Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

______________________________

LETAT CARBOOT SALE


________________________________
TEMPAT :
TEMPAT LETAK KERETA,
BANDAR LETAT.

TARIKH :
SETIAP HARI SABTU
JANUARI 2022 – DISEMBER 2022

MASA :
5 PETANG HINGGA 10 MALAM

ANJURAN:
GSY EMPIRE ENTREPRISE
(No. Pendaftaran : R42300/2020)
1. PENGENALAN

Flea Market atau Pasar Karat adalah satu lagi aktiviti pemasaran yang kini menjadi
trend di negara kita. Apakah dia pasar karat?. Nama pasar karat ini dari dua patah perkataan
iaitu 'PASAR' yang bermakna tempat jual beli dan 'KARAT' iaitu jualan barang-barang lama
atau barang-barang antik (Besi lama selalunya karat). Pasar Karat banyak di dapati
dibandarbandar besar di seluruh dunia dan di Malaysia kita boleh persi pasar karat di bandar
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh (Banyak Barang Antik), Kota
Kinabalu dan banyak lagi bandar lain diseluruh negara. Konsep perniagaan pasar karat
adalah berasaskan kepada jualan barangan terpakai, barang lama, barang antik, barang
hiasan dan sebagainya. Secara amnya, Flea Market atau Pasar Karat hanya menjual barang
yang terpakai sahaja. Penjual di Flea Market kebanyakannya adalah bukan sepenuh masa
(Part time) sahaja dan hanya sebahagian kecil sahaja yang merupakan perniagaan tetap.

2. RASIONAL

Menyediakan satu platform dan ruang kepada para belia di daerah Sandakan untuk
berniaga dan menambah pendapatan. Selain itu, ia juga akan menghasilkan kesan domino
kepada para peniaga dan penyewa sedia ada di Sejati Walk yang juga akan meraih
keuntungan dengan pertambahan kehadiran pengunjung ketika Pasar Karat diadakan. Sejati
Walk akan mendapat promosi percuma daripada Pasar Karat ini dan seterusnya menarik
minat penyewa baru untuk membuka perniagaan di sana.

3. OBJEKTIF

Pasar Karat ini adalah untuk memberi peluang kepada belia sekitar Sandakan untuk :

3. 1.Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan serta


keusahawanan.
3.2. Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia Sandakan di dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan 3.3. Menjana pendapatan isi rumah.

4. PELAKSANAAN
Cadangan Pasar Karat ini diadakan pada hari, masa dan tempat seperti di bawah :

Hari : Setiap hari Jumaat dan Sabtu


Waktu Operasi : 5 petang hingga 10 malam
Tempat : Centre Court, Sejati Walk

5. PESERTA
Terbuka kepada semua belia Bandar Sandakan

6. KAWASAN PERNIAGAAN
Plan kawasan (lampiran 1)
7. PRODUK JUALAN
Merupakan barang-barang terpakai, barangan usang, dan macam-macam lagi.
(Tidak termasuk barang baharu)

8. KEBERSIHAN
Setiap peserta perlu menjaga kebersihan tapak niaga masing-masing.

9. PENUTUP
Memandangkan program ini memberi manfaat kepada penduduk Bandar Sandakan
maka diharapkan program ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak Majlis
Perbandaran Sandakan

Lampiran 1
LOT PENIAGA :
10 FT X 10 FT
STESEN CEK SUHU & LALUAN
MY SEJAHTERA PENGUNJUNG
as
IN / OUT

PENTAS LALUAN KELUAR /


MASUK
LAMPIRAN 2 – ANGGARAN PERBELANJAAN

NO. PERKARA UNIT JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN


1 SEWA TAPAK 35 RM 35 / HARI RM 1,225.00 / HARI
2. KESELAMATAN - - -
3. KEBERSIHAN - - -
4. P.A SISTEM - - -

• KESELAMATAN : Menggunakan khidmat pegawai keselamatan Sejati Walk


• KEBERSIHAN : Pihak peniaga akan memastikan kebersihan tapak meniaga dan
kawasan sekitar mereka bersih.
• P.A SISTEM : Tidak disediakan oleh penganjur, pihak peniaga boleh membawa
p.a sistem sendiri dan tidak dipasang dengan kuat.

LAMPIRAN 3 – PERATURAN BAGI PENIAGA DI PASAR KARAT


1)BAGAIMANA NAK DAFTAR ?
Peniaga perlu booking dan buat bayaran terlebih dahulu sebelum
berniaga. Sila whatsapp GHOUSE RAQIB IBRAHIM 019-8723767 untuk
booking dan dan membuat bayaran.

2)BOLEH TAK JUAL BARANG BARU, MAKANAN ATAU MINUMAN?


Tempat ini hanya untuk barang terpakai sahaja (used items, preloved items) serta
collector item. Barang baru, barang pakai habis (perfume, bedak, alat mekap, ubat
gigi dan lain2), makanan dan minuman TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

Barang2 baru untuk clear stock pon tak dibenarkan jual disini. Barang lama yang
tak pernah pakai juga tidak dibenarkan dijual disini. Sebarang jenis haiwan atau
tumbuhan juga tidak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar peraturan akan
diminta kemaskan barang dan balik. Kami akan sentiasa monitor barangan
jualan. Jika nampak mereka yang melanggar syarat jualan, sila maklumkan
kepada crew bertugas dengan segera.

3)BILA TARIKH AKAN DATANG? PUKUL BERAPA PENIAGA SAMPAI?


Kami adakan tapak jualan SETIAP HARI AHAD dari jam 5 malam hingga 10
malam. Peniaga hanya dibenarkan masuk ke lokasi jam 3 etang dan boleh buka
barang jualan jam 5 petang.

4) APA PERALATAN YANG DISEDIAKAN?


Kami hanya menyediakan parking kosong sahaja. Sebarang peralatan harus
disediakan sendiri. Kami membenarkan penggunaan kerusi, meja dan railing
untuk display barang. Jika mahu melambakkan barang jualan atas tanah
berlapikkan tikar atau seumpamanya juga dibenarkan.

5)RAMAI TAK PENIAGA? RAMAI TAK PENGUNJUNG?


Ini soalan subjektif, susah kami nak jawab. Kalau kami kata ramai, tetiba minggu
berikutnya tak ramai, kata kami tipu plak. Benda akan datang susah kami nak
ramal.

Waktu perniagaan masih sama. Setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 5 petang hingga
10 malam.

Tempat ni hanya untuk barang terpakai sahaja (used items, preloved items).
Barang baru, barang pakai habis (perfume, bedak, alat mekap, ubat gigi dan
lain2),makanan dan minuman , binatang (ikan, arnab atau apa sahaja binatang)
serta pokok TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Barang2 baru untuk clear
stockpon tak dibenarkan jual disini.
KAMI BERHAK MENGHALANG MANA-MANA PENIAGA YANG MELANGGAR
SYARAT
PERNIAGAAN DARI KAMI

UNTUK PENGUNJUNG, SILA PATUHI SOP DIBAWAH SEWAKTU PKPP;

Kawalan kemasukan pengunjung:


a) Setiap pengunjung dimestikan membuat saringan suhu badan, menggunakan
hand sanitiser dan sangat digalakkan menggunakan pelitup muka;
b) Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5⁰ C dilarang sama sekali
memasuki kawasan tapak niaga;
c) Pengunjung dimestikan memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi
SELANGKAH dan atau tulis buku pendaftaran bagi tujuan ‘contact tracing’;
d) Mestilah tidak terlibat sebagai PUS (Patient Under Surveillance) dan PUI
(Patient
Under Investigation) atau perintah kuarantin;
e) Bagi pengunjung yang mempunyai gejala batuk dan selsema dimestikan
memakai pelitup muka;
f) Hanya dua (2) orang bagi satu keluarga sahaja yang dibenarkan masuk ke
kawasan pasar;
g) Tempoh yang dihadkan untuk berada dalam kawasan pasar hanya maksima 60
minit bagi setiap pengunjung;
h) Sila ikut anak panah di atas jalan untuk berjalan, Semua jalan dalam tapak
niaga adalah SEHALA.

LAMPIRAN 4 – JADUAL PERJALANAN PASAR KARAT

MASA • AKTIVITI • SASARAN


03.30 PTG – 04.30 PTG PERSEDIAN TEMPAT PENIAGA
05.00 PTG – 10.00 MLM PASAR KARAT DIADAKAN PENIAGA DAN PENGUNJUNG
08.00 MLM – 09.00 MLM LIVE BID / AUCTION OLEH PENIAGA DAN PENGUNJUNG
PENIAGA
10.00 MLM PASAR KARAT TAMAT DAN PENIAGA
PEMBERSIHAN KAWASAN
Lampiran 5 – Contoh Gambaran Flea Market di tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai