Anda di halaman 1dari 31

BUKU

PANDUAN GURU

2022

1
Disediakan oleh HR Guru Mengaji Online
Dikemaskini pada: 7 April 2022
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 MAKLUMAT 3
2.0 KONTRAK GURU 3-4
3.0 KEMASKINI PROFIL GURU 4
4.0 JAM KREDIT 4-5
5.0 SOP UNTUK AMBIL KELAS, SEMAKKAN KUALITI & 5-6
PERKENALKAN DIRI KEPADA PELAJAR
6.0 SKRIP PENGENALAN DIRI 7-8
7.0 SOP SEBELUM KELAS 8-9
8.0 SOP SEMASA KELAS 9
9.0 TATACARA HUBUNGAN GURU & PELAJAR 9-14
9.0 SOP KELAS PERTAMA 14-16
10.0 SOP AJAR PELAJAR GUNA APPS 16
11.0 GURU MENUNGGU PELAJAR 17
12.0 SOP SELEPAS KELAS 17-18
13.0 SOP JIKA PELAJAR SELALU TUNDA 18-19
14.0 SOP KELAS GANTI 19-20
15.0 SOP GURU ‘LOCK’ KELAS KEMUDIAN NAK CANCEL 20
16.0 SOP ‘LOCK’ PELAJAR TAPI SENYAP! 20
17.0 SOP PELAJAR TAMBAH KELAS 20-21
18.0 SOP GURU MINTA TUNDA 21
19.0 BORANG MAKLUM BALAS (FEEDBACK) SESI 21-22
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
20.0 TRAINING / LATIHAN GURU 22
21.0 FORMAT LAPORAN & JADUAL KELAS 22-23
22.0 ELAUN GURU 23-24
23.0 SOP GURU MINTA CUTI 24-25
24.0 NOTIS BERHENTI KERJA 25-26
25.0 TINDAKAN TATATERTIB 26-29

2
26.0 SURAT TAWARAN & PENGAKUAN DAN PENERIMAAN 30-31

1.0 MAKLUMAT

1. Semua catatan dan kandungan dalam dokumen ini adalah rahsia


(Private & Confidential) dan hak milik Mengajionline.com.
2. Sebarang edaran apa-apa butiran dari dokumen ini dalam apa jua
format dan cara adalah dilarang.
3. Jika perlu untuk mengedar atau berkongsi dokumen ini, perlu
mendapatkan kebenaran dari pihak Mengajionline.com terlebih
dahulu.
4. Sebarang pertukaran, perubahan dan kemaskini sentiasa dimaklumkan
kepada guru dan akan berkuatkuasa serta merta atau mengikut
tempoh yang diletakkan oleh Mengajionline.com
5. SOP ini terpakai sehingga Disember 2023 atau sehingga SOP yang
terbaru dikeluarkan kerana semua perjalanan kelas akan
menggunakan aplikasi MengajiOnline.com secara sepenuhnya pada
tahun 2023 Insyallah.
6. Selagi apps mengajionline tidak digunakan sepenuhnya maka
pengurusan kelas berlangsung secara hybrid iaitu di apps dan di
kumpulan whatsapp.
7. Ini adalah proses biasa perpindahan manual kepada automatik dan
bersistem.
8. Mengojionline menuntuk Kerjasama semua kearah proses sistem yang
lebih berkualiti.

2. 0 KONTRAK GURU

1. Mod perkhidmatan guru dalam Mengajionline adalah kontrak


berdasarkan servis (akan digunakan sebagai ‘khidmat’ selepas ini)
2. Jawatan dan posisi akan dikenali sebagai ‘Guru Mengajionline.com’.
3. Penetapan bayaran adalah berdasarkan khidmat (akan digunakan
sebagai elaun)

3
4. Kemudahan dan manfaat seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin,
tuntutan, KWSP, Socso dan Insuran kesihatan tidak tertakluk keatas mod
perkhidmatan berdasarkan servis dan di luar tanggungjawab syarikat.
5. Tempoh perkhidmatan dikira sebagai aktif selagi guru mempunyai
pelajar dan menghantar laporan kelas;
• Laporan elaun kelas secara manual (Telegram)
• Laporan kelas di apps
6. Mod perkhidmatan berdasarkan servis boleh ditukar dan ditambah
bermaksud guru boleh menambah dan mengurangkan pelajar.
7. Pihak Mengajionline (MO) berhak menamatkan kontrak guru pada bila-
bila masa jika didapati melanggar polisi MO.
8. Bermula dari tahun 2020 pengambilan guru adalah berdasarkan
kontrak berdasarkan servis.
9. Kontrak antara guru dan pihak mengajionline.com adalah selama 3
bulan (minimum) bermula dari tarikh tawaran guru.
10. Sekiranya guru berhenti pada tarikh sebelum tamat kontrak, elaun pada
bulan tersebut akan dibekukan.

3.0 KEMASKINI PROFIL GURU

1. Setiap guru wajib mempunyai apps MengajiOnline.


2. Ikuti tutorial ini untuk download Apps: https://vimeo.com/679589382
3. Guru perlu mengemaskini profil masing-masing di apps.
4. Pautan Tutorial: https://vimeo.com/679822179/fe16667b9b

4.0 JAM KREDIT

1. Guru perlu set jadual untuk mengajar di aplikasi Mengajionline.com dan


menghantar jadual sesi di group whatsapp.
2. Pautan tutorial: https://vimeo.com/683556116/e0b8581a69
3. Sekiranya terdapat perubahan jadual mengajar dan masa lapang,
guru perlu kemaskini maklumat di aplikasi mengajionline.com dan
boleh mengambil pelajar selagi mampu.

4
4. Minimum jam kredit yang DICADANGKAN oleh MO kepada guru-guru
adalah 3 jam sehari/ 15 jam seminggu.
5. Jika guru didapati gagal memenuhi jam kredit yang ditetapkan oleh
pihak Mengajionline.com, maka pihak kami berhak menamatkan
kontrak pihak guru (atas budi bicara & perbincangan munasabah).
6. 1 sesi/kelas = 45 minit – 1 jam (kelas persendirian) / 1 jam - 1jam 30 min
(kelas berkumpulan)
7. Setiap sesi adalah mengikut kelapangan waktu guru (bukan berturut-
turut)

5.0 SOP UNTUK AMBIL KELAS, SEMAKKAN KUALITI & PERKENALKAN DIRI KEPADA
PELAJAR

1. Pihak Mengajionline.com (MO) akan iklankan kelas mengaji dalam


group Telegram Guru 2022.
2. Komen “Saya nak / Nak” pada kelas yang hendak diambil.
3. Pihak PIC/CS MO akan “Lock” kelas tersebut untuk guru.
4. Kemudian, guru dan HR Quality Check akan dimasukan dalam
kumpulan kelas oleh PIC.
5. Sesi quality check ringkas akan dilaksanakan oleh HR QC.
6. Apakah Tujuan sesi QC?
7. Meningkatkan kualiti profesional guru sesuai dengan polisi syarikat iaitu
responsif dan bertanggungjawab.
8. Kita memerlukan guru yang komited dan responsif.
9. Mengelak terlalu banyak kes guru tidak jawab soalan, tidak
memberikan maklumbalas, lambat respon, missing in action dll.
10. Guru perlu bersedia untuk sesi kualiti cek sebaik sahaja membuat lock.
11. Masa yang ditetapkan untuk respon/jawab sesi Quality Check ialah:
• 1 jam semasa hari bekerja
• 2 jam semasa hari cuti
12. Memerlukan guru yang komited dan responsif.
13. Mengelak terlalu banyak kes guru tidak jawab soalan, tidak respon,
lambat respon, missing in action dll.

5
14. Setelah tamat, guru perlu menjemput pelajar masuk dalam group kelas
dengan kadar segera. Guru perlu mengikut arahan dibawah:
15. Perlu teliti video tutorial kelas:
• Mock Teaching- https://vimeo.com/685870416/bc9fb35715
• Tutorial Kelas Pertama- https://vimeo.com/686205710/7bd827cf37
• Tutorial Kelas Biasa https://vimeo.com/687407618/7251f46a4a
16. Perkenalkan diri dengan segera selepas pelajar masuk.
17. Hantar jadual sesi kelas dalam group whatsapp. Contoh jadual sesi
seperti berikut:
Berikut adalah jadual dan rekod mengaji bulan April:
Hari: Ahad
Masa: 5.00-5.45pm
Sesi 1: 3 April (iqra 5 : ms 1-5)
Sesi 2: 10 April
Sesi 3: 17 April
Sesi 4: 24 April
Hadir (/)
Tidak Hadir (X)
Sebarang perubahan boleh maklumkan ye.
18. Buat dan berikan recurring link kelas dalam group kemudian letakkan
description group juga.
19. Tutorial Buat Link (Google meet): https://vimeo.com/689557056
20. Tutorial Buat Link (Zoom): https://vimeo.com/691616577
21. Sebarang perbincangan dan aturan kelas, WAJIB dilakukan di dalam
group untuk mengelak dari salah faham, memantau kualiti dan
meningkatkan gaya komunikasi.
22. Guru perlu penuhkan waktu mengajar (berapa jam dalam sehari) dan
berapa sesi dalam seminggu seperti yang telah dipersetujui.

6
6.0 SKRIP PENGENALAN DIRI

1. Olah skrip di bawah mengikut kesesuaian diri dan sasaran pelajar.


2. Hightlightkan/boldkan kepakaran dan pengalaman guru dalam
bidang al Quran untuk berikan first impression yang baik.
3. Submit kepada HR Guru/ PIC untuk semakan dan penambahbaikan.
4. Guna skrip ini pada setiap kali pengenalan kepada pelajar baru dalam
group.
5. Contoh skrip pengenalan diri 1:
Assalamualaikum Puan yang Budiman,
Saya Ustazah Najwa, guru yang akan mengajar puan secara
online. Alhamdulillah, sekarang saya adalah guru rasmi untuk
Mengajionline.com dan juga mempunyai Diploma dalam bidang
al-Quran iaitu Tahfiz, Qiraat & Tarannum dan Sijil Bersanad Riwayat
Hafs.
Sekarang merupakan pelajar UKM dalam bidang al-Quran & As-
sunnah. Selain itu, saya juga merupakan guru Talaqqi al-Quran
secara Hafazan & Bersanad dan Guru dalam Bidang Tajwid. Saya
menceburi dalam bidang al-Quran selama 7 tahun.

Insya-Allah, saya cuba bantu Puan sebaik-baiknya.


Saya doakan, moga puan dapat menguasai iIlmu berkaitan al-
Quran dengan jayanya. Insyaallah.
6. Contoh skrip pengenalan diri 2:
Assalamualaikum Puan yang budiman.
Saya Ustazah Awatif guru yang akan mengajar puan secara
online.
Alhamdulillah, sekarang saya adalah guru rasmi untuk
Mengajionline.com dan juga mempunyai Ijazah dalam bidang
Usuluddin al-Quran dan Hadith, lepasan dari Universiti Malaya
(UM) dan mempunyai sijil bersanad Riwayat Hafs.

7
Selain itu, saya juga merupakan guru Talaqqi al-Quran secara
bersanad, guru dalam bidang tajwid dan tarannum serta
merupakan qariah Kebangsaan dan Antarabangsa.
Insya-Allah, saya cuba bantu Puan sebaik-baiknya. Saya doakan,
moga puan dapat menguasai ilmu berkaitan Al-Quran dengan
jayanya. Insyaallah.
7. Perhatian!!!
8. Sekiranya mengajar kanak-kanak, edit intro:
assalamualaikum puan (nama waris) yang budiman.
saya ustazah adibah, guru yang akan mengajar anak puan
secara online.
(sambung seterusnya)
9. Sekiranya mengajar ibu ayah, edit intro:
assalamualaikum puan (waris) yang budiman.
saya ustazah najhan, guru yang akan mengajar ibu bapa puan
secara online.
(sambung seterusnya)

7.0 SOP SEBELUM KELAS

1. Sila beri perhatian kepada perkara-perkara berikut untuk mengelakkan


salah faham antara pihak guru dengan pelajar.
2. Hantar peringatan sehari sebelum kelas berjalan. (Boleh guna google
calendar untuk set class reminder)
3. Maklumkan selewatnya 6 jam sebelum kelas bermula sekiranya ada
apa apa perubahan/kekangan yang tidak dapat dielakkan.
4. Elakkan maklum last minute.
5. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pelajar tangguh kelas tanpa
makluman guru.
6. Kesian guru, penat-penat tunggu, tiba-tiba pelajar whatsapp
maklumkan kelas tidak jadi.
7. Ada beberapa kes pelajar bergaduh dengan guru kerana salah faham
pada perkara-perkara teknikal seperti ini.

8
8. Tindakan yang boleh dibuat jika berlaku kes pelajar tidak masuk kelas
berkali-kali, https://vimeo.com/694333234
9. Laporan sesi kelas WAJIB dikongsikan dalam group.
10. Jika mengajar kanak-kanak: sebarang perubahan jadual dimaklumkan
di dalam group atau pada waris.

8.0 SOP SEMASA KELAS

1. Tutorial Kelas Pertama: https://vimeo.com/686205710/7bd827cf37


2. Tutorial Kelas Biasa: https://vimeo.com/687407618/7251f46a4a
3. Penegasan terhadap larangan pelaksanaan perkara di bawah:
Tidak boleh mengiklankan produk luar.
Tidak boleh mengiklankan/mempromosikan servis guru kepada pelajar
selain dari urusan pengajaran sebagai guru di MO.
Tidak boleh meletakkan ‘profile picture’ yang memberi gambaran
mempromosikan sesuatu.
Tidak boleh menghubungi pelajar secara personal atas apa jua tujuan.
Tidak boleh menyebarkan apa-apa dokumen berhubung & berkaitan
dengan MO terutamanya bahan pengajaran & pembelajaran yang di
sediakan oleh MO.

9.0 TATACARA HUBUNGAN GURU & PELAJAR

NILAI
1. Menerapkan nilai-nilai penting melalui/semasa sesi pengajaran secara
semula jadi.
2. Nilai penting berkenaan adalah selamat, seronok, sihat, etika, empati,
jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional
dan artikulasi.
3. Guru perlu membawa dan memahamkan nilai-nilai ini sehingga
menjadikan pelajar mempunyai nilai yang sama.
TELADAN DAN SIKAP
1. Guru perlu menunjukkan contoh dan menjadi contoh atas setiap
perkataan dan perbuatan kerana pembelajaran yang berlaku bukan

9
sahaja berkenaan dengan matapelajaran akan tetapi keseluruhan
aspek yang terlibat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2. Memiliki sikap empati yang tinggi untuk memahami keadaan pelajar
dari sudut cara pembelajaran, kapasiti dan kebolehan serta jangka
masa fokus.
3. Melalui sikap empati, guru boleh:
a. Berfikiran secara dinamik dan mudah mengadaptasi
dengan cara mengajar mengikut keadaan pelajar
b. Mengurus sikap pelajar
c. Mengetahui tahap penerimaan dan kapasiti pelajar
d. Cakna dengan tahap emosi dan perasaan pelajar
e. Melahirkan dan membimbing pelajar untuk kekal
bermotivasi
f. Mencari jalan untuk sentiasa membimbing pelajar
1. Guru hendaklah responsif terhadap persoalan yang diajukan dan
dibangkitkan.
2. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalisma perguruannya.
3. Guru perlu menjauhi dari tingkahlaku yang akan/boleh menyebabkan
hilang kepercayaan pelajar terhadap kelas al-Quran MO.
4. Guru ditegah dari menjatuhkan nama baik guru-guru lain dan syarikat
MO.
ILMU PENGETAHUAN
1. Guru sangat perlu bersedia dengan kemahiran kognitif (pengetahuan
ilmiah) terhadap mata pelajaran yang diajar.
2. Guru perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan asas
Pendidikan Islam.
3. Guru mempunyai sokongan dari sudut ilmiah iaitu panel setiap mata
pelajaran untuk membantu guru mencari dan menyelesaikan
persoalan pelajar.
4.

10
KOMUNIKASI
1. Guru perlu bertutur dengan sopan dan berhikmah.
2. Guru menggunakan bahasa panggilan profesional yang sesuai dan
selesa bagi menimbulkan rasa hormat dan menghargai antara guru
dan pelajar.
3. Guru perlu memberikan respon terhadap persoalan pelajar di antara 4-
6 jam.
4. Guru perlu memberikan respon secepat mungkin atau kurang dari 4 jam
setelah dihubungi oleh Pihak pengurusan.
5. Guru perlu menjawab dengan jelas sehingga pelajar betul-betul faham.
6. Guru tidak harus dan tidak dibenarkan memarahi pelajar sehingga
timbul rasa takut, tidak tenang dan tidak seronok dengan kelas al-Quran
kerana akan memberi impak jangka masa pendek dan panjang.
7. Menjalankan sesi perbincangan dengan pelajar (atau wakil) untuk
mencapai dan menggabungjalin harapan dan hajat masing-masing
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang diadakan.
ETIKA PAKAIAN
1. Presentasi diri dan etika pakaian guru hendaklah sentiasa sopan dan
kemas melambangkan guru Pendidikan al-Quran & Islam.
2. Guru ditegah untuk memberi komen, perli dan mengutuk pemakaian
pelajar.
3. Guru harus mengajarkan etika pakaian yang sesuai dengan adab
dalam mempelajari al-Quran. (Kelas pertama)
PERSEDIAAN KELAS
1. Memastikan suasana dan tempat menjalankan kelas yang kondusif;
Sesuai, baik dan membantu perjalanan kelas agar lancar.
2. Memastikan kestabilan rangkaian internet guru untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lancar.
3. Menguji sistem audio dan visual guru untuk memastikan kelancaran
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

11
4. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran diawal kelas
agar kelas berjalan sesuai dengan objektif dan mencapai sasaran.
5. Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kelas
dan objektif sesi pengajaran dan pembelajaran.
ETIKA KELAS
1. Guru memperbetulkan persepsi dan niat bersama pelajar bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran harus:
a. Dimulakan dengan niat yang baik
b. Ikhlaskan niat belajar kerana Allah dan menjunjung Sunnah
Nabi Muhammad
c. Menggunakan ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah
d. Menggunakan ilmu untuk menambah amal soleh
e. Menggunakan ilmu untuk memberi manfaat kepada orang
lain
f. Mempelajari dan Menggunakan ilmu sebagai bekal akhirat
1. Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kelas yang
merangkum elemen penting sejahtera dan harmoni.
2. Menjalankan sesi kelas seperti yang dipersetujui berkaitan
matapelajaran, tarikh, masa dan platform.
3. Guru tidak boleh mengubah waktu kelas melebihi 2 kali dalam sebulan.
4. Memastikan keadaan murid betul-betul bersedia sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran melalui sapaan dan soalan serta
pemerhatian.
5. Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
tahap kesediaan terhadap penerimaan matapelajaran dan situasi
semasa pelajar.
6. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan ilmiah bagi
setiap pelajarnya.
7. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua
pelajar-pelajar tidak mengira tahap kebolehan, kemahiran dan umur.

12
1. Guru harus cekap mengesan (diagnos) dan menerima perbezaan
individu dikalangan pelajarnya dan memandu mereka
memperkembangkan potensi mereka.
2. Mengingatkan murid dengan hemah untuk sentiasa bersedia dengan
tugasan-tugasan kelas baik sebelum, semasa dan selepas kelas melalui
saluran yang ditetapkan dan dipersetujui.
MAKLUM BALAS
1. Mengadakan sesi perbincangan refleksi kelas berkala melalui mana-
mana saluran yang dipersetujui.
2. Mendapatkan maklum balas dari pelajar (atau wakil) bagi setiap kelas
atau minimum sebulan 2 kali untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti yang diharapkan atau seperti yang sepatutnya.
DATA PERIBADI PELAJAR
1. Guru harus menghormati dan menjaga hak setiap pelajar supaya
maklumat-maklumat diri pelajar tidak diberitahu, disampaikan kepada
orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
2. Guru perlu menjaga aib pelajar dari segi fizikal, ilmu pengetahuan,
mental dan lain-lain; tidak dibincangkan dan dihebahkan dimana-
mana medium.
KEWANGAN
1. Guru tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripada murid-
muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan.
2. Segala pengurusan kelas melibatkan kewangan perlu dibawah
pantauan dan pengetahuan MO.
3. Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tambahan dan
sampingan seperti tuisyen atau pengajaran persendirian.
4. Guru tidaklah harus bertingkah laku yang boleh membawa kepada
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
HAK PELAJAR TERHADAP GURU
1. Menjalani sesi pembelajaran seperti yang dirancang dan dipersetujui
dari sudut matapelajaran, tarikh, masa dan platform.

13
2. Menjalani sesi pembelajaran dengan rasa selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai makna dan
falsafah pembelajaran al-Quran melalui perjalanan yang diletakkan
oleh Mengajionline.
3. Melalui sesi pembelajaran dengan nilai-nilai penting secara tidak
langsung iaitu selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab
sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.
4. Menerima bimbingan guru selari dengan perancangan kelas yang
diletakkan.
5. Menerima kualiti sesi pembelajaran yang baik dan meningkat dari satu
sesi kepada satu sesi.
6. Menerima dan menjalani sesi pembelajaran sepadan dan sesuai
dengan umur dan tahapnya.
7. Mengaju dan bertanya soalan semasa dan diluar waktu kelas mengikut
saluran yang dipersetujui.
8. Menerima sistem sesi pembelajaran secara eksplisit, bertahap dan
bersistematik.
PIHAK RUJUKAN
1. Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak pengurusan jika
mendepani sesuatu permasalahan dan isu berkaitan matapelajaran
dan pengurusan kelas.
2. Guru boleh merujuk HR Guru dan akan dibalas dalam tempoh 4 jam
bekerja.
3. Guru boleh merujuk HR Guru atas sebarang permasalahan dalam
proses mengajar, pengurusan kelas dan teknik penyampaian.

10.0 SOP KELAS PERTAMA

1. Berkenalan antara guru dan pelajar. Dalam tempoh 10 minit – 15 minit.


2. Buat penilaian bacaan untuk tentukan dari mana guru akan mula
mengajar mengikut pada tahap penguasaan pelajar tersebut.
Level Iqra:

14
3. Jika pelajar tersebut mula dengan iqra, dengar dahulu bacaan dan kita
sebagai guru akan cadangkan; Iqra(1-6) apa yang sesuai untuk kita
mula.
4. Jika pelajar minta untuk sambung bacaan dari kelas sebelumnya, maka
boleh sahaja kita sambung.
Level Al-Quran:
5. Jika pelajar tersebut bermula dengan al-Quran, guru akan dengar dan
semak bacaan terlebih dahulu. Kemudian, cadangkan dari mana
sesuai untuk mula.
6. Sekiranya bacaan pelajar agak lemah dan sesuai untuk mengulang
Iqra’, Maka guru boleh berbuat demikian setelah berbincang dengan
pelajar.
7. Kemudian, bincang berkenaan dengan pendekatan mengaji yang
sesuai dengan pelajar ketika kelas. Antara contoh:
• Pelajar baca dulu, kemudian guru tegur (Suka ditegur)
• Guru baca dan pelajar ikut membaca,
• Suka ulang baca banyak kali dan tak kisah kalau salah
• Belajar Teori lepastu praktikal / sebalikmya.
8. Tanya pelajar pendekatan yang paling diselesai.
9. Jangan berhenti kelas selepas sesi berkenalan.
10. Kelas perlu diteruskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
11. Modul telah disediakan oleh Mengajionline.com.
12. Cuma pendekatan dan kaedah pembelajaran adalah terpulang
kepada guru.
13. Berikan link modul yang disediakan oleh Mengajionline.com seperti
berikut:
14. Modul Tajwid: https://Mengajionline.com/muat-turun/
15. Dan akses secara percuma juga semua nota² al-Quran di
t.me/notaquran

15
16. Modul Iqra’:
https://play.google.com/store/apps/details?id=net.andromo.dev28044
8.app265483
17. Untuk pengguna Iphone:
http://akunaksharesomething.blogspot.com/2012/07/iqra-pdf-untuk-
yg-tak-mau-beli- kat kedai.html?m=1
18. Tutorial Kelas Pertama: https://vimeo.com/686205710/7bd827cf37

11.0 SOP BIMBING PELAJAR GUNA APPS

1. Minta pelajar download aplikasi Mengajionline.com dan daftar sebagai


pelajar seawal kelas yang pertama.
2. Apple:https://apps.apple.com/my/app/mengajionline-
com/id1565656086
3. GooglePlay:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.akramafifiholdings
.mengajionline
4. Minta pelajar syorkan Mengajionline.com kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga yang berminat untuk belajar bersama.
5. Contoh ayat kepada pelajar:
Salam puan maaf mengganggu.
Sekiranya puan belum install apps Mengaji Online di phone, puan
boleh install, android boleh iphone pun boleh.
Mohon puan luangkan masa utk install dan book kelas ikut jadual
bulan xxxx.
Teacher code: T0000
Utk memudahkan puan, saya berikan link tutorial
https://vimeo.com/679816333/5b5def8a44
Kalau tak faham inshaallah saya cuba bantu.

16
12.0 GURU MENUNGGU PELAJAR

1. Sekiranya kelas sudah mula tetapi pelajar masih tidak masuk (tanpa
makluman awal) guru boleh tunggu 15min dan sekiranya masih tidak
masuk, anggap kelas itu batal dan tiada elaun untuk kelas tersebut.
2. Guru dan pelajar boleh menggantikan kelas yang tidak dijalankan
tersebut 1x sebulan.
3. Selebihnya, jika pelajar tidak datang lagi, guru dibenarkan untuk tidak
menjalankan kelas ganti.

13.0 SOP SELEPAS KELAS

1. Wajib Hantar jadual sesi kelas ini ke dalam group whatsapp untuk
makluman pelajar dan customer support.
Assalamu'alaikum Tuan Ahmad/Ibu Adik Alia,
Berikut adalah sesi yang akan dijalankan:
4 Apr: /
10 Apr:
17 Apr:
24 Apr:
(/) Hadir
(X) Tidak Hadir
Soft Reminder Sesama Kita
2. Jika berlaku kelewatan disebabkan guru, sila hubungi Customer Support
https://www.wasap.my/601154146037
3. Jika berlaku kelewatan disebabkan pelajar, polisi syarikat
membenarkan untuk guru menunggu pelajar 15-20 minit sahaja. (Kelas
yang tertinggal disebabkan hal demikian boleh digantikan 1x sahaja)
4. Insyallah kita ikuti masa, istiqamah dan tambahbaik hubungan dengan
al-Quran, moga-moga mendapat keberkatan atas usaha kita. Amin.
5. Jadual ini juga perlu di hantar (screenshot) kepada HR Guru setelah sesi
pelajar sempurna/selesai pada bulan tersebut untuk tujuan semakan.

17
6. Jadual ini juga membantu pelajar untuk peka dengan tarikh kelas yang
perlu dihadiri
7. PERHATIAN!
8. Tetapkan terus tarikh dan hari kelas yang telah dipersetujui dengan
pelajar di awal bulan seperti gambar diatas bagi mengelakkan pelajar
skip/ tunda kelas.
9. Hantar jadual kelas ini kepada HR Guru pada akhir bulan/setelah
sempurna sesi bagi pelajar tersebut.
10. HR Guru: https://t.me/HrGuruMO (telegram)

14.0 SOP JIKA PELAJAR SELALU TUNDA

1. Pelajar dibenarkan ganti kelas maksimum 1 kali dalam sebulan.


Selebihnya mengikut budi bicara guru.
2. Sekiranya kerap, maklumkan pada pelajar:
“Assalamu’alaimum Tuan/Puan, Maaf, jika cancel kelas ini lagi,
guru sukar untuk ganti kelas pada minggu/bulan tersebut
berikutan jadual kelas yang agak padat.”
3. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan pelajar mengikut jadual yang
telah dipersetujui.
4. Post skrip ke dalam group untuk peringatan pelajar.
5. Guru juga boleh mengambil langkah berikut jika kerap kali berlaku dan
sukar mendapat komitmen pelajar untuk jalankan kelas.
6. Antara isu yang terkait dengan SOP ini:
• Guru nak bercuti lama.
• Guru nak lepaskan pelajar.
• Guru nak berhenti.
• Pelajar nak guru baru.
• Pelajar nak hold kelas.
• Pelajar tak respon, rugi masa guru.
• Pelajar susah untuk memberi komitmen kelas,
7. Langkah-langkahnya adalah:
8. Faham SOP & Proses - https://vimeo.com/694333234

18
9. Contact HR untuk perbincangan.
10. HR putuskan boleh atau tidak dan masa permohonan tersebut efektif
11. HR akan hubungi CS untuk tindakan lanjut.

15.0 SOP KELAS GANTI

1. Kelas hanya boleh diganti 1x sahaja (1 peluang sahaja) jika pelajar


cancel last minute atau kurang dari 1 jam sebelum kelas bermula
sekiranya:
• Guru telah mengingatkan pelajar sehari sebelum atau
selewatnya 6 jam sebelum kelas bermula.
• Pada awalnya pelajar bersetuju, kemudian membatalkan kelas
last minute atau Pelajar tidak memberi respon terhadap
peringatan kelas tersebut.
• Oleh itu, guru hanya perlu melengkapkan baki hanya untuk sesi
berbaki yang masih ada untuk bulan tersebut.
2. Jika guru sudah menjalankan kelas ganti diatas, akan tetapi pelajar
masih tetap berkali-kali cancel kelas, maka guru tidak perlu untuk
menggantikan kelas-kelas tersebut.
3. Kelas ganti hanya dibenarkan sekali sahaja (atas budi bicara guru)
dalam tempoh sebulan.
4. Kelas ganti hanya boleh dibuat dalam tempoh bulan semasa sahaja
atau sesi tersebut sahaja. Tidak boleh dibawa sehingga ke bulan-bulan
atau sesi-sesi berikutnya kecuali dengan sebab yang munasabah(perlu
dimaklumkan kepada HR Guru).
5. Sesi disini bermaksud sekali pembayaran yuran, ada pelajar yang
membuat pembayaran yuran untuk 4 sesi, apabila selesai 4 sesi,
kemudian bayar yuran untuk 4 sesi seterusnya. Ada juga yang bayar
untuk 8 sesi.
6. PERHATIAN!
7. Adakah guru boleh tuntun elaun untuk kelas batal?
8. Tiada tetapan tuntutan elaun untuk kelas yang batal.

19
9. Guru dibayar atas sesi yang berjalan sahaja kerana hubungan guru
dengan syarikat adalah berasaskan kontrak berdasarkan servis.
10. Hal ini kerana, guru perlu faham keadaan syarikat.
11. Pihak Mengajionline.com menghadapi kesukaran pelajar tidak
membayar yuran.
12. Ada yang tidak membayar lebih daripada 4 bulan, ada yang
memalsukan resit lama, ada yang berhenti tanpa membayar yuran.
13. Walaupun kita beri kebebasan untuk pelajar tetapkan yuran mengikut
kemampuan masing-masing.
14. Namun kes ini tetap berlaku.

16.0 SOP GURU ‘LOCK’ KELAS KEMUDIAN NAK CANCEL

1. Sekiranya guru membatalkan Hasrat untuk mengajar atau bercadang


untuk lepaskan kelas atas faktor:
• Pelajar ingin menukar guru.
• Pelajar ingin menukar masa.
• Guru sendiri yang ingin drop atas sebab munasabah.
2. Maka, sila ikuti SOP seperti seperti yang dinyatakan dalam pautan ini:
https://vimeo.com/694333234

17.0 SOP ‘LOCK’ PELAJAR TAPI SENYAP

3. Jika pelajar yang telah di ‘lock’ senyap walaupun selepas berkali-kali


follow-up dalam 2 minggu maka, guru ingin mengisi masa tersebut
dengan pelajar lain.
4. sila ikuti video ini: https://vimeo.com/694333234

18.0 SOP PELAJAR TAMBAH KELAS

1. Contoh: Pelajar ingin tambah kelas daripada sekali seminggu kepada 2


kali seminggu atau tambah masa dari 1 jam (kebiasaan untuk kelas
persendirian) ke 1 jam 30 min.
2. Jika guru sudah bersetuju, pastikan ikuti langkah dibawah:

20
• Maklumkan pada pelajar untuk hubungi pihak pengurusan (CS
yang mendaftarkan) untuk tambah waktu kelas atau guru boleh
menghubungi CS untuk penambahan kelas.
• Setelah confirmed, Pihak CS akan memaklumkan kepada pelajar
dan guru dalam group kelas.
• Kelas boleh berjalan seperti yang telah dipersetujui.
3. Elak dari meneruskan kelas dan bersetuju untuk tambah sesi jika tidak
dapat pengesahan dari CS.
4. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas elaun kelas yang
berjalan tanpa pengesahan CS.

19.0 SOP GURU MINTA TUNDA

1. Maklum kepada pelajar 2 hari sebelum atau selewatnya 24 jam


sebelum waktu kelas mengaji bermula.
2. Para guru dilarang tunda tanpa ada sebarang alasan yang
munasabah, tunda secara tergesa-gesa dan adhoc tanpa
menjalankan sebarang perbincangan.
3. Dapatkan tarikh untuk kelas ganti dengan persetujuan pelajar
seterusnya kemaskini segera jadual kelas.
4. Guru WAJIB ganti kelas pada bulan atau sesi yang sama (kerana
melibatkan hak pelajar)
5. Sekiranya tidak dapat menggantikan kelas pada bulan tersebut
disebabkan jadual guru yang padat boleh ganti pada bulan
hadapan(maklum pada Hr Guru).
6. Guru tidak dapat elaun untuk kelas tersebut.

20.0 BORANG MAKLUM BALAS (FEEDBACK) SESI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Selepas sebulan kelas berjalan, hantarkan mesej di bawah kepada


pelajar anda untuk dapatkan maklum balas sesi pembelajaran dan
pengajaran.

21
2. Boleh tuan/puan bantu kami untuk isi form ini bagi meningkatan kualiti
perkhidmatan Mengajionline.com https://forms.gle/Yk94ZMP5fiiDWs1x9

21.0 TRAINING / LATIHAN GURU

1. Semua guru di Mengajionline.com wajib hadir sesi training guru pada


hari yang ditetapkan.
2. Sekiranya guru gagal hadir ke sesi training yang telah ditetapkan
mengikut tahap guru-guru tanpa sebarang alasan yang kukuh.
3. Tindakan tatatertib boleh diambil oleh pihak Mengajionline.com.
4. Kehadiran guru akan direkodkan dan akan menentukan tahap
pencapaian guru di dalam Mengajionline.com.
5. Antara lain dalam pendekatan training adalah soalan kuiz, guru perlu
menjawab soalan kuiz setelah diberikan oleh HR Guru.
6. Tindakan selayaknya berhak diambil jika guru gagal melakukan hal
demikian.

22.0 FORMAT LAPORAN & JADUAL KELAS

1. Hantar laporan kelas kepada admin di telegram


https://t.me/officialadminmengajionline
2. Screenshot jadual kelas bagi setiap orang pelajar setelah sesi pelajar
lengkap pada bulan tersebut dan hantar ke telegram HR Guru
https://t.me/HrGuruMO
3. Laporan kelas & jadual kelas adalah 2 perkara yang berbeza
4. Video tutorial kiraan elaun: https://vimeo.com/694279798
5. Template: https://t.me/c/1544118918/408
6. Kelas Berkumpulan. Bagi yang ada akelas berkumpulan sila tambah
seperti berikut:
Nama kumpulan:
Bilangan pelajar:
Aktif:
Hold:
Tak aktif/berhenti:

22
No tel pic:
Sesi Berjalan:
Elaun:
Jumlah sesi berjalan:
Jumlah elaun yang perlu dibayar:
7. PERHATIAN!
8. Hantar laporan menggunakan telegram bagi memudahkan pihak
pengurusan.
9. Hantar ke https://t.me/officialadminmengajionline
10. Sekiranya penama akaun bank adalah pihak ketiga, guru perlulah
nyatakan nama penuh pemilik akaun bank yang sah dan nombor kad
pengenalan pemilik akaun bank tersebut bagi memudahkan pihak MO
dalam proses pembahagian elaun kepada guru-guru.
11. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan
bayaran elaun akan ditolak oleh pihak bank dan secara tak langsung
menyebabkan elaun guru gagal diterima pada masa yang ditetapkan.

23.0 ELAUN GURU

1. Jumlah elaun yang diberikan adalah berdasarkan kiraan jumlah sesi


yang berjalan.
2. Jika kelas berjalan 2/4 sesi (sebulan). Maka elaun untuk 2 sesi sahaja
yang guru akan dapat pada bulan tersebut.
3. Jika ada kelas ganti (sesi berbaki), elaun untuk kelas ganti itu akan
dibawa ke bulan hadapan. (Sangat tidak digalakkan dan dibenarkan
ganti pada bulan berikutnya)
4. Sila maklum dan catatkan dalam laporan akhir bulan jika ada kelas
ganti yang berjalan pada bulan seterusnya.
5. Jika pada bulan tersebut ada 5 minggu, sesi yang perlu berjalan hanya
4 sesi sahaja. Jika guru buat lebih daripada 4 sesi kelas pada bulan
tersebut, elaun tidak akan dikira. Pastikan ikut jumlah kelas yang
sepatutnya dijalankan sahaja.

23
6. Kelas ganti hanya boleh dilakukan dalam bulan tersebut sahaja. Tidak
boleh diganti pada bulan berikutnya. Sekiranya kelas terpaksa juga
dilaksanakan pada bulan hadapan, nyatakan demikian dalam report
akhir bulan nanti.
7. Laporan perlu diserahkan pada admin pada hari terakhir setiap bulan
semasa.
8. Elaun guru akan dimasukkan selewat-lewatnya pada 8 hb bulan
seterusnya. Sekiranya selepas tarikh tersebut, guru masih belum
menerima elaun boleh hubungi Admin:
https://t.me/officialadminmengajionline
9. Guru tidak dibenarkan untuk mengumpul elaun beberapa bulan baru
hantar. Contohnya, kumpul laporan elaun bulan 1, 2 dan 3, kemudian
tuntut elaun dari Admin.
10. Justifikasi. Perlakuan ini menyebabkan workload Admin bertambah
dengan perkara yang tidak sepatutnya diluar garis masa yang
ditetapkan.
11. Jika masih ada guru kumpul laporan, maka setiap laporan elaun per
bulan akan dipotong sebanyak 20% sebagai caj operasi tambahan.
12. Terdapat 1 kes besar dari perbuatan ini. Seorang guru mengeluarkan
kenyataan yang salah, iaitu Admin lambat bayar elaun maka guru
'deal' yuran dengan pelajar diluar pengetahuan MO. Laporan polis
sudah dibuat atas kesalahan percanggahan polisi.
13. Bagi mengelak dari sebarang kesulitan, mohon semua guru mematuhi
garis masa yang ditetapkan.

24.0 SOP GURU MINTA CUTI

1. Cuti Kurang 1 bulan:


• Guru diminta untuk maklumkan pada HR Guru untuk memohon
kelulusan dan permohonan.
• Permohonan mestilah 1 bulan sebelum Tarikh permohonan.
• Sekiranya guru sudah selesai cuti, maklum pada HR Guru untuk
ambil alih kelas tersebut semula.

24
• Sekiranya guru tidak maklum kepada HR dalam tempoh 1 bulan
selepas tarikh cuti, guru ganti sementara berhak mengambil alih
pelajar-pelajar guru tersebut.
• guru ganti (sementara) tidak berhak untuk mengambil alih pelajar
yang diberikan secara sementara (ketika guru asal mereka
bercuti).
2. Cuti 2-3 bulan:
• Guru diminta untuk maklumkan pada HR Guru untuk memohon
kelulusan dan permohonan.
• Permohonan mestilah 1 bulan sebelum Tarikh permohonan.
• Maklumkan pada HR guru dan berikan surat cuti.
• Jika guru ingin sambung mengajar boleh lock kelas seperti biasa.
• Sekiranya guru didapati berhenti serta merta tanpa menghantar
notis berhenti selepas cuti tersebut, tindakan tegas dan
selayaknya boleh diambil oleh pihak mengajionline.com.
• Sekiranya guru mohon cuti melebihi 3 bulan guru dianggap
berhenti dan perlu hantarkan surat berhenti kepada HR guru.

25.0 NOTIS BERHENTI KERJA

3. Notis berhenti mengajar hendaklah diserahkan kepada Hr Guru sebulan


sebelum tarikh guru berhenti mengajar.
4. Sekiranya guru ingkar dan berhenti serta merta secara mengejut,
tindakan berikut boleh diambil oleh pihak Mengajionline.com:
• Gaji guru pada bulan tersebut akan dibekukan.
• Guru juga akan dimasukkan ke dalam senarai ‘blacklist’.
5. Mengajionline berhak menentukan apa jua tindakan yang bersesuaian
dan berpatutan.
6. Apabila guru menghantar notis berhenti kerja.
7. Pihak menganjionline.com akan mencari guru ganti bagi murid-murid
guru tersebut.
8. Sekiranya didapati guru membawa lari pelajar Mengajionline.com,
tindakan tegas akan diambil iaitu laporan polis dan sekatan elaun

25
kerana melakukan jenayah komersial, dengan mengambil pelanggan
yang membuat pendaftaran rasmi dengan MengajiOnline.
9. Apabila guru menghantar notis berhenti kerja, guru perlulah
menghabiskan 4 sesi pembelajaran pada bulan tersebut sebelum
berhenti mengajar.
10. Guru hanya dibenarkan berhenti setelah tamat kontrak (3 bulan).
11. Kesimpulannya:
12. Proses Guru Cuti, Berhenti dan Tukar pelajar (Rujuk sebagai: CBT) di
proses oleh HR Guru mengambil masa 1 bulan.
13. Guru dikehendaki untuk menghantar notis CBT kepada HR Guru 1 bulan
sebelum tarikh berkuatkuasa.
14. Guru perlu memaklumkan berkaitan CBT kepada HR Guru dahulu
sebelum berbincang dengan pelajar.
15. Guru perlu jelas berkaitan proses CBT kerana berlaku kekeliruan apabila
banyak isu ini dirujuk kepada Customer Support, walhal perlu dirujuk
kepada HR Guru.
16. Kegagalan mengikut tempoh masa 1 bulan menyebabkan beberapa
kesan negatif:
• Proses pencarian/penggantian guru
• Proses elaun
• Proses adaptasi pelajar.

26.0 TINDAKAN TATATERTIB

1. Terdapat beberapa pelanggaran tatatertib yang sering dilakukan


dikategorikan sebagai kesalahan dibawah pantauan (Guru Dibawah
Pantauan (GDP))
2. Guru dibawah pantauan bermaksud guru yang diberikan amaran
pertama, kedua dan surat amaran.
3. Klasifikasi guru dibawah pantauan perlu melalui sesi perbincangan
antara HR dan Guru.
4. Jika isu disabitkan, barulah istilah akan digunakan.

26
5. Guru yang melakukan kesalahan berat iaitu mencuri pelajar,
melakukan sesuatu sehingga pelajar berhenti on the spot terkeluar dari
perbincangan GDP. Kategori guru kesalahan berat akan diberi surat
tamat servis. (Khidmat tidak diperlukan)
6. Antaranya:
• Tangguh kelas tanpa perbincangan, persetujuan & makluman
kepada pelajar.
• Masuk kelas lewat.
• Tamatkan kelas awal.
• Tidak menjaga tutur kata.
• Tidak menjaga air muka pelajar/merendah-rendahkan pelajar.
• Acuh dengan info lock kelas.
• Melanggar etika mengajar online (ajar dalam kereta, tutup
kamera, noise terlalu banyak dan lain-lain)
• Masa dalam laporan elaun, maklumat kelas semasa lock dan
jadual sesi tidak selari.
• Tidak responsive terhadap soalan dan perbincangan apabila
diperlukan.
• Drop dan lepaskan kelas sesuka hati.
7. Sekiranya guru di dapati bersalah atau melanggar mana-mana
peraturan yang termaktub atau digariskan dalam buku manual
mengajionline.com boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
• Amaran lisan: HR Guru akan menghubungi guru tersebut dan
akan menyatakan jenis-jenis kesalahan atau salah laku secara
peribadi dan perkara tersebut akan direkod oleh pihak
pengurusan.
• Surat amaran pertama: HR Guru akan mengeluarkan surat
amaran pertama sekiranya guru tersebut masih melanggar
peraturan yang termaktub dalam buku manual
mengajionline.com atau mengulangi kesalahan yang sama.

27
Guru tersebut akan dikenakan penalti iaitu pengurangan
bilangan pelajar selama 1 bulan.
• Surat penamatan Perkhidmatan: Sekiranya guru didapati
bersalah dan tidak mengendahkan tindakan atau amaran yang
dikeluarkan oleh pihak HR atau melanggar mana-mana polisi
syarikat dan undang-undang negara yang berkaitan surat
penamatan perkhidmatan akan dikeluarkan.
8. Kesalahan guru dibahagikan kepada 3 bahagian:
• Berat: Kesalahan berat apabila kesalahan tatatertib guru tersebut
menyebabkan pelajar berhenti dari MO (Berdasarkan
perbincangan dengan Guru dan Pelajar melalui HR dan CS)
• Sederhana: Kesalahan sederhana apabila kesalahan tatatertib
guru tersebut menyebabkan pelajar ingin menukar guru dengan
serta merta (Berdasarkan perbincangan dengan Guru dan
Pelajar melalui HR dan CS)
• Ringan: Kesalahan ringan apabila kesalahan tatatertib guru
tersebut masih diberi ruang dan peluang untuk diperbaiki.
9. Guru yang melakukan kesalahan berat iaitu mencuri pelajar,
melakukan sesuatu sehingga pelajar berhenti on the spot terkeluar dari
perbincangan GDP. Kategori guru kesalahan berat akan diberi surat
tamat servis. (Khidmat tidak diperlukan)

Status Guru Dibawah Pantauan


10. Dibekukan dari lock kelas selama 3 bulan dari mengambil pelajar baru.
11. Diberi amaran dan direkodkan dalam data guru (mungkin memberi
kesan kepada sistem rating jika apps sudah siap)
12. Semua pelajarnya akan dihubungi oleh customer support untuk
dapatkan feedback dan semakan kualiti menyeluruh.
13. Jika terdapat sebarang aduan lain, akan dikeluarkan amaran dan HR
Guru akan patuh kepada polisi GDP.
14. Apakah hak-hak guru gdp?

28
• Mendapat bimbingan dan perhatian atas tujuan peningkatan
kualiti servis.
• Diberi ruang untuk memberikan justifikasi dalam bentuk bertulis
atau lisan.
• Diberi peluang untuk menambah baik hubungan dan
profesionalisma dengan pelajar.
15. Apakah impak yang dilakukan oleh gdp?
• Memadam minat pelajar belajar al-Quran.
• Tidak wujud mutual respect dan common understanding antara
guru dengan pelajar.
• Memberi gambaran negetif kepada seluruh guru-guru yang
bagus juga dalam MO.
• Memberi bad impression kepada MO.
• Menjadikan pelanggan yang berpotensi tidak mendaftarkan diri
kepada MO.

29
SURAT TAWARAN SEBAGAI GURU MENGAJIONLINE

Tarikh:

Nama Penuh:

Tuan/ Puan

Surat Tawaran Guru Mengajionline.com

Merujuk kepada perkara diatas, dengan sukacita syarikat kami ingin


menawarkan jawatan sebagai Guru Mengajionline.com. Kami percaya
bahawa pengetahuan dan kemahiran anda akan menjadi aset kami dan
kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.

Terma dan syarat-syarat tawaran adalah seperti berikut:

Jawatan: Guru Mengajionline.com

Elaun: Elaun dibayar berdasarkan sesi kelas yang berjalan dengan kiraan yang
telah dinyatakan di dalam Buku Manual Guru.

Masa bekerja: Masa bekerja adalah fleksibel berdasarkan waktu kelas yang
telah dipersetujui oleh guru dan pelajar.

Tugas dan tanggungjawab: Tugas dan tanggungjawab adalah seperti yang


telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Mengajionline.com. Sebarang
perubahan makluman yang terdapat dalam Buku Panduan Guru
Mengajionline.com akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Penamatan pekerjaan: Anda ditawarkan sebagai guru berasaskan kontrak


berdasarkan servis, dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dalam
tempoh minima (3 bulan). Sepanjang tempoh perkhidmatan, kedua-dua
belah pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui pemberian notis
sebulan lebih awal dari tarikh notis berkuatkuasa. Sekiranya anda tidak
menghantar notis berhenti kerja, syarikat berhak membekukan elaun pada
bulan tersebut.

30
Saya ucapkan selamat datang dan tahniah ditawarkan menjadi sebahagian
dari Guru Mengajionline.com serta kami berharap kehadiran anda ini akan
meningkatkan lagi kualiti pengajaran al-Quran di Mengajionline.com.

Sekian.

Yang benar.

(ADAM AFFIQ BIN YAAKOP)


JABATAN SUMBER MANUSIA (BAHAGIAN GURU)
AKRAM AFIFI HOLDINGS SDN.BHD
202001011147 (1367467-V)
H-1-05, JALAN SS6/16A, DATARAN GLOMAC, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA, SELANGOR
___________________________________________________________________________

PENGAKUAN DAN PENERIMAAN


Saya _________________ nombor kad pengenalan ______________ dengan ini
menerima tawaran guru Mengajionline.com dan bersetuju untuk mematuhi
terma dan syarat dalam perjanjian ini dan Standart Operating Procedure
(SOP) Guru-Guru Mengajionline.com yang ditetapkan.

Tandatangan:

Tarikh:

31

Anda mungkin juga menyukai