Bab 8 Penutup

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

8.

0 PENUTUP

Afiqa Sports akan berjaya dan maju. Hal ini kerana saya menjalankan operasi
perniagaan di lokasi yang strategik. Contohnya, saya menjalankan perniagaan ini di kawasan
yang padat dengan penduduk. Bahan mentah juga senang diperoleh kerana berdekatan
dengan dengan pembekal. Perniagaan ini disambut baik dengan oleh rakyat Malaysia dan
perniagaan ini mudah untuk diurus.

Afiqa Sports juga menghargai sumbangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) dengan menggunakan kemudahan tersebut untuk mencipta logo perniagaan. Selain
itu, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga
Whatsapps dapat mempromosikan produk Afiqa Sportsdengan meluas tanpa melibatkan kos
yang tinggi dan tidak mengambil masa yang lama.

Seterusnya, perniagaan ini turut menggunakan khidmat agensi yang membantu


usahawan seperti Afiqa Sports dalam memulakan perniagaaan dengan bantuan agensi
pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan
(SPiM) yang telah memberi perlbagai khidmat dan bantuan.

Perniagaan ini juga menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti


memberi bola secara percuma kepada rumah kebajikan anak-anak yatim dan memberi
diskaun kepada semua pelanggan setia. Tidak lupa juga kepada semua pekerja iaitu meraikan
hari ulang tahun bagi setiap pekerja dengan memberikan mereka bonus dan bentuk insentif
lain. Sekiranya terdapat beberapa pekerja saya yang berada di dalam kesulitan, saya akan
segera membantu mereka agar dapat meringankan beban hidup mereka.

Akhir sekali, saya berharap Afiqa Sports ini akan berkembang maju dengan membuka
pelbagai cawangan di Malaysia serta menjadi Perniagaan basikal yang terkenal di khalayak
orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai