Anda di halaman 1dari 14

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

KELAS PERALIHAN TAHUN 2023


Masa : ( 1 Jam 15 Minit )

ARAHAN : Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.

1. Tulis nama dan tingkatan anda pada ruang yang disediakan.


2. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan pilihan jawapan.
BAHASA MELAYU PERALIHAN

3. Jawab semua soalan.


4. Hitamkan jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan diakhir
kertas soalan ini.
5. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan
(KERTAS 1)

pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Pemeriksa :

Markah Penuh Markah Diperoleh

Jumlah 50

NAMA PELAJAR :

KELAS :

NAMA GURU :

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

RESPON TERBUKA
…………………………………… …………………………………… ……………………………………

(NORSYAHWANI BINTI SULAIMAN) (FARIDAH BINTI PAIMAN) (SHABAH BINTI MOHD MOKHTAR)
Guru Bahasa Melayu Kelas Peralihan Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa
SMK Kangkar Pulai SMK Kangkar Pulai SMK Kangkar Pulai
Arahan :

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antara pilihan jawapan
tersebut hanya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan
jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 dan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
1. Berdasarkan gambar 1, apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka?
A. Perhimpunan rasmi sekolah C. Perjumpaan ko-kurikulum
B. Perhimpunan pengawas sekolah D. Pendaftaran awal persekolahan

2. Di manakah aktiviti tersebut berlaku?


A. Dewan terbuka C. Dewan tertutup
B. Tapak perhimpunan D. Kantin

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

3. , sakitnya kaki saya!


A. Alamak C. Aduh
B. Aduhai D. Wah

4. Berikut adalah anggota badan seorang manusia, kecuali...


A. ekor C. lutut
B. bulu D. siku
Tolong jangan bising di ruangan ini.

5. Di manakah kita akan temui nota tanda ini?


A. Majlis perkahwinan C. Kantin
B. Pasar malam D. Perpustakaan

6. itu akan membuat liputan secara langsung dari tempat kejadian


berkenaan kes tanah runtuh yang berlaku semalam.
A. Sasterawan C. Angkasawan
B. Peragawan D. Wartawan

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

7. Jururawat itu memberi vaksin kepada budak lelaki itu.


A. jahitan C. vitamin
B. makanan D. suntikan

8. Beberapa orang _______________ sedang membanting padi di bendang.


A. polis C. pelakon
B. petani D. penyelamat

9. Murid itu _______________ kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru.
A. disuka C. disayang
B. didenda D. dimanja
Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
10. Makanan yang terdedah itu telah dihinggap oleh ________________.
A. lalat C. tikus
B. semut D. pepatung

11. Pegawai polis itu seorang yang tegas dalam pasukannya. _______________ sangat komited
dalam melakukan kerja-kerjanya
A. Kami C. Kalian
B. Beliau D. Engkau
Soalan 12 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6
12. Munir menyertai pertandingan ________________ dan mendapat tempat pertama.
A. berlari C. pelari
B. larian D. selari

13. Mak Milah memetik beberapa buah mangga muda untuk dibuat
sambal.
A. utas C. batang
B. bilah D. biji
14. Adik membeli beberapa ____________ kertas warna yang diperlukan untuk kerja
Pendidikan Seni Visual dari kedai Pak Leman.

A. helai C. keping
B. biji D. buah

Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

15. Seorang petugas keamanan mengacu _________________ senapang ke arah


musuhnya di dalam pertempuran.

A. sepasang C. sehelai
B. sebilah D. seurat

16. Pada musim cuti sekolah keadaan di pekan itu sangat ____________________ .

A. sunyi sepi
B. riuh rendah
C. segar bugar
D. aman damai
Soalan 17 berdasarkan Gambar 7

Gambar 8

17. Suzana tangannya sambil mendodoikan anaknya yang mahu tidur.

A. melambai-lambaikan C. melambung-lambungkan
B. menggosok-gosokkan D. menghayun-hayunkan

18. Puan Aminah _____________________ pakaian yang hendak dibelinya di pasar


raya itu.
A. membelek-belek C. melibas-libas
B. mengkaji-kaji D. mengacu-acu

Gambar 9

19. Lengan adik _________________ apabila dicakar kucing kesayangannya.


A. patah-riuk C. haru-biru
B. calar-balar D. herot-berot

20. Perjalanan _______________Tapah _________Temerloh mengambil masa kira-


kira satu jam.
A. dari.........pada C. daripada...........pada
B. dari.........ke D. daripada...........ke
Soalan 21 hingga 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Malik seorang murid tingkatan satu. Dia baru bertukar ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Damai. Semasa mula belajar di sekolah itu, Malik merupakan seorang
murid yang baik. Dia rajin belajar dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Cikgu Siti
menyukai sikap Malik dan sering menjadikan Malik contoh dalam kalangan murid-
murid lain.
Namun begitu, hari demi hari sikap Malik mula berubah. Dia mula berkawan
dengan budak-budak nakal. Dia juga sering ditangkap melanggar peraturan sekolah
seperti ponteng kelas, menghisap rokok di dalam kawasan sekolah dan membuli rakan
sekelas.Cikgu Siti bertindak dengan menasihati Malik agar bersikap baik agar tidak
dikenakan tindakan disiplin kelak. Kemudian, Malik sedar akan kesilapannya dan
merubah sikap buruknya.

21. Malik murid tingkatan berapa?


A. Tingkatan Dua C. Semester Satu
B. Tingkatan Satu D. Tahun Satu

22. Ke manakah Malik bertukar sekolah ?


A. Sekolah Menengah Kebangsaan Damai
B. Sekolah Menengah Kebangsaan Dawai
C. Sekolah Kebangsaan Damai
D. Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai

23. Semasa mula belajar di sekolah itu Malik seorang murid yang ...
A. Sombong C. Nakal
B. Rajin D. Baik

24. Siapakah yang menyukai sikap Malik ?


A. Cikgu Tuti C. Cikgu Siti
B. Cikgu Suri D. Cikgu Malik

25. Mengapakah sikap Malik berubah ?


A. Dia berkawan dengan budak-budak nakal
B. Dia berkawan dengan budak-budak baik
C. Dia disukai oleh kawan-kawan baru
D. Dia dipulaukan oleh kawan-kawannya
Soalan 26 hingga 30

Pada suatu pagi, 3 orang sahabat iaitu Dani, Ah Meng dan Ramu sedang dalam perjalanan menuju
ke sekolah. Petang itu mereka akan menjalani latihan hoki. Mereka tiba di pondok menunggu bas
setelah beberapa minit berjalan kaki.

Dani : Eh, lihatlah pondok menunggu bas ini! Siapalah yang tidak bertanggungjawab melukis gambar
yang tidak senonoh ini ?

Ah Meng : Siapa lagi ? Kamil dan kawan-kawannya itulah.

Dani : Mana kamu tahu Ah Meng? Kamu nampak ke?

Ah Meng : Aku nampak semasa aku pulang daripada latihan semalam. Kalau kau tidak percaya,
tanyalah Ramu.

Ramu : Betul Dani. Aku pun nampak.

Dani : Kalau begitu, mengapa kamu berdua tidak laporkan saja hal ini kepada pihak berkuasa?

Ramu : Kami takutlah Dani. Karim dan kawan-kawannya itu pendendam orangnya. Tambahan pula,
mereka nampak kami di dini semalam.

Ah Meng : Betul tu Dani. Aku pun takut.

Dani : Bukankah negara kita ada undang-undang? Mereka takkan berani buat apa-apa. Mari kita
jalankan tanggungjawab kita.

Baca petikan di atas, kemudian jawab soalan-soalan berikut.


26. Siapakah yang melihat pelaku yang melukis gambar tidak senonoh di pondok
menunggu bas?
A. Dani dan Ah Meng C. Kamil dan kawannya
B. Ah Meng dan Ramu D. Kamil dan Ramu

27. Pada pendapat kamu, mengapakah Dani marah ketika melihat lukisan Kamil dan
kawan-kawannya?
A. Lukisan itu tidak berwarna C. Kamil melukis tanpa dia
B. Lukisan itu tidak senonoh D. Kamil tidak melukis dengan cantik

28. Apakah tindakan vandalisme yang sering dilakukan oleh murid-murid?


A. Melukis mural C. Menconteng meja dan kerusi sekolah
B. Mengecat kelas D. Menulis di papan putih

29. Selain Ah Meng, siapakah lagi yang melihat perbuatan Kamil dan rakan-rakannya?
A. Ramu C. Kamil
B. Dani D. Guru

30. Perkataan pendendam yang dihitamkan di dalam pengumuman di atas bermaksud


A. Orang yang suka menyimpan rasa marah
B. Orang yang suka berkongsi masalah
C. Orang yang boleh menerima nasihat dengan terbuka
D. Orang yang suka melukis
Soalan 31 hingga 33
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
31. Rani memapah abangnya keluar dari parit besar itu.

A. Abang Rani memapahnya keluar dari parit.


B. Parit besar itu memapah Rani dan abangnya.
C. Abang dipapah keluar dari parit besar itu oleh Rani.
D. Abang Rani dan Rani memapah orang keluar dari parit itu.

32. Datuk dan nenek diziarahi oleh Ah Seng sekeluarga di kampung.

A. Ah Seng sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.


B. Ah Seng sekeluarga menziarahi kampung datuk dan nenek.
C. Datuk dan nenek menziarahi Ah Seng sekeluarga di kampung.
D. Datuk dan nenek menziarahi kampung Ah Seng sekeluarga.

33. Rumah Surani berdekatan dengan sekolah kami.

A. Surani membina rumah kami berhampiran dengan sekolah.


B. Sekolah kami berhampiran dengan rumah Surani.
C. Rumah itu berhampiran sekolah Surani.
D. Rumah kami berhampiran dengan rumah Surani.

Pilih ayat yang betul berdasarkan perkataan bergaris.

34. i. Gadis itu diserang oleh beberapa ekor monyet ketika pulang dari kedai.

ii. Serangan yang berlaku di Palestin memberi impak kepada seluruh dunia.

iii. Adwa datang dari keluarga yang serang.

iv. Kawasan itu sangat serang kerana dipenuhi dengan lampu jalan.

A. i & ii

B. i & iii

C. i, ii & iv

D. i, iii & iv
35. i. Ayah mengelap keretanya sehingga kilat.

ii. Abang mempersembahkan kilat ketika majlis persandingan temannya.

iii. Kami berasa takut tatkala kilat memancar pada waktu hujan.

iv. Ayah membotakkan kepalanya sehingga kepalanya kilat.

A. i & ii

B. i & iii

C. i, ii & iv

D. i, iii & iv

36. i. Cikgu Rosli naik angin kerana muridnya tidak mendengar arahan.

ii. Adik menangis sepanjang hari kerana perutnya masuk angin.

iii. Ibu angin memasang langsir sebelum Hari Raya Aidilfitri.

iv. Angin bertiup kencang sebelum hujan lebat pada petang tadi.

A. i & ii

B. i & iii

C. i, ii & iv

D. i, iii & iv

Pilih perkataan yang sama maksud berdasarkan perkataan bergaris dalam ayat.

37. Ibu menyuruh adik menghamparkan permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.

A. membentang
B. melipat
C. menggulung
D. menghias

38. Sejak datuk dimasukkan ke hospital, penyakitnya semakin sembuh.

A. sakit
B. tenat
C. baik
D. parah
Pilih perkataan yang berlainan maksud berdasarkan perkataan bergaris dalam ayat.

39. Beberapa keping biskut di dalam tin itu sudah hancur.

A. elok
B. pecah
C. rosak
D. berderai

40. Suasana tenang di kampung membantu Amir menghilangkan tekanan kerja yang
dihadapinya.

A. aman
B. tenteram
C. damai
D. riuh

Pilih maksud yang betul berdasarkan simpulan bahasa yang dinyatakan.

41. Kaki Ali cedera ketika bermain bola sepak kerana berkaki ayam petang semalam.

A. kaki haiwan
B. tidak memakai kasut
C. kaki yang kotor
D. kaki yang berkuku panjang

42. Ina dimusuhi rakan-rakannya kerana dia seorang yang bersikap batu api.

A. baik
B. suka main batu
C. suka menghasut rakan
D. suka memasak

43. Nani merupakan anak emas ibu dan ayahnya.

A. anak tiri
B. anak orang
C. anak kesayangan
D. anak sulung
E.
Pilih maksud yang betul berdasarkan peribahasa yang dinyatakan.

Gambar 10

44. Keadaan gambar di atas sama seperti peribahasa “ seperti anjing dengan kucing ” yang
bermaksud

A. Orang yang dibenci ibu bapa

B. Orang yang berasal dari kampung

C. Orang yang melupakan asal usul

D. Orang yang suka bergaduh antara satu sama lain

45. “ Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit ” bermaksud

A. Usaha yang dilakukan sedikit demi sedikit, lama kelamaan akan menjadi
banyak

B. Membuat sesuatu perkara yang sia-sia

C. Suka membantu orang lain

D. Sering ditimpa musibah

46. Perbuatan ibu bapa Mamat yang diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi kerana

A. Mamat tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya

B. Mamat seorang yang berbudi bahasa

C. Mamat anak yang baik

D. Mamat suka mendengar nasihat orang tuanya


Pilih ayat tunggal yang betul.

47. A. Ayah membaca surat khabar sambil menonton televisyen.


B. Zayan sedang bermain badminton.
C. Kita mesti menyimpan wang di bank untuk masa depan kita.
D. Botol air adik rosak kerana terjatuh dari meja.

48. A. Hartawan itu sangat kedekut.


B. Sarip akan berasa sedih jika dia gagal dalam pertandingan itu.
C. Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.
D. Kucing itu bising kerana lapar.

Pilih ayat majmuk yang betul.

49. A. Pokok besar itu sudah ditebang.


B. Kulit muka bayi itu sangat gebu dan mulus.
C. Mei Mei mengangkat bakul kecil.
D. Lee beratur di kantin sekolah.

50. A. Izzati mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah.


B. Cikgu Najiha mengajar Bahasa Melayu.
C. Aidil pergi sekolah.
D. Alat pencetak itu tidak berfungsi.

Anda mungkin juga menyukai