Anda di halaman 1dari 12

PENILAIAN BERTERUSAN

LAPORAN SEMESTER 2 2023


MATEMATIK KOMPUTERAN II (UMC2122)
TAJUK : PENGAMIRAN

NAMA PENSYARAH : ZULEIKA BINTI ZULKARNAEN


KELAS : 1 DVM ISK
NAMA & NO. KP : 1. NUR ADRIEANA BATRISYA BT MOHD TERMIZI
040424-14-0338
2. NUR IZZAH ADLINA BT MOHD RUSLAN
040509-10-0300
2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 ABSTRAK 3

2.0 PENGENALAN 4-5

3.0 OBJEKTIF LAPORAN 6

4.0 PERNYATAAN MASALAH 7

5.0 PERBINCANGAN PENYELESAIAN MASALAH 8-9

6.0 RUMUSAN 10

7.0 RUJUKAN 11
3

1.0 ABSTRAK

Laporan ini dijalankan bagi mencari penyelesaian masalah yang berkaitan dengan luas
dan isipadu bagi sebuah garis atau lengkung menggunakan kaedah pengamiran. Dengan
laporan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada kami untuk mengetahui tentang luas dan
isipadu yang paling maksima yang diperlukan bagi memenuhi sesuatu ruang dengan
menggunakan pengamiran. Contohnya, dalam reka bentuk stadium, konsep pengkamiran
diaplikasikan bagi menentukan luas dan isipadu bawah kubah bagi memasukkan kerusi
dengan sebanyak yang mungkin. Bagi mencari luas di bawah sesuatu lengkungan, luas di
bawah lengkungan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan akan
ditambah atau dikamirkan sehingga mencapai jawapan terakhir. Objektif laporan ini untuk
mengenalpasti pemahaman konsep Matematik dan teknik pembelajaran yang betul.
Penggunaan ICT dan internet terutamanya penggunaan aplikasi Matematik seperti Symbolab,
GeoGebra dan sebagainya dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang isipadu menggunakan
kaedah pengamiran.
4

2.0 PENGENALAN

Pengamiran memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia dan


adalah penting bagi kita untuk menguasai ilmu mengenainya. Konsep pengkamiran telah
digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
kejuruteraan, fizik, seni bina, caj elektrik, nilai purata, dan lain-lain lagi.

   Di dalam bidang seni bina, pengkamiran digunakan oleh arkitek untuk menentukan
jumlah bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah bangunan. Contohnya, untuk
membina sebuah kubah, arkitek perlulah mengambil kira tentang jumlah bahan yang ingin
digunakan, berat kubah tersebut dan jenis struktur sokongan yang diperlukan bagi
memastikannya stabil. Kebanyakan bangunan yang dibina melibatkan pengaplikasian
pengkamiran seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang terpaksa berhadapan
dengan rintangan angin yang kuat. Pengamiran telah digunakan untuk mereka bentuk
bangunan yang kuat .

   Selain itu, bangunan Sydney Opera House adalah reka bentuk yang sangat luar biasa
yang terdiri daripada beberapa kepingan bola yang terkeluar. Banyak persamaan pembezaan
atau satu jenis kamiran telah diselesaikan dalam reka bentuk bangunan ini. Kegunaan lain
bagi kamiran termasuklah mencari kawasan dibawah permukaan melengkung, pusat masa,
anjakan dan halaju, aliran bendalir, model tingkah laku objek di bawah tekanan, kerja oleh
daya berubah-ubah dan banyak lagi.

   Proses pengkamiran juga penting dalam menentukan isipadu sebenar air yang
diperlukan untuk memenuhi kolam berendam di dalam sesebuah pameran yang diadakan di
zoo. Kolam renang yang berbeza-beza kedalaman dan sisinya yang tidak mempunyai bentuk
yang teratur adalah amat sukar untuk ditentukan beberapa banyak air diperlukan tanpa perlu
memperuntukan sejumlah wang yang banyak. Dengan mempelajari tajuk pengamiran,kita
boleh memcari isipadu revolusi pepejal dengan menggunakan sama ada kaedah cengkerang,
kaedah cekera atau kaedah washer.Ia selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa
kita sedari seperti untuk mengetahui isipadu tembikai, peluru dan sebagainya. Beberapa
konsep pengamiran digunakan untuk mengira kawasan di antara lengkung. Kebiasaannya, ia
5

digunakan untuk mengira luas kawasan rantau berlorek yang di sempadani, menerangkan
halaju dan parabola.

   Dalam bidang kejuruteraan, pengamiran digunaan oleh jurutera elektrik untuk


menentukan panjang sebenar kabel kuasa yang diperlukan untuk menyambung dua
pencawang. Oleh kerana kabel digantung diantara tiang, ia akan sentiasa melengkung.
Kalkulus membolehkan kuantiti yang tepat ditentukan dengan mudah dan cepat.

   Pengamiran juga turut memberikan sumbangan terhadap bidang fizik. Sebagai contoh,
apabila daya berbeza dengan kedudukan F (r), maka kita mesti mengambil langkah-langkah
kecil yang tidak terhingga, mengira kerja yang diperlukan untuk setiap langkah kecil, dan
menambah kesemuanya untuk mendapatkan jumlah kerja yang dilakukan.

   Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan kenderaan seperti kereta , jurutera


telah mengaplikasikan pengetahuan mengenai pengamiran untuk membuat penambahbaikkan
terhadap teknologi pengangkutan. Sebagai contoh, pada tahun 1950-an, kereta merupakan
mesin yang sangat cekap. Tiada sebarang alat keselamatan seperti beg udara, tali pinggang
keselamatan, anti-kunci berbuka dan sebagainya. Ralph Nader telah mendesak pengeluar
kereta supaya menghasilkan kereta yang lebih selamat dengan menganalisis data ujian
kemalangan dan bagaimana ia berkaitan dengan nilai purata fungsi dengan menggunakan
pengamiran. Melalui pengamiran, ia dapat diukur momen  rintangan badan berputar kepada
perubahan dalam gerakan dan mencipta teknologi untuk mengurangakan seperti ‘bumper’
kereta lembut dan lain-lain.

  Selain itu, Matematik  telah memainkan peranan penting demi mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang termasuk epidermiologi, genetic, statistik dan fisiologi. Terdapat juga
beberapa aplikasi kamiran epidermiologi seperti model penyakit pada zaman awal kanak-
kanak. Aplikasi kamiran juga berlaku dalam bidang perubatan termasuk kencing manis,
kanser, batuk kering, selsema, pengeluaran dan pengaliran darah.

Kesimpulannya, terang lagi bersuluh bahawa kalkulus yang terdiri daripada pengamiran dan
perbezaan sering digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia tanpa kita
sedari.
6

3.0 OBJEKTIF LAPORAN

 Melukis graf bagi garis lurus dan lengkung.


 Mencari nilai kamiran tentu bagi ungkapan algebra.
 Mencari luas di bawah sesuatu lengkung, tehad kepada satu lengkung.
 Mencari isipadu janaan apabila sesuatu lengkung dikisarkan pada paksi-x atau
paksi-y.
 Memahami konsep kamiran dalam kehidupan seharian
 Memahami konsep kamiran dapat digunakan dalam aplikasi yang telah diwujud di
internet seperti Symbolab, GeoGebra dan sebagainya.
7

4.0 PERNYATAAN MASALAH

1. Lengkapkan nilai y pada jadual yang disediakan mengikut persamaan dan julat yang
diberi.
2. Lukis graf dengan mengikut nilai-nilai pada jadual yang telah dilengkapkan dan skalar
yang diberikan.
(Dengan menggunakan aplikasi Matematik di internet)
3. Lorek rantau di bawah graf mengikut batas/had yang diberikan.
(Dengan menggunakan aplikasi Matematik di internet)
4. Cari luas bagi rantau yang dibatasi oleh nilai-nilai x yang diberikan.
(Tunjuk jalan kerja penyelesaian masalah)
5. Cari isipadu janaan apabila rantau yang dibatasi oleh nilai-nilai x atau y dan diputarkan
melalui 3600 pada paksi-x atau paksi-y.
(Tunjuk jalan kerja penyelesaian masalah)
6. Lampirkan gambar rajah isipadu janaan (3 Dimensi) menggunakan aplikasi Matematik di
internet.
Batas/had
Isipadu
Kumpulan Fungsi Jadual nilai & Skalar (Luas &
janaan
isipadu)

2 X 0 1 2 3 4 Paksi-y :
7 y =3 x Paksi-y
y 0≤ y≤3
8

5.0 PERBINCANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Fungsi : y 2=3 x

Jadual nilai : x 0 1 2 3 4
y 0 1.73 2.45 3 3.46

Lukisan graf dan lorekan rantau luas bawah graf:


https://www.symbolab.com/graphing-calculator

 (Guna aplikasi Symbolab)

Luas rantau :

[ ]
3 2 2 3
y y
∫ 3
dy =
3
0 0

¿ ( )
( 3 )3
3( 3)
−0

¿ 3 unit 2
9

Gambarajah isipadu :
https://www.geogebra.org/m/zBRtUVfR

 (Guna aplikasi GeoGebra)

Isipadu janaan :
y2
x=
3

( )
2 2
y
x=
3
4
2 y
x=
9
3 4
y
¿ π∫ dy
1 9

[ ]
5 3
y
¿π
45 0

¿π¿
27 unit 3
¿ π
5
10

6.0 RUMUSAN

Laporan Pengamiran ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang


mengaplikasikan dan mengadaptasikan Matematik dalam kehidupan seharian. Selepas
melakukan penyelidikan, menjawab soalan, melengkapkan jadual dan menyelesaikan
beberapa masalah, saya mendapati bahawa penggunaan Matematik adalah penting dalam
kehidupan seharian kita.

            Sebenarnya penggunaan pengamiran dalam kehidupan seharian sangat penting.


Banyak maklumat baru yang dapat kita peroleh dan ketahui. Contohnya, dengan kewujudan
kamiran kita dapat membentuk suatu acuan dalam pelbagai bentuk. Ia adalah suatu asas
dalam bidang pembuatan dan lukisan kejuruteraan yang berkait rapat dengan bidang yang
saya ceburi. Bukan itu sahaja, kita juga dapat meningkatkan kualiti dalam pelbagai perkara.
Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah saya ketahui berdasarkan tajuk kamiran ini.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pengamiran memainkan peranan penting dalam sesuatu bidang
pekerjaan seperti bidang kejuruteraan. Penggunaan teknologi aplikasi ICT juga banyak
membantu saya untuk menyiapkan laporan ini dalam menghasilkan graf dan gambarajah
dalam 3 dimensi di mana sukar untuk saya gambarkan.
11

7.0 RUJUKAN

 Chor, S. S. (2017). Matematik Tambahan Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Global


Mediastreet Sdn Bhd

 Ng, Seng How. (2018). UNIK & UNGGUL DI PASARAN : REVISI 360 : Matematik
Tambahan. Shah Alam : Pan Asia Publications Sdn. Bhd.

 Kho, Choong Quan. (2018). Matematik Tambahan TINGKATAN 5 KBSM. Petaling


Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

 https://www.symbolab.com/graphing-calculator

 https://www.geogebra.org/m/zBRtUVfR

Anda mungkin juga menyukai