Anda di halaman 1dari 6

Slide 2

• Sebelum kita berbincang tentang pembersihan haid, murid-murid perlu tahu 5


fakta mengenai 'period'
Slide 3

• Haid adalah sebahagian dari sistem reproduktif wanita.


Setiap bulan, lapisan uterus menjadi tebal untuk persediaan menerima telur yang ter
senyawa jika wanita menjadi hamil.
• Haid berlaku apabila tubuh wanita mengeluarkan tisu yang tidak lagi diperlukannya.
• Tisu ini adalah dari uterus, di mana bayi (janin) akan membentuk
di dalam rahim wanita.
Slide 4

• Selepas itu, jika telur tidak disenyawakan, lapisan akan dikeluarkan


daripada tubuh sebagai darah melalui vagina dan proses ini dikenali sebagai haid.

Slide 5

• Apakah tempoh kitaran haid yang biasa?


Kitaran haid wanita adalah antara 21 hingga 45 hari dan bagi kebanyakan kami
ia biasanya 28 hari. Jadi janganlah risau kalau kitaran anda lebih panjang
atau pendek tempohnya.
• Setiap individu berbeza dan kitaran antara 21 hingga 45 hari dikira biasa atau normal.
Ia tidak sama dan tidak tetap terutamanya ketika zaman remaja
dan walaupun kebanyakkan wanita akhirnya mempunyai kitaran yang tetap ada
juga sesetengah yang tidak mempunyai kitaran tetap.

Slide 6

• Tempoh kitaran haid anda ialah jumlah bilangan hari dari hari pertama datang haid
sehingga kedatangan haid yang seterusnya.
• Secara umum, tempoh bagi satu kitaran haid yang penuh adalah 28 hari.
• Di dalam gambar rajah ini, haid berlaku dari hari 1 (pertama) sehingga hari ke-5 atau
mungkin sehingga 14 hari. Bagi pengiraan hari subur atau hari ovulasi pula, sedikit
mengelirukan tetapi tidaklah sulit untuk difahami.
• Untuk bermula, kami harus tentukan tempoh kitaran haid. Seterusnya daripada
angka tersebut (tempoh kitaran haid ini), tolak 14 hari dari akhir kitaran semasa anda
untuk menentukan anggaran hari anda ovulasi. Dengan menggunakan contoh di
gambah rajah ini, hari ovulasi akan berlaku lebih kurang dalam anggaran hari ke 11 -
15.
• Di sini ditekankan hari ovulasi / subur setiap individu mungkin berbeza bergantung
kepada tempoh kitaran haid masing-masing.
• Tip terbaik adalah untuk tandakan dalam kalendar sendiri supaya senang untuk
pantau kitaran haid masing masing.
• Untuk memudahkan fahaman semua, kami boleh mengira 14 hari selepas hari
terakhir tompokan haid. Lalu, minggu itu merupakan minggu ovulasi atau minggu
dimana sistem reproduktif kita paling subur.
• Ingin ditekankan lagi sekali disini, tempoh kitaran haid mahupun minggu ovulasi kita
semua berbeza dan tidak tetap.

Slide 7

• Tempoh pendarahan haid anda dalam lingkungan 1 hingga 14 hari.


• Sebenarnya, kita tidak kehilangan banyak darah semasa haid. Kehilangan darah yang
dialami cuma beberapa sudu atau paling banyak, separuh cawan sahaja.
Secara umumnya, aliran kita paling berat pada dua hari pertama. Namun ia akan
berkurangan pada hari-hari seterusnya.
• Warna darah haid pula akan bertukar daripada warna merah cerah ke warna coklat
atau merah gelap dan menjadi semakin kurang merah mengikut tempoh pendarahan
dan apabila aliran darah anda semakin perlahan.
• Murid-murid harus faham bahawa ia adalah biasa jika terdapat ketulan darah kecil
kerana lapisan dinding rahim / uterus. Ia terdiri daripada tisu-tisu yang dikeluarkan
bersama dengan darah haid
Slide 8

• Berikut merupakan 5 tips penting yang anda harus ketahui untuk membantu
anda ketika datang bulan.

Slide 9

• Pertama, Haid anda mungkin akan datang tanpa diduga. Bila tiba masanya, terimalah
dengan hati yang tenang dan jangan panik.
• Ini perkara fisiologi yang BIASA bagi seorang wanita.
• Kedua, Jika haid anda datang pada waktu dimana anda tiada akses ke
produk tuala wanita, tisu tandas boleh menjadi penyelamat anda dalam kecemasan
• Pemakaian tisu mungkin kurang selesa dan hanya boleh digunakan untuk jangka
masa pendek. Kita hendaklah menggantikannya dengan tuala wanita secepat
mungkin bagi mengelakkan kebocoran darah haid pada pakaian.

Slide 10

• Ketiga, jika haid anda datang ketika berada di sekolah tanpa diduga, dapatkan
pertolongan dari guru-guru atau jururawat sekolah. Biasanya mereka mempunyai
tuala wanita simpanan.
• Keempat, jika anda tidak rasa selesa atau sakit akibat haid, jumpalah doktor atau
ambil ubat tahan sakit atas nasihat doktor dan dengan pemantauan ibu bapa.
• Tip terakhir ialah sekiranya berlaku kebocoran haid pada pakaian, gunakan serbuk
penaik atau sodium bicarbonate untuk tanggalkan kesan darah pada pakaian.
Slide 11
• Sekarang, pelajar akan memahami kaedah-kaedah untukpengurusan kebersihan dan
kesihatan haid.
• Terdapat banyak produk di pasaran termasuk tampon, menstrual cup serta seluar
dalam haid yang boleh dicuci dan diguna semula tetapi antara yang paling popular
dalam kalangan wanita Malaysia adalah penggunaan tuala wanita.

Slide 12

• Dengan pelbagai pilihan, bagaimana pula untuk memilih tuala wanita yang sesuai?
Cara terbaik untuk mengurus haid adalah untuk milih tuala wanita yang bersesuaian
mengikut aliran haid kita.

• Bagi aliran berat pada awal datang bulan dan waktu tidur atau semalaman, saiz yang
terbaik adalah 35cm dan tuala wanita yang mengikut bentuk badan.

• Apabila pengaliran darah semakin kurang dan pada kadar sederhana, tuala
wanita bersaiz antara saiz 24cm dan 28cm bersesuaian.

• Manakala, apabila pengaliran sangat ringan atau hanya menpunyai sedikit sahaja
tompokan ataupun discaj keputihan, gunakan liners/panty liners pula.

Slide 13

• Sekarang kami akan belajar pula cara yang tepat untuk memakai tuala wanita

Slide 14

• Pertama sekali,
terdapat banyak jenis tuala wanita yang tersedia di pasaran, pilih yang sesuai
untuk keselesaan dan aliran.
• Buka balutan dan simpan pembalut untuk membungkus tuala wanita terpakai. Ini
juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
• Kemudian,
tanggalkan jalur kertas di bahagian belakang tuala wanita. Bahagian yang melekit
(sticky surface) harus melekat pada seluar dalam anda.

Slide 15

• Langkah seterusnya, lekat alas ke


bahagian tengah seluar dalam anda dan pastikan ia melekat kuat pada kain seluar
dalam.
• Berdiri, tarik seluar/gaun anda, dan periksa pakaian
anda. Pastikan anda berasa selesa.
• Akhir sekali,
jangan lupa mencuci tangan! Anda mungkin bersentuhan dengan bakteria semasa m
enukar pad anda.

Slide 16

• Mari kita belajar pula cara betul untuk membuang tuala wanita.

Slide 17

• Langkah pertama, tanggalkan tuala wanita dan gulungkannya.


• Langkah kedua, cuci alat sulit anda dan keringkan dengan tisu
tandas. Tukar tuala wanita dengan yang baharu dan bersih.

Slide 18

• Langkah ketiga, bungkuskan tuala wanita yang


telah digunakan dalam pembalut daripada tuala wanita baharu / surat khabar / tisu /
kertas.

Slide 19

• Selepas itu, buang ke dalam tong sanitari atau tong sampah.


• Akhir sekali, cuci tangan dengan sabun. Gunakan 10 Langkah mencuci tangan seperti
yang disarankan oleh WHO (World Health Organization) iaitu untuk basahi tangan
sepenuhnya, guna sabun secukupkan dan gosok celah jari, tapak dan belakang
tangan sekurang-kurangnya untuk 20 saat.

Slide 20

• Kebanyakkan tandas awam termasuk tandas di sekolah mempunyai tong sanitari


seperti dalam gambar. Jadi, sila menggunakannya untuk membuang tuala wanita
yang telah digunakan.
• Jangan sekali-kali buang sampah biasa atau tisu dalam tong sanitari ini. Tong sanitari
adalah khusus untuk pembuangan tuala wanita yang sudah digunakan sahaja.

Slide 21

Ini adalah lima perkara yang dilarang dalam pengurusan haid:


• Pertama, jangan buang tuala wanita terpakai tanpa membungkusnya. Jangan biar
darah haid pada tuala wanita ini terbuka dan terdedah begitu sahaja kerana tidak
bersih dan boleh mendedahkan orang lain dengan kuman bakteria yang mungkin
sedang membiak pada tuala wanita terpakai ini
• Kedua, jangan buang tuala wanita terpakai dalam mangkuk tandas. Walaupun
tuala wanita diperbuat daripada kapas, kapas yang menyerap air boleh bergumpal
dan menyebabkan tandas tersumbat!
• Ketiga, jangan buang tuala wanita terpakai di atas lantai tandas.

Slide 22

• Keempat, jangan buang pad terpakai begitu sahaja di atas tanah dan terakir sekali,
jangan buang tuala wanita terpakai ke dalam sungai.
• Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan pencemaran alam yang teruk pada
ekosistem kita yang akhirnya akan membinasakan kita kembali

Slide 24

• Kebanyakkan wanita mengalami beberapa cabaran ketika datangnya


haid dan sebelum datang bulan. Tetapi, jangan risau kerana ia adalah perkara biasa

Slide 25

• Ketika haid, otot dalam uterus mungkin berasa seperti ia tengah menguncup dan
menegang. Ada sesetengah yang mungkin mengalami kekejangan dan rasa berat
pada kawasan pelvis kita.
• Ada juga yang mengalami rasa loya atau seperti hendak muntah dan kelihatan pucat.
• Haid juga mungkin mengakibatkan cirit-birit atau mengeluarkan najis yang lembut.
• Keempat, haid juga boleh menjadi penyebab sakit di bahagian pelvis.
• Kelima ialah ada masa di mana sebahagian daripada kami yang mengalami haid yang
amat menyakitkan atau kekejangan yang kuat. Ini mungkin disebabkan tahap hormon
prostaglandin yang tinggi.

Slide 26

• Tadi kita telah membincangkan cabaran ketika haid. Tahukah anda bahawa ada pula
sesetengah kami yang mengalami cabaran atau tanda-tanda sebelum datang bulan.
• Pertama sekali, kita tiba-tiba selalu mengidam atau teringin nak makan sesuatu
makanan
• Kedua ialah sakit-sakit badan seperti sakit abdomen, kekejangan dansakit bawah
belakang.

Slide 27

• Ketiga, emosi kita berubah dan kami mungkin berasa stres atau marah.
• Keempat ialah sakit kepala
• Dan terakhir ialah tumbuh jerawat di muka.
• Jangan risau, ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam
badan dan adalah perkara biasa.
Slide 28

• Walaupun kami mungkin mengalami cabaran sebelum dan semasa haid, cabaran-
cabaran tersebut bukan sesuatu yang tidak dapat diatasi.

Slide 29

• Untuk elak senggugut teruk, letakkan pad pemanas atau heat pad di atas perut atau
bahagian bawah belakang tubuh.
• The kamomil pula dapat mengurangkan keresahan dan rasa mudah terganggu oleh
persekitaran.
• Selain itu, senaman ringan sangat efektif untuk mengelakkan diri daripada sakit yang
kronik dan mengurangkan rasa sakit kepala.

Slide 30

• Sementara itu, pengambilan ubat suplemen tambahan magnesium boleh


mengurangkan ketegangan saraf, perbahan mood dan perasaan resah.
• Akhirnya, ambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol tetapi hanya atas nasihat
doktor dan di bawah pemantauan ibu bapa anda.

Slide 31

• Slaid berikut akan membincangkan mitos-mitos mengenai haid.

Slide 39

• Adakah soalan yang hendak ditanyakan kepada guru-guru?

Slide 40

• Selain itu, Kotex turut mempunyai sebuah platform digital untuk pelajar belajar dan
mengenali leboh lanjut tentang akil baligh dan penjagaan kebersihan haid di
kotexshecanproject.com.
• Pelajar akan memanfaatkan laman web ini yang dibina dalam bentuk
permainan/game untuk membolehkan pelajar belajar dengan cara alternatif.
• Anda boleh mengimbas kod QR untuk melayari laman web Kotex SheCan Project dan
cuba sekarang!

Slide 41

• Jika terdapat sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan, sila hubungi kami di
kotexshecanproject@gmail.com.

Anda mungkin juga menyukai