Anda di halaman 1dari 14

TEKANAN UDARA

1. Udara mempunyai jisim. Oleh itu udara mempunyai berat. 2. Udara mempunyai zarah yang sentiasa bergerak dan berlanggar dengan bahan di bumi. Pertembungan ini menghasilkan tekanan udara. 3. Ciri-ciri tekanan udara adalah: - Bertindak dalam semua arah - Berubah dari satu tempat ke tempat lain - Berkurang apabila berada lebih tinggi daripada paras tanah

PENGGUNAAN PRINSIP TEKANAN UDARA DALAM KEHIDUPAN HARIAN


1. Beberapa peralatan yang bergantung kepada tekanan udara untuk beroperasi - Picagari - Sifon - Pam penyembur serangga - Straw minuman - Pam Basikal - Penyangkut baju - Pam sedutan - Penuangan cecair daripada sebuah bekas

Langkah-langkah keselamatan apabila menggunakan gas di bawah tekanan tinggi 1. Letakkan tangki gas tegak ke atas.

2. Letakkan tangki gas menjauhi daripada bahan mudah terbakar (api) atau cahaya matahari

3. Gunakan larutan sabun untuk memeriksa kebocoran di sepanjang tiub gas dan pada penyambungnya.

4. Nyalakan mancis dahulu sebelum menghidupkan gas. 5. Jangan simpan tangki gas di dalam ruang yang tertutup. 6. Jangan buang tin aerosol ke dalam api kerana ia akan meletup. 7. Matikan bekalan gas apabila anda tidak menggunakannya lagi.

Anda mungkin juga menyukai