Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara

ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa. Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

STEVIA

Nama Tempatan Nama Saintifik Nama Lain

: Stevia : Stevia Rebaudiana : Teh Manis,Sweet Leaf Of Paraguay, Caa-He-, Kaa Jhe, CaA-Jhei, Ca-A-Yupi,Azucacaa, Eira-Caa, Sinonim: Eupatorium Rebaudianum Capim Doce, Erva Doce, Sweet-Herb, Honey Yerba, Honeyleaf, Yaa Waan, Candy Leaf, Sugarleaf

Family Asal

: Astereacea : Paraguay

Klafikasi Saintifik

Kingdom : Plantae Division : Magnoliophyta Class Order Family Genus : Magnoliopsida : Asterales : Asteraceae : Stevia

Pengenalan :

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di mana Stevia di tanam ?

Pada mulanya stevia tumbuh secara meliar di dataran tinggi terutamanya di Utara Paraguay dan Selatan Brazil. Ia kemudiannya ditanam untuk digunakan sebagai pemanis sehingga tebu diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis.

Walau bagaimanapun, penggunaan stevia di kebanyakan negara telah dihadkan. Sebagai contoh, pada 1990-an, Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan stevia kecuali yang telah dilabelkan sebagai suplemen. Kini, Amerika dan Kanada telah menjadikan stevia sebagai dietary suplemen, tetapi bukan sebagai makanan tambahan. Selain itu, pemanis stevia juga telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1971 oleh syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri makanan di Asia Timur termasuk China (sejak 1984), Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia, sehingga Amerika Selatan, Eropah, India, Ukraine dan Amerika Utara.

Kegunaan :

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay bernama Moises S. Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke 19. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Dipercayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan. Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol.steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung.Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah, ia juga menstabilkan degupan jantung.Kajian tentang ini telah dilakukan pada tahun 1978 terhadap tikus. Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan Jepun telah menggunakan Stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun. Jepun merupakan pengguna yang paling besar didunia dan Stevia digunakan untuk memaniskan hampir kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Syarikat besar seperti Coca Cola juga menggunakan ekstrak Stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan negara-negara lain dimana Stevia merupakan pemanis yang diluluskan.

Walaubagaimanapun di A.S , stevia merupakan bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mudah difahami, kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana, dan nilai yang bukan sedikit dalam pengeluaran pemanis tiruan tersebut.

Antara ciri-ciri Stevia ialah: 1.Pemanis Semulajadi 2.Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah. 3.Melawaskan Kencing 4.Menurunkan Tekanan Darah. 5.Membunuh Bakteria 6.Membunuh Kulat 7.Membunuh Virus 8.Mengurangkan Keradangan 9.Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan. Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan Stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Perniagaan ini di pilih atas sebab- sebab berikut 1. Memajukan dan mengurangkan kawasan tanah terbiar supaya dapat memberi pulangan pendapatan yang baik. 2. Dengan pengetahuan dan kesedaran penduduk Malaysia tentang produk stevia telah dilihat sebagai peluang meningkatkan permintaan terhadap produk stevia. 3. produk ini mampu menggantikan gula sebagai pemanis dalam makanan, minuman dan lain-lain. 4. Menyahut seruan kerajaan yang sedang menggiatkan bidang pertanian dan hasil hilirannya. 5. Tanaman stevia yang hanya menggunakan bahan organik tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dapat membantu menggurangkan pencemaran alam sekitar. 2.0 OBJEKTIF /TUJUAN KERTAS KERJA Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan pernacangan perniagaan Stevia yang meliputi aspek pengurusan ,pemasaran ,pentadbiran dan kewangan syarikat kepada pihak MARDI dan seterusnya memohon pembiayaan RM 300,000.00( Ringgit Malaysia :Tiga Ratus Ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun dan Stevia Entprise turut memohon tempoh bernafas selama 12 bulan . Kos pelabyran projek adalah sebanyak RM330,000.00 di mana sebanyak RM 30,000.00 dibiayai dengan wang pemilik sendiri sementara baki RM 300,000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini.

Pengiraan pembiayaan Nilai pembiayaan : rm 300,000.00 Kadar keuntungan :5 % setahun Keuntungan pembiayaan :rm 300000

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK/ RAKAN KONGSI

NAMA JAWATAN ALAMAT TETAP NO. TELEFON

: MOHD SYAZWAN BIN ABD RAZAK : PENGURUS : LOT 1316, BELAKANG SEK KEB KOR 16010 KOTA BHARU, KELANTAN : 0145005539

NO KAD PENGENALAN: 881001-03-5655 TARIKH LAHIR UMUR BANGSA / AGAMA : 1 OKTOBER 1988 : 23 : MELAYU/ISLAM

TARAF PERKAHWINAN : BUJANG KELULUSAN AKEDEMIK : DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN

NAMA JAWATAN ALAMAT TETAP NO. TELEFON

: AZMI BIN ISMAIL : PENGURUS PEMASARAN : LOT 96, KG SABAK, 16100 KOTA BHARU KELANTAN : 014 - 5144922

NO KAD PENGENALAN: 840603 03 - 5061 TARIKH LAHIR UMUR : 03 JUN 1984 : 27

BANGSA / AGAMA

: MELAYU/ISLAM

TARAF PERKAHWINAN: BUJANG KELULUSAN AKEDEMIK : DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN

NAMA JAWATAN ALAMAT TETAP

: MUHAMAD REZUAN BIN IZAM : PENGURUS KEWANGAN : NO 54 JALAN UTAMA PADANG JAYA 1, JAYA GADING 26070 KUANTAN PAHANG

NO. TELEFON

: 014-8039954

NO KAD PENGENALAN: 910213-06-5493 TARIKH LAHIR UMUR BANGSA / AGAMA : 13 FEBRUARI 1991 : 21 : MELAYU/ISLAM

TARAF PERKAHWINAN: BUJANG KELULUSAN AKEDEMIK : DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN

NAMA JAWATAN ALAMAT TETAP

: MUHAMMAD AMIRUL HAFFIZI BIN MOHD RASID : PENGURUS LADANG : NO 276, FELDA SELANCAR 03, 26700 MUADZAM SHAH PAHANG DARUL MAKMUR

NO. TELEFON

: 019-7887303

NO KAD PENGENALAN: 910204-08-5169 TARIKH LAHIR UMUR : 04 FEBUARI 1991 : 21

BANGSA / AGAMA

: MELAYU /ISLAM

TARAF PERKAHWINAN : BUJANG KELULUSAN AKEDEMIK : DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN

5.0 VISI, MISI dan OBJEKTIF PERNIAGAAN 5.1.1 VISI Menjana pertumbuhan bidang pertanian bertaraf komersial

5.1.2 MISI a. Menjadi peneraju kepada tanaman hiliran b.Meningkatkan tanaman dan hasil hiliran pertanian

5.1.3 Objektif perniagaan a. Menjadi peneraju makan yang berkhasiat b. Meningkatkan keluasan tanaman dari 3 hektar dalam masa 2 tahun c. Menyahut seruan kerajaan untuk menumpu dan meningkatkan hasil pertanian

6.0 SKOP PERNIAGAAN 6.1 Aktiviti Perniagaan Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniagaan adalah : Pertanian Pembekalan /Pengedaran Perkhidmatan

6.2 Perkhidmatan Jenis jenis perniagaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

6.2.1 Menanam ,menjual dan mengeluarkan hasil stevia 6.2.2 membekal benih stevia

6.3 Potensi perniagaan 6.3.1

7.0 ASPEK PENGURUSAN 7.1 Struktur Organisasi struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entity perniagaan dan ianya meliputi beberapa fungsi . Antara struktur organisasi adalah seperti berikut :

PENGURUS

BAHAGIAN PEMASARAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

BAHAGIAN TEKNIKAL & OPERASI

7.2 Fungsi dan tanggungjawab Pengurusan terbahagi kepada tiga bahagian antaranya ialah bahagian pemasaran ,bahagian pentadbiran & kewangan dan bahagian teknikal dan operasi. 7.2.1 Pengurus Besar
Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku. Pengurus besar juaga perlu berurusan dengan pihak luar antaranya Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, PPK dan LPP untuk mendapat maklumat teknikal ,pemasaran,dan khidmat nasihat.

7.2.2 Bahagian Pemasaran

Membangunkan rangkaian pasaran dalam negeri dan juga membina hubungan baik dengan pengguna atau wakil penjual setiap negeri. Mengadakan pameran tentang produk stevia untuk setiap negeri. Mengadakan risikan pasaran terutama mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran stevia , kelebihan-kelebihan pesaing di negara lain dan mencadangkan penambahbaikan keatas pemasaran yang sedia ada. Memperkenalkan industri stevia sebagai produk pelancongan Negara. Membangunkan system teknologi maklumat untuk urusan perhubungan dan pertukaran maklumat dalam urusan kerja.

7.2.3 Bahagian Pentadbiran & kewangan


Merancang, memastikan dan menyelaras keseragaman sistem pentadbiran di pejabat , mengumpul dan menganalisa data pentadbiran yang dikemukakan oleh Negeri dan memastikan pematuhan dasar,peraturan dan prosedur pentadbiran yang berkuatkuasa serta arahan-arahan Pengurusan Atasan.

7.2.4 BAHAGIAN PERLADANGAN Berperanan meningkatkan produktiviti pengeluaran stevia dengan memperluaskan kawasan penanaman stevia di kawasan baru dan mengekalkan tanaman stevia di kawasan sedia ada. Membangunkan industri penanaman stevia ke arah pengeluaran terbesar di Malaysia seterusnya keperingkat antarabangsa. Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar, Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran , Mempertingkatkan pemindahan teknologi di sepanjang rantaian bekalan .Selain itu bahagian perladagan perlu berhubungan dengan pihak yang mahir antaranya :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Jabatan Pertanian Lembaga Pertubuhan Peladang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Agrobank Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak FELDA

Anda mungkin juga menyukai