Anda di halaman 1dari 1

6 Mac 2024

Kepada Semua Pelajar (Pra Siswazah dan Pasca Siswazah)

PEKELILING PENDAFTAR 3/2024


PENALTI PENGHANTARAN LEWAT TUGASAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa bermula Semester Mei 2024, terdapat perubahan kepada


penalti penghantaran lewat tugasan. Penolakan markah bermula dari 5% dan
bertambah 2% bagi setiap hari dengan maksimum 7 hari dan maksimum 17% penalti.
Penghantaran tugasan lewat selepas hari ketujuh tidak akan diterima. Rujuk jadual
berikut untuk penerangan yang lebih jelas:

HARI LEWAT SEHINGGA BERMULA


SEMESTER SEMESTER MEI
JANUARI 2024 2024
1 hari 5%
2 hari 7%
3 hari 9%
4 hari 5% 11%
5 hari 13%
6 hari 15%
7 hari 17%

Pelajar dinasihatkan agar dapat menghantar tugasan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan. Pelajar juga adalah diingatkan supaya dapat mengurus masa dengan baik
untuk penyediaan dan penghantaran tugasan bagi mengelak dari dikenakan sebarang
penalti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

PROF. MADYA DR. TUAN FATMA TUAN SULAIMAN


Pemangku Pendaftar

s.k. Presiden/ Naib Canselor


Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Universiti
Dekan-dekan Fakulti
Ketua Bahagian Penilaian dan Peperiksaan
Pengarah/ Pengurus/ Pentadbir Pusat Pembelajaran
Pengurus-pengurus Kanan
Ketua Pusat Pengurusan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai