Anda di halaman 1dari 4

SKRIP CERITA TAHAP SATU SKAB 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,

Kawan-kawan nak dengar cerita saya..tentu nak dengarkan...

Cerita saya berjudul 'Tuah Pak Malau'.

Pada zaman dahulu ada sebuah kampung bernama Kampung Tunggal. Di

kampung itu tinggal seorang lelaki bernama Pak Malau.Pak Malau selalu ditipu

dan dipermain-mainkan oleh orang-orang kampungnya.

Suatu hari, Pak Malau sedang berjalan-jalan di kampungnya. Dia bertemu

dengan Pak Bulat. Dia bertanya kepada Pak Bulat, ke mana Pak Bulat ingin

pergi. Pak Bulat memberitahu Pak Malau bahawa dia ingin pergi kenduri rumah

Pak Lebai di hujung kampung.

Kebetulan pada masa itu perut Pak Malau terasa lapar lalu dia bertanya

sekali lagi kepada Pak Bulat. Bolehkah dia mengikut Pak Bulat pergi kenduri

rumah Pak Lebai. Pak Bulat tidak keberatan, dia membenarkan Pak Malau

mengikutnya. Tetapi, Pak Bulat meminta Pak Malau mengikutnya dari belakang.

Sebenarnya, kawan-kawan. Pak Bulat tidak suka Pak Malau mengikutnya.

Dia takut akan dapat makanan yang sedikit sahaja jika Pak Malau mengikutnya.

Jadi, Pak Bulat memikirkan apakah muslihat untuk menipu Pak Malau.

1
Haaa, akhirnya Pak Bulat mendapat satu idea. Aduh...aduh...sakitnya

perutku, Pak Malau tolong! tolong! Pak Bulat meminta Pak Malau mencarikan

ubat untuknya.

Pak Malau berasa kasihan melihat kesakitan Pak Bulat. Dia meminta Pak

Bulat berehat di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas itu, Pak Malau

segera pergi mencari ubat pokok duri di kampung seberang seperti yang

disuruh oleh Pak Bulat.

Pak Bulat ketawa besar. Selepas Pak Malau pergi mencari ubat, Pak Bulat

segera pergi kenduri rumah Pak Lebai.

"Hmm... Pak Malau Pak Malau. Mudah sangat dipermainkan orang.

Setelah menemui ubat yang dicari, Pak Malau tergesa-gesa mendapatkan

Pak Bulat. Dia terkejut apabila melihat Pak Bulat tiada lagi di situ. Barulah Pak

Malau tahu dia telah ditipu dan dipermainkan.

"Tak mengapalah, aku akan pergi sendiri kenduri rumah Pak Lebai. Keluh Pak

Malau sendirian dengan nada kesal.

Kawan-kawan, nak tahu lagi apa yang berlaku pada Pak Malau seterusnya,

Di pertengahan jalan menuju ke rumah Pak Lebai, Pak Malau bertemu

dengan Wak Karju. Wak Karju sedang memikul setandan pisang. Pak Malau

meminta sebiji pisang daripada Wak Karju kerana perutnya sakit menahan

lapar.

2
Tetapi kawan-kawan, kasihan Pak Malau. Wak Karju tidak memberikan

sebiji pisang kepada Pak Malau yang sedang kelaparan. Sebaliknya, kawan-

kawan. Wak Karju memberikan syarat kepada Pak Malau . Jika dia ingin makan

sebiji pisang. Pak Malau harus memikul pisang yang dibawa oleh Wak Karju ke

rumahnya.

Setelah hampir sampai ke rumahnya, Wak Karju meminta Pak Malau

meletakkan pisang itu. Sekali lagi, Wak Karju meminta Pak Malau pergi ke

dalam hutan. Dia meminta Pak Malau mencari sebua gua dan tunggu di situ.

Wak Karju memberitahu Pak Malau, bahawa dia akan bawa pisang itu ke gua

sekejap lagi.

Pak Malau segera ke dalam hutan mencari-cari gua itu. Setelah, Pak

Malau beredar. Wak Karju segera membawa pisangya pulang ke rumahnya.

Pak Malau mencari-cari gua di dalam hutan. Tidak lama kemudian dia

ternampak sebuah gua. "Ha! Ha! Itu guanya. Baik aku tunggu di gua itu," kata

Pak Malau. Pak Malau menunggu dan terus menunggu tetapi bayang Wak Karju

tidak muncul-muncul jua.

Kasihan Pak Malau, tahulah Pak Malau dia sudah ditipu sekali lagi. Pak

Malau berasa sungguh sedih. Perutnya terasa begitu lapar. Dia duduk di atas

sebatang tunggul kayu. Kakinya menendang-nendang tanah. Tiba-tiba kakinya

terasa sakit tersepak satu benda yang keras.

3
"Eh! Apa pula ini?" kata Pak Malau. Pak Malau segera menggali tanah di

gua itu. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah peti besi yang besar.

"Wah! Apa agaknya yang ada di dalam peti besi itu ya..kawan-kawan.

Pak Malau segera buka peti besi itu. Alangkah terkejutnya Pak Malau

apabila melihat banyak wang emas di dalam peti besi itu. Pak Malau berasa

sangat gembira. Dia segera membawa pulang wang emas itu.

Sejak hari itu, Pak Malau hidup senang dan tidak lagi dipermainkan oleh

orang-orang kampung. Mereka juga amat menghormatinya. Pak Malau yang

bertuah itu digelar Orang Kaya Pak Malau.

Haa..kawan-kawan, tahu apa pengajaran dari cerita saya tadi.

Kita tidak sepatutnya mempermainkan orang lain. Orang yang sabar pasti

mendapat balasan yang baik.

Sekian sahaja...moga kita jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai