Anda di halaman 1dari 1

SURAT PERJANJIAN SEWA TAPAK LOT KEDAI

Pemilik dan penyewa dengan ini berjanji akan memenuhi syarat-syarat perjanjian
(kontrak) seperti berikut:-

1) Surat perjanjian sewa lot kedai untuk perniagaan ___________ beralamat di


___________________________________________akan berkuatkuasa selama 3
tahun bermula 1 Julai 2021 hingga 1 Julai 2024 dan boleh dipanjangkan tempoh
sewaan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui oleh pemilik dan penyewa.

2) Mengikut perjanjian, sewa kedai adalah sebanyak RM700 sebulan untuk satu lot.
Bayaran bulanan hendaklah dibuat sebelum 1 haribulan pada setiap bulan ke dalam
Akaun No_______________________ atas nama ____________________.
3) Bayaran deposit 1 + 1 adalah sebanyak RM1400 dan penyewa wajib membayar bil
elektrik yang telah digunakan tanpa tunggakan.

4) Sekiranya penyewa ingin berhenti menyewa, penyewa perlu memberikan notis 1


bulan awal dan tidak mengubahsuai/ merobohkan kedai yang telah dibina. Penyewa
juga tidak berhak menuntut sebarang kos yang telah digunakan untuk tujuan
pengubahsuaian/ penyelenggaraan kedai tersebut.
5) Segala urusan kedai adalah tanggungjawab penyewa sepenuhnya serta penyewa
bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekeliling kedai.

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua
belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak.

…………………………………… ………………………………….

PEMILIK PENYEWA
Nama: Nama:
No. IC: No. IC:
Tarikh: Tarikh:

………………………………….. ………………………………….

SAKSI SAKSI
Nama: Nama:
No. IC: No. IC:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai