Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Pulau Redang Kod Sekolah: TBA 7016

1. Nama Guru MOMAHAD AZAHARI BIN ABDULLAH

2. Judul 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi 3. Bidang: Kaunseling


4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip
pendekatan pendidikan anak-anak. Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri
Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah
para nabi. Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet.

Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan
bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga
amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah
maklumat kepada para pembaca.

Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet.
Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip
mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’
serta banyak lagi.

Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan
menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu penulis juga ada
memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh
a.s.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengetengahkan cara untuk mendidik anak-anak mengikut kaedah yang di amalkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Dewasa kini, cabaran untuk mendidik anak-anak lebih mencabar seiring
dengan perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, buku ini memberi panduan kepada para
pembaca untuk mempraktikkan kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Oleh yang
demikian, ibu bapa harus bijak untuk memilih kaedah yang terbaik dalam mendidik anak-anak
bersesuaian dengan zaman kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kaedah yang dimuatkan dalam buku ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seorang guru. Hal
ini kerana, guru antara insan yang paling banyak berhadapan dengan anak-anak dalam jangka
masa yang agak panjang. Oleh yang demikian, kaedah-kaedah atau tips yang dikongsikan ini
dapat diaplikasikan di dalam kelas. Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan kaedah
yang dipraktikkan oleh Rasulullah dalam mendidik anak untuk mendirikan solat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
(MOHAMAD AZAHARI BIN ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai