Anda di halaman 1dari 1

Dapatan Kajian

Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian a) Menyediakan peluang pekerjaan


- Perniagaan runcit pasar malam seperti ini, dapat membuka peluang pekerjaan yang luas kepada golongan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, lebihlebih lagi mereka yang mempunyai modal yang kecil.

b) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan


- Dengan adanya perniagaan runcit pasar malam ini, barangan keperluan harian lebih mudah untuk didapati. Dimana, penduduk setempat tidak perlu ke pasaraya besar untuk mendapatkan keperluan harian.

c) Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk


- Barangan jualan pengusaha di kawasan tersebut dijual kepada penduduk setempat, maka, hasil daripada kegiatan ekonomi tersebut digunakan untuk menyara kehidupan.

d) Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan


- Barang-barang yang diusahakan secara tempatan dapat dipasarkan dalam negara, dan seterusnya dapat dikomersialkan ke luar negara jika mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebagai penduduk Taman Shamelin, saya rasa besyukur kerana kawasan ini telah didedahkan dengan perniagaan runcit pasar malam.

Anda mungkin juga menyukai