Anda di halaman 1dari 13

Projek 9

PEPATIH My SEKOLAH :APLIKASI ELIT SEKOLAH

En. Mohd Shukor Bin Salleh


En. Muhammad Sarud Bin Iwa
Unit Disiplin Dan Kaunseling

SMK Tunku Abd Aziz


Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah
kbl6706@gmail.com

Bidang Fokus
Hal Ehwal Murid (Disiplin)

Pengenalan Projek

Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang
dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani
mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan
memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan
kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para
pelajar menimba ilmu dengan melibatkan waris secara sepenuhnya dalam pengurusan
disiplin anak-anak mereka.

Latar Belakang Sekolah

Seiring dengan Visi Sekolah iaitu Bersama Memartabatkan SMKTAA Dalam


Kelompok 5 Buah Sekolah Terunggul Dalam Daerah Kota Setar dan misi sekolah SMK
Tunku Abd. Aziz berusaha untuk;
1. Memimpin, mengurus dan berusaha mentadbir sekolah dengan cekap dan
berkesan dalam kurikulum dan kokurikulum.
2. Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum.
3. Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum.
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah mulia.
5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif, ceria dan bermaklumat.
6. Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti untuk mencapai
akademik yang cemerlang.

Maka tercetuslah projek PEPATIH My Sekolah ini untuk memenuhi visi dan misi
yang tersebut di atas. Ianya didokong oleh moto dan slogan sekolah iaitu Bertekun Sambil
Berbakti yang mana mengajak semua pihak terlibat dalam menyumbangkan bakti kembali
ke sekolah terutama dalam kalangan alumni sekolah untuk sama-sama menbantu
meningkatkan tahap didiplin pelajar sekolah ini.

Isu
a Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik
Penggunaan projek STARD dilihat sangat berkesan dan mampu untuk mengurangkan
masalah yang pelbagai di SMK Tunku Abd Aziz. Pendekatan STARD sangat membantu
dalam Unit Disiplin mengurangkan masalah disiplin kerana jika satu masa dahulu masalah
disiplin di sini sangat berat tetapi Unit Disiplin SMKTAA telah berjaya mewujudkan satu
sistem yang berkesan. Walaupun perubahan mengambil masa namun hasil yang dicapai
adalah sangat membanggakan kerana bukan mudah untuk mengatasi masalah seperti kes
buli, perkauman, tidak minat hadir ke sekolah dan sebagainya. Kesinambungan dari usaha
Unit Disiplin SMKTAA dengan penggunaan sistem STARD ini menjadi inisiatif terbaik
untuk sekolah-sekolah di Malaysia menyelesaikan masalah disiplin yang dihadapi telah
mencetuskan projek PEPATIH My Sekolah ini.

b. Analisis Keperluan Program


BULAN TAHUN 2017 TAHUN 2018
JANUARI 95.95 95
FEBRUARI 93.93 90.4
MAC 94.58 92.3
APRIL 93.96 92.6
MEI 93.1 91.9
JUN 88.67 91.5
JULAI 92.19 90.3
OGOS 93.97 89.1
SEPTEMBER 91.79 89.6
OKTOBER 95 89.3
NOVEMBER 94.58 87.50
PURATA KEHADIRAN 93.42 90.8
Kehadiran murid bagi tahun 2018 telah menurun kepada 90.8 %
Jadual 1 : Peratus Kehadiran Tahun 2017dan 2018 berdasarkan Aplikasi Pengkalan Data
Murid ( APDM ) Kehadiran

Objektif Projek
Di akhir program ini diharap:-
a. Ibu bapa dan penjaga boleh memantau anak-anak walaupun sibuk kerja
b. Pembelajaran tidak terbatas dengan pembelajaran dalam kelas sahaja
c. Pelajar generasi kini lebih bijak dalam penggunaan gajet
d. Pembelajaran menggunakan peralatan teknologi tinggi menarik minat murid

Inisiatif Projek
Komponen dalam PEPATIH MySekolah yang menjadikan sekolah elit
Komponen 1: Pengesahan kehadiran menggunakan fingerprint
 Peralatan fingerprint yang di letakkan dalam ‘casing’ besi supaya selamat.
 Jumlah yang dibekalkan mengikut jumlah murid di sekolah.
 Lokasi ditetapkan oleh pihak sekolah ditempat yang sesuai

Komponen 2: Aplikasi telefon pintar

Aplikasi PEPATIH my Sekolah ini membantu waris iaitu ibu, bapa atau penjaga
memastikan anak mereka benar-benar berada di sekolah. Penjaga akan menerima
notifikasi dalam masa beberapa minit setelah anak fingerprint .
Maklu
mat yang boleh dilihat dari telefon pintar penjaga adalah seperti berikut:-
1. Kehadiran anak setiap hari melalui:
 Notifikasi bila hadir
 Notifikasi bila tidak hadir
 Rekod sepanjang tahun
 Kehadiran sepanjang kelas
2. Jadual waktu murid:
 Sekiranya ada perubahan
3. Notifikasi dari sekolah berkaitan:
 Pengumuman sekolah
 Pengumuman PIBG
4. Pusat Sumber berkaitan:
 Buku yang dipinjam
 Lewat pulang buku
5. Prestasi Pembelajaran yang mengandungi:
 Komen guru matapelajaran
 Keputusan peperiksaan
6. Prestasi Kokurikulum mengenai:
 Pencapaian
 Komen guru kokurikulum
7. Disiplin murid tentang:
 Kesalahan sesudah disahkan
8. Kaunseling tentang murid:
 Adakah anak telah dikaunselingkan

Komponen 3: Info Kiosk


 Info monitor membolehkan murid-murid belajar tanpa sedar.
 Info monitor ini dipasang di tempat sesuai
 Kandungan yang dipaparkan adalah kandungan berkaitan dengan pelajaran,
pengumuman dan sebagainya
 Sebagai contoh, jika di pasang di kantin, murid-murid akan melihat sambil
beratur membeli makanan, membantu proses pembelajaran

Impak Pelaksanaan Projek

Impak pelaksanaan program dapat dilihat hasilnya melalui tiga perkara.


a. Kes ponteng dan lompat pagar sekolah dapat di selesaikan. Kes datang lambat dapat
di atasi dengan baik dan berkesan .Pengurusan dan pengeluaran surat amaran
ketidakhadiran pelajar lebih bersistematik. Kesan terbesarnya ialah kadar kehadiran
pelajar ke sekolah meningkat 90% ke atas setiap hari.

BULAN TAHUN 2018 TAHUN 2019


JANUARI 95% 91%
FEBRUARI 90.4% 92%
MAC 92.3% 97%
Jadual 2 : Peratus Kehadiran Tiga Bulan Pertama Tahun 2018 dan 2019 berdasarkan
Aplikasi Pengkalan Data Murid ( APDM ) Kehadiran

b. Hubungan pihak sekolah dan ibu bapa lebih baik. Sistem PEPATIH My Sekolah dapat
menyalurkan maklumat pelajar dan aktiviti dengan lebih cepat dan tepat. Sambutan ibu
bapa melalui pengunaan sistem ini amatlah baik sekali.
c. Memudahkan kerja harian guru di mana sistem ini dapat mengantikan penggunaan
buku rekod kedatangan pelajar. Selain itu sistem ini akan memudahkan guru kelas dan
guru biasa memantau prestasi pelajar dengan baik.

Kekuatan Projek

Kekuatan program ini ialah mendapat sokongan yang sangat baik dari pihak PIBG.
Jabatan Pendidikan Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar turut serta
membantu dan memberi nasihat. Kekuatan kedua ialah semangat dan sokongan daripada
warga pendidik SMKTAA. Semua guru memberi kerjasama untuk merealisasikan hasrat
program ini tercapai.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Cabaran dalam melaksanakan program ini adalah berkaitan dengan pandangan awal
pendapat dari pelbagai pihak termasuklah waris (PIBG) dan Guru. Keyakinan penerangan
program ini adalah penting dengan tujuan ibu bapa dan pelajar dapat memahami dan
mengikuti program ini. Beberapa siri penerangan dibuat supaya setiap pandangan dan
cabaran itu dapat diselesaikan melalui dua hala. Permuafakatan ibu bapa dan guru adalah
amat penting untuk mengatasi masalah dan cabaran perlaksanaannya.
Cadangan Penambahbaikan Untuk Masa Akan Datang

Cadangan penambahbaikan dan telah dilaksana ialah menambah bilangan tempat atau
scan point di kawasan sekolah. Sekarang ini terdapat lima mesin pengimbas cap jari di
sekitar kawasan sekolah dengan purata satu mesin untuk penggunaan 200 orang murid.
Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, akan terdapat lapan mesin pengimbas cap jari di
kawasan sekolah dengan purata penggunaan 100 orang bagi setiap mesin. Penambahan
bilangan mesin ini memudahkan perjalanan pulang dari sekolah akan lebih cepat dan
selesa untuk pelajar dan guru ketika waktu hujan dan panas.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan sistem PEPATIH My Sekolah ini amat berkesan. Perjalanan


pengurusan hal ehwal pelajar menjadi lebih teratur dan bersistematik. Pelbagai kes disiplin
dapat dikawal dengan mudah dan berkesan. Projek ini membantu kecemerlangan sekolah
dalam kurikulum dan kokurikulum merealisasi Visi dan Misi sekolah.
Lampiran
Pengetua bersama pelajar menyambut kedatangan pelajar setiap hari

Suasana pelajar di awal pagi ketika mengetik perakam waktu

Seawal jam 6.30 pagi pelajar sudah mula berhimpun di tapak perhimpunan
Disiplin pelajar lebih terkawal di awal pagi

Keadaan pelajar lebih berdisiplin setiap kali pulang dari sekolah


Sijil yang dikeluarkan pihak kolej kepada pihak sekolah.

Liputan akhbar dan berita di Buletin Utama TV3

Pautan laporan Buletin Utama TV3 :SMKTAA guna mesin pengimbas cap jari

Get it via http://sharevideo1.com/file?f=wh


Contoh paparan maklumat melalui telefon pintar guru

Anda mungkin juga menyukai