Anda di halaman 1dari 3

2.

3 KEMUNCULAN GOLONGAN KELAS BAHARU

Revolusi Industri telah menyebabkan kemunculan golongan kelas-kelas baharu akibat


perubahan ekonomi yang membawa kepada perkembangan masyarakat di Eropah. Dalam
teori Marxism menyatakan bahawa selagi wujudnya konflik dalam sesuatu masyarakat,
selagi itu masyarakat tersebut akan terus mengalami perubahan untuk mencapai satu
bentuk masyarakat tanpa kelas1. Hal ini dapat dilihat pada tahap Feudalisme dalam
Historical Materialism. Salah satu faktor yang membawa kepada perubahan masyarakat ini
adalah Revolusi Industri. Sebelum wujudnya Revolusi Industri di Eropah, masyarakat hanya
terbahagi kepada golongan petani dan golongan bangsawan. Mereka lebih dikenali sebagai
golongan Barons (bangsawan dan pemilik tanah) dan Serf (petani). Serf bekerja sebagai
petani di tanah milik Barons. Namun begitu, konflik antara kedua-dua kelas ini masih wujud
pada era Feudalisme dan menyebabkan era ini terus merosot dan masyarakat bergerak ke
tahap seterusnya iaitu Kapitalisme. Pada tahap ini, aktiviti utama Pertanian pada tahap
Feudalisme telah berpindah ke aktiviti Perindustrian disebabkan oleh kewujudan kilang-
kilang pada zaman itu. Apabila Revolusi Industri bermula pada penghujung abad ke-18,
keuntungan dua kali ganda daripada aktiviti perindustrian tahap awal telah mendorong
penciptaan mesin baru dan pembangunan peralatan saintifik. Ini telah meningkatkan lagi
jumlah produk yang dihasilkan oleh perniagaan. Hal ini telah menyebabkan muncul kelas
baharu iaitu golongan Borjuis yang terdiri daripada masyarakat Kapitalis dan golongan
Proletariat iaitu golongan pekerja. Golongan Borjuis juga terbahagi kepada dua kelas iaitu
Kapitalis Industri yang menguasai kilang-kilang perusahaan dan Kapitalis Kewangan yang
memiliki bank-bank serta mengawal sistem kewangan. Merekalah yang telah mendominasi
masyarakat Proletariat pada masa ini. Namun begitu, golongan Proletariat yang ditindas
harus bekerja lebih masa dan bekerja lebih keras tetapi dibayar dengan upah yang sedikit
berbanding pengorbanan mereka. Disebabkan persaingan yang sengit antara dua kelas
masyarakat Kapitalis, kelas pekerja baharu telah wujud di antara Brojuis dan Proletariat yang
dipanggil Kelas Pertengahan. Mereka terdiri daripada pekerja-pekerja mahir seperti ahli
perbankan, pemilik kilang dan peguam. Mereka merupakan kelas pekerja yang menerima
latihan yang khusus berbanding pekerja Proletariat yang tidak menerima latihan khusus.
Namun begitu, disebabkan golongan Pertengahan ini juga berasa ditindas, mereka telah
bangkit dan juga menguasai politik pada abad ke-18 bagi membela nasib-nasib pekerja pada
zaman Kapitalisme hingga lahirnya zaman Komunisme di mana masyarakat tanpa kelas telah
wujud di Eropah dan hasil pengeluaran ekonomi telah dikongsi bersama-sama.

2.4 PERUBAHAN GAYA HIDUP

Revolusi Industri telah mengubah gaya hidup masyarakat di Eropah. Hal ini
disebabkan oleh kemajuan ekonomi di bandar-bandar mendorong anak-anak muda di
kampung halaman untuk berpindah ke kawasan bandar dan bekerja di sektor Perindustrian
bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan memperoleh hasil yang lebih besar berbanding
sektor ekonomi tradisional. Hal ini juga sekali gus memusnahkan industri kecil-kecilan
seperti pertanian kerana kebanyakan golongan muda telah bekerja di sektor perindustrian
seperti di kilang-kilang berbanding bekerja di sektor industri tradisional. Namun begitu,
suasan kehidupan di bandar yang dibanjiri dengan ramai penduduk telah menyebabkan
sosialisasi di Eropah telah merosot. Dengan pertambahan penduduk di bandar, gaya hidup
1
Nunes, R. (1995). Historical Materialism: Understanding and Changing the World. From Marx to Mao – and
After.
mereka juga telah berubah kerana berlakunya masalah sosial. Masalah-masalah sosial
seperti jenayah dan pelacuran telah berleluasa di Eropah malahan pelacur-pelacur juga
dibenarkan untuk mempunyai lesen untuk berniaga. Disebabkan oleh ini, hubungan
kekeluargaan antara penduduk di bandar dengan keluarga mereka yang berada di luar
bandar mula merosot akibat dua suasana kehidupan yang berbeza. Suasana kehidupan di
bandar yang lebih mencabar dari pelbagai aspek seperti ekonomi dan sosial berbanding
suasana kehidupan di luar bandar yang lebih tenang telah membawa kepada masalah sosial
antara masyarakat di Eropah. Ini juga berpunca daripada gaya hidup di Eropah yang
memerlukan masyarakat bandar untuk bersaing dengan sengit di antara satu sama lain
untuk mendapatkan pekerjaan dan kedudukan dalam masyarakat. Ini disebabkan oleh pada
era Revolusi Industri, status keturunan tidak menentukan kejayaan seseorang. Sebaliknya,
kejayaan individu tersebut ditentukan oleh kemahiran, bakat dan kekayaan yang dimiliki
olehnya. Disebabkan gaya hidup yang semakin mencabar, wanita yang dulunya hanya
bekerja di ladang-ladang dan kanak-kanak yang dulunya tinggal di rumah, telah dieksploitasi
oleh masyarakat untuk bekerja di kilang dan lombong selama berjam-jam. Ini telah
mengubah gaya hidup masyarakat bandar di Eropah di mana bukan sahaja lelaki harus
melakukan kerja-kerja berat, malahan wanita dan kanak-kanak juga perlu melakukan kerja-
kerja berat bagi menampung taraf hidup yang tinggi dengan upah yang sedikit.
References
Daud, R. (2023). Theories of Social Inequality (Part II) [Lecture notes] . Retrieved from ITEL
UMS.

Hussin, R. (2023). Beberapa Perspektif Pembangunan Ekonomi & Perindustrian [Powerpoint


slides]. Dicapai dari ITEL UMS: https://itel.ums.edu.my/course/view.php?id=20597
Masyarakat Industri [Powerpoint slides]. (2012, August 9). Retrieved from SlideShare:
https://www.slideshare.net/YatimanNormanja/14masyarakat-industri

Nunes, R. (1995). Historical Materialism: Understanding and Changing the World. From
Marx to Mao – and After, 1-28. Retrieved 29 12, 2023, from
https://www.marxists.org/history/erol/new-zealand/nunes-marx-mao/index.htm

Raja, S. S., & Letchumanan, A. (2016). Sejarah Dunia 1500-1955 (3rd ed.). Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

(Raja & Letchumanan, 2016)

Anda mungkin juga menyukai