Anda di halaman 1dari 21

Baik Pulih & Penyenggaraan Alat Tangan

Alat tangan perlu disenggara dengan baik supaya:


Sentiasa berada dalam keadaan baik Tersusun dan teratur Mudah diambil untuk digunakan Tahan lebih lama Selamat digunakan dan terhindar daripada kemalangan

Kerja-kerja penyenggaraan perkakas dan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara : i. Membersih ii. Meminyak iii. Menyimpan

i. Membersih alatan tangan


- Perkakas dan alatan tangan mudah dicemari oleh kotoran seperti habuk, kesan minyak, cat dan karat - Sabun dan cecair pencuci digunakan untuk membersihkan perkakas - Bahan dan agen pembersih seperti minyak tanah, thinner, minyak pelincir dan sabun

Agen pembersih
Sesuai digunakan untuk membersihkan perkakas.

Serbuk pencuci
Cecair pencuci

Bahan pembersih

Sesuai digunakan untuk membersih atau menanggalkan kesan cat dan minyak pada alatan tangan dan mesin
Thinner Turpentin Untuk menaggalkan karat pada alatan tangan atau mesin.

Kertas las

ii. Meminyak alat tangan


Terdapat dua jenis minyak yang sesuai untuk digunakan iaitu : a. Minyak pelincir : untuk mencegah karat pada alatan tangan b. Minyak gris : untuk melicinkan dan mengelakkan pengaratan pada mesin bergerak Cara-cara untuk menyenggara perkakas dan alatan bergantung kepada jenis kotoran Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran

Minyak pelincir

iii. Menyimpan alatan tangan


Perkakas dan alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan disimpan di tempat yang khas dan selamat. Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku kehilangan. Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan perkakas atau alatan tangan adalah di dalam bekas alatan atau di dalam almari. Pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semas untuk memastikan perkakas dan alatan tangan berada dalam keadaan baik dan dapat mencegah kehilangan. Jika terdapat perkakas atau alatan tangan yang hilang, perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada guru dan direkodkan.

Cara menyenggara playar gabung

Buang kotoran dengan berus dawai.

2
Bersihkan playar gabung dengan kain.

Sapu playar gabung dengan sedikit minyak pelincir bagi melindunginya daripada berkarat dan melincirkan bahagian yang bergerak.

Simpan playar gabung di tempat penyimpanan alat

Cara menyenggara gergaji tangan

Gosok gergaji tangan dengan kertas las untuk membuang karat.

Bersihkan gergaji tangan dengan kain.

Sapu gergaji tangan dengan sedikit minyak pelincir bagi melindunginya daripada berkarat.

Simpan gergaji tangan di tempat yang sesuai.

Cara menyenggara berus syelek

Sapu berus pada surat khabar untuk membuang lebihan syelek.

2
Rendam berus di dalam spirit metil untuk menanggalkan lebihan syelek pada berus.

Cuci berus syelek dengan air sabun suam dan bilas dengan bersih.

4
Keringkan dan simpan berus syelek di tempat yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai