Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA AKTIVITI

MERENTAS HUTAN (TREKKING)


TAMAN NEGARA PULAU PINANG
ANJURAN :
KELAB PELANCONGAN (K3P)

TEMPAT:
TAMAN NEGARA PULAU PINANG

TARIKH:
04/8/2018 (SABTU)

1
1.0 Pendahuluan

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan,


banyak pengalaman”, maka Kelab Pelancongan (K3P) Sekolah Menengah
Kebangsaan Keladi telah bercadang untuk mengadakan aktiviti merentas
hutan (jungle trekking) di Taman Negara Pulau Pinang. Program ini
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid untuk melatih
diri agar tidak mudah berputus asa, memberikan kecergasan dan stamina
kepada diri murid serta memupuk semangat bekerjasama antara satu sama
lain. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil
inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam memberikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.

2.0 Rasional

Selaras dengan hasrat Kelab Pelancongan, maka program ini diadakan


untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid. Melalui
aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk memasuki pertandingan,
kejohanan serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan
lebih tinggi dan mempunyai semangat juang yang kuat. Seterusnya, stamina
dan kecergasan mereka akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka
masa depan yang lebih baik.

2
3.0 Objektif

1. Diharapkan program ini dapat menguji kecergasan mental dan fizikal para
peserta.
2. Sebagai landasan kepada murid untuk membina keyakinan diri melalui
aktiviti luar yang disertai.
3. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
4. Dapat memupuk semangat bekerjasama, tolong menolong, semangat setia
kawan antara satu sama lain.
5. Dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan peserta.

4.0 Destinasi
Taman Negara Pulau Pinang

5.0 Perlaksanaan Aktiviti


Tarikh : 04. 08. 2018
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

6.0 Penyertaan (Kumpulan Sasaran)

6.1. 35 orang murid serta 5 guru pengiring.


6.2 Senarai Nama Peserta - Rujuk Lampiran
6.3 Senarai Guru Pengiring – Rujuk Lampiran

7.0 Cadangan Aktiviti

Peserta akan meneroka hutan dengan berjalan kaki selama lebih


kurang 2 jam yang akan dipandu oleh dua juru pandu yang berpengalaman
daripada pihak berkuasa Taman Negara Pulau Pinang. Perjalanan akan
bermula di pintu masuk Taman Negara dan akan berakhir di Pantai
Kerachut. Dalam perjalanan ini peserta akan melalui pantai, kawasan
berbatu, kawasan berair dan perlu menuruni lurah dan memanjat bukit.
Peserta juga dikehendaki membawa baju hujan ekoran cuaca yang tidak
menentu pada masa sekarang. Selepas itu peserta akan menaiki bot ke
pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang.

3
8.0 Belanjawan

Belanjawan Kewangan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Bas 1 X RM 600.00 RM 600 .00
2. Jurupandu 2 x RM75.00 RM 150.00
3. Bot 4 x RM 100.00 RM 400.00
4. Makanan 35 x RM 7.00 RM 245.00
5. Air Mineral 3 x RM 15.00 RM 45.00
6. Runcit RM 50.00 RM 35.00
Jumlah RM 1475. 00

Sumber Kewangan

Peruntukan Sekolah

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Sumbangan luar 36 X RM25.00 RM 875.00
2. Peruntukan Kewangan Kokurikulum RM 300.00 RM 300 .00
3. PIBG RM 300.00 RM 300.00
4.
JUMLAH RM 1475.00

9.0 Tentatif Program

HARI Sabtu 04/08/2018


7.00 am : Bertolak dari SMK Keladi
9.00 am : Tiba di Taman Negara
9.15 am : Taklimat keselamatan
9.30 am : Trekking ke Pantai Kerachut
11.30 pm : Melawat Pusat Konversasi Penyu
12.30 pm : Menaiki bot ke ‘Monkey Beach’
1.00 pm : Makan Tengahari/Solat
2.00 pm : Free & Easy
2.30 pm : Bertolak balik ke Pintu Taman Negara menaiki bot
3.00 pm : Berkumpul di Pintu Taman Negara
3.15 pm : Bertolak ke Masjid Terapung Tanjung Bunga
4.00 pm : Bertolak ke Padang Kota/Esplanade
5.30 pm : Bertolak pulang ke SMK Keladi
7.00 pm : Dijangka tiba di SMK Keladi

4
10.0 Penutup

Semoga program ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada


semua murid yang terlibat dan diharapkan objektif yang telah disenaraikan
dapat dicapai. Kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak pentadbir
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

( NURUL AINI HAYATI BINTI AZIZAN )


Guru Penasihat Kelab Pelancongan & Kebudayaan,
SMK Keladi.
09000 Kulim,
Kedah

1. Ulasan Penolong Kanan Kokurikulum:

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………..
(MAHANI BINTI ZAKARIA)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Keladi.
2. Ulasan Tuan Pengetua :

…………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………..

Diluluskan / tidak diluluskan

………………………………………………………
(AHMAD BAHARUDIN BIN MAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi,
09000 Kulim
Kedah Darul Aman.

5
6

Anda mungkin juga menyukai