Anda di halaman 1dari 3

Puan Nur Afizah binti Dollah

Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS),


SMKA Tun Ahmad Zaidi,
93050 Kuching Sarawak.

Kepada :
Pengetua SMKA Tun Ahmad Zaidi
SMKA Tun Ahmad Zaidi,
93050 Kuching Sarawak. 17 Februari 2023

MEMOHON KELULUSAN PAKAIAN KHAS PENGAWAS PSS DAN MEDIA.

1. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tujuan Pengawas PSS dikenakan pakaian khas adalah sebagai galakan motivasi kepada
murid supaya lebih bertanggungjawab dan berdedikasi terhadap kerja yang diamanahkan kerana
mereka memegang jawatan khas di sekolah ini.

3. Perbelanjaan membeli pakaian khas Pengawas PSS adalah di bawah tanggungan ibu
bapa atau penjaga murid yang telah dilantik sebagai Pengawas PSS melalui surat lantikan
sekolah.

4. Berikut dicadangkan pakaian khas bagi Pengawas Pusat Sumber (PSS):


Pengawas PSS (Perempuan) : Tudung & Baju kurung/ Kemeja lengan panjang – Hijau Muda
Kain susun tepi - Hitam
Pengawas PSS (Lelaki) : Baju kemeja – Hijau Muda
Seluar – Hitam
Tali leher – Hijau
Kasut Pengawas PSS : Hitam

5. Kami memohon kerjasama dari pihak tuan agar meluluskan permohonan pakaian khas
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kami terhadap Pengawas PSS.

Sekian, Terima Kasih

”MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………
(NUR AFIZAH BINTI DOLLAH)
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS)
SMKA Tun Ahmad Zaidi.
LAMPIRAN

Pakaian Pengawas PSS (Perempuan)

Tudung labuh
hijau

Baju Hijau

Kain hitam
susun tepi

Kasut hitam

Depan Belakang
Pakaian Pengawas PSS (Lelaki)

Baju kemeja
Hijau Muda

Tali leher
‘Hijau’

Seluar
panjang
hitam

Kasut hitam

Depan Belakang

Anda mungkin juga menyukai