Anda di halaman 1dari 1

9.

0 PENUTUP

Saya yakin perniagaan Jus Nenas dan Rakan ini akan terus maju dan berjaya. Hal ini
kerana saya menjalankan perniagaan di kawasan yang padat dengan penduduk, menjadi
pusat pentadbiran, serta berdekatan dengan sekolah dan sektor perkilangan. Saya juga
yakin dengan tenaga pekerja yang ada kerana kemahiran dan pengalaman yang mereka
ada. Strategi perniagaan yang dirancang melalui Visi, Misi dan Objektif yang mematuhi
ciri-ciri SMART.

Saya juga amat menghargai sumbangan teknologi (ICT) dalam perniagaan seperti
telefon pintar, laptop dan sebagainya yang amat membantu dalam perkembangan
perniagaan Jus Nenas dan Rakan. Hal ini membuktikan bahawa dengan penggunaan
Facebook dan Instagram yang menggunakan nama produk Jus Nenas dan Rakan yang
mula dikenali dan mendapat publisiti daripada penduduk dan pelajar-pelajar sekolah.

Jus Nenas dan Rakan juga menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
masyarakat serta pelanggan setia kami seperti memberi diskaun kepada warga emas,
memberi minuman percuma kepada pelanggan terpilih setiap sabtu dan aktiviti
gotong-royong membersihkan sekitar tapak perniagaan. Tidak lupa juga untuk meraikan hari
ulang tahun setiap pekerja dan membantu mereka sekiranya berada dalam kesulitan.

Harapan saya pada masa hadapan, perniagaan Jus Nenas dan Rakan ini akan terus ke
hadapan serta dikenali ramai dan dapat membuka lebih banyak lagi cawangan berasaskan
minuman kesihatan. Seterusnya dapat melahirkan produk yang lebih terkenal.

Anda mungkin juga menyukai