Anda di halaman 1dari 1

Nujum Pak Belalang

Di sebuah desa di negeri Terang Bulan, ada seorang duda bernama Pak
Belalang. Pak Belalang bukan sahaja miskin, malah seorang pemalas. Pak
Belalang ada seorang anak bernama Belalang. Belalang lah yang diharapkan
untuk mencari nafkah. Walaupun masih kecil namun Belalang rajin bekerja.
Sepanjang hari Pak Belalang menghabiskan masanya dengan tidur sahaja. Soal
makan dan minumnya, terserah kepada Belalang. Belalang mencari nafkah
dengan bekerja membantu orang kampung.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri mereka
sedang melarikan kerbau kepunyaan orang kampung. Belalang mengekori
pencuri itu ke tempat persembunyian mereka. Kemudian , dia pulang dan
memberitahu bapanya. Tetapi Pak Belalang menyuruh Belalang untuk tidak
ikut campur. Belalang menjawab ‘’Saya tahu di mana kerbau itu
disembunyikan. Bagaimana kalau bapak menyamar jadi ahli nujum. Boleh saya
beritahu orang kampung , bapak pandai menilik. Sebaik saja kerbau itu
ditemui, tentu kita akan dapat upah yang lumayan!’’ ‘’Ya tak ya juga,’’kata Pak
Belalang.
Keesokan harinya, orang kampung heboh dengan kehilangan kerbau mereka.
Mereka mengadu kepada penghulu. Kebetulan ketika itu Belalang ada di situ.
‘’Bapak saya pandai menilik. Tentu dia boleh tolong carikan kerbau itu.’’ Kata
Belalang . ‘’Betulkah ?’’ tanya penghulu. ‘’Kalau begitu mari kita jumpai dia.’’
Mereka beramai-ramai menuju rumah pak Belalang.

Anda mungkin juga menyukai