Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN DAN


KUMPULAN KOMPANG SK SERI COMEL
PENUBUHAN PERSATUAN DAN KUMPULAN KOMPANG SK SERI COMEL

1. LATAR BELAKANG.
Aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan adalah satu program rutin di setiap sekolah. Setiap
pelajar harus memilih dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang diminati bagi menilai prestasi
pelajar. Setiap pertandingan dan aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif dan matlamat
yang sama. Permainan kompang di negeri Johor adalah satu warisan dan budaya yang
sudahpun diiktiraf di peringkat kebudayaan negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor.
Melalui Yayasan Warisan Johor, pertandingan kompang adalah salah satu aktiviti tahunan
bagi setiap Majlis Kesenian disetiap daerah di negeri Johor. Oleh itu, bersesuaian dengan
motto "Memelihara Warisan Budaya" oleh Yayasan Warisan Johor, rasa tanggungjawab
bukan sahaja untuk memelihara, bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya bangsa
dapat diangkat hingga keperingkat global.

2. MATLAMAT
Meneruskan kesinambungan warisan dan kesenian paluan kompang kepada generasi muda
agar kesenian ini dapat dipelajari dan diteruskan. Memberikan pilihan aktiviti kokurikulum
yang berfaedah kepada pelajar.

3. OBJEKTIF

 Memupuk semangat kekitaan, sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan


warga sekolah.
 Menjalinkan hubungan yang lebih rapat diantara guru-guru dan pelajar-pelajar.
 Memberi pendedahan dan memupuk minat pelajar terhadap aktiviti yang sihat dan
berfaedah.
 Memupuk sikap berdikari dan berdisiplin dikalangan pelajar.
 Menggalakkan perlibatan komuniti setempat dalam membentuk generasi muda akan
datang
 Memberikan peluang pelajar terlibat dalam aktiviti tahunan oleh Majlis Kesenian
Daerah.
4. TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang terlibat adalah:

1) En. Mohd Nizam bin Talib


Tenaga Pengajar Kesenian Muzik Kompang, Batu Pahat

2) Wakil Persatuan Kompang Sinar Harapan

5. HAL-HAL AKTIVITI
Aktiviti persatuan akan dijalankan berdasarkan kepada persetujuan pihak sekolah dan
tenaga pengajar terlibat:

BIL PERKARA KENYATAAN


1 Peralatan  Peralatan kompang yang akan digunakan adalah
Kompang dari Kumpulan Kompang Sinar Harapan

2 Guru  Guru pembimbing perlu bagi memantau


Pembimbing keselamatan dan menyelia perkembangan pelajar di
kawasan sekolah

3 Jadual Latihan  Akan diperhalusi antara pihak sekolah dan


kumpulan kompang

4 Latihan  Aktiviti latihan akan dijalankan di dalam kawasan SK


Seri Comel
 Segala pembiayaan tentang tenaga pengajar dan
urusan latihan ditanggung oleh Kumpulan Kompang
Sinar Harapan

5 PIBG  Memerlukan persetujuan pihak PIBG untuk


menyokong aktiviti ini
 Pelajar yang terlibat perlu mendapat kebenaran dari
ibu bapa melalui surat kebenaran
6. KEWANGAN
Segala kos yang akan ditanggung oleh Kumpulan Sinar Harapan adalah seperti berikut:

BIL PERKARA KENYATAAN


1 Tenaga Pengajar  Kos pengajaran adalah:
o RM60 x 1 sesi (1 sesi = 2 jam)
 Kekerapan latihan sebanyak 2 kali sebulan (pada
minggu pertama dan ketiga)

2 Makanan dan  Berdasarkan kedatangan pelajar dan keperluan dari


Minuman masa kesemasa

7. PENUTUP

Diharap segala perancangan yang dirancang untuk menubuhkan kumpulan kompang di SK


Seri Comel dapat dilaksanakan. Semoga dengan penubuhan kumpulan ini dapat
mengembangkan dan memupuk rasa sayang terhadap warisan dan kesenian di kalangan
generasi muda.

‘MEREALISASIKAN KESENIAN AGAR TERUS BERKESINAMBUNGAN BAGI GENERASI Y’


MEMELIHARA WARISAN BUDAYA

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………….. ……………………………….
Ismail bin Rajuli En. Mohd Daud bin Japri,
Setiausaha, Pengerusi,
Kumpulan Kompang Sinar Harapan, Kumpulan Kompang Sinar Harapan,
Parit Penghulu. Parit Penghulu.

Anda mungkin juga menyukai