Anda di halaman 1dari 14

KEFAHAMAN

BAHASA
MELAYU

Tim Infokerjaya
14
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu
CONTOH SOALAN
KEFAHAMAN BAHASA
MELAYU & JAWAPAN
Ini Bukan Soalan Bocor. Hanya Contoh Sahaja

Artikel : Membudayakan ‘Google’ di kalangan generasi ‘Y’


Artikel asal hasil nukilan : Feriz Omar

PENGGUNAAN teknologi yang salah akan mengundang kelahiran generasi


masa hadapan yang hanya berminat dengan hiburan semata-mata dan langsung
tidak menitik beratkan pembudayaan ilmu. Sebelum luka menjadi nanah,
sebelum nasi menjadi bubur adalah suatu tanggungjawab generasi X selaku
generasi semasa untuk memberi input positif kepada generasi Y melalui
pelbagai dorongan sihat agar mereka dapat membudayakan penggunaan
teknologi untuk menggali ilmu pengetahuan.

Membicarakan mengenai dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),


sudah pasti pemikiran kumpulan-kumpulan perintis ‘dunia tanpa sempadan’
yang mencetuskan kelahiran world wide web (www) pada era akhir 1980-an
dan awal 1990-an barang kali tidak menjangka pencapaian luar biasa dunia ICT
pada hari ini. Setelah hampir tiga dekad berlalu, dunia teknologi kini ternyata
sudah mencapai suatu dimensi baru.

Daripada hanya telefon ATUR, sambungan internet kaedah dial up,


permainan konsol dan laman-laman web yang statik lagi membosankan,
industri ICT berevolusi kepada telefon bimbit yang mempunyai kapasiti
melayari internet, sambungan internet jalur lebar, permainan konsol 3D dan
kini laman web multi fungsi (Web 2.0) seperti paparan berita terkini, forum,
blog, perkumpulan komuniti atas talian dan komunikasi video.Bagi kumpulan
generasi Y yang merangkumi kumpulan anak muda 18 tahun ke bawah, jargon
seperti Yahoo Messenger, Blogspot, Twitter, MySpace, Spacebook, PS3 dan
XBox barang kali bukan lagi sesuatu yang asing.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


2 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

Tak keterlaluan jika dikatakan, elemen-elemen sebegini bagai ‘santapan’ harian


anak-anak pasca abad ke-21. Melihat dari suatu sudut negatifnya, kita khuatir
jika fenomena teknologi yang bertali arus ini menjadi tanpa kawalan lantaran
melalaikan dan akhirnya, memudarat anak bangsa kita. Pengalaman saya
semasa mengendalikan program motivasi PMR di salah sebuah sekolah
menengah di Putrajaya pada Khamis, 2 Julai lalu seakan-akan mengiakan
keresahan saya.

Daripada penyelidikan dan pemantauan, kami dapati hampir 90 peratus pela-


jar memiliki telefon mudah alih sendiri. Rata-ratanya pula cenderung ke arah
perisian permainan PSP danPS3 terkini serta ‘ketagihan’ aplikasi Web 2.0
seperti Facebook. Statistik pula menunjukkan keputusan peperiksaan penggal
kedua menjunam berbanding dengan keputusan peperiksaan penggal
sebelumnya. Ia cuma bagi sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah sahaja.
Bagaimana agaknya jika diambil kira sekolah-sekolah yang lain?

Justeru, saya berharap langkah Kementerian Pelajaran menggubal sistem


pembelajaran negara tidak akan melupakan saranan agar perkembangan
teknologi terkini diterap penggunaannya kepada pelajar-pelajar dalam cara
yang positif iaitu mengundang kepada pemantapan dan pembudayaan ilmu.
Teknologi sekiranya sekadar diaplikasikan untuk berhibur, tentulah tidak
berfaedah. Sepatutnya, budaya menggunakan internet bagi tujuan
meng’google’ ilmu pengetahuan dan maklumat terkini perlu diutamakan.

Dengan jutaan laman web membanjiri dunia maya, teknologi perlu


dipergunakan semaksimum mungkin untuk kebaikan, menggali ilmu dan
informasi terkini di serata dunia. Dalam hal ini, kemampuan bahasa Inggeris
pelajar juga dapat ditingkatkan. Walaupun pembelajaran bahasa Inggeris melalui
penggunaan internet adalah kaedah pembelajaran yang dikira ‘santai’, namun ia
tidak boleh dianggap sebagai rutin ‘kebiasaan’ sehingga menjadikan generasi
Y ‘ketagih’ dan sanggup memberontak jika keinginan mereka untuk berinternet
tidak diturutkan.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 3
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

Seperkara lagi yang tidak boleh diabaikan adalah apabila internet disalah
gunakan untuk meng-Google maklumat yang sesat lagi terpesong. Justeru,
pemantauan ibu bapa dituntut untuk mendorong penggunaan Internet secara
betul dan tepat. Kerajaan, di sebalik istilah dunia tanpa sempadan, mungkin
boleh menilai kaedah untuk mewujudkan ‘sedikit sempadan’ dalam sistem
perkhidmatan jalur lebar negara supaya generasi Y tidak mudah terdedah
kepada perkongsian maklumat yang salah.

Natijah sebenar untuk melahirkan generasi kaya ilmu pengetahuan mungkin


tidak akan dapat direalisasikan jika teknologi tidak sampai ke semua
peringkat. Masalah kekangan kewangan ternyata masih wujud dan terus
menghalang anak-anak luar bandar mengecapi perkembangan informasi terkini
berbanding teman-teman di bandar. Bagi yang mampu memiliki perkhidmatan
jalur lebar mudah alih seperti perkhidmatan Celcom dan Maxis Broadband ada
kalanya berhadapan dengan keterbatasan capaian perhubungan kerana tiada
pencawang talian bukan sahaja di luar bandar malahan juga di sesetengah
kawasan di dalam bandar.

Untuk mengatasi isu ini, kerajaan perlu menimbangkan secara serius cadangan
yang sudah pun dilaksanakan di beberapa negara asing seperti Amerika
Syarikat dan Eropah yang menggunakan laluan elektrik sebagai sumber
capaian internet jalur lebar. Sudah pasti kos penggunaan jalur lebar melalui
laluan elektrik ini tidak perlu terlalu tinggi agar masyarakat luar bandar yang
kurang berkemampuan tidak ketinggalan.

1. Siapakah generasi ‘Y’ dimaksudkan oleh penulis ?

A. Golongan remaja masa kini


B. Golongan era moden abad ke 21
C. Golongan yang terdedah kepada perkembangan
jalur lebar
D. Golongan berumur 18 tahun ke bawah masa kini

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


4 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

2. Teknologi tidak salah malah ianya amat bermanfaat jika dimanfaatkan


ke arah kebaikan. Apakah bukan saranan penulis dalam isu ini ?

A. Ibu bapa harus mendorong anak-anak menggunakan


internet dengan cara yang betul
B. Kerajaan harus mengekang kebolehtembusan internet
ke semua laman sesawang dan mewujudkan sedikit
kekangan
C. Mengadakan sekatan kepada penggunaan internet
untuk hiburan seperti menyekat aktiviti di Facebook
dan Twitter
D. Penggunaan ‘Google’ dalam mencari ilmu
Pengetahuan harus diutamakan

3. Capaian internet di Malaysia boleh dikatakan belum mencakupi


keseluruhan kawasan dan kadangkala capaiannya terhad dan terlalu
perlahan. Apakah cadangan penulis dalam isu ini?

A. Wujudkan sistem capaian pantas dan percuma


kepada semua pengguna di kawasan pendalaman
B. Menimbang penggunaan laluan elektrik sebagai
sumber capaian internet jalur lebar
C. Menaiktaraf jaringan komunikasi secara kerap di
setiap kawasan dan daerah
D. Penyeliaan berkala oleh penyedia jalur lebar
untuk memastikan perkhidmatan sentiasa berada
pada tahap yang baik

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 5
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

4. Istilah ‘Dunia Tanpa Sempadan’ tidak seharusnya diaplikasi secara


menyeluruh. Penulis menyarankan agar diwujudkan ‘sedikit sempadan’
khusus bagi memelihara generasi ‘Y’ dari..

A. Pendedahan dan penerimaan maklumat


yang songsang
B. Terlalu menggunakan internet untuk mendapatkan
maklumat dan meninggalkan sumber teras seperti
perpustakaan dan naskah akhbar
C. Terdedah kepada maklumat yang melebihi kadar
kemampuan pemikiran mereka
D. Keliru dengan maklumat yang terlalu banyak

Artikel : Emas sebagai Alternatif pelaburan


Artikel asal hasil nukilan : Dato’ Salleh Majid

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan
diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas
di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80
seauns sehari.Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan
setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga
emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah
AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan


purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di
pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan
emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling
emas atau emas keping selain barang kemas.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


6 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun
harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas
bukannya sesuatu yang terkawal.Banyak kos perkhidmatan seperti insurans
diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh
diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan
tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga
semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian
dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang
mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama
penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga
emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas
bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa
ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih
lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan
mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini.
Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya
atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera,
berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila
inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan
negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej
rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan
Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap
duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas
naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan,

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 7
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap
minimum.Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan
diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh
melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling
emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options,
waran atau sijil pelaburan.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya


kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika,
daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu
mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan
harga.

5. Kenapakah pelaburan emas dianggap sesuatu yang amat


menguntungkan?

A. Tidak lagi mendapat kawalan harga dari amerika


B. Harganya yang sentiasa meningkat
C. Tidak perlukan modal yang tinggi kerana ianya
amat mudah diperolehi
D. Tiada kekangan, sesiapa sahaja boleh memiliki emas

6. Berdasarkan artikel di atas, harga emas dijual dengan harga


berbeza kerana..

A. Kualiti ukiran kedai emas


B. Kos perkhidmatan
C. Cukai gadaian yang tidak dimansuhkan
D. Campuran emas tiruan

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


8 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

7. Mengikut pandangan penulis, harga emas dunia dikaitkan dengan


faktor-faktor berikut kecuali :

A. Nilai wang Amerika yang menjadi pautan


kebanyakan negara di dunia
B. Kadar harga petroleum dunia
C. Pengawalan inflasi dunia yang melibatkan campur
tangan setiap negara dalam menangani masalah ini
D. Penyelarasan stok emas dunia secara keseluruhannya

8. Kenapa emas dianggap sebagai alternatif pelaburan yang selamat?

A. Harga dikawalselia oleh Bank Dunia


B. Emas senang diperolehi samaada dalam bentuk
jongkong, syilling mahupun melalui akaun pelaburan
di bank
C. Bebas dari pergolakan matawang dunia dan
pergolakan harganya sendiri
D. Sokongan kerajaan kepada pelaburan emas

Artikel : Langkah-Langkah Memajukan Industri Batik

Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan pakaian tradisional.


Lazimnya kain batik tersohor di pantai timur Malaysia seperti di Kelantan dan
Terengganu. Antara pakaian melayu yang popular ialah kain songket, baju
kebaya dan baju kurung. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
memajukan industri batik ini.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 9
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

Prakarsa yang pragmatik adalah dengan cara memberi bantuan modal dan
latihan kemahiran. Dengan cara ini, suntikan modal dapat disalurkan dengan
mudah. Pinjaman bank harus dipermudah kepada pengusaha supaya mereka
berasa selesa untuk memulakan perniagaan dalam industri ini. Pihak kerajaan
juga hendaklah mengadakan kursus kemahiran untuk memajukan industri ini.
Dengan cara ini bakal usahawan dapat belajar cara-cara untuk memajukan
industri ini. Pada dasarnya, kemahiran pengeluaran dan pengurusan dapat
ditingkatkan jika usaha ini dilakukan.

Langkah lain yang perlu dilakukan adalah dengan mengadakan pertandingan


rekaan batik kerana dengan pertandingan ini dapat memberi galakan kepada
kepada masyarakat umum daripada pelbagai peringkat umur. Pertandingan
ini boleh dijalankan oleh badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.
Badan kerajaan dan bukan kerajaan harus bijak mencari jalan dalam demi
mempertahankan khazanah ini luput di telan zaman.

Promosi dan iklan juga haruslah diperluas dan diperbanyakkan untuk


memperkenalkan kepada masyarakat dunia tentang corak batik, kualiti dan
lokasi untuk mendapatkannya. Promosi dan iklan boleh diadakan di media-
media massa. Misalnya dengan mengadakan forum bagi membincangkan
prospek kain batik. Oleh sebab itu setiap usaha perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.

Kesimpulannya, industri batik mempunyai potensi yang cerah jika


dikomersialkan. Akhir sekali dengan adanya usaha-usaha seperti ini kain
batik dapat bersaing dengan pakaian ternama di dunia serta setaraf dengan
jenama yang terkenal. Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


10 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

9. Dengan berpandukan artikel, antara berikut yang manakah pakaian


tersohor di negeri Kelantan dan Terengganu?

A. Kain Songket
B. Baju Kebaya
C. Baju Kurung
D. Kain Batik

10. Apakah maksud yang paling tepat bagi “prakarsa” dalam ayat
pertama perenggan kedua artikel ?

A. Iktibar
B. Kaedah
C. Inisiatif
D. Kerjasama

11. Siapakah yang bertanggungjawab mengadakan latihan kemahiran


kepada bakal pengusaha dan pengusaha batik?

A. Badan bukan kerajaan


B. Badan kerajaan
C. Penganjur bebas
D. Badan separa kerajaan

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 11
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

12. Yang manakah langkah-langkah memajukan industri batik tidak


dibincangkan dalam artikel ini?

A. Memberi bantuan modal kepada pengusaha batik


B. Menjalankan latihan kemahiran batik
C. Mengadakan pertandingan mereka corak batik
D. Memperbanyakkan iklan dan promosi corak songket

13. Pribahasa “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”


dalam petikan ditujukan kepada

A. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan


B. Pengusaha batik yang mereka corak batik
C. Pihak bank yang memberi pinjaman modal
D. Semua pihak yang ingin memajukan industri batik

14. Apakah harapan kepada industri batik jika dikomersialkan dengan


berkesan?

A. Dapat bersaing dengan pakaian ternama dunia


B. Dapat membawa nama Malaysia ke dunia luar
C. Dapat menarik pelancong ke Malaysia
D. Dapat menambah ekonomi negara

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


12 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
JAWAPAN &
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu
PENERANGAN KEFAHAMAN
BAHASA MELAYU

1. Jawapan : D. Golongan berumur 18 tahun ke bawah masa kini


Penerangan : Perenggan ketiga artikel

2. Jawapan : C. Mengadakan sekatan kepada penggunaan internet


untuk hiburan seperti menyekat aktiviti di Facebook dan Twitter
Penerangan : Pilihan C bukan saranan yang dibincangkan dalam artikel.

3. Jawapan : B. Menimbang penggunaan laluan elektrik sebagai


sumber capaian internet jalur lebar
Penerangan : Perenggan terakhir artikel

4. Jawapan : A. Pendedahan dan penerimaan maklumat


yang songsang
Penerangan : Perenggan kelapan artikel

5. Jawapan : B. Harganya yang sentiasa meningkat


Penerangan : Pilihan B lebih tepat.

6. Jawapan : B. Kos perkhidmatan


Penerangan : Perenggan kelapan artikel.

7. Jawapan : D. Penyelarasan stok emas dunia secara keseluruhannya


Penerangan : Pilihan D bukan pandangan penulis.

8. Jawapan : C. Bebas dari pergolakan matawang dunia dan


pergolakan harganya sendiri
Penerangan : Pilihan C lebih tepat.

9. Jawapan : D. Kain Batik


Penerangan : Perenggan pertama artikel

10. Jawapan : C. Inisiatif


Penerangan : Prakarna = inisiatif, daya usaha, ikhtiar

11. Jawapan : B. Badan kerajaan


Penerangan : Perenggan kedua artikel

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com 13
Bonus Seksyen : Kefahaman Bahasa Melayu

12. Jawapan : D. Memperbanyakkan iklan dan promosi corak songket


Penerangan : Artikel berkaitan batik, songket tidak dibincangkan dengan
khusus.

13. Jawapan : D. Semua pihak yang ingin memajukan industri batik


Penerangan : Pribahasa membawa maksud semua pihak sama ada
kerajaan, bukan kerajaan, dan pengusaha harus berusaha bersungguh-
sungguh untuk memajukan industri batik. Tanpa usaha bersungguh-
sungguh, tiada hasil yang membanggakan boleh dicapai.

14. Jawapan : Dapat bersaing dengan pakaian ternama dunia


Penerangan : Perenggan terakhir artikel.

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2020 sahaja


14 Copyright Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com

Anda mungkin juga menyukai