Anda di halaman 1dari 4

Judul resensi : membuka topeng kebenaran

Judul filem: the batman

Genre: Aksi

Sutradara: Matt Reeves

Produksi: DC films, 6th & Idaho, dylan clark production

Penyunting: William hoy

Pelakon: Robert pattison, Zoe kravitz, Paul dano, collin farrel

Penerbit: Warner Bros. Pictures

Tahun terbit: 2022

The batman adalah filem aksi keluaran tahun 2022 yang diarahkan

oleh Matt Reeves. Filem ini menampilkan versi batman yang berbeza

berbanding batman dalam filem yang lain kerana dalam filem ini batman lebih

menggunakan daya pemikiran dan segala kepakaran yang ada untuk

selesaikan sesuatu masalah yang telah dibuat oleh musuh-musuhnya seperti

memecah kod rahsia yang dicipta khas oleh musuhnya bernama ‘Riddler’. 57
Filem The batman ini menceritakan tentang batman yang memburu

para penjenayah di sebuah kota yang dikenali sebagai Gotham selama dua

tahun sehingga menyebabkan ramai penjenayah di bandar tersebut ketakutan

untuk melakukan aktiviti jenayah mereka. Dalam misi batman membanteras

para penjenayah kota Gotham, batman telah bekerjasama dengan sekutu

yang paling dipercayainya iaitu Alfred Pennyworth sebagai pembantu

peribadinya dan juga Lt. James Gordon. Pada suatu hari di malam Halloween,

Don Mitchell Jr. Yang bertugas sebagai datuk bandar kota Gotham telah

dijumpai tidak bernyawa di tangan pembunuh berantai yang menggelarkan

dirinya sebagai ‘The Riddler”. Dari masa ke semasa, batman telah

menemukan beberapa pesanan khusus untuk dirinya. Bersama dengan 2

orang sekutu yang dipercayainya iaitu alfred dan Lt.James gordon, batman

telah melakukan penyelidikan sekali gus mencari erti pesanan di sebalik

pesanan khusus yang ditinggalkan oleh The riddler untuk dirinya. Di saat

batman masih dalam penyelidikan yang berlangsung, The riddler kembali

mencari korban baru iaitu pesuruhjaya polis, Pete Savage. Ketika berusah

untuk menyelesaikan penyiasatanbaru terhadapan korban baru The riddler

iaitu Pete Savage, batman telah menemukan sebuah gambar perempuan

yang dikenali sebagai Annika bersama dengan seorang lelaki bernama

Mitchell. Foto tersebut telah diambil di sebuah kelab Iceberg Lounge yang

telah dioperasikan oleh Oswald Cobblepot atau nama lainnya, The penguin.

Namun, ketika batman menemui penguin, tidak ada satu petunjuk yang

berjaya diperolehi.

Kelebihan pertama yang dapat dilihat pada karya filem ini ialah

filem ini telah dijayakan dengan pelakon pambantu yang amat berbakat
dalam lakonannya sebagai The Penguin dan juga Jeffrey Wright sebagai Jim

Gordon. Kedua-dua pelakon ini telah membintangi adegan yang penting

sepenjang filem ini dimainkan. Watak The penguin yang dimainkan oleh

Jeffrey Wright boleh dianggap sebagai lakonan yang baik dan sempurna

kerana di setiap plot filem ini, watak The penguin seolah-olah menyimpan

pelbagai rahsia untuk sekuel filem ini pada masa akan datang. Kelebihan

yang kedua yang ada pada filem ini pula ialah kisah yang unik. Terdapat

keunikan dimana filem ini memainkan kisah Bruce wayne. Christopher Nolan

telah menerima pujian yang besar terhadap cara yang telah dia tangani dalam

pelbagai hal di filem Batman Begins pada tahun 2005. Namun, filem ini

menampilkan kisah hidup Bruce Wayne yang berbeza di mana dia tidak

menjadi seorang yang kaki perempuan. Kelebihan terakhir yang dapat dilihat

dalam filem ini ialah endingnya. Filem ini bukanlah seperti filem adiwira yang

lain dimana jalan ceritanya sentiasa dipenuhi dengan aksi yang memukau.

Reeves cukup pintar dalam menyembunyikan beberapa rahsia dalam

filemnya sehingga pada saat ending filem ini sehingga membuatkan penonton

tertanya-tanya.

Kekurangan yang ada pada filem ini pula ialah tiada

pembukaan(opening) yang penuh dengan adegan aksi. Pembukaan 30 minit

pertama batman atau lebih dari The batman dapat membuat banyak

penonton sedikit bosan.Selain itu, kekurangan yang dapat kita lihat juga

dalam filem ini ialah watak Alfred yang dimainkan oleh Andy Serkis seakan-

akan tidak cukup sempurna dan hampir gagal. Serkis seakan masih belum

mampu menjiwai dan memahami watak Alfred.


Pada pendapat saya mengenai filem The batman yang diarahkan oleh

matt reeves, filem batman ini perlulah ditonton terutamnyaa peminat watak

adiwira batman kerana dari awal mula filem ini hingga akhir filem ini, telah

menampilkan sesuatu yang berbeza dan unik berbanding dengan filem-filem

sebelumnya kerana watak batman lebih terlihat sebagai penyiasat seperti

nama gelarannya iaitu World's Greatest Detective berbanding batman yang

penuh dengan aksi.

Anda mungkin juga menyukai