Anda di halaman 1dari 1

Penjelasan

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci


Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas
Keguguran Kena Tahu!
Kehamilan Tips Hamil Penjagaan Kehamilan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir


Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group

Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/07/2023

Dilation and curettage atau prosedur D&C adalah


kaedah cuci rahim yang perlu dijalani oleh wanita
selepas keguguran. Tetapi kenapa ia perlu
dilakukan? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang


Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Memahami prosedur D&C


Dilation and curettage, atau lebih dikenali dengan
singkatan prosedur D&C adalah proses untuk
membuang tisu dalam rahim.

Iklan

Dalam bahasa yang lebih mudah, cuci rahim, akan


dilakukan doktor dengan melebarkan (dilation)
menggunakan alat yang dipanggil curette.

Ini untuk mendiagnosis dan merawat keadaan


rahim tertentu seperti pendarahan teruk.

Ia juga dilakukan untuk membersihkan lapisan


rahim selepas keguguran atau pengguguran
terjadi.

Untuk melakukan prosedur D&C, doktor akan


menggunakan alat kecil atau ubat bagi
membuka/melebarkan serviks – bahagian bawah
dan sempit pada rahim.

Kemudian alat pembedahan kuret (curette) untuk


membuang tisu rahim.

DilationandCurettage(D&C
Aproceduretotoscrapetheuterineliningfrominsidetheuterus

Doctorinsertsseriesofthickerareahchessessinto Thecorchieinsertedenrovonthecercessocanoabortne

Mengapa prosedur cuci rahim


perlu dilakukan?

Umumnya, prosedur ini dilakukan untuk


mendiagnosis atau merawat keadaan rahim.

1. Untuk mendiagnosis keadaan rahim

Doktor akan mengesyorkan jenis D&C yang


dipanggil persampelan endometrium untuk
mendiagnosis keadaan jika:

• Anda mengalami pendarahan rahim tidak


normal

• Anda mengalami pendarahan selepas


menopaus

• Doktor menemui sel-sel endometrium tidak


normal semasa pemeriksaan rutin untuk
kanser serviks

Bagi melakukan ujian ini, doktor akan mengumpul


sampel tisu daripada lapisan rahim (endometrium)
dan menghantarnya ke makmal untuk ujian.

Ujian yang dilakukan dapat memeriksa keadaan


seperti:

• Hiperplasia endometrium – keadaan


prakanser di mana lapisan rahim menjadi
terlalu tebal

• Polip rahim

• Kanser rahim

2. Cuci rahim untuk merawat keadaan


rahim

Semasa melakukan proses mencuci rahim, doktor


akan membuang seluruh kandungan daripada
dalam rahim dan bukannya sekadar tisu sampel
kecil.

Ia dilakukan untuk:

• Mengeluarkan tisu yang tertinggal pada


rahim selepas keguguran atau pengguguran
bagi mengelakkan jangkitan atau
pendarahan berat

• Menyingkirkan kehamilan molar. Keadaan ini


di mana tumor terbentuk di dalam rahim
dan bukannya kehamilan normal

• Merawat pendarahan berlebihan selepas


bersalin dengan mengeluarkan plasenta
yang masih berada dalam rahim

• Menyingkirkan polip serviks atau rahim – ia


biasanya tidak bersifat kanser (benign)

Doktor mungkin akan melakukan prosedur D&C ini


bersama prosedur perubatan lain yang disebut
histeroskopi.

Semasa ia dijalankan, doktor akan memasukkan


alat halus dengan cahaya dan kamera di hujung ke
dalam faraj dan melalui serviks untuk sampai ke
rahim.

Iklan

Doktor akan melihat paparan lapisan rahim pada


skrin dan mencatatkan kawasan yang kelihatan
tidak normal, memastikan tiada polip dan
mengambil sampel tisu jika diperlukan.

Ketika histeroskopi dilakukan, doktor juga akan


membuang polip rahim dan tumor fibroid.

Risiko cuci rahim yang perlu


diketahui

Selalunya, prosedur D&C adalah selamat dan


jarang berlaku komplikasi. Walau bagaimanapun,
terdapat risiko yang perlu anda ketahui.

Ini termasuk:

1. Rahim berlubang sebab cuci rahim

Lubang pada rahim (perforation of the uterus)


berlaku apabila alat kuret mencucuk lubang pada
rahim. Situasi ini lebih kerap terjadi pada wanita
yang baru hamil dan telah mengalami menopaus.

Kebanyakan lubang akan sembuh dengan sendiri.


Walau bagaimanapun, jika saluran darah atau
organ lain terjejas, prosedur kedua mungkin
diperlukan untuk memulihkannya.

2. Kerosakan pada serviks

Sekiranya pangkal rahim terkoyak semasa


prosedur D&C, doktor boleh memberikan tekanan
atau ubat untuk menghentikan pendarahan. Selain
itu, luka juga boleh ditutup dengan jahitan
(sutures).

3. Parut tisu pada dinding rahim

Umumnya, rawatan D&C jarang sekali untuk


menyebabkan pengembangan parut tisu pada
rahim.

Biasanya sindrom itu kerpa berlaku apabila


prosedur D&C dilakukan selepas keguguran atau
kelahiran.

Jika berlaku ia cenderung menyebabkan kitaran


haid tidak normal, tidak mengalami pendarahan
haid atau kitaran yang menyakitkan.

Di samping itu, wujud risiko keguguran dan


kemandulan pada masa akan datang.

Baca juga:

• Wanita Rahim Tinggi Susah Mengandung?


Ini Senarai Mitos Tentang Kedudukan
Uterus!

• Hey Ladies, 15 Simptom Ini Tanda Rahim


Anda TIDAK Sihat, Semak Sekarang!

4. Jangkitan

Terdapat kemungkinan untuk berlaku jangkitan


selepas proses cuci rahim, tetapi ia keadaan yang
jarang terjadi.

Iklan

Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan


segera jika selepas rawatan prosedur D&C anda
mengalami keadaan seperti:

• Pendarahan faraj cukup berat sehingga


anda perlu menukar pad setiap jam

• Demam

• Kekejangan berlangsung lebih dari 48 jam

• Kesakitan yang semakin teruk, bukannya


lebih baik

• Pelepasan berbau busuk dari faraj

Jangkaan selepas D&C

Jika anda berasa letih dan mengalami kekejangan


ringan selama satu atau dua hari selepas
prosedur, ia adalah situasi normal.

Pendarahan ringan adalah biasa selepas prosedur


D&C, jadi anda mungkin mahu memakai pad. Elak
daripada menggunakan tampon kerana boleh
menyebabkan jangkitan.

Walaupun tidak selesa, anda disarankan untuk


bangun dan bergerak secepat mungkin. Ini akan
menjadikan otot kuat dan membantu mengelakkan
pembekuan darah terbentuk pada kaki.

Anda seharusnya dapat meneruskan sebahagian


besar rutin harian 1 atau 2 hari selepas prosedur.

Walau bagaimanapun, doktor akan meminta anda


untuk tidak menggunakan tab mandi, meruang
faraj, atau melakukan hubungan seks sekurang-
kurangnya 3 hari dan mungkin lebih lama lagi.

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan


bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain.
Sertai Komuniti Kehamilan!
1.1k Hantaran 40k Ahli

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita


dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Usaha untuk hamil Trimester 1 2nd Trimester Tri

Tanya Doktor

Haid lewat
Anonymous · 2 minggu yang lepas

Hai doktor,saya nak tanya,sy masih belum datang


haid sehingga hari ini.bulan lepas 7/8/2023, bln ini
sudah lewat beberapa hari..adakah normal?pusingan
haid
Bacasy
Lagi
normally 28 hari.saya juga sudah buat test
pregnancy test,tp negatif.
5 29

confused
Anonymous · 1 bulan yang lepas

Hello, Doktor
buat seks 2 kali first 13/7 dan tak pancut dalam dan
seks ke 2, 21/7 pada masa yang sama tak pancut
dalam
Baca Lagi
dan 25/7 period macam biasa adakah
kemungkinan mengandung
9 18

Kehamilan
Anonymous · 2 bulan yang lepas

Boleh ke mengandung kalau pancut luar, perempuan


tak buka seluar hanya blowjob dan handjob sahaja
dan pancut tu jauh dari vagina dan tubuh.

30 52

Sertai komuniti

Kalkulator Tarikh Bersalin

Kaedah Pengiraan

Haid Terakhir

Hari pertama haid terakhir anda

27 Sep 2023

Panjang Kitaran

28

Kira

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan
nasihat perubatan, diagnosis atau
rawatan.

SUMBER RUJUKAN

SEJARAH

Adakah artikel ini bermanfaat?

ARTIKEL BERKAITAN

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9


Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Rahim Terbalik Tipiskan Peluang Untuk Hamil? Ini Yang


Perlu Anda Fahami…

Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang


paling dipercayai untuk membuat lebih banyak
keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih
sihat lagi bahagia.

Ikut kami

Info Kesihatan Alat Kesihatan

Informasi Hello Health

Terma dan Syarat Tentang Kami

Polisi Privasi Bio Eksklusif

Polisi Editorial Pengambilan

Polisi Pengiklanan Pengiklanan

Garis Panduan Komuniti Hubungi Kami

Lawati laman web Hello Health yang lain

Sampel Percuma & Bantal Perut Untuk 1


©2023 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara.
Ibu Hamil Menanti Anda
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan,
diagnosis atau rawatan.
Info Kesiha… Alat Kesih… Tanya Dok… Simpan

Anda mungkin juga menyukai