Nor Azuwan Yaakob (2019)

Jenis-jenis bahasa sindiran

Jenis-jenis bahasa Penerangan


sindiran

1. Ironi Sindiran yang memiliki makna yang bertentangan


dengan makna literalnya. Digunakan untuk
menyindir secara halus.

2. Sinisme Sindiran yang kasar dan langsung ditujukan


kepada seseorang. Tujuannya adalah untuk
menyindir dengan kata-kata kasar yang dapat
menimbulkan kemarahan.

3. Sarkasme Sindiran yang bertujuan untuk memarahi


seseorang dengan kata-kata yang lebih kasar lagi,
mengandung rasa kepahitan dan celaan yang
tajam.
Objektif 2:

Menganalisis kesan-kesan penggunaan bahasa sindiran di media sosial yang digunakan


dalam kalangan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, Pagoh, Muar, Johor.

“Persepsi Golongan Remaja Terhadap Penggunaan Bahasa Sarkastik”

Ezzah Afifah Nasrudin (2019)

Kesan penggunaan bahasa sarkastik

No Item R SR ST T AT

6 Dalam situasi 2, adakah pelajar 2 berasa - - - 8% 92%


marah?

7 Dalam situasi 2, adakah pelajar 2 berasa - - - 12% 88%


jengkel?

8 Dalam situasi 1, adakah pelajar 2 berasa - - - 72% 28%


hina?

9 Dalam dialog 2, adakah niat pelajar 1 14% 74% 12% - -


hendak bergurau?

10 Dalam dialog 2, adakah niat pelajar 1 untuk - - - 12% 88%


menyakiti hati pelajar 2?

Terdapat lima item dalam kajian ini untuk melihat kesan penggunaan bahasa sarkastik
berdasarkan dialog yang diberikan. Rajah tersebut menunjukkan peratusan bagi kesan
penggunaan bahasa sarkastik dalam kajian. Kesannya dibahagikan kepada lima kategori:
Rendah, Sederhana Rendah, Sederhana, Tinggi, dan Amat Tinggi.

1. Sebanyak 92% pelajar 2 merasa marah dalam situasi 2, manakala hanya 8% tidak.

2. Dalam situasi 2, 88% pelajar 2 berasa jengkel, sementara 12% tidak.

3. Dalam situasi 1, 72% pelajar 2 merasa hina, sementara 28% tidak merasa.

4. Dalam dialog 2, 74% percaya niat pelajar 1 adalah untuk bergurau, sementara 14%
tidak yakin dan 12% tidak menyatakan.
5. Dalam dialog 2, 88% percaya niat pelajar 1 adalah untuk menyakiti hati pelajar 2,
sementara 12% tidak yakin.

Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal


BIBLIOGRAFI

Ezzah ‘Afifah Nasrudin. (2019). Persepsi golongan remaja terhadap penggunaan bahasa

sarkastik. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2(7), 13–22.

https://doi.org/10.35631/ijhpl.27002

Nur Atikah Ibrahim & Maslida Yusof. (2020). Sindiran dalam Media Sosial: Perspektif Lakuan

Bahasa (The Irony in Media Social: The Speech Act Perspective). Jurnal Komunikasi:

Malaysian Journal of Communication, 36(2), 269–288.

https://doi.org/10.17576/jkmjc-2020-3602-16

Siti Norsyahida Mohd A Rashid & Nor Azuwan Yaakob. (2017). Jenis bahasa sindiran dalam

ujaran vlog. International Journal of Language Education and Applied Linguistics.

https://doi.org/10.15282/ijleal.v7.511

Anda mungkin juga menyukai