Anda di halaman 1dari 9

BULETIN Bil:2

LAILATUL QADR UMPAMA 1000


BULAN
‫ْه‬ ‫َش‬ ‫ِف‬ ‫ْل‬‫َل َلُة اْلَق ْد َخ ِم ْن َأ‬
‫ٍر‬ ‫ِر ْي ٌر‬ ‫ْي‬

Imam Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat


bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu
bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih
baik dari shalat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat
lailatul qadar. (Zaadul Masiir, 9: 191). Ini sungguh
keutamaan Lailatul Qadar yang luar biasa.
Dari Abu Hurairah Ra, dari Nabi Muhammad SAW baginda
bersabda,

‫َم ْن َق اَم َلْي َلَة اْلَق ْد ِر ِإيَم اًنا َو اْح ِت َس اًبا ُغ ِف َر َلُه َم ا َتَق َّد َم ِم ْن َذ ْنِبِه‬
“Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul
qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka
dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
(HR. Bukhari no. 1901)
Ra m ad an
tip top

Hadis Pilihan

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulllah SAW


bersabda: "Apabila datang Ramadan nescaya
di buka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu
neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan"

Ikatan dan belenggu syaitan merujuk kepada


menahan perbuatan jahat dan tipu daya
kepada manusia. Di dalam Ahkam al-Siyam
Dr. Muhammad Uqlah menyebut: Maksud
tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan
menyakiti mereka.
Ibn Hajar Al-Haitami menyebut dalam
Ittihafu Ahlu al-Islam Khususiyat al-Siyam
menyebut: pintu syurga dibuka dan pintu
neraka ditutup mengikut hakikatnya.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

2 April 2023 | Ahad


YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah
berpeluang untuk beramah mesra dan
bersahur bersama-sama dengan para
pelajar dan guru di SMK Abi, Perlis.

Turut hadir dalam acara ini ialah Ketua Pengarah


Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Hj Pkharuddin Hj
Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme, YBrs. Tn Hj
Shafruddin Hj Ali Hussin serta Pegawai-pegawai Kanan
Kementerian dan JPN Negeri Perlis.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

10 April 2023 | Isnin


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj.
Ghazali telah berkesempatan untuk
beramah mesra dan berbuka puasa
bersama-sama dengan para pelajar
dan guru di Sekolah Menengah Sains
Tuanku Munawir (SASER) Negeri
Sembilan.

Turut bersama Pengarah Bahagian


Sekolah Berasrama Penuh dan Timbalan
Pengarah Kanan BPI KPM dan pegawai-
pegawai JPN Negeri Sembilan.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

4 April 2023 | Isnin


TKPPM Sektor Dasar & Kurikulum , YBrs
Dr Ahmad Rafie bin Che Kassim telah
berkesempatan untuk beramah mesra,
berbuka puasa dan solat terawih
bersama-sama dengan para pelajar dan
guru di SBPI Jempol, Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam acara ini ialah
Pengarah BPSBP, YBrs. En. Ab Aziz bin
Mamat, Timbalan Pengarah Sektor
Perancangan & Pengesanan Dasar Pend.
Islam, BPI, YBrs. Tn Hj Mohamad Zaki bin
Hamid serta Pegawai-pegawai Kanan
Kementerian dan JPN Negeri Sembilan.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

3 April 2023 | Isnin


TKPPM Sektor Operasi Sekolah , YBrs Dr
Norisah Binti Suhaili telah
berkesempatan untuk beramah mesra,
berbuka puasa dan solat terawih
bersama-sama dengan para pelajar
dan guru di SMKA Limbang, Sarawak.
Turut hadir dalam acara ini ialah
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan
Sekolah JPN Sarawak, YBrs. Tn Omar Bin
Mahli, pegawai-pegawai KPM, JPN
Sarawak dan PPD Limbang.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

8 dan 10 April 2023 | Sabtu dan Isnin


YBrs Tn. Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussain, Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Sektor
Pembangunan Profesionalisme telah berkesempatan
untuk beramah mesra dan berbuka puasa bersama-
sama dengan para pelajar dan guru di Sekolah
Menengah Sains Setiu, Terengganu pada 8 April 2023.
Sementara itu, pada 10 April 2023 beliau telah beramah
mesra dan bersahur di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Dato’ Haji Abbas, Kuala Nerus, Terengganu
dengan ditemani para pelajar dan guru.
Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah JPN
Terengganu, YBrs. Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah,
Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
YBrs. En. Saifuddin bin Hussin serta Pegawai-pegawai
Kanan Kementerian dan JPN Terengganu.
BULETIN

Aktiviti Ihya Ramadan KPM


10-20 Ramadan

10 April 2023 | Ahad


Pn Noriah binti Haron, Timbalan Pengarah, Bahagian
Pendidikan Islam, Sektor Pembangunan Program Adab
dan Nilai, KPM telah berpeluang untuk beramah mesra
dan berbuka bersama-sama dengan para pelajar dan
guru di SMKA Baling Kedah.
Turut hadir dalam acara ini ialah pegawai-pegawai
KPM bersama pegawai-pegawai dari Sektor
Pendidikan Islam Negeri Kedah,

06-07 April 2023 | Khamis


Tn Hj Zamri bin Abdul Rahim, Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian
Pendidikan Islam, KPM telah
berpeluang untuk beramah mesra
dan berbuka bersama-sama dengan
para pelajar dan guru di SMA Al-
Maarif Kuantan dan bersahur
bersama warga Maahad Tahfiz
Darul Ulum Al Basriyah Kuantan.
Turut mengiringi beliau pegawai
dari BPI dan SPI Negeri Pahang.
SURAU BPI

26 Ramadan/17 April 2023


EN MOHAMAD WAFIUDIN BIN MOHD YUSOFF, BPI
"Tawaran Yang Masih Terbuka"

27 Ramadan/18 April 2023


USTAZ MUHAMMAD KAMIL BIN ALI, BPI
"Istiqamah Sehingga Ke Penghujung"

28 Ramadan/19 April 2023


USTAZ SYAIROTH RAFIZAN BIN OTHMAN, BPI
"Tangan dihulur maaf dipint"

SURAU MAHABBAH E2

26 Ramadan/17 April 2023


USTAZ AHMAD SHUKRI BIN YUSOF
Pendakwah Bebas

27 Ramadan/18 April 2023


USTAZ MUHAMMAD FAHMI BIN ROSLI
Majlis Agama Islam WPKL

28 Ramadan/19 April 2023


USTAZ NIK SAHRIMAN BIN NIK MAT
Madrasah Al Islah Addiniyah Kepong

Anda mungkin juga menyukai