Anda di halaman 1dari 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Sandolicious adalah sebuah perniagaan berasaskan makanan. Perniagaan ini


menjual sandwich yang diletakkan potongan buah dan krim putar di antara dua kepingan roti
susu putih. Perniagaan ini dijual kepada pelanggan di sekitar kawasan Universiti Sultan
Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Terengganu yang majoritinya terdiri daripada pelajar.

Fokus utama rancangan perniagaan ini adalah untuk memohon pinjaman wang daripada
bank. Pinjaman ini penting untuk tujuan pengubahsuaian kedai. Dengan adanya pinjaman
ini, kami dapat menambah bilangan keperluan untuk pelanggan seperti meja, kerusi dan
perhiasan. Selain itu, kami akan menambah baik peralatan dan mesin yang digunakan.
Pengubahsuaian kedai ini dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli dengan
memaparkan imej yang menarik dan ‘Trendy’.

Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk
mendapatkan pembiayaan dengan jumlah seperti yang dipohon dibawah skim. Pembiayaan
ini bukan sahaja untuk perkara yang dinyatakan di atas, malah untuk membeli
pengangkutan iaitu sebuah van untuk memudahkan pembelian dan penghantaran
barangan.

Pada mulanya, perniagaan Sandolicious melakukan jualan melalui platform Facebook,


WhatsApp, Instagram dan Telegram secara ‘Online’. Kami menyediakan khidmat
penghantaran bukan sahaja kepada warga UNISZA, malah kepada pelanggan yang tinggal
di antara jarak 10 km dari universiti ini. Dengan jumlah hasil jualan yang lepas, kami dapat
membuka sebuah cawangan di dalam universiti berdekatan dengan pejabat kediaman
pelajar.

Dari segi aspek pemasaran, kami dapat bersaing dengan perniagaan yang lain kerana
produk kami unik dan menarik kepada pelajar. Ramai pelajar gemar dengan produk kami
kerana ia susah untuk didapati di dalam kawasan universiti dan berdekatan. Tambahan
pula, pelajar mendapati buah-buahan cerewet untuk dimakan tetapi kombinasi buah, roti dan
krim mudah dan mempunyai elemen keseimbangan yang sesuai dengan deria rasa mereka.

Dari segi aspek pengurusan pula, Sandolicious memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi
dan komited terhadap tugas mereka. Kami memberi tugas yang berbeza dalam aspek
pengurusan, pemasaran dan kewangan mengikut kemahiran dan kebolehan yang ada pada
setiap individu.

Anda mungkin juga menyukai