Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKASURAT
L
1.0 ABSTRAK 1
2.0 PENGENALAN 2-3
3.0 OBJEKTIF LAPORAN 4
4.0 PERNYATAAN MASALAH 5-7
5.0 PERBINCANGAN PENYELESAIAN 8-14
MASALAH
6.0 RUMUSAN 15
7.0 RUJUKAN 16

1
1.0 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menggunakan konsep kamiran tentu untuk menyelesaikan masalah
melibatkan mencari luas di bawah graf dan mencari isipadu janaan. Kajian ini dilakukan bagi
memenuhi keperluan pentaksiran berterusan (laporan) untuk tajuk Pengamiran yang disasarkan
kepada semua pelajar 1 Diploma, semester 1 | Kolej Vokasional Taiping. Kajian ini juga turut
memberi pendedahan kepada pelajar untuk mencari, luas di bawah graf menggunakan perisian
komputer 'Riemann Sum Calculator'. Seterusnya perbandingan jawapan dibuat dengan
menggunakan kaedah penyelesaian kamiran tentu. Pelajar juga perlu memberi cadangan apa
yang perlu dilakukan supaya jawapan dari perisian 'Riemann Sum Calculator' menghampiri
jawapan menggunakan kaedah kamiran tentu. Selain itu, kajian ini juga memberi pendedahan
kepada pelajar penyelesaian masalah seharian menggunakan konsep isipadul janaan. Dapatan
kajian menunjukkan, menggunakan Riemann Sum Calculator', untuk mendapatkan luas di bawah
sesuatu lengkung dengan lebih tepat, bilangan jalur mencancang perlu ditambah.

2
2.0 PENGENALAN

Pengambiran memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia dan
adalah penting bagi kita untuk menguasai ilmu mengenainya. Konsep pengkamiran telah
digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan ,
kejuruteraan, fizik, seni bina, caj elektrik, nilai purata, dan lain-lain lagi.

Kamiran mengisahkan tentang luas dan isipadu yang paling maksima yang diperlukan
bagi memenuhi sesuatu ruang. Contohnya, dalam reka bentuk stadium, konsep pengkamiran
diaplikasikan bagi menentukan luas dan isipadu bawah kubah bagi memasukkan kerusi dengan
sebanyak yang mungkin. Bagi mencari luas di bawah sesuatu lengkungan, luas di bawah
lengkungan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan akan ditambah atau
dikamirkan sehingga mencapai jawapan terakhir.

Di dalam bidang seni bina, pengkamiran digunakan secara arkitek untuk menentukan
jumlah bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah bangunan. Contohnya, untuk membina
sebuah kubah , arkitek perlulah mengambil kira tentang jumlah bahan yang ingin digunakan,
berat kubah tersebut dan jenis skruktur sokongan yang diperlukan bagi memastikannya stabil.
Kebanyakkan bangunan yang dibina melibatkan pengaplikasian pengkamiran seperti Menara
Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang terpaksa berhadapan dengan rintangan angin yang
kuat. Pengamiran telah digunakan untuk mereka bentuk bangunan yang kuat.

Selain itu, Sydney Opera House adalah reka bentuk yang sangat luar biasa yang terdiri
daripada beberapa kepingan bola yang terkeluar. Banyak persamaan pembezaan atau satu jenis
kamiran telah diselesaikan dalam reka bentuk bangunan ini. Kegunaan lain bagi kamiran
termasuklah mencari kawasan di bawah permukaan melengkung, pusat masa, anjakan dan halaju,
aliran bendalir, model tingkah laku objek di bawah tekanan, kerja oleh daya berubah-ubah dan
banyak lagi.

3
Proses pengkamiran juga penting dalam menentukan isipadu sebenar air yang diperlukan
untuk memenuhi kolam berendam di dalam sesebuah pameran yang diadakan di zoo.Kolam
renang yang berbeza-beza kedalaman dan sisinya yang tidak mempunyai bentuk yang teratur
adalah amat sukar untuk ditentukan beberapa banyak air diperlukan tanpa perlu memperuntukan
sejumlah wang yang banyak.

Dengan mempelajari tajuk pengamiran,kita boleh memcari isipadu revolusi pepejal


dengan menggunakan sama ada kaedah cengkerang, kaedah cekera atau kaedah washer.la selalu
digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti untuk mengetahui isipadu
tembikai, peluru dan sebagainya.Berberapa konsep pengamiran digunakan untuk mengira
kawasan di antara lengkung. Kebiasaannya, ia digunakan untuk mengira luas kawasan rantau
berlorek yang di sempadani,menerangkan halaju dan parabola.

Dalam bidang kejuruteraan,pengamiran digunaan oleh jurutera elektrik untuk


menentukan panjang sebenar kabel kuasa yang diperlukan untuk menyambung dua
pencawang.Oleh kerana, kabel digantung diantara tiang, ia akan sentiasa melengkung.Kalkulus
membolehkan kuantiti yang tepat ditentukan dengan mudah dan cepat.

Pengamiran juga turut memberikan sumbangan terhadap bidang fizik.Sebagai contoh,


apabila daya berbeza dengan kedudukan F (r), maka kita mesti mengambil langkah-langkah kecil
yang tidak terhingga,mengira kerja yang diperlukan untuk setiap setiap langkah kecil, dan
menambah kesemuanya untuk mendapatkan jumlah kerja yang dilakukan. Dalam usaha untuk
meningkatkan keselamatan kenderaan seperti kereta, jurutera telah mengaplikasikan pengetahuan
mengenai pengamiran untuk membuat penambahbaikkan terhadap teknologi pengankutan.

Kesimpulannya,terang lagi bersuluh bahawa kalkulus yang terdiri daripada pengamiran


dan perbezaan sering digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia tanpa kita
sedari.

4
3.0 OBJEKTIF LAPORAN

1)Laporan ini bagi memenuhi keperluan pentaksiran berterusan bagi kursus Kalkulus di bawah
tajuk Pengamiran menggunakan standard penulisan laporan yang betul.

2)Menggunakan perisian komputer (Riemann Sum Calculator) untuk mencari luas anggaran di
bawah sesuatu lengkung.

3)Menggunakan konsep kamiran tentu untuk menyelesaikan masalah mencari isipadu janaan
yang melibatkan kehidupan seharian.

4) Menyelesaikan masalah luas di bawah graf dan isipadu janaan dengan menggunakan kaedah
pengamiran.

5) Melaporkan penyelesaian masalah matematik dengan menggunakan kaedah pengamiran


melalui kerja berkumpulan.

5
4.0 PERNYATAAN MASALAH

BAHAGIAN 1

a) Bagi mencari luas anggaran di bawah sesuatu lengkung, kita boleh membahagikan rantau itu
kepada beberapa jalur mencancang, kemudian jumlahkan luas semua jalur itu.

Dengan menggunakan kalkulator saintifik atau perisian komputer yang sesuai (contohnya
Riemann sum calculator), anggarkan luas yang dibatasi oleh lengkung y = x2 + 4 , paksi-x,
x=0 dan x= 4 bagi setiap Rajah 1 berikut.

y
(i) (ii) y
y = x2 + 4
y = x2 + 4

x
0 1 2 3 4 x
0 1 2 3 4
Rajah 1(i)
Rajah 1(ii)

(iii) y
y = x2 + 4

x
0 1 2 3 4
Rajah 1(iii)

6
b) (i) Hitungkan luas di bawah lengkung dengan menggunakan pengamiran.
(ii) Bandingkan jawapan b(i) dengan nilai-nilai yang diperoleh di (a). Seterusnya,
bincangkan rajah yang manakah menghasilkan luas anggaran terbaik.
(iii) Terangkan bagaimana anda boleh memperbaiki nilai di b(ii).

7
BAHAGIAN 2

Sebentuk cincin emas dalam Rajah 2(a) mempunyai isi padu yang sama dengan bongkah yang
dijanakan apabila rantau berlorek dalam Rajah 2(b) dikisar melalui 360º pada paksi-x.

y
y

f ( x )=1 .2−5 x2
1

0 x
x
-0.2 0 0.2

Rajah 2 (b)

Rajah 2(a)

Cari

(a) isi padu emas yang diperlukan,

(b) kos emas untuk cincin tersebut..

(Ketumpatan emas ialah 19.3 gcm-3. Dapatkan harga emas dari kedai emas)

8
5.0 PERBINCANGAN PENYELESAIAN MASALAH

a)Bagi mencari luas anggaran di bawah sesuatu lengkung, kita boleh membahagikan rantau itu
kepada beberapa jalur mencancang, kemudian jumlahkan luas semua jalur itu.

Dengan menggunakan kalkulator saintifik atau perisian komputer yang sesuai (contohnya
Riemann sum calculator), anggarkan luas yang dibatasi oleh lengkung y = x2 + 4 , paksi-x,
x=0 dan x= 4 bagi setiap Rajah 1 berikut.

y y
y=x +4 2 y = x2 + 4

x x
0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Rajah 1(i) Rajah 1(ii)

y
y = x2 + 4

x
0 1 2 3 4
Rajah 1(iii)

9
i)

10
ii)

11
iii)

b) (i) Hitungkan luas di bawah lengkung dengan menggunakan pengamiran.


12
(ii) Bandingkan jawapan b(i) dengan nilai-nilai yang diperoleh di (a). Seterusnya,
bincangkan rajah yang manakah menghasilkan luas anggaran terbaik.
(iii) Terangkan bagaimana anda boleh memperbaiki nilai di b(ii).

i) Hitungkan luas di bawah lengkung dengan menggunakan pengamiran


4

Luas = ∫ ydx
0

= ∫ ( x + 4 ) dx
2

[ ]
4
x3
= +4
3 0

[ ] [ ]
3 3
4 0
= +4 (4 ) −¿ + 4(0)
3 3

= 37.33unit 2

(ii) Bandingkan jawapan b(i) dengan nilai-nilai yang diperoleh di (a).


Seterusnya, bincangkan rajah yang manakah menghasilkan luas anggaran terbaik
SOALAN JAWAPAN
Jawapan Rajah 1(i) 33.5unit 2
Jawapan Rajah 1(ii) 41.5 unit 2
Jawapan Rajah 1(iii) 37.25unit 2
Jawapan b (i) 37.33unit 2

(iii) Terangkan bagaimana anda boleh memperbaiki nilai di b(ii).

= Kita dapat memperbaiki nilai di b(ii) dengan menambah bilangan jalur mencancang

13
BAHAGIAN 2

Sebentuk cincin emas dalam Rajah 2(a) mempunyai isi padu yang sama dengan bongkah yang
dijanakan apabila rantau berlorek dalam Rajah 2(b) dikisar melalui 360º pada paksi-x.

y
y

f ( x )=1 .2−5 x2
1

0 x
x
-0.2 0 0.2

Rajah 2 (b)

Rajah 2(a)

Cari

(a) isi padu emas yang diperlukan,

0.2 0.2

Isipadu = P ∫ 2
y dx−P ∫ 12 dx
−0.2 −0.2

0.2

=P ∫ ¿¿
−0.2

0.2 0.2

=P ∫ (1.44−12 x ¿ ¿ 2+25 x )dx−P ∫ 1 dx ¿


4

−0.2 −0.2

0.2
= P [ 1.44−12 x 2 +25 x 4 dx− p ]−0.2 −[ x ]0.2
−0.2

= 0.5152 p−0.4 p

=0.36191 cm3

14
(b) kos emas untuk cincin tersebut..

(Ketumpatan emas ialah 19.3 gcm-3. Dapatkan harga emas dari kedai emas)

(Ketumpatan emas =19 gcm−3.

Berat emas yang diperlukan = 19.3 x 0.36191 = 6.9849g

Harga 1g emas = RM 313.00

Kos emas untuk cincin tersebut = 313 x 6.9849 = RM 2,186.27

15
6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setelah terhasilnya tugasan ini. kita semua dapat mengetahui dan sedikit
sebanyak menambah pengetahuan am kita berkaitan dengan tajuk pengamiran yang merupakan
elemen penting dalam Kalkulus. Daripada tugasan ini kita dapat tahu beberapa jenis bentuk
soalan tentang pengamiran.

Berdasarkan tugasan ini, kita dapat tahu juga pengertian, konsep dan sejarah tentang
pengamiran. Tambahan pula, kita telah mengetahui betapa pentingnya untuk kita mempelajari
tajuk pengamiran ini. Hal ini kerana, seperti yang kita telah ketahui melalui rencana yang
dihasilkan, banyak terbitan dan kamiran telah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita bagi
membolehkan kita hidup dengan lebih selesa.

Selain itu, kita juga telah dapat melihat pelbagai bentuk soalan yang berkaitan dengan
pengamiran. Melalui tugasan laporan ini, guru pelatih seolah-olah memberikan soalan latih tubi
sebagai persediaan kepada kami untuk bersedia untuk lebih memahami dalam menentukan
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan akhir semester nanti.

Kesimpulannya, banyak maklumat yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung
penggunaan kamiran dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana kamiran dapat meningkatkan
kualiti dalam pelbagai perkara. Akhirnya, beberapa aspek yang penting saya peroleh berdasarkan
tajuk pengamiran ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika pengamiran memainkan peranan penting
dalam kehidupan kita sebagai contoh pengamiran ini banyak digunakan dalam bidang
kejuruteraan, pelayaran, sains, dan sebagainya

16
7.0 RUJUKAN

 Zaleha Ismail. (1995). Kalkulus. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.


 Azrulamri Zulkifli, Pengamiran. Diperolehi pada 25 Mac 2024 daripada
https://www.scribd.com/document/448549655/pengamiran
 CheguZam, Pengamiran- Matematik Tambahan Tingkatan 5. Diperolehi pada
26 Mac 2024 daripada
https://cheguzam.blogspot.com/2021/02/bab-3-pengamiran-matematik-
tambahan.html
 Nuramiraa, pengenalan pengamiran. Diperolehi pada 26 Mac 2024 daripada
https://nuramiraa07.blogspot.com/2017/08/pengenalanpengamiran.html
 Mohd Halim, Nota pengamiran. Diperolehi pada 26 Mac 2024 daripada
https://www.slideshare.net/MohdHalim2/nota-pengamiran
 Cikgu Kwee, Pengamiran. Diperolehi pada 26 Mac 2024 daripada
https;//spmmatematiktambahan.blog.onlinetuition.com.my/category/
pengamiran#google_vignette

17

Anda mungkin juga menyukai